AKADEMI PENGAJIAN MELAYU JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU KERJA KURSUS KUPASAN KARYA MELAYU KLASIK Nama Pelajar: BONG SUZ KIEN No. Matrik : JEA080008 No. Kumpulan Tutorial : SELASA:02:00-03:00 Nama Pensyarah : PROF. DR. AMRAN MUHAMMAD Nama Tutor : CIK .FATMAWATI
1
Isi kandungan: Bil 1.
Perkara Teks asal sulalatus salatin bab.vii
Muka Surat 3-8
Pertarungan antara Hang Tuah –Hang
2. 3. 4. 5. 6.
Jebat Sinopsis bab vii sulalatus salatin Pengenalan Kupasan bab vii (pertarungan antara
9 10 11-15
Hang Tuah –Hang Jebat) dari segi watak Kesimpulan Bibiografi
16 17
Teks klasik sulalatus salatin(SEJARAH MELAYU) BAB VII Hang Jebat kesiangan di istana 2
Pertarungan Hang Tuah –Hang Jebat Hang Jebat Kesiangan Di Istana Hatta dalam antara itu Hang Kasturi pun berkehendak dengan seorang dayang-dayang dalam, yang dipakai raja, tetapi hasratnya yang sah Hang Jebat yang empunya pekerjaan. Hang Kasturilah yang bergelar Seri Diraja Dewa, anak cucunyalah “ Perhangan” yang asal zaman Melaka. Maka Hang Jebat kesiangan di dalam istana, lalu ia hendak mengamuk. Maka Sultan Mansur Syah dengan Raja Perempuan serta dayang-dayang perwara sekalian turunlah dari istana itu, pindah ke istana yang lain. Maka Hang Jebat pun dikepung oranglah. Maka Sultan Mansur Syah pun semayam dib alai kecil menghadapi orang mengepung Hang Jebat itu. Bendahara Paduka Raja dengan segala orang-orang besar hulubalang sekaliannya ada belaka menghadap. Rupa manusia sesak penuh tiada bersela lagi; rupa jebang perisai berlapis-lapis, tombak lembing seperti ranggas, tetapi seorang pun tiada dapat menaiki Hang Jebat itu. Adapun pada zaman itu Hang Jebat bukan barang-barang orang, di bawah Hang Tuah dialah yang terbilang. Maka oleh Hang Jebat semua pintu istana itu dikancingnya; hanya satu pintu yang dihadapan jua dibukanya. Maka segala talam, kerikil, batil,ceper,dulang gangsa,dikaparnya di lantai istana itu. Maka di atas itulah ia berlari ke sana sini, gemerencing bunyinya, memberi hebat yang mendengar dia. Maka sultan Mansur Syah pun memerintahkan orang menaiki Hang Jebat; maka tiada seorang pun bercakap menaiki dia. Maka Sultan Mansur Syah pun mengenang
3
Laksamana Hang Tuah, titah baginda: “ Sayangnya si Tuah tiada, jikalau ada si Tuah, dapat ia menghapuskan kemaluanku!” Setelah mendengar titah beginda mengenang hang Tuah itu, maka Bandahara Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dan segala Orang Besar-besar pun bermohonlah hendak menaiki Hang Jebat. Maka tiada diberi Sultan Mansur Syah; titah baginda: “ Jikalau tuan hamba sekalian salah seorang bermara, jika seribu sekalian nyawa Si Jebat, masa kita samakan dengan tuan-tuan sekalian.” Maka segala Orang Besar-besar itu diamlah. Maka Sultan Mansur Syah pun murkah akan segala hulubalang muda-muda,oleh tiada mau menaiki Hang Jebat itu. Maka segala hulubalang yang muda-muda itu pun semuanya pergi, hendak menaiki Hang Jebat itu. Baharu hingga semata-mata, diterpa oleh Hang Jebat; sekalian habis turjun menyampakkan dirinya tanah. Setelah dilihat oleh Sultan Mansur Syah perihal itu, maka baginda pun mengenang Hang Tuah pula. Telah tiga kali Sultan Mansur Syah Menyebut-nyebut Hang Tuah itu, maka Seri Nara Diraja pun datang sembah: “ Tuanku, patik memohonkan ampun, mengapa duli tuanku sangat amat memohonkan ampun, mengapakan duli tuanku sangat amat mengenang Hang Tuah, orang yang sudah mati; patih pun adalah khifat, kerana belum patut hukumannya mati; kerana Hang Tuah bukan barang-barang hamba ke bawah duli Yang Dipertuan. Maka titah Sultan Mansur Syah, “ sebab itulah maka kita mengenang Si Tuah. Jika ia ada, tadilah sudah dihapuskan pekerjaan si derhaka itu; saying si Tuah tiada!” Dilihat Seri Nara Diraja Sultan Mansur Syah sangat-sangat mengenang Hang Tuah itu, maka sembah Seri Nara Diraja: “ Tuanku, jikalau sekiranya Hang Tuah seperi-
