Tingkah Laku Bermasalah.docx

  • Uploaded by: Dinita Muniandy
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tingkah Laku Bermasalah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,281
  • Pages: 5
TINGKAH LAKU BERMASALAH KONSEP TINGKAH LAKU Perlakuan yang dimanifestasikan secara konsisten dalam satu jangka masa lama yang akan memberi kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. A.

Tingkah laku bermasalah positif

Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.

1.

Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu

Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Pada peringkat awal,kanak – kanak akan bergerak menuju ke arah bungkusan yang terletak di atasmeja. Seterusnya dia akan mengoyakkan pembalut bungkusan tersebut untuk melihat barang yang terdapat di dalamnya. Perbuatan ini akan menyebabkan murid bertindak dengan cepat tanpa menerima arahan daripada guru. Tingkahlaku seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di dalam makmal.

2.

Tingkah Laku Murid Cepat Belajar

Murid – murid dalam kategori ini biasanya akan dapat memahami sesuatu konsep dengan depat. Oleh itu, jika guru mengulangi penerangannya, murid –murid yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan memberi penumpuan lagi. Lantaran itu, mereka mula menimbulkan pelbagai jenisgangguan seperti mengusik rakan yang duduk di sebelah yang tentunya akanmenjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 3.

Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas

Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan dan mempunyai daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini adalah tinggi. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas dalam matematik, sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan hubungan manusia. Mereka cepatmencapai pemahaman terhadap konsep – konsep yang di sampaikan. Ini menyebabkan mereka akan merasa cepat bosan sekiranya kaedah pengajaranguru adalah lambat dan tidak menarik. Kebosanan ini akan menyebabkan mereka menimbulkan pelbagai jenis masalah di dalam kelas. Ini

bermakna proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas sekiranya keperluan pelajar pintar cerdas tidak dipenuhi.

4.

Tingkah Laku Murid Proaktif

Murid – murid seperti ini sentiasa aktif dan bertindak denagn penuhsemangat. Mereka jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu.Contohnya, selepas sahaja memerhati satu demonstrasi di dalam makmal,mereka ingin menjalankan uji kaji tersebut dengan serta merta. Tingkah laku iniboleh menimbulkan masalah kerana tanpa arahan yang jelas, kemalangan bolehberlaku. B.

Tingkah laku bermasalah negative

Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut: i.

Tingkah laku Disruptif/mengganggu

Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah. ii. Pergantungan berlebihan Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.Contohnya tidak mahu hadir ke sekolah tanpa ditemani ibu. Kadangkala ada ibu yang terpaksa duduk di luar kelas. iii. Agresif Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun, dan sebagainya. iv. Distruktif/merosakkan Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya. v. Kebimbangan Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang . vi. Pengasingan diri Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. vii. Ponteng sekolah Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan.

viii. Enggan ke sekolah Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.

ix. Mencuri Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.

xi.

Pengunduran Diri

Pengunduran diri bermakna penarikan diri daripada suatu situasi yangkurang selamat atau mengancam. Kadangkala, pengunduran diri juga dilakukanuntuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian terhadap satu – satu masalah. Didalam bilik darjah, pengunduran diri adalah nyata apabila seseorang pelajar tidakberupaya menjawab soalan guru. Selain itu, pelajar – pelajar yang tidakmempunyai kemahiran dalam apa sahaja permainan biasanya akan mengundur diri apabila guru memilih pemain – pemain bagi satu permainan

x.

Tingkah Laku Murung

Kemurungan merujuk kepada satu – satu keadaan yang amat sedih. Iaboleh dialami oleh sesiapa sahaja. Pelajar yang mengalami kemurungan tidakberupaya berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah dan sentiasa termenungdan berkhayal

xii.

Hiperaktif

Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampauaktif berbanding keadaan yang biasa. Ciri-ciri murid hiperaktif ialah tidak bolehduduk diam, selalu gelisah, suka merungut, kelakuan sukar diramal, mudahmelenting dan tindak balas berlebihan. Punca hiperaktif ialah kecederaan otak,pemakanan dan baka. Kesan hiperaktif ialah kendiri yang rendah, tidak dapatbelajar secara optimum, sosial yang rendah, kesabaran yang rendah dan selalukeseorangan

PUNCA SALAH LAKU Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe

(tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanakkanak. i. Persekitaran Ii. Tekanan Psikologikal Iii. Ketakutan Dan Fobia Iv. Peneguhan Yang Kurang Sesuai V. Kemahiran Komunikasi Dan Sosial Yang Terhad Vi. Kesukaran Tugasan Vii. Aktiviti Dan Tahap Rangsangan Viii. Kesihatan Dan Perubatan Ix. Jangkaan Tingkah Laku Faktor persekitaran Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-lain. Tekanan psikologi Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang. Ketakutan dan fobia Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya kepada individu tersebut seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing. Peneguhan yang kurang sesuai Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya. Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik. Kesukaran tugasan Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan. Aktiviti dan tahap rangsangan

Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut. Kesihatan dan perubatan Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai. Jangkaan tingkah laku Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan bahawa tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanakkanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).

Related Documents


More Documents from ""

Pj-rpt-thn-4.docx
November 2019 38
Hidung.docx
May 2020 14
1.docx
November 2019 25
Tingkah Laku Bermasalah.docx
November 2019 35
Kaunseling Dan Psikoterapi
November 2019 35
November 2019 28