Pakatan Pembangkang Dalam Politik Malaysia

  • Uploaded by: siew chang yee
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pakatan Pembangkang Dalam Politik Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 6,922
  • Pages: 25
1

PENGENALAN Politik mempunyai pengertian yang amat luas, secara mudahnya ia merujuk kepada cara manusia memerintah dan diperintah. Ia dilihat merangkumi segala aspek kehidupan manusia dan melibatkan konsep-konsep seperti kuasa, ‘siapa mendapat apa’ bila dan bagaimana. Menurut Michael Laver ( 1984 ), politik merujuk kepada harapan, kerisauan, matlamat serta aspirasi yang terdapat dalam sekelompok manusia1. Ia bakal melahirkan dua hasil yang berbeza, konflik ataupun kerjasama. Ini kerana konflik tercetus apabila keinginan manusia tidak tercapai manakala kerjasama pula didorong oleh faktor ketidak upayaan seseorang individu itu untuk bertindak bersendirian2. Kamus Dewan pula mendefinisikan politik sebagai ilmu berkaitan dengan cara pemerintahan atau hubungan dengan negara lain3. Lantaran itu, politik dilihat merangkumi institusi, ideologi, pilihan raya, parti, kekuasaan dan segala aspek yang bersangkut paut dengan pentadbiran sesebuah negara. Plato, Aristotle, Confucius, Ghandi, Ibn Khaldun, Machiavelli, Mill dan Rousseau merupakan antara tokoh-tokoh falsafah politik yang pernah mewarnai dunia politik masa silam. Pasa masa yang sama, peredaran zaman telah menyaksikan kelahiran pelbagai falsafah serta sistem parti yang telah mempelbagaikan lagi rentak politik dunia. Antara falsafah politik dunia yang masih diamalkan sehinggakan hari ini adalah seperti konservatisme, liberalisme, demokrasi dan sosialisme. Sementara itu,

terdapat sekurang-kurangnya empat bentuk sistem parti yang

utama iaitu sistem satu parti, sistem dua parti, satu parti dominan dan pelbagai parti. Negara yang mengamalkan sistem satu parti seperti China melambangkan bahawa masyarakatnya dipengaruhi oleh satu ideologi iaitu ideologi komunis. Di mana Parti Komunis China merupakan parti tunggal yang wujud dan bergerak aktif di negara Asia Timur itu. Manakala negara-negara yang mengamalkan sistem dua parti seperti Amerika 1

Michael Laver, Invitation to politics, Basil Blackwell, United Kingdom, 1984, hlm 1.

2

Ibid.

3

Hajah Noresah bt. Baharom (k.ed.), Kamus Dewan, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, , hlm.1049.

2

Syarikat dan Britain

pula terbentuk hasil daripada dua ideologi besar. Misalnya di

Britain, Parti Buruh dan Konservatif merupakan dua parti dominan dalam senario politik negara itu. Manakala di Amerika Syarikat pula, Parti Demokrat dan Republikan merupakan identiti kepada sistem demokrasi di negara itu. Di samping itu, terdapat juga sistem satu parti dominan yang merujuk kepada penguasaan sesuatu parti utama ke atas sesebuah negara. Corak pemerintahan seumpama ini jelas di Singapura, di mana People Action Party( PAP ) yang ditubuhkan pada 1954 masih berkuasa sehingga ke hari ini. Di negara kita pula, Malaysia dilihat sinomin dengan sistem pelbagai parti yang menyaksikan kewujudan pelbagai parti politik seperti United Malays Nation Organization ( UMNO ), Malaysian Chinese Association ( MCA ), Malaysian Indian Congress ( MIC ), Democratic Action Party ( DAP ), People’s Progressive Party ( PPP ), Gerakan Rakyat Malaysia ( Gerakan ), Partai Islam Se-Malaysia ( PAS ), Parti Negara, Parti Buruh, Parti Rakyat Malaysia ( PRM ), dan sebagainya. Senario Politik di Malaysia Di Malaysia, semua aktiviti parti-parti politik tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1966. Di samping terdapat akta-akta lain seperti ISA, OSA dan Akta Polis yang telah dikuatkuasakan untuk mengawal aktiviti parti-parti politik di Malaysia.4. Lantaran itu, semua parti-parti politik di negara ini perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Kebanyakan parti politik induk didaftarkan di Wilayah Persekutuan yang mencatatkan 14 pendaftaran pada tahun 1995 dan 19965. Menurut Laporan Tahunan Jabatan Pendaftar Pertubuhan, pada tahun 1997 sahaja terdapat 41 buah pertubuhan politik berdaftar di peringkat negeri dan melibatkan 43,387 cawangan di seluruh negara6.

4

Makmor Tumin, Parti-parti politik di Malaysia: Antara pertimbangan perkauman dan asas ideologi, Dewan Masyarakat, Jilid 37, Bil 7, Julai, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 10. 5

Ibid.

6

Ibid.

3

Penubuhan parti-parti politik di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa pertimbangan utama iaitu berasaskan perkauman, ideologi, multi-racial ( non-communal ) dan juga agama. Penubuhan awal parti-parti politik di Malaysia banyak berdasarkan pertimbangan perkauman yang rata-rata bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi, sosial, dan politik sesuatu komuniti. Parti UMNO, MIC dan MCA merupakan antara parti yang ditubuhkan berdasarkan pertimbangan perkauman. UMNO misalnya telah ditubuhkan pada tahun 1946 bertujuan untuk menyatukan orang Melayu untuk menentang penubuhan Malayan Union di samping memelihara kepentingan serta memperbaiki keadaan orang Melayu7. Pada masa yang sama, pertimbangan ideologi turut membawa kepada terbentuknya parti-parti politik seperti Parti Buruh, Parti Rakyat, Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ) dan DAP. Parti Buruh mendakwa dirinya sebagai parti sosialis tulin8. Di mana dari masa ke semasa, ia menyeru ke arah pemilik negarakan aset-aset negara yang merangkumi perindustrian, perlombongan serta perladangan. DAP pula dilihat berkiblatkan sosialisme demokratik yang menekankan kepada pembentukan sebuah negara Malaysia yang bebas, demokratik dan sosialis berasaskan kepada prinsip kesaksamaan kaum, keadilan sosial dan ekonomi9. Parti Rakyat Malaysia juga dilihat berfahaman sosialis berdasarkan latarbelakang penubuhannya. Di mana, ia merupakan bekas anggota Socialist Front yang menggabungkan Parti Buruh dan Parti Rakyat. Manakala Parti Kebangsaan Melayu Malaya merupakan sebuah parti haluan kiri yang dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya ( PKM )10. PKM berjaya menguasai PKMM dari segi keanggotaan jawatankuasanya. Rashid Maidin dan Abdullah C.D merupakan anggota PKM yang bergiat cergas di dalam PKMM manakala Musa Ahmad, Baharudin Latif dan Shamsuddin Salleh pula dilihat berfahaman sosialis11.

7

Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Fajar Bakti, Shah Alam, 2001, hlm.392.

8

Gordon P. Means, Malaysian politics, Hodder and Stoughton, London, 1976, hlm.238.

