Teks Emcee Jom Ke Sekolah.docx

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Emcee Jom Ke Sekolah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 785
  • Pages: 5
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT SK ABANG MOH SESSANG 2019 Aturcara  Pengumuman   Ketibaan Jemputan



Teks Sapaan Semua guru, murid dan ibu bapa dikehendaki untuk mengambil tempat duduk masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Kerjasama semua pihak amatlah kami hargai. Terima Kasih.

Catatan

Mengumumkan ketibaan Koperal Shafri Bin Lee Pegawai Perhubungan Sekolah sambil diiringi barisan pentadbir dan Exco PIBG. Semua hadirin dijemput duduk.



Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak



Diikat batang dihujung kuala Tempat si manis mengambil kuini Selamat Datang kami persila Ke majlis indah di pagi ini Yang Dihormati Koperal Shafri Bin Lee Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)

Aluan Pengacara

Yang Berusaha Encik Mohtaja@Mokhtar Bin Jaya Guru Besar SK Abang Moh Sessang Yang Berusaha Encik Mohd Hairwan Bin Buserah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Selaku Penyelara Program Jom Ke Sekolah Yang Berusaha Encik Wan Kamarulzaman Bin Wanli Guru Penoolong Kanan 1 Yang Berusaha Encik Idris Bin Ason Guru Penolong Kana Kokurikulum

AHMAD IDRUS/TEKSEMCEE/JOMKESEKOLAH/SKAMS2019

1

Aturcara

Teks Sapaan Pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Guru-guru, Exco PIBG, staf, ibu bapa serta anak-anak murid yang dikasihi sekalian.  

 

Lagu  Negaraku Ibu Pertiwiku Sekolah

Catatan

Selamat Datang ke Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah peringkat SK Abang Moh Sessang 2019. Untuk pengetahuan semua, program ini adalah sebuah inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama pihak PDRM bagi mewujudkan sebuah program permuafakatan KPM dan PDRM. Baiklah, sidang hadirin yang dihormati Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan nyanyia 3 buah lagu rasmi. Lagu pertama NEGARAKU,kemudian Lagu Ibu Pertiwiku dan lagu rasmi SK Abang Moh Sessang. Untuk itu, semua hadirin diminta untuk berdiri tegak.

*Selesai lagu 

Terima Kasih, semua hadirin dijemput duduk.



Hadirin yang dimuliakan Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga majlis sentiasa diberkati



Majlis akan diteruskan dengan bacaan doa yang akan dipimpin oleh _______________________ ________________. Majlis mempersilakan.



Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Diharapkan agar majlis pada pagi ini akan berjalan dengan lancar dan sentiasa dibawah Rahmat Allah SWT.

Bacaan Doa

AHMAD IDRUS/TEKSEMCEE/JOMKESEKOLAH/SKAMS2019

2

Aturcara

Teks Sapaan 

Seterusnya, majlis akan diteruskan dengan lafaz ikrar pelajar. Untuk itu dijemput Adik Mohd Amirul Aiman Bin Abdullah, pelajar Tahun 6 untuk mengetuai lafaz ikrar tersebut. Semua murid dipohon untuk berdiri.



Majlis mengucapkan terima kasih dan semua murid dijemput duduk.



Sidang hadirin yang dihormati sekalian

Ikrar Pelajar

Catatan

Pergi ke kota membeli selasih Buat si dara buat halwa Berilah kata simpulan kasih Sulamkan mesra satukan jiwa Majlis pada pagi yang indah ini diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati Koperal Shafri Bin Lee selaku Pegawai Perhubungan Sekolah PPS untuk menyampaikan ucapan seterusnya membacakan perutusan daripada Ketua Polis Negara bersempena Program Jom Ke Sekolah 2019.

Ucapan PPS

Majlis dengan ini mempersilakan. 



Ucapan PGB

*** Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Koperal Shafri Bin Lee atas ucapan serta perutusan yang telah disampaikan sebentar tadi. Diharap apa yang telah disampaikan menjadi panduan untuk kita semua. Sidang hadirin sekalian Terbang di awan burung jentayu Di atas papan batang selasih Tampillah tuan kami merayu Bersama ucapan pengikat kasih Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Mokhtar Bin Jaya, Guru Besar SK Abang Moh Sessang untuk menyampaikan ucapan sekaligus membacakan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia. AHMAD IDRUS/TEKSEMCEE/JOMKESEKOLAH/SKAMS2019

3

Aturcara

Teks Sapaan

Catatan

Dipersilakan. 



**** Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Guru Besar diatas ucapan yang telah disampaikan. Moga apa yang telah disampaikan sebentar tadi dapat kita jadikan sebagai pedoman untuk disemat di dalam jiwa. Yang Ditunggu sudah tiba Yang dinanti sudah bersedia Majlis pada pagi ini diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Encik Mokhtar Bin Jaya untuk mempersilakan Yang Dihormati Koperal Shafri Bin Lee sambil diiringi oleh jemputan yang lain bagi menyempurnakan perasmian Papan Kenyataan PPS SK Abang Moh Sessang.

Perasmian Papan Kenyataan PPS

Dipersilakan. ** Maka rasmilah sudah Program Jom Ke Sekolah Peringkat SK Abang Moh Sessang 2019. 

Semua dif kehormat dijemput hadapan pentas semula. Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Koperal Shafri Bin Lee diatas kesudian menyempurnakan pelancaran Papan Kenyataan PPS tersebut.



Menarik halus papan di jawa Tersergam kukuh di gerbang batu Adat berjumpa terpisah jua Moga bertemu dilain waktu Sidai mengkuang diatas bata Batanya roboh menimpa sulur Andai terkurang maaf dipinta Jari sepuluh sedia dihulur

Penutup 

Sebelum bersurai, pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program pada AHMAD IDRUS/TEKSEMCEE/JOMKESEKOLAH/SKAMS2019

4

Aturcara

Teks Sapaan

Catatan

pagi ini. 

Maaf dipohon sekiranya terdapat kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Nan elok bawalah balik, nan tak elok tinggallah disini.



Sekian wassalamualaikum wabarakatuh.

warahmatullahi

AHMAD IDRUS/TEKSEMCEE/JOMKESEKOLAH/SKAMS2019

5

Related Documents