Tingkah Laku Bermasalah

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tingkah Laku Bermasalah as PDF for free.

More details

  • Words: 744
  • Pages: 3
Kenal pasti dua murid yang menghadapi masalah tingkah laku yang berlainan di dalam bilik darjah anda. Jelaskan ciri-ciri masalah tingkah laku murid-murid tersebut. Cadangkan teknik modifikasi tingkah laku yang dapat anda gunakan untuk menangani masalah tingkah laku mereka. Definisi tingkah laku bermasalah adalah sebarang tingkah laku yang boleh mengganggu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat pelbagai jenis tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh murid-murid di sekolah, samada tingkahlaku bermasalah jenis minor, major dan kronik, ia diukur mengikut berapa seriusnya masalah itu. Bagi seorang guru, mereka pasti tidak dapat mengelak daripada bertemu dengan masalah ini, seperti saya juga, terdapat berbagai ragam murid di dalam sebuah kelas samada tingkah laku bermasalah minor atau major sahaja. Tingkah laku yang menarik untuk dibincangkan adalah dalam kategori minor adalah murid bercakap pada waktu yang tidak sesuai dan untuk tingkah laku bermasalah major pula, murid yang selalu tidak dapat menyiapkan kerja rumah. Bagi tingkah laku bermasalah minor iaitu murid suka untuk bercakap pada yang tidak sesuai adalah dari kalangan seorang murid lelaki tahun dua bernama nor Luqman Hakim. Antara ciri-cirinya, asalnya dia adalah murid yang aktif di dalam kelas, Luqman sememangnya petah berkata-kata, kadang kala dia memberikan jawapan untuk setiap soalan guru dan guru sering memberinya peluang untuk bercakap. Namun akhirnya ia telah menjadi biasa hinggakan setiap kali guru bercakap, dia pasti akan menyampuk. Jadi ia telah mengganggu pengajaran dan pembelajaran murid-murid lain. Sehinggakan guru boleh terlupa apa yang hendak disampaikan setelah disampuk oleh Luqman. Rakan-rakan sekelas juga sering terganggu dengan sifat Luqman. Masalah ini tidaklah sebesar masalah kronik, namun jika dibiarkan ia boleh bertambah melarat sehinggkan dia boleh menyampuk perbualan orang tua pada masa hadapan. Mungkin akan dikategorikan sebagai kurang

ajar. Setelah mengenal pasti masalah, guru perlu menggunakan teknik-teknik memodifikasikan murid. Antara yang boleh dan telah dilakukan oleh saya sendiri adalah dengan menetapkan matlamat tingkah laku yang betul yang harus ditunjukkan kepada murid. Antara yang saya lakukan adalah, mendengar pendapat dan cerita murid tanpa mencelah, kemudian saya menerangkan kepada mereka kita perlu menghormati orang yang bercakap dengan mendengar tanpa menyampuk dan hanya bercakap setelah diberi keizinan atau setelah orang yang bercakap telah habis bercakap. Kemudian saya cuba mempraktikkannya ke atas Luqman sendiri, sehingga dia boleh mengikuti seperti yang dilakukan oleh rakannya yang lain. Cara modifikasi yang lain adalah seperti memberikan peneguhan atas sikapnya yang mengikut matlamat yang telah ditentukan seperti pujian. Antara cara lain adalah dengan denda seperti memarahinya, mengugut untuk memanggil ibu bapanya datang sekiranya tidak berubah. Dan terakhir adalah dengan memberi peluang akan kepetahannya dengan memasukkannya dalam pertandingan bercerita. Ini supaya bakat yang ada disalurkan dengan cara yang baik. Masalah Luqman ini, tidaklah dapat diselesaikan segera, namun ia berjaya mencegahnya atau membataskan masalahnya ke peringkat yang rendah. Ini kerana ia memerlukan proses yang berterusan untuk memastikan ia berkesan dan melatihnya untuk masa hadapan. Masalah tingkah laku yang ingin dibincangkan adalah dalam kategori major iaitu sederhana berat dalam tingkah laku bermasalah. Kebanyakan guru memang mempunyai masalah yang sama iaitu murid enggan menyiapkan kerja sekolah. Hampir semua murid di kelas saya agak sukar untuk menyiapkan kerja rumah yang guru berikan. Ada sesetengah murid nampak seperti sangat berminat dan faham terhadap pelajaran yang diajar, namun apabila diberikan kerja masih tidak dapat menyiapkan kerja mereka. Sebahagian yang lain pula gagal menyiapkan kerja rumah

atas alasan tidak tahu untuk menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan, walaupun telah diterangkan cara menyelesaikannya. Teknik modifikasi yang boleh diambil seperti yang telah saya lakukan adalah, mengambil alternatif lain dengan menukar kerja rumah menjadi kerja sekolah iaitu murid tidak dibenarkan membawa kerja yang diberi ke rumah, tetapi harus menyiapkannya sewaktu di sekolah, samada selepas waktu pengajaran dan pembelajaran atau semasa aktiviti pengukuhan. Modifikasi lain dengan cara mendenda murid-murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah sebagai peneguhan negatif. Peneguhan positif seperti memberi ganjaran untuk kerja rumah yang disiapkan. Bukanlah setiap kali siap kerja sekolah, diberi ganjaran, tetapi guru menyediakan rekod prestasi murid, murid yang paling banyak menyiapkan kerja sekolah akan diberi ganjaran. Cara ini juga boleh menjadi bukti atas kesalahan yang murid lakukan. Kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dikategorikan sebagai kesalahan disiplin. Cara ini hampir berjaya memastikan murid menyiapkan kerja sekolah, namun tidak semua yang berjaya dipulihkan. Kesimpulannya, seorang guru perlu bijak dalam mengatasi pelbagai jenis tingkah laku bermasalah dari murid-muridnya. Banyak cara lain yang boleh diambil untuk merubah murid yang bermasalah. Jika masalah semakin berat dan bertukar menjadi kronik, guru perlu mendapatkan bantuan lain seperti meminta kerjasama dari guru disiplin ataupun kaunselor di sekolah. Ini bagi memastikan murid dapat belajar dengan baik tanpa menjejaskan masa depan mereka.

Related Documents