4
perinya ada hidup, adakah ampun duli Yang Dipertuan akan dia?” Maka titah Sultan Mansur Syah, “Adakah si Tuah Seri Nara Diraja taruh?” Maka sembah Seri Nara Diraja, “ Tuanku, gila apakah patik menaruh Hang Tuah. Duli tuanku menyuruh membuangkan dia, sudahlah patk buangkan; maka patik berdatang senbah demikian sebab duli Yang Dipertuan sangat mengenang dia. Jikalau ada kiranya ia, adakah ampun duli Yang Dipertuan akan dia?” Maka titah Sultan Mansur Syah, “ jikalau ada si Tuah itu, jika seperti Bukit Kaf sekalipun besar dosanya, nescaya kita ampuni. Hanya kepada bicara kita ada juga si Tuah. Jikalau ada segeralah bawa ke mari, supaya kita ampuni; kita suruhkan membunuh si Jebat.” Maka sembah Seri Nara Diraja,” Ampun tuanku beribu-ribu ampun atas batu kepala patik. Tatkala titah duli Yang Dipertuan menyuruh membunuh Hang Tuah itu, maka fakir patik belum patut Hang Tuah itu dibunuh sebab dosanya itu. Hang Tuah bukan barang-barang hamba ke bawah duli Yang Dipertuan; kalau-kalau ada perkenannya kepada kemudian hari. Sebab itulah maka ia patik taruh pada dusun anak patik, patik suruh pasung; melainkan ampun kebawah duli Yang Dipertuan juga akan patik.” Maka Sultan Mansur Syah pun terlalu sukacita mendengar sembah Seri Nara Diraja itu. Maka titah baginda, “ Syabas! Bahawa Seri Nara Dirajalah sempurna hamba.” Maka dianugerahi baginda persalin dengan sepertinya. Maka titah baginda pada Seri Nara Diraja, “segeralah si Tuah suruh bawa ke mari.” Maka Seri Nara Diraja pun menyuruhkan orang mengambil Hang Tuah; maka Hang Tuah datanglah dibawa orang ke hadapan Sultan Mansur Syah pucat, kurus, berjalan teranggar-anggar. Miskinan Hang Tuah belas segala yang memandang, karana
5
lama dalam pasungan. Setelah Sultan Mansur Syah melihat Hang Tuah datang, maka dianugerahi baginda ayapan. Setelah sudah Hang Tuah makan, maka oleh Sultan Mansur Syah diambil keris daripada pinggang baginda, dianugerahi pada Hang Tuah; maka titah baginda, “ Basuhkan arang di muka aku.” Maka sembah Hang Tuah, “ Insyah-Allah Taala, baiklah tuanku.” Maka Hang Tuah pun menjunjung duli, lalu pergi mendapatkan Hang Jebat.
Pertarungan Hang Tuah- Hang Jebat Setelah datang ke bawah tangga istana itu, maka Hang Tuah pun menyeru Hang Jebat, disuruhnya turun. Setelah Hang Tuah mendengar orang menyeru ia turun itu, maka dipandangnya ke bawah, dilihatnya Hang Tuah memanggil dia. Maka kata Hang Jebat, “ Hei Tuah! Adakah lagi engkau? Adalah sangka aku engkau sudah mati, maka aku mahu membuat pekerjaan terlanjur demikian ini. Hanya kita sekarang bertemulah sama sebesi; marilah engkau naik, supaya kita bermain.” Maka kata Hang Tuah, “ Baiklah!” Maka Hang Tuah pun naiklah. Baharu dua tiga mata anak tangga maka diterpa oleh Hang Jebat. Maka Hang Tuah pun turun. Maka naik pula; itu pun demikian juga. Setelah dua tiga kali demikaian maka kata Hang Tuah pada Hang Jebat, “ Jikalau engkau sungguh lelaki, marilah engkau turun, kita bertikam sama seorang supaya temasya orang melihat kita.” Maka kata Hang Jebat, “ Bagaimana aku akan turun? kerana orang lain datang tikam aku.” Maka kata Hang Tuah, “ Seorang pun tiada aku beri menolong aku, hingga sama seorang juga kita bertikam.”