9

Lee Kam Hing and Tan Chee Beng (ed.), The chinese in Malaysia, Oxford University Press, New York, 2000, hlm 206. 10

Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 387.

11

Ibid, hlm. 387.

4

Pembentukan Parti Perikatan Dalam sebuah negara majmuk, Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran khususnya yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza. Di mana perbezaan latar belakang, kebudayaan, agama, dan pendidikan menjadi penghalang ke arah kewujudan sebuah negara bangsa Malaysia yang sejati. Setiap kaum dilihat berpegang teguh kepada amalan serta tradisi moyang mereka dengan toleransi yang amat terhad. Lantaran itu, pembentukan negara bangsa di Malaysia dilihat masih di awang-awangan sahaja. Menyedari hakikat ini, United Malays National Organization ( UMNO ) dan Malayan Chinese Association ( MCA ) telah mengorak langkah pertama dengan membentuk pakatan UMNO-MCA menjelang pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Di mana Pengerusi MCA Selangor, Kolonel H.S. Lee dan Ketua Jawatankuasa Kecil pilihan raya UMNO telah sepakat untuk bekerjasama dalam pilihan raya tersebut12. Pakatan sementara itu, ternyata membuahkan hasil apabila, UMNO-MCA berjaya

memenangi sembilan daripada dua belas kerusi yang

dipertandingkan. Keputusan yang memberangsangkan itu, mendorong pakatan UMNOMCA diteruskan di dalam pilihan raya tempatan di Johor, Melaka dan negeri-negeri lain dan juga menyaksikan keputusannya memihak kepada UMNO dan MCA. Kejayaan-kejayaan ini telah membawa kepada rundingan antara pemimpinpemimpin UMNO-MCA pada 3 Februari 195313. Rombongan UMNO diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan MCA pula diwakili oleh Tan Cheng Lock dan Kolonel H.S Lee. Akhirnya keputusan dicapai dan Parti Perikatan ditubuhkan dan menjelang pilihan raya 1955, Parti Perikatan telah diperkukuhkan lagi dengan kemasukan Parti Malayan Indian Congress ( MIC ) dan seterusnya melengkapkan keanggotaan asal Perikatan yang mewakili tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Pilihan raya 1955 telah dilangsungkan pada 27 Julai 1955 dan melibatkan beberapa parti utama seperti Parti Perikatan, Parti Islam Setanah Melayu ( PAS ), Parti 12

Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 394.

13

Ibid, hlm. 394.

5

Negara, Parti Buruh dan Parti Progresif Rakyat ( PPP ). Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan telah meletakkan 52 calon yang terdiri daripada 35 calon Melayu, 15 calon Cina dan 2 calon India. Ia mencapai kejayaan di luar dugaan apabila memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan bakinya sebuah kerusi dimenangi oleh calon PAS di kawasan Kerian, Perak. Kemenangan sulung Perikatan ini telah memberikan ia mandat untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu. Pakatan Parti Pembangkang Dalam Politik Malaysia ( 1959-1969 ) Pilihan raya umum 1959 merupakan yang pertama selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Ia menyaksikan kemunculan pakatan parti pembangkang yang pertama bagi menyaingi pakatan Parti Perikatan. Parti Sosialis Front ( SF ) telah dilancarkan pada 31 Ogos 1957 dan ia menggabungkan Parti Buruh dan Parti Raayat14. Kemunculan pakatan ini telah bertapak kukuh di Pulau Pinang dan ia mulai menampakkan pengaruhnya dalam pilihan raya Majlis Bandaran George Town dalam tahun 1957. Sosialis Front memenangi 8 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan dan dalam pilihan raya Majlis Bandaran George Town yang seterusnya, pada tahun1961, parti itu telah berjaya memenangi 14 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan15. Solialis Front telah bertanding bagi 38 kerusi parlimen dengan mempertaruhkan 11 calon Melayu, 20 Cina dan 7 India dalam pilihan raya 195916. Hasilnya ia berjaya memenangi 8 kerusi parlimen dengan lima kerusi diperolehi dari Selangor dan bakinya di Pulau Pinang17. Di peringkat dewan undangan negeri (DUN ), ia berjaya menawan 16 kerusi dengan 7 di Pulau Pinang dan masing-masing 3 di Selangor, Negeri Sembilan dan

14

K.J. Ratnam, Political parties and pressure groups, di dalam Malaysia a survey, Wang Gungwu (ed.), Donald Moone Book, United Kingdom, 1964, hlm.400. 15

Gordon P. Means, Malaysian politics, hlm.251.

16

K.J. Ratnam, Political parties and pressure groups, di dalam Malaysia a survey, Wang Gungwu (ed.), hlm.400. 17

Gordon P. Means, Malaysian politics, hlm.252.

6

Johor. Secara keseluruhannya Sosialis Front mendapat 22.2% bagi kawasan parlimen yang ditandinginya dan 14.9% pula bagi kerusi undangan negeri18. Bagaimanapun, Sosialis Front hanya mampu bertahan sehingga pilihan raya 1964, apabila ia hanya mampu memenangi 2 kerusi parlimen dan 7 kerusi negeri. Kemerosotan pengaruh parti ini kemudiannya menyaksikan Parti Raayat keluar dari pakatan ini pada tahun 196519. Parti Buruh telah memboikot pilihan raya umum 1969 manakala Parti Raayat yang bertanding bersendirian hanya memenangi 3 kerusi undangan negeri di Pahang dan Pulau Pinang. Terdapat tiga faktor yang membawa kepada kemerosotan pengaruh Sosialis Front yang akhirnya menyebabkan ia terkubur. Pertama, Sosialis Front dilihat sebagai sebuah parti fahaman sosialis yang radikal dan didakwa dipengaruhi oleh anasir komunis. Kedua, Parti Raayat gagal mendapat sokongan orang Melayu luar bandar yang menjadi penyokong kuat UMNO. Ketiga pengaruh golongan radikal Cina di dalam Parti Buruh yang semakin kuat mengakibatkan Parti Buruh menguasai pakatan di dalam Sosialis Front dan seterusnya membawa kepada perselisihan antara Parti Buruh dan Parti Raayat terutamanya dalam aspek bahasa, agama Islam, pemilihan calon dan dasar mengenai isu perkauman20. Namun begitu, pakatan pembangkang bak perpatah “ patah tumbuh hilang berganti” apabila dua parti baru, Parti Tindakan Demokratik ( DAP ) dan Gerakan Rakyat Malaysia ( GERAKAN ) muncul bagi mencabar kekuasaan Perikatan. Kedua-dua parti ini telah membuat pakatan dengan PPP pada Februari 196921. Di mana ketiga-tiga parti ini bersetuju dalam pembahagian kerusi yang bakal ditandingi dan ia dilihat bertujuan untuk mengelakkan pepecahan undi bagi parti pembangkang. Pakatan pembangkang ini sekali 18

Ibid.

19

R.S. Milne dan Diane K. Mauzy, Politik dan kerajaan Malaysia, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1982, hlm. 190. 20

Ibid, hlm. 190.

21

R.K Vasil, Ethnic politics in Malaysia, Radiant Publishers, New Delhi, 1980, hlm.164.

