Sulalatus Salatin

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sulalatus Salatin as PDF for free.

More details

  • Words: 2,155
  • Pages: 11
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 11O4 TAJUK : KARYA KLASIK NAMA : MOHAMMAD YUSRI BIN SAWAL@SHAWAL NO. MATRIK : JEA 080039 SESI : 2008/2009 NAMA PENSYARAH : Dr. AMRAN BIN MUHAMMAD NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BT ABD RAHMAN FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Bakat kebijaksanaan Tun Perak ALKISAH, maka tersebutlah perkataan raja benua Siam; daripada zaman dahulukala, negeri Siam itu Syahru’n Nuwi namanya disebut orang. Syahadan segala raja-raja di bawah angina ini, semuanya takluk kepadanya; Bubunnya nama rajanya. Setelah didengar oleh benua Siam bahawa Melaka negeri besar, tiada takluk ke Siam, maka Paduka Bubunnya pun menyuruhlah ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka

Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka raja benua Siam pun terlalu marah, serta menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya membawa rakyat terlalu banyak, tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah duli Sultan Muzaffar Syah, bahawa raja benua Siam menyuruhkan hulubalangnya, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai, berjalan darat serta terus ke hulu Pahang. Maka setelah baginda mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan

segala

rakyat

di

teluk

rantau,

mudik

ke

Melaka.

Maka

berkampunglah sekaliannya ke Melaka; maka Tun Perak pun mudik ke Melaka membawa orang Kelang dengan segala anak bininya sekali. Maka orang Kelang pun masuk mengadap raja, persembahkan segala perihal; demikian sembahnya: “Tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya mengadap dengan lelaki juga, akan patik sekaliannya dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan.” Setelah Sultan Muzaffar Syah mendengar sembah orang Kelang itu, maka titiah baginda pada seorang bentara, Seri Amerta gelarnya, “Jikalau datang Tun Perak kelak ke balairung mengadap, katakan oleh Seri Amerta sembah orang Kelang itu; jangan kamu katakan dengan titah kita.” Adapun akan Seri Amerta itu asalnya daripada orang Pasai, Tun Semendera namanya; sebab ia cerdik, lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara, digelar Seri Amerta. Maka diperbuatkan baginda suatu bangku betul di bawah lutut baginda; di sanalah ia memikul pedang. Ialah yang menyampaikan barang titah raja. Pada suatu hari, maka Tun Perak pun datang mengadap raja, duduk di tanah sama orang yang banyak. Maka kata Seri Amerta pada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, adapun

orang teluk rantau yang lain semuanya mengadap lelaki juga, akan orang Kelang mengapa maka Tun Perak bawa dengan perempuannya sekali? Mengapa demikian fiil tuan?” Maka tidak disahuti oleh Tun Perak tanya Seri Amerta itu. Maka sekali lagi Seri Amerta berkata-kata, tiada juga disahuti oleh Tun Perak. Setelah genap tiga kali Seri Amerta berkata, maka baharulah disahut oleh Tun Perak.Katanya:”Hei Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baikbaik peliharakan, jangan diberi berkarat; akan pekerjaan kami, orang bekerja ini, dimana tuan hamba tahu? Akan sekarang, Duli Yang Dipertuan dalam negeri ini dengan anak isteri baginda, dan dengan segala alat takhta kerajaan; maka benarkah pada pendapat tuan hamba, kami sekalian datang dengan berlelaki juga dengan jauh tempat Selat Kelang? Jikalau barang sesuatu hal negeri ini, apa disebutkannya akan kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba bawa dengan segala anak perempuannya sekali. Jikalau dia berperang dengan musuh pun bersungguh-sungguh hati; kurang-kurang ia melawankan Duli Ynag Dipertuan, lebih-lebih lagi ia melawankan anak perempuannya.” Maka

oleh

Seri

Amerta

kata-kata

Tun

Perak

semuanya

disuruhnya

persembahkan ke bawah duli SultanMuzaffar Syah. Setelah baginda mendengar kata-kata Tun Perak itu, maka baginda pun tersenyum; maka titah baginda, “Benarlah seperti kat Tun Perak itu.” Maka diambil baginda sirih daripada puan, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda pula kepada Tun Perak, bahawa Tun Perak tiada patutdiam di Kelang lagi, baiklah Tun Perak duduk di negeri. Hatta maka orang Siam pun datanglah, lalu berperang dengan orang Melaka terlalu ramai. Ada berapa lamanya berperang, maka rakyat Siam pun banyak mati, hal Melaka pun tiada alah; maka Siam pun kembalilah. Maka seraya ia pulang itu,

segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu tumbuh, maka itulah dinamai orang “rotan Siam”; dan pasungan kayu ara itu pun tumbuh, ad sekarang di hulu Muar; jeluk dan tumang Siam tempatnya bertanak itupun tumbuh juga, ada sekarang. Setelah Siam sudah pulang, maka segala orang teluk rantau masing-masing kembalilah ke tempatnya. Maka hanya Tun Perak tiada ia diberi raja pulang lagi ke Kelang, dijadikan baginda bentara. Maka ada seorang Keling diam di Kelang, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak; maka Keling itu persembahkan ke bawah duli Sultan Muzaffar Syah. Maka baginda memberi titah kepada Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka pada masa itu pun Tun Perak datang mengadap; maka Bentara Seri Amerta kepada Tun Perak; “Tuan Tun Perak, bahawa orang ini mengadap,

mengadukan halnya ke bawah duli

Yang Dipertuan,

mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak, mengapatah maka pekerti tuan?” Maka Tun Perak pun diam, tiada disahutinyakata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata, baharu disahuti Tun Perak: “Akan tuan hamba dijadikan Duli Yang Dipertuan bentara, dianugerahi sebilah pedang itu juga tuan hamba peliharakan; baik-baik asami jangan diberi makan karat; akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu. Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri namanya; baik juga pada kami maka kami kerjakan, kerana Duli Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga pada kami, tiada tahu akan jahatnya; tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan akan membicarakan hamba dengan dia, pecatlah hamba dahulu, maka bicarakanlah hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba dibicarakan dengan sakai hamba?” Maka berkenan pada hati Sultan Muzaffar Syah kata Tun Perak itu; maka titah baginda, “Adapun Tun Perak itu tiadalah patut menjadi bentara lagi, patut menjadi

menteri. Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai; maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah.

PENGENALAN Sulalatus Salatin merupakan sebuah karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan, dan kejatuhan zaman Melayu Melaka. Sulalatus Salatin juga dikenali dengan nama Sejarah Melayu atau Hikayat Melayu. Karya ini disusun oleh Tun Muhammad, atau nama timangannya Tun Seri Lanang. Beliau merupakan bendahara pada masa itu di bawah pemerintahan Paduka Seri Sultan Alau’d-Din Riayat Syah III. Tujuan karya ini ditulis adalah untuk memperlihatkan kebesaran, keagungan, kedudukan, dan sejarah silam Raja-Raja Melayu. Hal ini bersesuaian dengan maksud Sulalatus Salatin itu sendiri iatu “Salasilah Sultan-Sultan” atau “Peraturan Segala Raja-Raja”. Selain itu, Sulalatus Salatin juga memaparkan kehebatan dan kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu, contohnya seperti kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu ini dikatakan tiada tandingannya dengan kerajaan lain. Di samping itu, karya ini juga menunjukkan kebesaran dan kebijaksanaan bangsa Melayu itu sendiri. Hal ini dapat dilihat pada pembesarpembesar dan pahlawan Melayu pada masa itu. Contohnya seperti Tun Perak dan Hang Tuah yang dikatakan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi serta kepimpinan yang unggul. Sinopsis petikan yang telah saya ambil daripada karya sulalatus salatin dibawah tajuk bakat kebijaksanaan tun perak mengisahkan tentang Tun Perak menggunakan akalnya menewaskan musuh dan menjawab segala pertuduhan ke atasnya. Tun perak ialah bendahara seri wak raja dan merupakan penghulu kelang dari tahun 1445 ketika bermulanya permusuhan antara kerajaan Melaka dan Siam. Kisah bermula apabila kerajaan Melaka pada masa itu yang diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah enggan tunduk pada raja Siam iaitu Raja Bubunnya. Tun Perak diperintahkan datang ke Melaka untuk membantu menentang Siam. Tun perak datang ke Melaka bersama-sama orang Kelang termasuk lelaki dan perempuan. Tindakan beliau menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana turut membawa perempuan untuk berperang.

