Definisi Masalah Tingkah Laku

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Definisi Masalah Tingkah Laku as PDF for free.

More details

  • Words: 2,061
  • Pages: 21
PENGURUSAN BILIK DARJAH PENGENALAN MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM, Kampus Tuanku Bainun Pengenalan 1

Salah satu cabaran guru yang amat besar sekali ialah pengurusan disiplin dan bilik darjah. Guru sentiasanya dihantui oleh soalan-soalan berkonflik seperti “Adakah saya ataupun murid-murid saya memerlukan peraturan untuk mengawal disiplin?” atau “Adakah saya perlu menyediakan senarai konsekuen terhadap salah laku yang berlaku dalam bilik darjah ini?” Sesetengah pentadbir dan guru berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah dan disiplin adalah sinonim. Golongan ini sentiasa mentakrifkan pengurusan bilik darjah sebagai kebolehan guru untuk (i) mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik semasa pengajaran

dan

pembelajaran,

dan

(ii)

mengurangkan

tingkah

laku

disruptif/mengganggu. Manakala, mereka yang cenderung kepada pendekatan pemusatan murid pula dilihat pengurusan bilik darjah sebagai satu persediaan muridmurid untuk kehidupan apabila mereka dewasa nanti. Kian lama disiplin dan pengurusan bilik darjah menjadi tajuk perbincangan hangat dalam kalangan para pendidik dan orang ramai. Yang biasa menjadi isu ialah betapa serius masalah-masalah disiplin di sekolah hari ini. Apakah sekolah-sekolah masa kini jauh berbeza berbanding dengan sekolah-sekolah 10 atau 20 tahun yang lalu? Apakah kesan tingkah laku bermasalah ke atas pembelajaran murid-murid dan pengajaran guru dalam bilik darjah? Bab ini akan menghuraikan beberapa aspek berkaitan dengan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah bilik darjah termasuk konsep, jenis-jenis masalah disiplin, tingkah laku bermasalah bilik darjah dan punca-punca masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah bilik darjah.

2

PENGURUSAN BILIK DARJAH MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM, Kampus Tuanku Bainun 3

4

Rajah 1: Masalah 10 Konsep Disiplin dan Tingkah Laku Bermasalah Bilik Darjah Secara umum, disiplin merangkumi usaha anda dalam membantu murid-murid berinteraksi dengan rakan-rakan kelas, mengajarmereka berkelakuan selaras dengan norma dan piawaian sedia ada, memberikan mereka peluang belajar daripada kesilapan, dan sedia menerima konsekuen akibat keputusan yang mereka buat. Berdasarkan keterangan di atas, maka boleh dikatakan bahawa disiplin bertujuan untuk

membantu

murid-murid

menjadi

individu

yang

bertanggungjawab

dan

berkeyakinan diri, boleh berfikir untuk diri sendiri,prihatin terhadap orang lain, dan menjalani hidup yang berguna serta membawa kepada kepuasan diri. Sebagai penjelasan lanjut, kita akan mengkaji beberapa takrifan masalah disiplin yang diutarakan oleh ahli-ahli teoris dalam bidang tersebut. Kindsvatter (Levin & Nolan, 2004) yang melihat disiplin dari perspektif tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah mendefinisikan masalah disiplin sebagai tingkah laku bermasalah atau salah laku. Feldhusen (Levin & Nolan, 2004) pula menggunakan istilah tingkah laku disruptif yang ditakrifkan sebagai gangguan terhadap pelaksanaan proses pengajaran yang lancar. Berpegang kepada pengertian ini, maka apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru boleh dianggap sebagai masalah disiplin. Bagi Emmer dan rakanrakan (Levin & Nolan, 2004) tingkah laku murid boleh ditakrifkan sebagai disruptif apabila ia mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang murid untuk satu jangka masa tertentu. Manakala Shrigley (Levin & Nolan, 2004) menegaskan bahawa apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau yang bersifat tidak selamat dari segi psikologi mahupun fizikal boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku disruptif. Justeru, perbuatan seperti perbuatan berbual-bual sesama rakan-rakan kelas, berbuat bising, berlari-lari dalam

makmal

sains,

tidak

mematuhi

langkah-langkah

keselamatan

semasa

menggunakan radas sains, mengugut murid-murid yang lain, membuli, dan ejekmengejek dikatakan tingkah laku bermasalah bilik darjah. 5