7

lagi menampakkan kesannya apabila Gerakan berjaya menawan Pulau Pinang dengan memperolehi 16 daripda 24 kerusi undangan negeri. Pada masa yang sama, Gerakan dan DAP berjaya menafikan kemenangan 2/3 Perikatan di Selangor dan Perak. Di Selangor, Perikatan hanya mendapat 14 kerusi manakala DAP pula mendapat 9 dan Gerakan pula 4 kerusi. Baki sebuah lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas22. Situasi di Perak pula lebih genting, apabila Perikatan hanya mendapat 19 kerusi berbanding 21 oleh pembangkang. PPP unggul dengan 12 kerusi, DAP 6, Gerakan 2 dan Pas 1. Namun begitu, hasrat PPP dan DAP untuk menubuhkan kerajaan campuran di Perak berkecai apabila Gerakan dan Pas enggan menyertai mereka. Ia jelas mengecewakan PPP dan DAP yang merasakan diri mereka dikhianati oleh Gerakan kerana mendakwa kejayaan dua calon Gerakan di Taiping dan Matang adalah hasil daripada keyakinan pengundi terhadap pakatan yang terbentuk antara ketiga-tiga parti itu23. Pada 12 Mei, Gerakan telah memaklumkan kepada UMNO bahawa dua wakil rakyatnya di Perak tidak akan menyertai kerajaan campuran PPP- DAP dan mengambil pendirian berkecuali di dalam Dewan Undangan Negeri Perak24. Sejurus

keputusan pilihanraya diumumkan, situasi di Semenanjung Malaysia

menjadi tegang. Kehilangan Pulau Pinang kepada Gerakan dan risiko kehilangan kuasa Melayu di Perak dan Selangor jelas sukar diterima oleh orang Melayu. Ia diperburukkan lagi dengan perarakan kemenangan DAP dan Gerakan di Kuala Lumpur. Pada keesokkan harinya, MCA telah mengumumkan bahawa parti itu tidak lagi mewakili orang Cina di dalam kerajaan setelah ia dikritik hebat kerana prestasinya yang begitu buruk dengan hanya memenangi 13 daripada 33 kerusi yang ditandinginya25. Pada masa yang sama, satu demonstrasi telah dianjurkan oleh UMNO Selangor dan penyebaran khabar angin bahawa

22

Ibid,hlm.174.

23

Lee Kam Hing, Politics In Perak 1969-1974: Some preliminary observations with particular reference to the non-Malay political parties, hlm, 4. 24 25

Ibid.

Diane K. Mauzy, Barisan Nasional: Coalition government in Malaysia, Marican & Son, Kuala Lumpur, 1983, hlm. 36.

8

orang Melayu telah diserang di sekitar Kuala Lumpur telah membawa kepada tercetusnya tregedi 13 Mei yang mengorbankan 196 nyawa26. Tragedi 13 Mei telah membawa kepada perisytiharan darurat di seluruh negara dan demokrasi berparlimen dibekukan. Pentadbiran negara telah diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) pimpinan Tun Abdul Razak27. Lanjutan daripada tragedi berdarah itu, demokrasi berparlimen turut digantung dan seterusnya membawa kepada penundaan pilihan raya di Sabah dan Sarawak yang masih belum selesai. Dalam memperkatakan isu ini, Tun Dr. Ismail, selaku Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa amalan ‘demokrasi di negara ini telah mati’ dan penggantungan parlimen telah berterusan sehingga Februari 1971. Era 70an memperlihatkan perubahan drastik dalam senario politik negara. Ia bermula dengan perubahan pucuk kepimpinan negara dari Tunku Abdul Rahman kepada Tun Abdul Razak. Di samping itu, ia turut menyaksikan pengukuhan dominasi Perikatan dalam politik Malaysia apabila keahlian bertambah kepada 9 parti yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PAS, PPP, SUPP, Perikatan Sarawak dan Perikatan Sabah28. Gabungan parti-parti ini telah membawa kepada terdaftarnya Barisan Nasional pada 1 Jun 1974, kira-kira 80 hari sebelum pilihan raya 1974 diadakan. Ia sekali lagi membuktikan kemampuan Perikatan dalam berkompromi antara parti-parti yang mewakili kaum yang berbeza di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Justeru itu, apabila parlimen dibubarkan pada Julai 1974, Barisan Nasional unggul dengan 119 wakil berbanding 25 wakil pembangkang29.

26 N.J. Funston, Malay politics in Malaysia: A study of the United Malays National Organisation and Party Islam, Heinemann Educational Books LTD, Kuala Lumpur, 1980, hlm. 209. 27

Lee Kam Hing and Heng Pek Koon, The chinese in the Malaysian political system, di dalam The Chinese in Malaysia, Lee Kam Hing and Tan Chee Beng (ed.), hlm. 208. 28

N.J. Funston, Malay politics in Malaysia: A study of the United Malays National Organisation and Party Islam, hlm. 234. 29

Diane K. Mauzy, Barisan Nasional: Coalition government in Malaysia, hlm 94.

9

Penstrukturan semula Perikatan telah membolehkannya menang selesa dalam pilihan raya 1974 dengan memanangi 135 daripda 154 kerusi parlimen dengan 47 kerusi dimenangi tanpa bertanding. Dalam pilihan raya 1974, hampir semua parti pembangkang telah terhapus. Selain DAP, hanya Parti Kebangsaan Sarawak ( SNAP ) yang mampu memberi sedikit saingan kepada Barisan Nasional. SNAP berjaya memenangi 9 kerusi parlimen.. Manakala PEKEMAS, parti serpihan Gerakan pula hanya berjaya memenangi satu kerusi menerusi Pengerusinya Dr. Tan Chee Khoon. Senario politik di Malaysia pada awal kemerdekaan jelas menampakkan kekuatan pakatan dalam Perikatan dan membolehkan parti itu terus menerajui negara walaupun cuba diberi saingan oleh pakatan pembangkang seperti Sosialis Front dan pakatan PPPDAP-Gerakan. Namun begitu, kelemahan pakatan pembangkang khususnya dari segi penetapan matlamat pakatan, kesanggupan untuk mengorbankan prinsip perjuangan masing-masing dan mengenepikan kepentingan peribadi mengagalkan pakatan-pakatan yang wujud. Oleh yang demikian, selepas pilihan raya 1969, tidak wujud sebarang pakatan antara parti pembangkang dan ia membolehkan Barisan Nasional memperolehi kemenangan selesa dalam beberapa siri pilihan raya dalam tempoh 1974-1986. Di mana, dalam pilihan raya 1974, Barisan meneruskan penguasaan dengan mengaut 60.7% undi bagi parlimen dan 57.2% bagi tahun 1978, 60.5% dan 57.6% undi bagi pilihan raya 1982 dan 198630.

Kemunculan Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah Selepas menyepi selama 21 tahun, muncul satu lagi pakatan baru antara parti-parti pembangkang dalam politik Malaysia. Pakatan ini dilihat mempunyai daya saing yang lebih kental berbanding dengan pakatan awal sebelum ini. Ia melibatkan parti-parti bukan 30

The Star, 25 April, 1995.