6
Maka kata Hang Jebat, “ Di mana pula demikian?” Jikalau aku turun nescaya ditikam orang. Jika engkau hendak membunuh aku, marilah engkau naik.” Maka kata Hang Tuah, “ Bagaimana aku akan naik? Baharu semata dua anak tangga, sudah engkau terpa aku. Jika engkau hendaklah aku naik, menyiah engkau sedikit.” Maka kata Hang Jebat, “ Baiklah! Naik engkau!” maka Hang Jebat pun menyiah sedikit. Maka kata Hang Tuah segera melompat naik. Dilihatnya ada pada dinding istana itu sebuah utar-utar kecil, maka segera diambil oleh Hang Tuah. Maka bertikamlah Hang Tuah dengan Hang Jebat sama seorang. Hang Tuah berutar-utar, Hang Jebat tiada; tetapi akan Hang Tuah bertikam itu tiada tetap kakinya, terketar-ketar lakunya menyalahku tikam Hang Jebat itu, miskinan kerana lenguh bekas dipasung. Maka dipandang oleh Hang Tuah gundik raja yang dibunuh dan dihiris Hang Jebat dari muka lalu ke farajnya dan ditelanjanginya; maka oleh Hang Tuah sambil bertikam itu dikuiskannya kain perempuan itu dengan kakinya, seperti diselimuti, tertutup semua tubuhnya. Belas pula mendengar Hang Tuah baharu lepas daripada pasungannya, berdirinya lagi belum tetap baiknya, maka ia bertikam itu kemamar-kemamar bahasa lakunya. Maka keris Hang Tuah tertikam pada papan dinding istana itu, lekat kerisnya; maka hendak ditikam oleh Hang Jebat, maka kata Hang Tuah, “ Adakah adapt lelaki orang demikian? Jika engkau sungguh lelaki, berilah aku meninggalkan kerisku dahulu.” Maka kata Hang Jebat. “ Tanggalkan kerismu.” Maka Hang Tuah pun menanggalkan kerisnya, diperbaikinya. Maka bertikam pula ia dengan Hang Jebat, dua tiga kali keris Hang Tuah tertikam kepada tiang dan dinding. Disuruh oleh Hang Jebat tanggalkan.
7
Moga-moga dengan takdir Allah Taala maka Hang Jebat pun tertikam pada dinding pintu, lekat kerisnya. Maka segera ditikam oleh Hang Tuah dari belakangnya terus ke hulu hati. Maka kata Hang Jebat, “ Hei Tuah!” Demikianlah lelaki menikam mencuri dan mengubah waadnya? Engkau dua tiga kali lekat kerismu, aku suruh tanggalkan juga; aku sekali lekat kerisku, engkau tikam.” Maka sahut Hang Tuah “ Siapa bersetia dengan engkau orang derhaka.” Maka ditikam pula sekali lagi, maka Hang Jebat pun matilah. Setelah sudah Hang Jebat mati, maka Hang Tuah pun turunlah dari istana itu, pergi mengadap Sultan mansur Syah. Terlalulah sukacita baginda, maka segala pakaian yang dipakai baginda itu, semuanya dianugerahkan baginda kepada Hang Tuah. Maka bangkai Hang Jebat pun ditarik oranglah, dibuangkan ke laut, maka segala anak bininya semuanya habis diumbut, datangnya kepada kaki tiang dan tanah bekas rumah pun habis digali dibuangkan ke laut.
Sinopsis BAB VII(7)
8
Titah Sultan Mahmud Syah itu segera dilaksanakan oleh Hang Tuah. Hang Jebat terkejut dengan kehadiran Hang Tuah yang pada sangkaannya sudah mati.