20 Jenis-jenis Masalah Disiplin

Kebanyakan individu hanya berfikir bahawa masalah disiplin ialah terhad kepada pihak sekolah sahaja. Sebenarnya, masalah disiplin berhubung kait dengan alam sekeliling kita seperti di rumah, hubungan antara guru dan pelajar, perasaan ketika pencapaian kurikulum atau kokurikulum, peraturan yang terlampau ketat atau penindasan dan sebagainya. Dalam mengelaskan jenis-jenis masalah disiplin, terdapat pelbagai bentuk masalah disiplin yang dianggap menyalahi peraturan-peraturan sekolah. Di bawah ini disenaraikan beberapa jenis maslah disiplin yang berlaku di sekolah.

6

Rajah 2: Jenis-jenis 2.1 Jenayah Masalah Disiplin Jenayah boleh dikelaskan sebagai mencuri, menumbuk guru, bergaduh sesama pelajar, berjudi, mencuri kertas soalan ujian, melawan pengawas, membawa bahan lucah, memeras ugut, memasuki kumpulan haram, menceroboh blok khas, mengadakan tunjuk perasaan dan lain-lain. 2.2 Kekemasan diri Pelanggaran disiplin yangmembabitkan kekemasan diri ialah berambut panjang, tidak memaikai lencana sekolah, memakai selipar/sepatu dan stokin berwarna-warni, dan tidak memasang butang baju. 2.3 Kepentingan masa Meliputi perkara seperti datang lambat ke sekolah atau perhimpunan, berdiri di luar kels dan berkumpul di pintu setelah tamat sesuatu subjek, berfoya-foya di kawasan sekolah, makan di kanti bukan waktu rehat, dan meninggalkan asrama tanpa izin. 2.4 Kurang sopan dan biadap Meliputi aspek menghisap dan menyimpan rokok, berkelakuan kasar dan kurang sopan terhadap guru, mengganggu pelajar perempuan, menindas atau menyakat pelajar lain, dan berbasikal di kawasan sekolah. 2.5 Laku musnah Pelanggaran disiplin ini termasuklah merosakkan harta benda kerajaan/sekolah, menconteng meja, memecahkan cermin tingkap, menendang pintu tandas, mematahmatahkan dahan pokok, mengotorkan kawasan sekolah, menyalahgunakan barangbarang asrama, dan mengoyakkan baju kawan. 2.6 Penipuan 7

Pelanggaran disiplin dalam aspek ini melibatkan tindakan mengetepikan ujian dan peperiksaan, ponteng, tiada dalam bilik darjah sewaktu guru mengajar, memalsukan surat

cuti,

menipu

tandatangan,

mengubah

markah

peperiksaan/ujian,

tidak

menjalankan tugas dan lain-lain lagi. 30 Tingkah Laku Bermasalah Bilik Darjah 3.1 Konsep Tingkah Laku Bermasalah Perlakuan yang dimanifestasikan secara konsisten dalam satu jangka masa lama yang akan memberi kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah. 3.2 Definisi Masalah Tingkah Laku Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik darjah.

3.3 Kategori Tingkah Laku Bermasalah

8

Terdapat ahli teoris yang membincangkan tingkah laku bermasalah dari segi kategori seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Antara kategori yang disyorkan termasuk: bukan masalah; masalah ringan; masalah serius yang terhad skop dan kesan; masalah yang meningkat serius atau merebak.

Rajah 3: Tingkah Laku Bermasalah

3.3.1 Bukan masalah Merangkumi tempoh ketidaktumpuan perhatian yang ringkas, percakapan ringkas semasa pertukaran waktu atau aktiviti kelas, berkhayal seketika, hentian singkat semasa membuat tugasan. Tidak ditakrifkan sebagai tingkah laku bermasalah. Disyorkan supaya tidak diendahkan.