10

Melayu, Melayu sekular dan parti Melayu yang berlandaskan agama. Malahan pakatan ini turut melibatkan parti pembangkang dari Sabah, Parti Bersatu Sabah ( PBS ) yang telah menarik diri daripada Perikatan Sabah pada saat-saat akhir sebelum pilihan raya 1990. Keunikan pakatan kali ini terserlah dengan kewujudan dua perikatan yang berbeza tetapi saling melengkapi dan mempunyai matlamat yang sama iaitu menewaskan Barisan Nasional dan mengambil alih pucuk kepimpinan negara. Di mana pemuafakatan parti pembangkang kali ini telah membawa terbentuknya Gagasan Rakyat yang terdiri daripada parti Semangat 46, DAP, PRM, PBS dan AMIPF31. Manakala Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ) pula merupakan gabungan parti Semangat 46, PAS, BERJASA dan HANIM dan mendapat sokongan orang Melayu di pantai timur dan utara Semenanjung32. Kejayaan pakatan antara dua perikatan ini banyak bergantung kepada usaha Tengku Razaleigh Hamzah yang telah berundur dari UMNO. Beliau telah menubuhkan parti Semangat 46 pada 5 Jun 1989 bagi mencabar kepimpinan UMNO baru33. Kumpulan serpihan ini tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapat rakan seperjuangannya apabila PAS telah menghulurkan salam persahabatan dengan parti Semangat 46 dan seterusnya membentuk APU yang turut dianggotai oleh dua parti agama, HANIM dan BERJASA. Perikatan ini dilihat mempunyai peluang yang cerah bagi mengugat kekuasaan Barisan Nasional di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor34. Menyedari perlunya kerjasama bagi menjamin kemenangan pembangkang, Semanagat 46 telah membina jambatan penghubung antara parti pembangkang bukan Melayu dengan parti pembangkang Melayu. Justeru itu, Gagasan Rakyat dibentuk dan mendapat sambutan baik dari parti DAP, AMIPF, PRM dan PBS. Kewujudan gagasan ini 31

Zakry Abadi, Analisis Pilihan Raya Umum 1990, MYZ Sendirian Berhad, Kuala Lumpur, 1990

hlm.31. 32

Edmund Terence Gomez, The 1995 Malaysian General Election, Institute of Southeast Asian Studies, Singapura, hlm.4. 33

Ahmad Atory Hussain, Dimensi politik melayu 1980-1990: Antara kepentingan dan wawasan bangsa, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 193. 34

Utusan Malaysia, 3 Februari, 1989.

11

diharap dapat memenangi pilihan raya di kawasan majoriti bukan Melayu khususnya di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Melaka. Perhitungan ini dilihat mempunyai asas yang kukuh sekiranya prestasi parti pembangkang bukan Melayu diambil kira. DAP misalnya mendapat 24 buah kerusi parlimen dan 37 buah kerusi undangan

negeri

dalam

pilihan

raya

umum

1986.

Pencapaiannya

yang

memberangsangkan itu didorong oleh sokongan kira-kira 968,009 pengundi Cina, yang merangkumi separuh daripada kira-kira 2,107,000 pengundi Cina seluruh negara35. Kejayaannya ini jauh lebih baik berbanding dengan pencapaian MCA, Gerakan mahupun MIC. Walaupun Gagasan Rakyat dan APU merupakan dua perikatan yang berbeza tetapi wujudnya kerjasama antara kedua-duanya untuk menghadapi pilihan raya 1990. Ia terbukti pada hari penamaan calon pada 11 Oktober 1990, di mana hampir semua kawasan pilihan raya dipertandingkan secara satu lawan satu antara calon Barisan Nasional dan calon salah satu parti yang mewakili Gagasan Rakyat ataupun APU36. Satu persoalan yang berlegar-legar pada ketika itu ialah apakah dua ‘perikatan politik’ yang diterajui oleh Semangat 46 itu berkemungkinan menjadi bibit bagi terbentuknya sistem dua perti dan menjadi alternatif yang wajar dalam suasana politik negara ini37. Persoalan ini dan hakikat kerjasama yang terbentuk antara parti pembangkang

menjadikan

pilihan

raya

1990

yang

paling

menarik,

ghairah,

dipertandingkan dan sukar diramalkan hasilnya. Pencapaian Gagasan rakyat dan APU Dalam Pilihan Raya Umum 1990 Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama selepas perpecahan UMNO yang membawa kepada kewujudan dua puak dalam UMNO dan seterusnya pengharaman parti 35

Zakry Abadi, Analisis Pilihan Raya Umum 1990, hlm.31.

36

Fokus Pilihan Raya Umum 1990, Dewan Masyarakat, Jilid 25, Bil.11, November, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm.26. 37

Ibid.

12

itu. Terdapat tiga isu utama yang dianggap relevan dan kritikal dibincangkan di dalam kempen pilihan raya yang ke-8 ini38. Pertama pertentangan antara kerajaan BN dengan institusi istana. Kedua krisis dalam UMNO dan ketiga pertentangan kepimpinan UMNO dangan institusi kehakiman yang membawa kepada penyingkiran Ketua Hakim Negara ketika itu. Pembahagian kerusi telah dilakukan oleh pakatan pembangkang yang bertanding mengikut keupayaan sendiri di samping kesepakatan berkempen telah menampakkan hasilnya. Pakatan pembangkang berjaya memenangi 49 kerusi parlimen, di mana DAP mendapat 20 kerusi, PBS 14 kerusi, Semangat 46 pula 8 kerusi dan diikuti PAS yang menawan 7. Pakatan ini telah meraih 47% undi popular bagi kerusi parlimen yang dipertandingkan. Ia menampakkan peningkatan sebanyak 20 kerusi berbanding 29 kerusi yang diperolehi oleh pembangkang dalam pilihan raya umum 1986. Pencapaian pakatan pembangkang 1990 bagi peringkat DUN tidak kurang hebatnya apabila gabungan APU berjaya menawan Kelantan apabila PAS mendapat 24 kerusi dan Semangat 46 pula mendapat 14 kerusi di negeri itu. Di samping itu, PAS mendapat 8 kerusi di Terengganu, satu di Kedah dan Semangat 46 pula menambah dua kerusi di Terengganu, dan masingmasing satu di Pahang, Selangor dan Johor. Pencapaian PAS dan Semangat 46 turut dikongsi oleh DAP yang mempunyai perwakilan yang teramai dalam DUN iaitu 45 orang. DAP berjaya menempatkan wakilnya di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di Perlis, Kelantan dan Terengganu yang tidak ditandingi oleh parti itu39. Manakala di Sabah pula, PBS pimpinan Pairin berjaya membuktikan kekuatan parti itu walaupun tidak lagi berada di dalam Perikatan Sabah dengan memenangi 14 kerusi parlimen. Secara keseluruhannya DAP, PAS, PBS mahupun Semangat 46 mendapat hasil yang boleh dibanggakan menerusi pakatan pembangkang kali ini. DAP misalnya 38

Makmor Tumin, Antara pilihan raya umum 1990 dan !999, Dewan Masyarakat, Jilid 38, Bil. 02, Februari, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, hlm. 21. 39

Menjelang pilihan raya umum: Ukur baju di badan sendiri, Massa, Oktober, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, 1999, hlm.20.

