(a) Berdasarkan kefahaman anda, bincangkan definisi kaunseling dari pelbagai sudut pandangan serta huraikan dengan jelas adakah kaunseling dan psikoterapi mempunyai matlamat yang sama ataupun sebaliknya ?. (5 markah)
Definisi Kauseling Perkataan Kaunseling mempunyai pelbagai maksud mengikut pandangkan dari segi setiap individu. Kaunseling menurut kamus bermaksud nasihat dan pertukaran mental. Daripada perkataan latin ‘consillium’, kaunseling bermaksud ‘dengan’ atau ‘bersama’ ditambah dengan ‘ambil’. Bahasa Anglo-Saxon ‘sellan’ bermaksud ‘wujud’ atau ‘menghantar’. Kaunseling telah digunakan untuk melambangkan satu ciri prosedur termasuk memberi nasihat, galakan, maklumat dan interprestasi ujian. Kaunseling boleh didefinisikan sebagai suatu interaksi yang a) berlaku antara dua orang individu yang dipangkil kaunselor dan klien, b) berlaku di dalam ‘setting’ profesional; dan c) dimula dan dikekalkan sebagai satu cara untuk menolong perubahan tingkah laku klien. Ramai ahli psikology berpendapat kaunseling menekankan kepada perancangkan yang lebih rasional, menyelasaikan masalah, membuat keputusan, mengelak masalah penyesuaian yang serius, menyokong kepada situasi tekanan yang dihadapi oleh seorang yang normal di dalam kehidupan seharian. Kaunseling memakan masa yang lebih singkat berbanding dengan psikoterapi. Terdapat beberapa tokoh memberi maksud dan definisi kaunseling. Antaranya: ‘….. satu perhubungan dimana seorang individu berusaha menolong individu lain untuk memahami dan menyelasaikan masalah penyesuaian.’ (English,A.C., 1958) ‘….. satu proses dimana kaunselor menolong kaunselee membuat interpretasi fakta berkaitan pemilihan, perancangan atau penyasuaian yang perlu di buat.’ (Smith, G.E., 1985) ‘….. satu proses yang berlaku di dalam perhubungan satu dengan satu, diantara seorang individu yang digangu oleh permasalahan yang tidak dapat ditangani bersendirian dengan seorang pekerja profesional yang mana latihan dan pengalamannya yang melayakkan beliau untuk menolong orang lain menyelasaikan kesukaran yang dihadapi.’ (Hahn,M.E. & McLean, M.S. 1955) ‘……proses melibatkan hubungan interpersonal seorang terapis dengan seorang atau lebih daripada seorang klien yang mana terapis menggunakan kaedah psikologi beasaskan kepada pengetahuan sistematik tentang personaliti manusia dalam usaha untuk memperbaiki kesihatan mental klien.’ (Patterson,C., 1959) ‘…….menolong individu sedar tentang diri sendiri dan cara ia bertindak balas kepada pengaruh tingkah laku di persekitaran. Seterusnya menolong dan menetapkan
makna kepada tinkah laku dan mengembang serta menjelaskan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku akan datang.’ (Blocher,D.H.,1966) Kesemua definisi yang telah telah dinyatakan tadi menunjukkan satu persamaan. Iaitu: I: Kesemua definiksi menyatakan kaunseling adalah satu proses. Proses memberi implikasi bahawa kaunseling bukan satu peristiwa sahaja tetapi melibatkan tindakan dan praktik yang berturutan dan bergerak ke arah matlamat yang ditetapkan. II: kesemua definisi mengkhususkan bahawa perhubungan terlibat dan ini dicirikan oleh hubungkan oleh hubungkan yang mesra, memahami penerimaan dan lainlain. III: kebanyakan definisi memberi indikasi bahawa kesan kepada kaunseling ialah perubahan tingkahlaku klien. IV: beberapa definisi menerangkan individu yang terlibat dalam hubungan menolong iaitu kaunselor seorang profesional, lebih matang atau mempunyai pengetahuan yang khas; dan klien seorang yang tergangu, bimbang, risau dan kecewa.
