Teks Pembangkang Ke 3.docx

  • Uploaded by: Izatul Amira
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Pembangkang Ke 3.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 691
  • Pages: 3
Terima kasih tuan speaker dewan. Bismillahirrahmanirrahim, Yang Dihormati tuan yang dipertua , sahabat yang berdiri sama tinggi duduk sama rendah , barisan kontradi yang kelihatan cemas dengan hujah yang rapuh di sempadan, seterusnya sidang dewan sekalian. Assalamualaikum, salam gagasan keadilan dan selamat bersidang Sayang-sayang si pinang masak, Masak diluar, mentah didalam Hujah kerajaan sudah dipasak, Bahteranya senget menanti karam

Tuan Yang Dipertua, Sudah terang lagi bersuluh, sarana ibu bapa kurang membantu dalam menjayakan pendidikan murid di semua peringkat. Saya, selaku penerima amanat sebagai pembangkang ke-3, ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak diseberang sana keran tiga sebab. Yang pertama, barisan yang berhormat disana telah kecundang membidas isi. Yang kedua, barisan kerajaan menyatakan hujah berdasarkan pandangan peribadi tanpa bukti kuantitatif dan kualitatif Tuan Yang Dipertua, Berdirinya saya disini selaku yang berhormat pembangkang ke 3 pada hari ini saya akan mengajak anda semua untuk mengintai dan merungkai pelbagai permasalahan yang dibawa di meja kerajaan diawah gagasan usul yang berbunyi “Sarana Ibu Bapa Pendidikan Murid Berjaya” Namun begitu tuan yang dipertua, persoalanya disini adalah , adakah sarana ibu menyebabkan murid di sekolah Berjaya? Maka pada hari ini tuan yang dipertua saya akan membawa anda semua mengupas segala persoalan ini seterusnya mematahkan hujahhujah rapuh yang telah dibawa dimeja kerajaan. Tuan yang dipertua sterusnya saya ingin membidas segala huja-hujah yang rapuh yang telah dibawa oleh yang berhormat menteri ketiga sebentar tadi. Yang berhormat menteri ke3 tadi mengatakan bahawa

Tetapi yang berhormat,

Baiklah tuan yang dipertua, sterusnya saya akan mematahkan hujah yang dibawah oleh menteri ke2. Yang berhormat mengatakan bahawa

Tetapi,

Tuan yang dipertua, nampaknya pihak kerajaan pada hari ini mengeluarkan fakta yang goyah . Sterusnya, untuk merobohkan pondok usang pihak kerajaan diseberang sana, saya akan mematahkan hujah dangkal perdana menteri yang berbunyi

Tuan yang dipertua, sebenarnya,

Nampaknya tuan yang dipertua , hujah pihak kerajaan seperti tin kosong berdeting, bila dibuka kemana isinya? Baiklah siding dewan sekalian, setelah hujah dibidas, setela hujah di cantas, kini tiba masanya untuk saya membentang serta mengukuhkan kes kami di meja pembangkang sterusnya menundukkan barisan panel kerajaan di seberang sana Tuan yang dipertua, sebentar tadi yang berhormat ketua pembangkang menyatakan bahawa sarana ibu bapa sekadar penjanaan semula Saya menyokong 100% hujah tersebut kerana program ibu bapa dan guru sudah di lancarkan sejak beberapa tahun yang lalu, tapi mengapa perlu adanya program sarana ibu bapa? Bukankah PIBG itu sendiri telah melibatkan ibu bapa dalam program ini? Jadi pihak kerajaan hanya perlu memurnikan dan mengemaskan PIBG itu dan tidak wajarlah membuat sarana ibu bapa

Seterusnya tuan yang dipertua, di bawah premis kata kedua , kami yakini bahawa sarana ibu bapa hanya indah di atas kertas kerana Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencetak sebanyak 60,000 buah unit buku prasarana ibu bapa dan telah diedarkan secara percuma. Tetapi hanya 37% ibu bapa yang meneliti dan membaca buku tersebut. Ini menunjukkan ketidak berkesanan peranan ibu bapa dalam membentuk anaknya sedangkan dirinya sukar dibentuk. Dengan penghasilan buku prasaran ini, ia telah menggunakan wang berjuta juta ringgit. Namun mengapa wang itu tidak digunakan untuk menyalurkan kepada sekolahsekolah dan bukan membazirkannya dengan mencetak beribu-ribu unti buku? Ini menunjukkan bahawa sarana ibu bapa hanya indah di atas kertas Seterusnya dibawah premis kata yang terakhir, sudah terang lagi bersuluh sarana ibu bapa kurang Berjaya kerana adanya ibu bapa yang mengalami kekangan dari segi kewangan. Ini menyebabkan anak-anak tidak dapat fokus dalam pelajaran kerana mungkin anak itu sndiri yang menghabiskan masanya dengan bekerja demi menambahkan wang saku yang tidak mencukupi yang diberi oleh ibu bapa.hal ini demikian kerana anak-anak tidak dapat mengambil lebih tumpuan kepada pelajaran dan ketinggalan subjek di kelas. Ini menunjukkan bahawa sarana ibu bapa kurang Berjaya kerana ibu bapa mengalami kekangan dari segi kewangan Sidang dewan sekalian, bukan mahu menegakkan benang yang basah, tetapi hanya mahu menyulam benang yang indah maka sesungguhnya pada hari ini, dibarisan pembangkang kami tegaskan pendirian kami bahawa sarana ibu bapa kurang menjayakan pendidikan murid. Tuan yang dipertua, sebelum kaki mengundur langkah, sbelum lidah berhenti berkata-kata izinkan saya mengakhiri hujah saya dengan serangkap pantun, Berbaju biru si anak dara, Berjalan-jalan di kota tinggi, Tersalah kata, Harap dimaafi, Dengan itu tuan yang dipertua mohon agar pendirian kami di terima dan saya mohom untuk terus membakang ….sekian terima kasih

Related Documents


More Documents from "Selvia Widiyanti"