13

walaupun kehilangan 4 kerusi parlimen dalam pilihan raya kali ini tetapi pencapaiannya di peringkat DUN jauh lebih baik berbanding pilihan raya 1986. Ia berjaya mendapat 45 kerusi DUN, penambahan 7 kerusi berbanding pilihan raya 1986. Manakala PAS pula lebih cemerlang apabila berjaya mencatatkan penambahan 6 kerusi parlimen serta 18 DUN . Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh yang bertanding buat kali pertama turut tidak mengecewakan apabila ia mendapat 14.9% undi daripada 152 kerusi DUN dan 15.06% daripada 61 kerusi parlimen yang

ditandinginya 40.Oleh yang demikian,

walaupun pakatan ini gagal menundukkan BN tetapi ia telah menjadi titik penolak kepada kemunculan semula pakatan parti pembangkang dalam politik Malaysia dan kata pepatah “ Bersatu Teguh Bercerai Roboh”. Bibit Kehancuran Gagasan Rakyat Kegagalan Perikatan Gagasan Rakyat dan APU mengambil alih pucuk kepimpinan negara membawa kepada lunturnya kerjasama di kalangan parti pembangkang. Di mana kerjasama yang wujud di kalangan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya 1995 amat terhad dan tidak seakrab tahun 1990. Bibit kehancuran pakatan pembangkang bermula apabila DAP bertindak meninggalkan pakatan Gagasan Rakyat lantaran daripada tindakan PAS memperkenalkan Hukum Hudud di Kelantan41. Walaupun tidak mempunyai sebarang ikatan rasmi antara kedua-dua parti ini, tetapi kerjasama yang erat antara DAP dan Semangat 46 yang menyokong secara tidak langsung Hukum Hudud di Kelantan jelas menimbulkan kerisauan di kalangan pemimpin serta penyokong DAP. Pada masa yang sama, krisis dalaman turut melanda DAP sepanjang tahun 1994 dan ia jelas di Perak dan Negeri Sembilan. Di Perak misalnya, percakaran di dalam parti telah menyaksikan pengunduran Lau Dak Kee, ahli Parlimen Ipoh dan perletakkan jawatan P. Patoo selaku Pengerusi negeri Perak42. Manakala di Negeri Sembilan pula, Hu Sepang, seorang pemimpin yang disegani dan bekas ahli parlimen telah meletakan jawatan dari parti43. 40

Hassan Mohd. Noor, Menjelang pilihan raya umum: Undi BN merosot?, Massa, Ogos, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, 1999, hlm.20. 41

Edmund Terence Gomez, The 1995 Malaysian General Election, hlm.5.

42

Ibid.

43

Ibid.

14

Masalah dalaman DAP semakin jelas, selepas penamaan calonnya dibuat pada 1995 dan telah menyaksikan perletakkan jawatan 30 ahlinya. Pada masa yang sama, AMIPF pula telah memohon untuk menyertai Barisan Nasional manakala PBS pula telah mencuba nasibnya di Semenanjung dengan bertanding di sembilan kerusi iaitu tujuh di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Johor dan Kedah. Masalah juga tercetus di dalam APU di mana segelintir pemimpin Semangat 46 berpendapat, wakil-wakil mereka tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan bebas kerana terpaksa mengikut jari telunjuk PAS. Fenomena ini membawa kepada wujudnya ketidaksefahaman antara Semangat 46 dan PAS dalam soal membuat keputusan dan perundingan menjalankan pentadbiran di Kelantan44. Keadaan parti-parti pembangkang yang berada dalam keadaan yang huru-hara dan tidak sepakat mengakibatkan pakatan yang wujud tidak semantap 1990. Ia jelas apabila parti-parti pembangkang telah menyediakan manifesto secara berasingan. PAS misalnya bertemakan “ Membangun Bersama Islam “ telah menjanjikan empat belas perkara yang meliputi isu kepimpinan Islam, pendidikan, dasar ekonomi, suasana politk yang sihat, dasar kebudayaan, berakhlak mulia, sihat, lasak dan berdisiplin45. Sebaliknya Manifesto 20 perkara Semangat 46 pula merangkumi bidang politik, sosial, ekonomi, Islam dan dasar luar46. Parti Rakyat Malaysia turut mengemukakan Manifesto 12 perkara yang menyentuh aspek hak asasi manusia, perlindungan alam sekitar, Sistem Saran Baru dan pampasan kepada para peneroka. DAP pula lebih agresif dengan temanya “Kuatkan DAP demi Kebebasan Sejati dan Cegah Pemerintahan Satu Parti di Malaysia”. Kegagalan dalam mencapai kesepakatan dan manifesto perjuangan antara partiparti pembangkang jelas mengecewakan para pengundi yang berharapkan satu pakatan

44

Utusan Malaysia, 26 Mac, 1994.

45

Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Pilihan Raya Umum 1995: Mandat baru menjelang 2000, Dewan Masyarakat, Mei, Jilid 33, Bil.05, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, hlm.10. 46

Ibid.

15

yang mampu menyaingi Barisan Nasional dan memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional agar menjadi lebih telus dan bertanggungjawab. Pilihan Raya 1995 Pilihan raya umum 1995 telah dilangsungkan pada 25 April 1995 dan ia telah menyaksikan perubahan dalam pemikiran rakyat dan langkah kerajaan dalam memperkenalkan program liberalisasi ternyata berkesan dalam menawan hati para pengundi. Isu-isu agama, pendidikan, bahasa dan budaya dianggap sebagai isu lapuk dan gagal menarik perhatian sebilangan besar pengundi. Rakyat Malaysia dilihat semakin matang pemikirannya dan telah bertindak dengan rasional apabila menjadikan aspek pembangunan dan kestabilan sebagai kriteria utama dalam memilih pucuk kepimpinan negara. Dalam pilihan raya umum 1995, penguasaan Barisan Nasional meningkat semula dengan menguasai 65.15% atau 3,894,877 undi di peringkat parlimen manakala di peringkat undangan negeri pula, Barisan Nasional cemerlang dengan 3,206,610 undi atau 66.98% undi47. Barisan Nasional ternyata mencapai kejayaan yang terbaik dalam sejarah parti itu dengan memenangi 162 daripada 192 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Manakala prestasi parti pembangkang ternyata merosot akibat daripada perubahan sikap pengundi dan berlakunya peralihan undi dari pembangkang ke Barisan Nasional. Parti-parti pembangkang kehilangan 19 daripada kerusi parlimen yang dimenanginya dalam pilihan raya 1990 dengan hanya memdapat 30 kerusi kali ini. DAP mengetuai senarai parti pembangkang dengan mendapat 9 kerusi parlimen dengan 722,176 undi yang meliputi 12.06% undi. Ia kemudian diikuti PBS dengan 8 kerusi parlimen dengan penguasaan 198,596 atau 3.31 undi. PAS dan Semangat 46 pula masingmasing dengan 7 dan 6 kerusi dengan pemerolehan sebanyak 437,023 ( 7.31% ) dan

47

Laporan Pilihan Raya Umum Malaysia 1995,http://www.spr.gov.my/laporan/1995/b_1995.html.