Adakah kaunseling dan psikoterapi mempunyai matlamat yang sama ataupun sebaliknya ?. Dengan kemunculan dan perkembangan psikoanalisis abad ke-19 maka timbullah perkataan psikoterapi yang membawa bermakna mengambil kira roh ‘caring for the soul’. Perkataan psychoteraphy ini berasal dari bahasa Greek psyche bermakna roh atau rohani(sprit, soul) dan therapeutikus bermakna mengambil berat tentang orang lain(Ed Neukrug,1999). Psikoterapi didefinisikan sebagai proses yang melibatkan seorang psikoterapis atau terapis dan klien ykang berfokus kepada pendidikan semula seseorang secara inklusif. Tujuan asas psikoterapi ialah membolehkan klien mendapat perpepsi yang jelas, menyepadu celik akal kepada perlakuan harian, dan menangani perasaan yang kuat yang perpunca dari pengalaman masa lalu yang menyakitkan. Oleh itu psikoterapi menekankankepada intensiti dan jangka masa penglibatan yang panjang dan lebih menumpu kepada menangani masalah serius di dalam hidup seseorang klien yang berkaitkan dengan intrapsikik, isu dan konflik peribadi dan dalaman(Gladding,2000). Kedua-dua pendekatan psikologi yang teraputik ini melibatkan interaksi yang resipokal dan dinamik antara terapis dan klien untuk manghasilkan kesan teraputik kerana pengaruh kedua-dua individu terlibat, budaya, ekosistem dan persekitaran. Psikoterapi ialah dimana orang berinteraksi dan berusaha untuk mencapai pemahaman antara satu dengan lain, dengan matlamat yang spesifik iaitu mencapai sesuatu yang khusus. Terapis berkebolehan menyusun semula keperluan pesakit. Kaunseling akan digunakan untuk pendidikan, menyokong, bersituasi, menyelasai masalah, kesedaran secara sedar, penekanan kepada orang normal, berfokus masa kini. Dan psikoterapi akan digunakan untuk menyokong(lebih fokus) membina semula, analitik, berfokus masa lalu, penekanan mendalam, penekanan kepada orang neurotik atau masalah yang serius.
a. b. c. d. e. f. g.
KAUNSELING Pendidikan Menyokong Bersituasi Menyelasai masalah Kesedaran secara sedar Penekanan kepada orang normal Berfokus masa kini
KAUNSELING Jangka pendek Modifikasi tingkahlaku Isu luaran Di sini dan masa kini
a. b. c. d. e. f.
PSIKOTERAPI Menyokong (lebih fokus) Membina semula Analitik Berfokus masa lalu Penekanan mendalam Penekanan kepada orang neurotik atau masalah yang serius
PSIKOTERAPI Jangka panjang Pembinaan semula personaliti Isu mendalam Masa lalu
pencegahan
Pemulihan
Tahap sedar
Tahap tidak sedar
Fokus kepada cadangkan Klien untuk berubah
Fokus kepada perkembangan Kebolehan klien untuk berubah.
Apa itu kaunseling? Apa itu psikoterapi? Adakah terdapat perbezaan antara kedua-duanya? Petterson (1980) telah memberikan pendapat tentjang kedua-dua istilah yang penting ini di dalam perkidmatan menolong. a. Sukar membezakan yang mana teori kaunseling dan yang mana teori psiokoterapi. Tidak jelas tentang perbazaan signifikan kedua-duanya. b. Definisi kaunseling di dalam banyak kes boleh di terima sebagai definisi psikoterapi dan sebaliknya. c. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses melibatkan hubungkan istimewa antara seorang yang memerlukan pertolongan masalah psikoterapi dan seorang yang dilatih untuk memberikan pertolongan. d. Bentuk pertolongan dan proses tidak menunjukkan banyak perbezaan. e. Dari segi teknik melaksanakan kaunseling dan psikoterapi(individu dan kelompok) tidak banyak perbezaannya.