Setelah
beberapa kali menggagalkan cubaaan Hang Tuah untuk naik ke istana, akhirnya Hang Jebat membenarkan Hang Tuah naik . Lalu, berlakulah pertarungan yang hebat antara kedua-dua sahabat itu. Dalam pertikaman itu, beberapa kali keris Hang Tuah terlekat pada tiang dan dinding tetapi Hang Jebat membenarkan Hang Tuah mencabut keris itu terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, tatkala keris Hang Jebat terlekat pada dinding pintu, Hang Tuah mengambil kesempatan menikam Hang Jebat sehingga mati. Mayat Hang Jebat telah dibuang kedalam laut . Semua anak isterinya juga turut dibunuh dan kaki tiang dan tanah bekas rumah Hang Jebat pun habis dibunuh ke laut sebagai akibat menderhaka kepada sultan
Pengenalan: Perkataan falsafah berasal daripada bahasa yunani atau greek purba.Perkataan falsafah mengandungi gabungan dua perkataan iaitu “philo” bermaksud “cinta”, dan
9
“Sophia”bermaksud “kebijaksanaan”. Oleh itu, falsafah boleh diertikan sebagai “cinta akan kebijaksanaan”.Plato menegaskan “falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik sifat luarannya; iaitu apa sebenarnya yang menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu; apa asasnya, apa esensi, apa zatnya”. Sebenarnya, falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan/pengajian dan ilmu yang berasaskan renungan (refective) dan pentaakulan (reasoning ) untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud/semesta. Dalam kerja khusus ini,saya memilih teks sulalatus salatin sebagai teks kajian saya. Sulalatus salatin juga dikenali sebagai sejarah melayu yakni sejarah/salasilah raja-raja melayu.Teks sulalatus salatin merupakan salah satu karya Agung di Negara ini. Dalam teks ini saya memilih bab vii iaitu pertarungan antara Hang Tuah –Hang Jebat sebagai bahagian untuk saya mengupas.Bab ini memaparkan tentang ketaatan Hang Tuah dan penderhakaan Hang Jebat.
KUPASAN BAB VII(7) DARI SEGI FALSAFAH (pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat)
10
Kupasan dari segi watak Hang Jebat Bab vii(7) iaitu pertarungan Hang tuah dan Hang jebat. Pada pendapat saya dalam teks petikan ini, watak Hang jebat berpegang/mengutamakan kepada falsafah tentang persahabatan. Sebagai contoh kita dapat melihat daripada petikan bab7ini Hang jebat merupakan watak yang sanggup berkorban dengan terus terang kerana seorang kawan baiknya, Hang Tuah.
Buktinya, beliau
sanggup menentang raja demi menegakkan
keadilan kepada Hang Tuah kerana bagi Hang Jebat beliau berpegang kepada prinsip ‘raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Beliau menentang kerana Hang Tuah telah difitnahkan oleh orang-orang yang membenci akannya. Dan sultan yang telah termakan fitnah tersebut telah mengambil kira fitnah tersebut lalu mengarahkan supaya Hang Tuah dihukum bunuh. Dalam membuat tindakan untuk membunuh Hang Tuah ini sultan langsung tidak menghargai bahawa beliau seorang yang taat setia, gagah ataupun jujur, baginda menjatuhkan hukuman mati kepada Hang Tuah secara terburu-buru hanya kerana termakan fitnah. Hang Jebat sebagai sahabat baik Hang Tuah berasa tidak adil dalam tindakan sultan terhadap sahabatnya itu lalu beliau tidak puas hati sultan sanggup membunuh Hang Tuah walaupun banyak berjasa dan sangat setia kepada sultan. Lantaran itu, beliau bangkit menuntut bela
menentang ketidakadilan yang berlaku depan matanya itu.
Beliau
terpaksa menentang secara kekerasan kerana keadaan memaksanya untuk berbuat demikian. Dalam keadaan ini, Hang Jebat memilih jalan nekad iaitu untuk kebahagiaan dirinya sehingga dituduh berzina dengan seorang dayang-dayang dan juga sahabatnya walaupun tindakannya itu membuat sultan Mansur Syah murka terhadapnya. Bagi menuntut bela untuk sahabat baiknya iaitu Hang Tuah, Hang Jebat telah bertindak agresif
11
kerana mengamuk di istana dan membunuh sesiapa sahaja sehingga menyebabkan seisi istana bertempiaran lari takut kehilangan nyawa. Hang Jebat terpaksa bertindak secara kurang ajar kerana sultan telah berlaku tidak adil terhadap teman baiknya yang diketahuinya terlalu jujur dan menurut sahaja setiap arahan yang diperintahkan oleh sultan untuknya. Hang Jebat telah menderhaka.