(atas talian ) (20/2/2003 ).

16

609,644 ( 10.20% ) undi48. Secara keseluruhannya, semua parti pembangkang mengalami kemerosotan kerusi di peringkat parlimen dan hanya PAS sahaja yang berjaya menampakkan sedikit peningkatan di peringkat undangan dengan dengan menambah bilangan kerusinya daripada 32 kerusi kepada 33 kerusi. Manakala DAP pula mengalami kekalahan yang paling teruk apabila kehilangan 34 kerusi undangan negerinya lantaran daripada kesilapan strateginya di Pulau Pinang. Dalam mengulas kekalahan kali ini, parti-parti pembangkang mengemukakan dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan luaran. Dalam faktor dalaman, PRM mengakui bahawa kekalahan parti itu ialah kerana kemiskinan dari segi kewangan, jentera pilihan raya serta keadaan pihak pembangkang yang tidak bersatu. Manakala faktor luaran pula, peranan media dilihat memainkan peranan penting. Kekecewaan pembangkang terhadap peranan media massa dalam politik negara telah diluahkan oleh Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan bahawa: Media massa tidak memberikan liputan yang adil kepada pembangkang dan ia menghalang mereka memberi penerangan kepada rakyat hingga akar umbi berhubung dengan manifesto parti49. Penguasaan media massa oleh Barisan Nasional membolehkan parti itu memperolehi undi-undi dari pengundi ‘ atas pagar ’ yang tidak mempunyai kepentingan politik. Golongan ini dilihat hanya membuat keputusan pada saat-saat akhir berdasarkan suasana yang diwujudkan oleh parti-parti politik yang bertanding50. Pilihan Raya 1999

48

Laporan Pilihan Raya Umum Malaysia 1995,http://www.spr.gov.my/laporan/1995/b_1995.html.

(atas talian ) (20/2/2003 ). 49

Utusan Malaysia, 29 April 1995.

50

Sun, 30 April 1995.

17

Pilihan raya umum 1999 merupakan pilihan raya yang terakhir pada abad ke-20. Ia merupakan pilihan raya yang ke-10 dan telah menyaksikan persaingan yang sengit antara Barisan Nasional dengan Barisan Alternatif ( BA ) yang menggabungkan DAP, PAS, Parti keADILan dan PRM. Barisan ini telah berjaya bekerjasama dan berorganisasi dengan teratur sekali terutamanya dalam membuat penggabungan, menganjurkan ceramah bersama dan melancarkan manifesto bersama. Malahan pembahagian kerusi tandingan turut berjalan lancar tanpa tercetusnya pertelingkahan yang serius antara parti pembangkang. Walaupun BN sekali lagi membuktikan ianya masih lagi ‘relevan’ dengan memenangi 148 daripada 193 kerusi parlimen yang dipertandingkan tetapi jumlah undi yang diperolehi BN jelas merosot51. Barisan Nasional hanya memperolehi 56.7% undi popular dan mencatatkan kejatuhan sebanyak 9.4% ( 65.1% ) berbanding pilihanraya 1995. Manakala parti pembangkang yang hanya mendapat 45 kerusi parlimen dilihat semakin meningkat dari segi pemerolehan undi dan menguasai 43% daripada undi popular. PAS muncul sebagai parti pembangkang yang terkuat dengan memenangi 28 kerusi parlimen dan 98 kerusi negeri dengan menawan Terengganu di samping mengekalkan kekuasaannya di Kelantan. Manakala di negeri Kedah dan Pahang pula, PAS turut berjaya meletakkan asas yang kukuh apabila ia menawan 18 kerusi undangan negeri di negeri-negeri berkenaan. DAP menyusuri dengan mendapat 10 kerusi parlimen dan 11 kerusi undangan negeri dengan meneruskan sisa-sisa perjuangannnya di Melaka dan Perak yang menempatkan 8 daripada 11 kerusi undangannya. KeADILan pula memperolehi 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi negeri yang boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang membanggakan bagi sebuah parti baru yang bertanding buat pertama kalinya. Parti Bersatu Sabah ( PBS ) yang bertanding bersendirian di Sabah setakat mendapat 3 daripada 20 kerusi parlimen di Sabah. Secara kasar BA yang menggabungkan PAS, DAP, KeADILan dan PRM boleh dianggap berjaya sekiranya dibandingkan dengan pencapaian pada tahun 1995. Di mana dalam pilihan raya kali ini, BA telah menawan 42 kerusi parlimen dan 113 kerusi

51

Abd. Jalil Ali, Iktibar di sebalik kejayaan Barisan Nasional pada pilihan raya 1999, Dewan Masyarakat, Jilid 38, Bil 01, Januari, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, hlm.4.

18

undangan negeri berbanding hanya 30 kerusi parlimen dan 56 kerusi undangan negeri pada pilihan raya 1995. Pilihan raya 1995 jelas meninggalkan impak yang amat mendalam kepada DAP. Ia seolah-olah menjadi detik penamat kepada kesinambungan parti itu. Walaupun DAP mampu menebus kekalahan teruk pada 1982 dengan mencapai prestasi yang cemerlang pada 1986 dan 1990 tetapi fenomena itu tidak berulang dalam pilihan raya 1999. DAP seolah-olah telah kehilangan ‘ daya penariknya’ dan hanya mampu memenangi 10 kerusi parlimen dengan mencatat pertambahan satu kerusi berbanding pilihan raya 1995. Situasi yang hampir sama berlaku di peringkat undangan negeri apabila DAP hanya berupaya untuk memenangi

11

kerusi. Senario ini telah membuktikan Teori Pendulum atau

Ayunan tidak lagi sesuai digunakan untuk menilai arah sokongan dan pengundian masyarakat Cina yang pada kebiasaannya memberikan undi mereka kepada BN dan pembangkang selang setiap lima tahun52. DAP yang menaruh harapan untuk menafikan majoriti 2/3 BN terpaksa menelan ubat yang cukup pahit apabila tiga tonggak utamanya tersungkur dalam pilihan raya kali ini. Dr. Chen Man Hin tumpas di Parlimen Rasah dan kerusi Undangan Negeri Temiang, Negeri Sembilan53. Ekoran daripada kekalahan ini, Dr. Chen telah bernekad untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP. Lim Kit Siang juga menghampiri penghujung karier politiknya apabila tewas mengejut di Parlimen Bukit Bendera dan Undangan Negeri Kebun Bunga54. Karpal Singh, Naib Pengerusi DAP turut mengalami nasib yang sama di kerusi tradisinya di Jelutong dan kerusi Undangan Negeri Kampung Keramat. Dalam pilihan raya 1999, angin reformasi dan desakan ke arah perubahan begitu dirasai di seluruh negara. Namun begitu, BN tetap gagah dengan memperolehi 56.7% 52

Hasllina Hassan, Pilihan raya ke-10: Mandat baru untuk Barisan Nasional, Dewan Masyarakat, Jilid 38, Bil 01, Januari, Dewan Bahasa Pustaka, hlm.12. 53

Ibid, hlm 12.

54

Ibid..