Berdasarkan petikan yang telah saya baca dan fahami, dapatlah dikupaskan persoalan falsafah didalamnya iaitu mengenai falsafah kebijaksanaan. Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah mengurniakan keistimewaan yang tidak terhingga kepada manusia iaitu akal. Akal membolehkan manusia berfikir, bertindak, membezakan yang baik dan buruk, serta merancang sesuatu yang boleh membawa kepada keharmonian. Dengan akal juga manusia mampu mengenali apa sahaja kewujudan dan menghuraikan segala kejadian. Tanpa akal ini mana mungkin seseorang itu mampu menjadi bijak. Kebijaksanaan merujuk kepada kemampuan berfikir yang tinggi atau kita boleh katakan nilai-nilai yang dimiliki seseorang individu termasuklah sikap yang positif dan kemampuan berfikir di luar kotak. Kebijaksanaan atau kecerdikan seseorang individu datangnya daripada akal yang terlebih dahulu diisi, dicanai, mahupun ditambah dengan ilmu pengetahuan. Kebijaksanaan seseorang itu bertambah kerana pengalaman yang telah dilaluinya. Persoalan kebijaksanaan dibuktikan oleh pengarang melalui watak Tun Perak yang diceritakan mempunyai tahap pemikiran dan kecerdikan yang tinggi. Kebijaksanaan Tun Perak telah membantu kerajaan Melaka menghadapi serangan Siam pada ketika itu. Tindakan beliau yang agak pelik dengan membawa perempuan untuk turut serta dalam peperangan telah menimbulkan banyak persoalan. Secara harfiahnya, kita akan melihat ianya seperti sesuatu yang tidak normal ataupun perbuatan yang sia-sia kerana kita menganggap kaum hawa ini lemah dan tidak mungkin membantu malah kita juga berpendapat kaum hawa ini hanya akan merumitkan keadaan sahaja. Kita boleh katakan ianya nampak seperti menyusahkan dan menjadi gangguan dalam menggerakkan angkatan bersenjata di medan perang. Namun, inilah yang dikatakan sebagai kebijaksanaan. Nampak seperti ganjil tetapi membawa kepada hasil yang bermanfaat. Raja Melaka sendiri iaitu Sultan Muzaffar Syah yang memerintah pada ketika itu tertanya-tanya apakah sebenarnya niat Tun Perak membawa perempuan turut serta dalam pertempuran tersebut.

Mengapa beliau tidak membawa golongan lelaki sahaja sama seperti pemimpin tempat-tempat yang lain. Tindakan Tun Perak membawa perempuan ke medan perang memberi kesan yang amat ketara. Kehadiran isteri dan anak di medan perang telah menaikkan semangat kaum lelaki atau suami untuk berjuang habis-habisan di depan mata insan tersayang. Mereka tidak mungkin sanggup melihat anak dan isteri dibunuh oleh musuh. Oleh itu, mereka akan berjuang bersungguh-sungguh untuk merpertahankan tanah air sama seperti mereka mempertahankan keselamatan anak dan isteri masing-masing.. Inilah sebenarnya persoalan yang tersirat daripada tindakan Tun Perak itu. Beliau ingin mencetuskan semangat perjuangan yang tinggi dalam diri masyarakat melayu pada ketika itu. Jika tidak dengan kebijaksanaan Tun Perak, mungkin kaum lelaki Melaka pada ketika itu tidak mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. Kebijaksanaan Tun Perak mengatur strategi berperang telah membawa kepada kemenangan kerajaan Melaka. Secara tersiratnya, kita boleh memperlihatkan betapa pentingnya kemampuan dan kekuatan peribadi yang perlu ada pada seseorang pemimpin. Pemimpin yang bijak dalam mengatur, menyusun, atau merancang strategi akan membuatkan rakyatnya sentiasa bersatupadu dan mengelakkan daripada berlakunya perpecahan dalam masyarakat. Sifat putus asa tidak mungkin akan timbul sama sekali dalam diri setiap individu masyarakat kerana mereka yakin dengan tindakan yang dibuat oleh pemimpin mereka. Bayangkan jika Tun Perak cetek pemikirannya. Adakah beliau mampu memikirkan sejauh ini? Ataupun adakah rakyat yang dipimpinnya akan yakin dengan tindakannya? Sudah pastinya tidak. Tun Perak mungkin akan membawa golongan lelaki sahaja untuk berperang. Tambahan pula, rakyat akan meragui segala tindak-tanduk ataupun perancangan yang diaturnya. Hal ini membuktikan betapa pentingnya seorang pemimpin yang bijak dalam sesebuah kerajaan itu. Kebijaksanaan pada seseorang bukan hanya sekadar pandai mengatur atau merancang sesuatu, malah kebijaksanaan seseorang individu juga boleh ditentukan melalui kata-katanya.