Namun segala pengorbanan yang
dilakukan oleh Hang Jebat tidak mendapat persetujuan dan perhargaan daripada Hang tuah. Hal ini kerana Hang Tuah berpegang falsafah yang berlainan dengan Hang Jebat. Perbezaan dan pertentangan antara falsafah inilah yang akhirnya menyebabkan Hang Jebat mati dengan tidak berbaloinya di tangan Hang Tuah. Dalam teks ini saya berasa Hang Jebat sangat kasihan kerana dia sanggup melanggar waad demi menuntut bela untuk Hang Tuah. Waad merupakan satu bentuk perjanjian yang menjadi lambang atau simbol hubungan raja dengan rakyat dalam memelihara keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara. Namun Hang Tuah tidak menghargai segala pengorbanan daripada Hang Jebat malah telah berkeras hati untuk membunuh teman baiknya itu kerana beliau tidak ingin melanggar waad. walaupun beliau mengetahuai bahawa Hang Jebat menderhaka kerana ingin menuntut bela untuknya.
Pengorbanan Hang Jebat
akhirnya telah membawa kemudaratan kepada dirinya kerana tindakannya bertentangan dengan norma amalan system sosial iaitu rakyat melayu tidak boleh menderhaka kepada raja. Beliau menerima balasan iaitu mati dibunuh dan anak isterinya turut dibunuh kerana beliau telah menderhaka dan melanggar waad demi persahabatannya. Perbuatan s Hang Jebat menderhaka kepada raja dipandang dari sudut masyarakat pada zamannya adalah suatu perbuatan yang tidak dapat diampuni. Masyarakat feudal menganggap raja
12
itu diluar kekuasaan undang-undang.
Jika sekiranya ia zalim atau membuat
penganiayaan sekalipun ia boleh ditentang. Hang Jebat boleh dianggap sebagai watak tragis yang cuba menegakkan suatu prinsip yang mulia tetapi tidak diterima oleh masyarakat pada zaman itu. Tetapi pada
pendapat saya, saya menyanjung di atas
tindakan Hang Jebat kerana beliau adalah wira jika peristiwa itu berlaku pada masa kini .
Kupasan Watak Hang Tuah
Dalam petikan ketujuh sulalatus salatin ini, timbul banyak persoalan mengapa Hang Tuah sanggup membunuh Hang jebat walaupun mereka bersahabat baik. Adakah ketaatan Hang tuah kepada raja itu amat keterlaluan ?Walaupun telah dua kali dijatuhkan hukuman mati oleh raja melaka tetapi beliau masih sanggup memperlihatkan kesetiaannya yang tidak terbelah bahagi kepada sultan.
Hal ini kerana Hang Tuah memegang falsafah bahawa daulat tuanku dan tulah yakni kesetiaan yang tidak terbelah bahagi kepada sultan. Taat setia bermaksud hamba melayu harus patuh terhadap raja atas sifatnya sebagai pemimpin dan keyakinan bahawa raja mempunyai daulat. Raja menduduki tempat teratas dan dianggap sebagai bayangan tuhan. Kata-kata raja adalah undang-undang dan wajid dipatuhi. Di sebalik kekuasaan mutlak raja itu dan ketaatan rakyat yang tidak terbelah bagi terselit konsep daulat raja dengan kata lain rakyat mempercayai bahawa sesiapa yang menderhaka akan terkena tulah iaitu balasan atau malapetaka akibat menderhaka. Ini bermaksud raja mempunyai daulat dan rakyat sama sekali tidak boleh menderhaka. Daulat itu sesuatu yang bersifat
13
abstrak yang menunjukkan raja mempunyai sesuatu kuasa yang tersembunyi dan harus dihormati. Pegangan Hang Tuah ialah ketaatsetiaan kepada raja. Beliau sanggup melakukan apa sahaja demi memuliakan kedudukan raja serta untuk memelihara keselamatan sultan walaupun terpaksa mengadaikan nyawanya. Dalam hal ini, sifat taat setianya terserlah semasa beliau dijatuhi hukuman bunuh oleh sultan mansur syah atas tuduhan yang belum dibuktikan kebenarannya.