19

undi popular dengan menguasai 148 daripada 193 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Dalam pilihan raya kesepuluh ini, isu-isu pemecatan dan perlucutan jawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kegawatan ekonomi negara tidak mampu menjadi faktor dominan dalam pemerolehan undi parti-parti pembangkang. Namun demikian, kebangkitan PAS khususnya di negeri-negeri utara seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan amaran awal yang wajar diberi perhatian oleh UMNO dan BN. Fenomena pengundi Melayu yang beralih kepada parti pembangkang jelas apabila UMNO yang memenangi 88 kerusi parlimen dalam tahun 1995 hanya mampu mempertahankan 72 kerusi pada pilihan raya kali ini. Situasi UMNO bertambah genting, apabila ia gagal menawan semula Kelantan dan terpaksa pula menyerahkan Terengganu kepada PAS. Walaupun berjaya mencapai kejayaan cemerlang di Johor yang dianggap sebagai jantung hati UMNO tetapi kekalahan ramai ahli Majlis Tertingginya ( MT ), menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen merupakan petanda kemerosotan pengaruh parti Melayu itu. Siri kekecewaan UMNO bermula dengan kekalahan, Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar ( DUN Cukai ), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob ( Parlimen Parit ), Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Annuar Musa ( Parlimen Peruingat ), Menteri Kewangan Kedua, Datuk Mustapa Mohamed ( Parlimen Jeli ), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman ( Parlimen Sik ) dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Yusof Nor ( Parlimen Besut ).

Malahan kejutan juga hampir-hampir berlaku apabila Datuk Seri Najib hanya menang dengan majoriti 241 undi sahaja. Lantaran itu, sudah tiba masanya bagi pucuk kepimpinan UMNO merenung kembali prestasinya dalam pilihan raya kali ini dan seterusnya menyusun langkah bagi menghadapi pilihan raya ke-11. Tempoh lima tahun bukanlah satu tempoh yang lama, di mana PAS yang telah menawan Kelantan dan Terengganu sudah pasti akan terus mengukuhkan kekuasaannya di kedua-dua negeri

20

tersebut. Pada masa yang sama, ia turut meluahkan keyakinannya untuk menawan Kedah, Perlis malahan Selangor. Justeru itu, PAS sudah tentu tidak akan memberi laluan mudah kepada UMNO dan ia dijangka akan terus memberi tekanan kepada UMNO dan juga Barisan Nasional. Walaupun prestasi UMNO kurang memberangsangkan namun begitu ia bernasib baik apabila peralihan angin pengundi Melayu dapat diimbangi oleh pola pengundian masyarakat Cina yang memihak kepadanya. Para pengundi dilihat tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap DAP dalam memperjuangkan nasib mereka. MCA mulai mendapat semula kepercayaan para pengundi Cina memandangkan kemampuaannya dalam membawa serta melaksanakan pembangunan yang dilihat mampu membawa kemakmuran kepada komuniti itu. Cabaran Dan Hala Tuju Pakatan Pembangkang Perkongsian politik bukanlah satu perkara yang mudah dan ia melibatkan pelbagai aspek seperti permuafakatan, toleransi dan semangat kekitaan bagi memastikan pakatan yang terbentuk itu benar-benar utuh. Menyedari hakikat ini, parti-parti pembangkang telah menjadikan Barisan Nasional yang terdiri daripada 13 komponen sebagai modelnya. Namun begitu, pakatan pembangkang ternyata kekurangan formula perpaduan bagi memastikan pakatan antara mereka mampu bertahan dan mencapai objektifnya. Pelbagai cabaran yang muncul dilihat melemahkan pakatan-pakatan pembangkang dan seterusnya ia ‘berkubur’ begitu sahaja. Pakatan Sosialist Front ( 1959-1964 ), PPPDAP-GERAKAN ( 1969 ), Gagasan Rakyat - APU ( 1990 ) dan Barisan Alternatif ( 1999 ) merupakan bukti kegagalan silam pakatan pembangkang. Dalam memperkatakan kegagalan itu, faktor ideologi dilihat sebagai cabaran terbesar yang sering membelenggu kerjasama antara parti-parti pembangkang. PAS memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud manakala DAP pula berpegang teguh pada dasar ‘Malaysian-Malaysia’. Parti Semangat 46 pula muncul dalam pilihan raya 1990 dan 1995 cenderung memperjuangkan kepentingan Melayu manakala PRM pula lebih tertumpu kepada

21

masyarakat kelas pertengahan di kawasan bandar. Parti KeADILan merupakan parti pembangkang terbaru dan terus menyumbang kepada kekaburan matlamat serta ideologi perjuangan pakatan pembangkang. Ia dilihat sebagai satu parti cetusan perasaan tidak puashati penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lantaran itu, perjuangan parti itu hanya menumpukan perjuangan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri55. Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah hendak mencari persamaan kepentingan di antara parti-parti pembangkang? Mereka dilihat seolah-olah ‘tidur sekatil tetapi mimpinya lain-lain’. Ini menyebabkan parti-parti pembangkang sentiasa bersaing antara satu sama lain untuk menunjukkan pengaruh serta kekuatan masing-masing dalam usaha menentukan corak perjuangan pembangkang di Malaysia. Senario ini dapat dilihat dalam pilihan raya 1999 apabila ahli-ahli Barisan Alternatif bersaing sesama sendiri walaupun pakatan telah pun dibuat. Barisan Alternatif bertembung sesama sendiri di kerusi Undangan Negeri Kuala Kurau yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru anatara calon Barisan Nasional, PAS dan KeADILan. PAS dan KeADILan turut bertelingkah di DUN Damak dan Batang Sadong di Sarawak56. Pada masa yang sama, DAP dan KeADILan turut bertanding sesama sendiri di DUN Aulong, Taiping57. Di beberapa kawasan yang lain, pertandingan tiga penjuru turut melibatkan penyertaan parti-parti pembangkang bukan BA seperti Angkatan Keadilan Insan Malaysia ( AKIM ), Parti Reformis Sarawak ( STAR ) dan Parti Democratic Malaysia (MDP). Kehadiran parti-parti serpihan ini jelas menunjukkan tiada kesepakatan yang kukuh di kalangan parti-parti BA dan lain-lain parti untuk menjadi alternatif kepada gabungan parti-parti komponen Barisan Nasional.

55

Pakatan pembangkang tempang, Massa, Jun, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 17. 56

Hassan Mohd. Noor, Pilihan Raya paling sengit, Massa, November, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, 1999, hlm.14. 57

Ibid.