Ciri ini turut dipaparkan oleh pengarang melalui watak Tun Perak. Tun Perak bukan sahaja bijak dalam mengatur strategi malah bijak berkata-kata. Hal ini dapat kita lihat semasa seorang orang Keling yang tinggal di Kelang mengadap Sultan Muzaffar Syah menyatakan bahawa dia telah teraniaya oleh Tun Perak. Justeru, Sultan Muzaffar Syah telah menitahkan Seri Amerta untuk menyoal Tun Perak tentang perkara itu. Kebijaksanaan Tun Perak terbukti berdasarkan jawapannya kepada Seri Amerta iaitu: ”Akan tuan hamba dijadikan duli Yang Dipertuan bentara, dianugerahi pedang sebilah itu juga tuan hamba peliharakan; baik-baik asami jangan diberi makan karat; akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu. Jikalau sebesar tempering sekalipun, negeri namanya; baik juga pada kami maka kami kerjakan, kerana duli Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga pada kami, tiada tahu akan jahatnya; tetapi jikalau duli Yang Dipertuan akan membicarakan hamba dengan dia, pecatlah hamba dahulu, maka bicaralah hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba dibicarakan dengan sakai hamba?” Kata-kata Tun Perak itu menegaskan bahawa masalah orang bawahannya sepatutnya diselesaikan oleh beliau sendiri dan bukannya sultan. Oleh itu, jika sultan hendak mengadili perkara tersebut, Tun Perak haruslah dipecat terlebih dahulu. Kita dapat lihat di sini betapa dalamnya maksud kata-kata yang telah dilemparkan oleh Tun Perak itu. Perkara yang ingin di utarakan dalam petikan ini ialah kemampuan kita dalam berhujah. Kemampuan individu berhujah membuktikan dia seorang yang arif dalam sesuatu bidang. Mana mungkin seorang individu yang tidak mengetahui atau arif dalam sesuatu perkara dapat berhujah atau mengeluarkan kata-kata dengan yakin dan lantang. Secara keseluruhannya, apa yang dapat kita simpulkan ialah akal yang bijaksana pastinya akan membawa kepada keharmonian dan kebahagiaan pada setiap individu dan negaranya jika digunakan pada jalan dan niat yang betul. Setiap individu mestilah mempunyai tahap pemikiran

yang tinggi ataupun mampu berfikir diluar kotak pemikirannya. Hal ini akan menjamin kehidupan setiap individu dan masyarakat kerana sudah pastinya tidak ada seorang pun yang akan tertinggal dalam peningkatan arus dunia.Manusia mempunyai kesedaran, keinginan dan dapat berfikir, bercakap, meneliti, membuat keputusan, dan membentuk pertimbangan. Seperti yang kita ketahui, manusia yang menggerakkan negaranya. Bahkan, kemajuan sesebuah negara adalah berdasarkan kepada peranan, tindakan, dan kebijaksanaan manusia itu sendiri. Kegeniusan dan kebijaksanaan manusia mengolah, merancang, dan menyusun strategi akan menjadikan negara sentiasa berkembang maju. Walau bagaimanapun, pemikiran manusia amat terhad. Oleh itu, mereka harus bersatu-padu untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat disamping mengukuhkan kestabilan negara mereka.

Biblografi Teks Sulalatus Salatin http://ms.wikipedia.org/wiki/sulalatus _salatin http://www.worldcat.org/wcpatop3mset/7385926 http://wapedia.mobi/ms/sejarah_melayu_6k http://www.ujanailmu.com.my/pd)hikayat.ofm

Related Documents

Sulalatus Salatin
October 2019 43
Sulalatus Salatin
October 2019 49
Sulalatus Salatin
October 2019 41
Sulalatus Salatin
October 2019 34
Sulalatus Salatin
May 2020 21

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48