f. Psikoterapi berfokus kepada konflik interpersonal yang memberikan kesakitan dan ketidakselesaan kepada pesakit (marks, 1978)
Huraikan ciri-ciri yang perlu anda miliki untuk menjadi seorang kaunselor yang berkesan dan efektif bagi membantu klien yang menghadapi masalah?. (15 markah) The Association of Counselor Education and Supervision (1964) mengenalpasti kaunselor seharusnya mempunyai enam kualiti asas iaitu kepercayaan kepada setiap individu, komitmen kepada nilai kemanusiaan, sikap terbuka, memahami diri sendiri, peka kepada dunia dan komitmen kepada profesion. Combs et al. (1969) membuat kesimpulan daripada siri kajian tentang ciri-ciri kaunselor berkesan. Dapatan kajian beliau menunjukkan kaunselor berkesan menganggap orang lain berkebolehan menyelasaikan masalahnya dan boleh menangani hidupnya. Mereka juga menganggap orang lain boleh di harap, mesra dan berguna. Mereka juga suka bersama orang daripada bersama alat alat serta boleh membuat pendedahan kendiri daripada terlalu berahsia dengan diri sendiri. Rogers (1961) berpendapat persepsi klien terhadap sikap kaunselor lebih penting daripada teori atau kaedah yang dipunyai oleh kaunselor. Rogers seterusnya menegaskan kaunselor berkesan mestilah menarik, mudah mesra, menunjukkan keyakinan dan boleh dipercayai. Allen (1967) menyenaraikan kualiti-kualiti yang ada pada kaunselor berkesan: a. Bersikap terbuka dan menerima pengalaman dan perasaannya. Individu begini tidak cuba mengawal reaksi emosinya tetapi boleh menerima perasaannya dengan seadanya. b. Mempunyai kesedaran kendiri. Mereka sedar tentang kekuatan dan kelemahan diri serta menerimanya. c. Sedar tentang nilai dan kepercayannya. Dia tahu apa yang penting untuk mereka dan menentukan standard yang diikuti untuk hidup. d. Berfikiran terbuka. Sedar tentang nilai peribadi sendiri dan pada masa yang sama boleh menahan diri daripada cuba mengenakan nilai kepada klien.’ e. Berupaya mengambil risiko. Kaunselor adalah orang yang boleh memberi pendedahan kendiri dan bersikap telus. Bersedia bersikap jujur dan bebas mencabar klien apabila perlu. Mereka bersikap kongruen secara lisan dan bukan lisan. Mereka bebas menyatakan kemesraan dan sokongan. f. Berupaya membina sikap mesra dan membina hubungan dengan orang lain. g. Kaunselor berkesan membenarkan diri mereka dilihat seperti mereka yang sebenarnya. h. Menerima tanggungjawap peribadi di atas tingkahlakunya. Boleh menangani kegagalan dan kelemahanya.
i. Membina tahap aspirasi yang realistik. Kaunselor berkesan boleh menetapkan matlamat yang boleh dicapai. Ini adalah kerana mereka sedar tentang kemahiran dan kebolehan dan mereka mereka dapat mengagak secara tepat apa yang akan mereka capai. Penerimaan pengalaman sama ada positif dan negatifmembolehkan mereka menilai matlamat lalu secara realistik dan menggunakannya untuk membina matlamat akan datang. j. Mengambil berat tentang personalitii dan tingkah laku manusia. k. Mempunyai unsur-unsur kecindan. l. Mempunyai unsur-unsur intuisi. Hackney dan cormier(1996) menyenaraikan lapan ciri-ciri kaunselor yang berkesan termasuklah: a. Kesedaran kendiri dan memahami. b. Kesihatan psikologi yang baik. c. Sensitif. d. Berfikiran terbuka. e. Bersifat terbuka. f. Cekap. g. Boleh dipercayai. h. Mempunyai tarikan interpersonal.