3.3.2 Masalah ringan Meliputi perbuatan yang melanggar peraturan dan prosedur bilik darjah. Misalnya, bangun dari tempat duduk tanpa kebenaran, menghantar nota, makan gula-gula, membuang kertas merata-rata dan bercakap tanpa berhenti semasa kerja individu. Tidak berterusan dan hanya terhad kepada sebilangan kecil murid sahaja. 3.3.3 Masalah serius yang terhad skop dan kesan Termasuk tingkah laku yang mengganggu aktiviti pembelajaran. Tidak kerap berlaku dan hanya seorang atau dua orang murid sahaja. Misalnya, seorang murid yang tidak mahu memberi tumpuan langsung pada hari tersebut sahaja, jarang menyempurnakan tugasan, dan enggan membuat sebarang tugasan yang diberikan.

9

3.3.4 Masalah yang meningkat serius atau merebak Termasuk segala masalah ringan yang telah menjadi amalan biasa atau rutin harian, mengancam kawalan murid dan persekitaran pembelajaran. Misalnya, ramai murid yang merayau-rayau dalam kawasan bilik darjah sambil memberi komen-komen yang bukanbukan, percapakan sosial yang berterusan walaupun disuruh berhenti oleh guru, enggan bekerjasama dengan guru.

40 Punca-punca Masalah Disiplin

10

4.1 Kaedah serta bahan pengajaran yang tidak sesuai Bahan pengajaran yang digunakan gagal menarik minat pelajar atau isi pelajaran itu tidak bersesuaian dengan mereka. Mereka merasa bosan sekiranya isi pelajaran tidak mencabar atau terlalu mudah. Kesukaran memahami isi pelajaran yang disampaikan juga menjadikan mereka bosan dan gelisah. 4.2 Keadaan fizikal bilik darjah Ketidakselesaan diDisiplin bilik darjah boleh menggalakkan timbulnya masalah disiplin. Faktor Rajah 4: Punca-punca Masalah seperti panas, terlalu sesak, gelap atau tidak cukup cahaya boleh mengganggu pelajar untuk memberi tumpuan kepada pengajaran guru. 4.3 Suasana sosioemosi yang kurang sihat Amalan budaya autokratik dan dominan yang diamalkan guru akan menekan emosi pelajar untuk merasa bimbang dan takut. Kesannya, penerimaan pelajar terhadap pengajaran akan terganggu. Persahabatan yang tidak sihat juga menimbulkan masalah disiplin. 4.4 Kesihatan murid Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan selalunya gagal memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran guru. Keadaan ini boleh mengganggu kawalan guru di bilik darjah. Pelajar tersebut tidak dapat menerima arahan guru yang diberikan dan secara tidak langsung menimbulkan masalah disiplin.

11

4.5 Kualiti guru Kesediaan guru juga menjamin ketenteraman dan disiplin pelajar. Guru yang kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat pelajar untuk terus memberi perhatian sekaligus mengurangkan masalah disiplin. 4.6 Persekitaran sekolah Bilangan pelajar yang ramai secara langsung mewujudkan suasana yang membenarkan berlakunya masalah disiplin. Keadaan ini merumitkan tugas guru bagi mengawal disiplin mereka. Di samping itu terdapat pelajar yang tidak mendapat layanan guru. Golongan itu akan berasa kecewa dan seterusnya berusaha untuk mendapat p[erhatian guru. Mereka tidak menghiraukan tindakan yang diambil. 4.7 Keluarga Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk sikap anak-anak. Tingkah laku pelajar dipengaruhi juga oleh faktor keluarga. Didikan dan asuhan yang bermula di rumah merupakan asas atau acuan untuk membentuk sikap anak-anak. Kegagalan ibu bapa

untuk

menunaikan

tanggungjawab

yang

diperlukan

kanak-kanak,

boleh

mendatangkan maslah disiplin ketika melangkah ke alam persekolahan. Seterusnya menimbulkan masalah kepada pihak sekolah dan guru. 4.8 Rakan sebaya Sikap rakan sebaya mempengaruhi tingkah laku dan perwatakan pelajar tersebut. Rakan sebaya yang baik boleh membantu seseorang pelajar menjadi insan yang mempunyai sifat-sifat sosial yang positif.