Beliau langsung tidak menentang
hukuman tersebut sebaliknya menerimanya dengan penuh taat. Walau bagaimanapun, beliau bernasib baik kerana hukuman itu tidak dilaksanakan oleh Seri Nara Diraja yang lebih rasional daripada sultan dan lebih berpandangan jauh pula.Apabila Hang Jebat menimbulkan huru-hara di melaka, Hang Tuah telah dipanggil semula oleh Sultan Mansur Syah untuk membunuh Hang Jebat.
Hang Tuah itu tidak menggunakan
kesempatan ini untuk membalas dendam terhadap penganiayaan baginda terhadapnya, sebaliknya dengan berbekalkan sikap taat setianya, beliau sanggup membunuh Hang Jebat yang merupakan sahabat karibnya. Selain itu, Hang Tuah berpegang falsafah “barang siapa hamba rakyat yang menderhaka harus dihapuskan”. Bagi Hang Tuah orang yang menderhaka adalah berdosa besar dan tidak dapat diampunkan walaupun orang yang menderhaka itu merupakan kawan baiknya. Lantaran itu, semasa Hang jebat menderhaka beliau telah berkeraskan hati untuk membunuhnya walaupun
tahu bahawa sahabatnya ingin menuntut bela
deminya, kerana beliau tidak ingin mengubah prinsipnya. Hang tuah telah menolak persahabatannya dengan Hang Jebat kerana tetap menganggap bahawa Hang Jebat telah
14
berdosa kerana menderhaka dan harus dihapuskan. Walaupun beliau berasa sakit hati kerana terpaksa membunuh sahabat baiknya.
Kesimpulan Kesimpulannya, dalam kes pertarungan Hang Jebat ini, Hang Jebat bangkit menentang raja kerana raja Melaka telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah yang sangat setia dan banyak berjasa tanpa usul periksa dan kerana fitnah sematamata. Dalam hal ini jelas Raja Melaka telah menjatuhkan hukuman yang tidak adil, dan
15
Hang Jebat menentang raja kerana pada anggapannya raja telah melakukan kezaliman. Jadi kezaliman rajalah sebenarnya faktor penting dan utama yang mendorong timbulnya penderhakaan itu.
Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan
sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan adalah satu-satunya persoalan yang menjadikan nama Hang Jebat begitu harum sehingga ke zaman ini. Ungkapan katanya 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Kesetiaan Hang Tuah yang membuta tuli sebaliknya menjadi cemuhan orang-orang di generasi ini. Perbalahan di antara dua wira Melaka telah menimbulkan tanda tanya tentang moral Hang Jebat yang bertindak membunuh rakyat yang tidak berdosa dan mengenai sejauh mana Hang Tuah bertindak mematuhi perintah Sultan. Selain itu membunuh mereka yang tidak berdosa merupakan satu kesalahan, satu nilai moral yang kekal sepanjang zaman. Walaupun terdapat mereka yang mengagungagungkan Hang Jebat dan sebaliknya, ianya bukanlah sesuatu yang diterima secara keseluruhan, cuma sebahagian masyarakat. Seseorang itu perlu menimbangkan sebanyak mungkin fakta sebelum membuat keputusan. Disebabkan oleh itu, Hang Jebat merupakan wira bagi sesetengah orang dan pembunuh bagi sesetengah yang lain.Dalam keseluruhan kes ini Hang Tuah memperjuangkan tentang kesetiaan yang tidak terbelah bahagi.Dan Hang Jebat pula memperjuangkan keadilan.
16
Bibliografi
Abdul Halim Bandan, 1994, Panduan Ulangkaji Komprehensif Sastera Karya Agung Hikayat Hang Tuah. Cahaya Pantai Publising (M) Sdn.Bhd
17
Abu Hassan Sham, 1974. Hikayat Hang Tuah. Utusan Melayu
http:// ms. wikipedia org/ hikayat. hang. Tuah
Mohd. Mokhtar.Ab.Majid, 1996, Kesusasteraan Melayu. Federal Publications Sdn.Bhd
18
19
20
21