Foster (1996) dan Guy (1987) dalam Gladding, S.T (2004) menyenaraikan ciri-ciri yang membuatkan seseorang itu menjadi kaunselor berkesan. Ciri-cirinya adalah seperti berikut: a. Berminat secara semula jadi kepada manusia. Sentiasa ingin tahu dan mengambil berat terhadap orang lain. b. Berkebolehan untuk mendengar dan minat mendengar apa yang di katakannoleh orang lain. c. Selesa berkomunikasi dengan orang lain. d. Memahami dan berempati terhadap orang lain. e. Berkebolehan melihat ke dalam diri. f. Berkeupayaan mengenepikan kehendak peribadi untuk mendengar dan mengambil berat terhadap orang lain terlebih dahulu. g. Berkebolehan mengekalkan emosi dengan orang lain. h. Menerima kuasa dan boleh melepaskanya. i. Berkebolehan untuk ketawa bersama orang lain.
Efektif bagi membantu klien yang menghadapi masalah……. Adler berpendapat kaunselor harus mesra dan menerima klien. Empati adalah satu faktor penting dalam membina suasana teraputik. Hubungan kaunselor dan klien dilihat sebagai kolaboratif yang mana kaunselor dan klien berusaha untuk bekerjasama dan bersetuju
tentang matlamat kaunseling yang khusus. Proses kaunseling mengikut Adler terbahagi kepada empat fasa: Fasa 1: Membina hubungan. Kaunselor Adler bekerja secara kolaborat dengan kliken dan hubungan ini adalah berasaskan kepada rasa mengambil berat yang mendalam, melibatkan diri dan menganggap klien sebagai kawan. Proses teraputik bergerak ke arah kemajuan jika ada keselarasan tentang matlamat kaunseling antara kaunselor dan klien. Pada awal sesi kaunseling fikiran kaunselor perlu diorientasi kepada kehidupan psikologi klien walaupun kaunselor telah sedikit sebanyak mengetahui latar belakang klien melalui biodata yang ditulis oleh klien. Pada tahap ini kaunselor membina hubungan yang positif dengan mendengar, memberi tindak balas dan menghormati keupayaan klien untuk memahami dan mencari perubahan dengan cara kaunselor memberi harapan serta mengambil berat. Fasa II: Meneroka kedinamikan klien. Fasa kedua ialah menilai gaya hidup klien melalui pemahaman kaunselor tentang kepercayaan, perasaan, matlamat, dan motif klien. Kemahiran empati diperlukan untuk membina pemahaman ini. Kaunselor meneroka pengalaman hidup semasa kanak-kanak untuk menilai hubungan adik beradik dan persepsi kanak-kanak tentang kedudukannya di dalam keluarga. Mengingat kembali pengalaman awal hidup digunakan untuk menilai gaya hidup klien. Prosedur penilaian ini digunakan oleh kaunselor untuk mengenal pasti ‘ kesilapan asa’ dan membuat interprestasi bagaimana ia mempengaruhi klien pada masa kini. Oleh itu objektif temubual di tahap ini ialah: (a) bagaimana masalah hidup klien bermula; (b) peristiwa-peristiwa yang menyababkan masalah klien; (c) sejarah sosial; (d) sejarah kesihatan (e) sebab klien memilih masa tersebut untuk mendapatkan kaunseling; (f) cara klien menangani tugas hidupnya; (g) penilaian gaya hidup klien. Konstelasi keluarga Penilaian dalam kauseling menurut Psikologi Individu ialah meneroka konstelasi keluarga klien atau system keluarganya termasuk penilaian klien tentang situasi di dalam keluarganya semasa ia masih kecil, suasana dalam keluarga, urutan kelahiran dalam keluarga, hubungkan ibi bapa, nilai keluarga luasnya serta budaya keluarga. Soalansoalan yang boleh dikemukakan kepada klien. • • • • • •
Siapa anak kesukaan dalam keluarga? Bagaimana hubungan bapa dan ibu dengan anak-anak? Anak yang paling serupa dangan ayah da ibu? Dalam aspek apa mereka serupa? Siapa diantara adik beradik yang paling berbeza dangan kamu? Dalam aspek apa? Apakah peranan awak sebagai anak dalam keluarga? Bagaimana ibu bapa kamu dapat sefamahan? Aspek apa mereka bersetuju? Bagaimana mereka menangani ketidak setujuan? Bagaimana mereka mendisiplin anak-anak?