22

Satu lagi cabaran kepada pakatan parti pembangkang ialah wujudnya parti yang bermusim. Ia akan menonjolkan dirinya ketika pilihan raya dan lenyap selepas itu. Keadaan yang tidak konsisten ini menghalang kepada usaha ke arah mewujudkan satu pakatan yang kuat. Antara parti-parti pembangkang yang pernah mewarnai arena politik negara dan telah tidak aktif lagi adalah seperti Parti Malaya dan Parti Tindakan Rakyat pada pilihan raya 1964 dan Parti Keadilan Masyarakat ( PEKEMAS ), Kesatuan Insaf Tanah Air ( KITA ) dan Parti Bebas Progresif Rakyat ( IPPP) dalam pilihan raya 1974. Selain itu, terdapat juga parti-parti pembangkang yang gagal mempertahankan matlamat perjuangannya lalu mengubah hala tujuannya. Parti PPP , GERAKAN dan IPF merupakan contoh yang terbaik apabila parti-parti ini yang diasaskan sebagai parti pembangkang ahkirnya beralah dan menyertai parti pemerintah selaku parti minoriti. Senario yang hampir sama turut melibatkan parti Semangat 46 dan PBS yang menyaksikan kedua-dua parti ini berada dalam persimpangan apabila menyertai puak pembangkang dan akhirnya kembali ke Barisan Nasional. Fenomena cepat mengalah dan tidak tahan dugaan menjadi pakatan pembangkang di Malaysia gagal membentuk barisan pembangkang yang kuat seperti di Amerika Syarikat mahupun Britain dan seterusnya gagal menyaingi Barisan Nasional. Masa depan pakatan pembangkang pada hari ini berada di dalam dilema bak pepatah ‘ hidup segan mati tidak mahu ’. Perasaan ego dan kepartian yang menebal menyaksikan pakatan dalam BA kecundang apabila DAP bertindak keluar daripada BA apabila menyifatkan pembentukkan negara Islam PAS ibarat ‘bom jangka’ 58. DAP bertekad untuk tidak bekerjasama lagi dengan PAS dalam pilihan raya yang akan datang dan telah menunjukkan kesungguhannya apabila pucuk kepimpinan parti itu mengarahkan 19 wakilnya di Kelantan dan Terengganu melepaskan jawatan masingmasing59. Sementara itu, hubungan DAP dengan KeADILan juga mengalami keretakan

58

G. Manimaran, Drama basi pakatan pembangkang, Massa, Januari, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, 2003, hlm.21. 59

Star, 22 November 2003.

23

semasa pilihan raya kecil DUN Lunas pada penghujung 2000 akibat daripada pertelingkahan kedua-dua parti itu dalam penentuan calon bagi kawasan Lunas, Kedah60. Hubungan antara parti pembangkang dalam BA turut dibayangi oleh kewujudan dokumen sulit yang didakwa milik PAS negeri Pahang yang dikatakan cuba mengkhianati rakan mereka dalam BA. Pendedahan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tentang dokumen Ops 3P milik Pas memperlihatkan tipu muslihat PAS terhadap rakannya dalam barisan pembangkang61. PAS didakwa tidak ikhlas dalam menyalin kerjasama dengan DAP dan KeADILan dan kedua-duanya akan diketepikan sekiranya PAS berkuasa kelak. Walaupun telah berundur daripada BA, DAP dilihat cuba untuk membuat satu pakatan baru dengan parti keADILan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-11. Beberapa siri rundingan telah diadakan di antara kedua-dua pihak namun ia gagal mencapai kata putus. DAP dan keADILan dikatakan bersaing di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor apabila parti keADILan mengumumkan hasratnya untuk bertanding kira-kira 60% kerusi di ketiga-tiga negeri itu. DAP ternyata kurang senang

dengan

kenyataan

parti

keADILan

itu

yang

dilihat

seolah-olah

membelakangkannya. Kemampuan untuk muncul dengan satu pakatan yang bernafas baru semakin tipis apabila PAS bertindak mengumumkan ciri-ciri negara Islam parti itu menerusi dokumen ‘ Negara Islam’pada 12 November 2003. Tindakan PAS mendapat reaksi negatif rakan BA, keADILan yang menyifatkan pengumuman dokumen itu tidak kena masanya dan boleh memecah belahkan pakatan pembangkang62. Ini kerana istilah negara Islam itu dikatakan akan terus menimbulkan salah faham dan ketakutan yang tidak perlu di kalangan sesetengah pihak, terutamanya bukan Islam63. 60

Ibid.

61

Berita Harian, 5 Februari 2003.

62

Berita Harian, 13 November 2003.

63

Ibid.

24

Kesimpulan Kewujudan sebuah negara majmuk di Malaysia telah membawa kepada konsep perkongsian kuasa di kalangan parti-parti politik. Di mana di dalam senario politik negara, tidak ada wujudnya rakan mahupun musuh selama-lamanya. Sebarang kemungkinan bakal menjadi realiti sekiranya kehendak serta tuntutan masing-masing dapat dicapai. Pembentukan parti Perikatan yang bermula dengan 3 komponen sebelum menjadi 9 komponen menjelang pilihan raya 1974 dan kini utuh dengan 13 komponen yang mewakili pelbagai kaum di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak merupakan contoh terbaik dalam perkongsian kuasa yang muhibah di Malaysia. Menyedari bahawa, perlunya kerjasama antara pembangkang bagi menyaingi Barisan Nasional telah membawa kepada pembentukan pajkatan-pakatan pembangkang dalam pilihan raya 1959, 1969, 1990 dan 1999. Namun begitu, pakatan-pakatan ini yang dilihat berbentuk catchall gagal berfungsi dengan berkesan. Walaupun dilihat mempunyai kekuatan untuk bersaing seperti dalam pilihan raya 1969, 1990 dan 1999 tetapi ia gagal bertahan lama. Pelbagai krisis dalaman yang tercetus dalam pakatan-pakatan itu akhirnya menyaksikan parti-parti pakatan membawa arah tuju masing-masing. Selepas itu, wujudnya pula satu pakatan baru menjelang pilihan raya yang akan tiba. Fenomena ini jelas menunjukkan ketidak matangan pakatan pembangkang dan mencerminkan satu situasi yang dilihat kurang bersedia untuk mengambil alih pucuk kepimpinan negara. Bahang pilihan raya umum ke-11 semakin terasa, dan ia sekali lagi akan menjadi penentu kepada survival dan kerjasama pembangkang samaada secara langsung atau tidak langsung. Pelbagai strategi telah diatur oleh parti pembangkang. Barisan pembangkang khususnya PAS akan menguji sejauhmanakah resipinya negara Islam dapat diterima oleh para pengundi Islam manakala parti keADILan pula bertaut pada penyatuannya dengan PRM yang dijangka mampu mendapat sokongan daripada golongan pengundi fahaman sekular. DAP pula yang seolah-olah telah kehabisan modal politiknya akan terus memainkan sentimen perkauman dan bergantung pengundi Cina dengan memberi

25

penekanan kepada pembentukan negara Islam ala UMNO mahupun PAS di samping masa depan pendidikan Cina. Justeru itu, plihan raya ke-11 ini bakal menjadi kayu pengukur kepada sejauh manakah parti-parti pembangkang mampu berkompromi demi untuk memberi saingan yang lebih bermakna kepada Barisan Nasional yang telah sekian lama memegang pucuk kepimpinan negara. Walaupun gabungan pakatan pembangkang pada ketika ini berada dalam keadaan yang lesu tetapi ia bukanlah faktor penghalang kepada terbentuknya satu gabungan yang lebih mantap menjelang pilihan raya yang bakal tiba nanti.

Related Documents


More Documents from "siew chang yee"

Malayan Union
December 2019 49
Dap Dalam Politik Malaysia
December 2019 40
Mahathir
December 2019 46
Detik Hitam Politik Malaysia
December 2019 36