12

MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH KESIMPULAN

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM, Kampus Tuanku Bainun 13

Kesimpulan Sebagai kesimpulan, harus kita ingat bahawa apa jua intervensi yang digunakan hendaklah setimpal dengan situasi yang berkenaan serta selaras dengan falsafah guru tersebut. Satu-satu intervensi mungkin tidak sesuai bagi semua guru dan tidak ada satu pun yang boleh dikatakan sebagai yang paling baik atau terbaik. Oleh itu, pelbagai intervensi yang dicadangkan oleh ahli teoris harus digunakan oleh guru dalam mengawal disiplin bilik darjah. Sehubungan itu, intervensi disiplin senantiasa diperkembangkan serta dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak dak keperluan pelbagai jenis murid. Intervensi yang terbaik ialah intervensi yang berlandaskan pelbagai pendekatan. Kebanyakan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam bilik darjah bersifat pelbagai dimensi dan merupakan simptom-simptom masalah yang dihadapi oleh murid-murid pada pelbagai aras. Sebagai seorang guru, kita harus boleh bezakan bila sesuatu tingkah laku ditakrifkan sebagai yang bermasalah atau bukan bermasalah. Jika bermasalah pun, tingkah laku atau disiplin tersebut mempunyai darjat keseriusannya. Yang tidak kurang penting juga kita ketahui puncanya, kesan dan implikasi tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah agar kita lebih memahami murid yang menimbulkan masalah disiplin, seterusnya bertindak ke arah mengawasi situasi bilik darjah agar tidak bertambah lagi teruk sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

14

MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH REFLEKSI

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM, Kampus Tuanku Bainun 15

Refleksi Pada 23 Februari yang lalu, saya telah menerima KKBI bagi kursus EDU 3104 yang bertajuk Pengurusan Bilik Darjah. KKBI ini terbahagi kepada 2 bahagian, diaman bahagian satu ialah kerja berkumpulan manakala bahagian kedua ialah kerja individu. Untuk kerja berkumpulan, kami dikehendaki membentangkan tajuk “Masalah Disiplin dan Tingkah Laku Bermasalah” manakala kerja individu, saya menulis laporan mengenai pembentangan saya tersebut. Kerja-kerja mencari bahan-bahan serta sumber rujukan bermula dari kerja berkumpulan. Dalam kumpulan saya, kami berpecah ketika di perpustakaan untuk mencari apa sahaja maklumat mengenai tajuk “Masalah Disiplin dan Tingkah Laku Bermasalah”.

Namun begitu,

tidak

banyak maklumat

yang kami dapat

cari

diperpustakaan Za’ba. Ketika dalam kebuntuan mencari maklumat bertulis, saya cuba mengakses internet melalui portal WAP 3G di telefon bimbit saya. Melalui perisian Opera, saya berjaya mencari 2 artikel serta ‘slide show’ mengenai topic “Pengurusan Bilik Darjah”. Melalui 2 artikel itu, terdapat beberapa rujukan yang dapat kami buat. Pun begitu, kami masih tidak puas hati kerana kekurangan sumber. Kami cuba mengakses internet melalui beberapa portal yang terdapat di Malaysia. Terdapat beberapa sumber yang kami cari berada dalam Bahasa Inggeris. Namun, itu tidak mematahkan semangat kami untuk menterjemahkan bahan tersebut dan dimasukkan ke dalam pembentangan. Apabila tiba kerja-kerja individu, kerja tersebut menjadi senang kerana banyak maklumat telah kami capai. Pelbagai ilmu ditimba ketika menyiapkan KKBI ini. Melalui KKBI ini, saya dapat ketahui bahawa masalah disiplin dan tingkah laku yang bermasalah kebanyakannya dipengaruhi rakan sebaya, factor ekonomi, guru dan keluarga. Oleh itu, sebagai guru kita harus mendekatkan diri dengan para pelajar kita agar kita tahu apa maslah yang dihadapinya.

16

17

MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH BORANG KOLABORASI

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM, Kampus Tuanku Bainun

18

Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus Nama Pelajar

: Mohd Ihsan bin Faharol Razi

No. Matrik

:

Kumpulan

: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan: Matematik

Semester

:3

Tahun

: 2009

Kursus

: EDU 3104

Pensyarah Pembimbing

: En. Ridzuan bin Ahmad

Tarikh

Perkara yang dibincangkan

Komen

Tandatangan

19

MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH BIBLIOGRAFI

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM, Kampus Tuanku Bainun

20

MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH LAMPIRAN

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM, Kampus Tuanku Bainun 21

Related Documents