Ingatan awal Prosedur lain yang boleh digunakan oleh kaunselor ialah bertanyakan klien tentangingatan-ingatan awal klien termasuk umur klien pada peristiwa yang diingati, perasaan dan tindak balasnya tentang peristiwa yang dialami. Terdapat banyak memori-memori tetapi memori yang istimewa menunjukkan sesuatu peristiwa itu sangat signifikan dan ia mungkin berkaitan dengan kesilapan asas dalam hidup klien. Contohnya ‘cuba ingat balik peristiwa paling awal berlaku dalam hidup anda yang tak dapat anda lupakan’ ‘Bagaimana perasaan anda ketika itu?’ ‘Apa reaksi anda’. Dalam menginterpretasi ingatan awal ini kaunselor boleh mengambil kira soalansoalan seperti: • • • •
Apa perana yang dimainkan oleh klien? Adakah ia sebagai pemerhati atau mengambil bahagian? Siapa lagi di dalam ingatan itu? Apa hubungan orang lain itu dengan klien? Apa perasaan yang diluahkan di dalam ingatan itu? Mengapa klien memilih untuk mengingati peristiwa ini? Apa yang ingin disampaikan oleh klien?
Keutamaan Personaliti Penilaian keutamaan personaliti adalah faktor penting dalam memahami cara klien menangani interaksi di dalam kehidupan. Nira kefir(1981) dalam Corey(2001) menyatakan terdapat empat keutamaan personality yang digunakan seseorang iaitu superiority(signifikan), mengawal, memberi keselesaan dan menyenangkan. Setiap keutamaan ini melibatkan corak tingkahlaku yang dominant yang digunakan seseorang untuk menangani situasi. Kefir menerangkan empat corak tingkahlaku yang menunjukkan keutamaan ini: 1. Seseorang menggunakkan superioriti atau pencapaian atau cara lain yang boleh membuatkan seseorang merasa superior. Ia mencari sesuatu supaya tidak merasa bermakna dalam hidup tetapi pada masa yang sama selalu merungut mereka terlalu kuat bekerja atau terlalu dibebani dengan kerja. 2. Seseorang selalu mengawal keadaan agar mereka merasa mereka tidak memulakan. Mereka tidak mahu bertindak sebagai tidak berjaya. 3. Seseorang yang mencari sesuatu untuk merasa selesa ingin mengelak tekanan atau kesakitan dengan apa cara sekali pun. Mereka selalu menangguh dalam menangani masalah dan membuat keputusan untuk mengelak menghadapi tekanan dan kesakitan. Ini menyababkan produktivitiseseorang itu rendah. 4. Seseorang yang membuat sesuatu untuk menyanangkan hati orang lain ingin mengelak disingkir dengan mencari sokongan dan penerimaan dari orang lain. Kerana takut tidak disukai orang lain, seseorang itu berusaha untuk menangani sokongan orang lain.
Rumusan Setelah maklumat diperoleh dari klien, rumusan disedikan oleh kaunselor untuk dibincangakan bersama klien. Rumusan ini termasuklah pengalaman dan cerita tentang kehidupan klien, konstelasi keluarga, ingatan awal klien, kekuatan dan asset klien serta strategik klien dalam menangani masalah hudupnya. Rumusan ini dibaca di hadapan klien sama ada oleh klien sendiri atau oleh kaunselor dan selepas itu mereka akan berbincang mengenainya atau klien boleh bertanya berbagai soalan mengenainya. Mosak(1995) memasukkan satu lagi rumusan iaitu kesilapan asas klien. Beliau percaya gaya hidup seseorang adalah terkandung sebagai metos peribadi. Seseorang bertangkahlaku seolah-olah metos ini benar kepada mereka metos ini benar. Lima kesilapan asas ialah: 1. Generalisasi melampau: ‘Tidak ada keadilan di dunia ini’ 2. Matlamat yanmg mustahil dan tidak benar ‘saya mesti mengambil hati semua orang jika saya hendak disukai oleh orang lain. 3. Persepsi yang silap tentang hidup dan tuntutan hidup. ‘Hidup sangat-sangat sukar bagi saya’. 4. menafikan harga diri seseorang ‘Saya bodoh, jadi taka ada orang hendak memerlukan saya’. 5. Nilai yang silap ‘Saya mesti naik ke tempat teratas,tanpa mengira siapa yang akan dasakiti di dalam proses ini’. Fasa III: menggalakkan Pemahaman Kendiri dan Celik Akal Teori Adler percaya bahawa boleh dikatakan semua yang berkaitan dengan hidup manusia mempunyai tujuan. Pemahaman kendiri boleh berlaku apabila tujuan dan matlamat tangkahlaku yang tersempunyi dibawa ke alam sedar klien. Apabila bercakap tentang celik akal, apa yang dimaksudkan ialah pemahaman tentang motivasi yang ada di dalam hidup klien. Pendedahan dan interprestasi yang bertepatan masa adalah teknik yang memudahkan proses mendapat celik akal. Kaunselor menekankan kepada membina dan menggabungkan celik akal kepada masalah klien melalui kesedaran tentang matlamat yang salah dan tingkahlaku merosakkan diri sendiri. Kaunselor menggunakan teknik konfratasi dan interprestasi untuk membina celik akal klien. Bukan sahaja cekil akal penting, penekanan kanseling juga kepada perubahan tingkahlaku. Semasa kaunselor membuat interprestasi tentang gaya hidup klien, diharapkan klien akan memahami perasaannya dalam mewujudkan perhubungan lantas dapat melihat bagaimana untuk memperbaiki situasi masa kini. Fasa IV : Orientasi semula Di fasa akhir proses teraputik ialah fasa orientasi kepada tindakan yang dikenali sebagai ialah mengorientasi dan mendidk semula klien iaitu mempraktikkan celik akal yang telah didapti oleh klien sepanjang proses teraputik. Klien digalakan mengkambilrisiko, mencuba tangkahlaku baru, mengambil tanggungjawap untuk
hidupnya dan membuat keputusan baru yang membolehkannya mencapai matlamat. Di dalam kes tertentu perubahan sinifikan diperlukan jika klien ingin mngatasi rasa kecewa dan mencari tempat untuk diri sendiri di dalam hidupnya. Klien perlu diorientasi semula ke arah hidup yang lebih berguna. Hidup berguna melibatkan rasa dipunya dan dihargai, berminat kepada orang lain dan mengambil berat kebajikannya, berani, menerima ketidaksempurnaan, yakin, mempunyai ciri kecindan, sedia memberi sumbangan dan mesra. Bahagian yang tidak berguna dalam hidup dicirikan sebagai menarik diri dari melaksanakan tugas hidup, melindungi diri sendiri sahaja dan bertindak menyakiti orang lain. Orang yang berada di bahagian yang tidak berguna menjadi kurang berfungsi dan sakit jiwa. Intervensi yang paling penting di dalam fasa ini ialah memberi galakan. Proses Memberi Galakan Prosedur yang penting di dalam teori Psikologi Individu ialah memberi galakan. Ia penting ketika seseorang cuba membut perubahan di dalam hidup. Galakan bermaksud membina keberanian. Keberanian terbina apabila seseorang menyadari tentang kekuatannya, ia merasa dipunyai dan tidak sendirian, mempunyai harapan untuk terus hidup dan dapat melihat kemungkinan baru untuk dirinya di dalam kehidupan seharian. Perubahan dan pencarian kemungkinan baru Pada fasa kempat ini adalah masa untuk menyelasai maslalah dan membuat keputusan. Kaunselor dan klien mempertimbangkan kemungkinan alternamtif dan kesannya, menilai bagaimana alternatif ini menepati matlamat klien dan menetapkan tindakan. Alternatif terbaik dan kemungkinan baru adalah atas cadangkan klien dan sokongan serta galakan kaunselor.
(c) Berdasarkan strategi-strategi dalam teori kaunseling behaviorisme, bincangkan dengan berdasarkan contoh-contoh bagaimana sesuatu tingkah laku boleh diubah? (15 markah)