Tajuk 2 Teori-teori Kerjaya.docx

  • Uploaded by: Nur Syahirah Abd Razak
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tajuk 2 Teori-teori Kerjaya.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,495
  • Pages: 4
2. Teori-teori Kerjaya 1. Teori Pemilihan Kerjaya 2. Teori Perkembangan Kerjaya 3. Teori Membuat Keputusan Kerjaya 2.1 Teori Pemilihan Kerjaya 2.1.1 Teori Pemilihan Kerjaya Roe Anne Roe (dIm. Brown & Broo s 4) pengasas kepada teori Permilihan Kerjaya Roe menyarankan bahawa kualiti perhubungan awal yang dialami oleh individu mempengaruhi perkembangan rninat yang kemudiannya mempengaruhi pernilihan kerjaya individu. Kenyataan ini membawa maksud bahawa pengalaman yang berkaitan dengan hubungan dan interaksi dengan individu yang signifikan dalam kehidupan seseorang adalah penting dan dapat mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang. Roe (1956) membentuk teori kerjayanya berasaskan teori personaliti. Roe menyatakan bahawa: 1) Individu sebenarnya boleh dikelompokkan kepada pelbagai jenis personaliti tertentu dan 2) Terdapat beberapa pekerjaan tertentu yang sesuai dengan jenis personaliti yang dimiliki (Roe 1956). Menurut Roe (1956; dIm. Osipow 1973; dlrn. Zunker 1981) orientasi pekerjaan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu: 1) Pekerjaan yang berorientasikan manusia dan 2) Pekerjaan yang tidak berorientasikan manusia. Sehubungan dengan itu, pekerja yang bekerja dalam sektor pekerjaan yang berorientasikan manusia selalunya datang daripada keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang serta diterima oleh kedua-dua ibu bapanya. Sementara itu, pekerja yang bekerja dalam sektor pekerjaan yang tidak berorientasikan manusia pula datang daripada keluarga yang mengalami suasana hidup yang dingin dan tidak dipedulikan serta keperluan emosinya tidak dipenuhi dengan secukupnya. 2.1.2 Teori Permilihan Kerjaya Holland Teori Permilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh teori Tret dan Faktor. Teori ini diperkenalkan pada tahun 1959 dan sentiasa dikemas kini oleh John Holland. Teori ini telah dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional ialah salah satu aspek personaliti dan oleh yang demikian, deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang (Holland 1973; 1985; 1996). Fokus utama teori Permilihan Kerjaya Holland adalah untuk menjelaskan tingkah laku kerjaya serta mencadangkan beberapa idea praktikal untuk menolong individu memilih kerja, menukar kerja serta memperoleh kepuasan bekerja (Holland 1978,1985,1996). Teori Pemilihan Kerjaya Holland yang juga dikenali sebagai teori Tipologi Holland mengandungi beberapa idea mudah. Antaranya ialah andaian yang menyatakan bahawa terdapat enam jenis personaliti, iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C) (Holland 1973,1985,1996). Tingkah laku individu ditentukan oleh interaksi antara personaliti dengan persekitaran. Menurut Holland, Sekiranya kita mengetahui pola personaliti individu dan pola persekitarannya, secara prinsipnya, dengan menggunakan pengetahuan tentang jenis personaliti dan model persekitaran, kita dapat meramal beberapa perkara yang mungkin terjadi hasil daripada padanan tersebut

termasuklah pemilihan kerjaya, pertukaran kerja, motivasi kerja, produktiviti dan pencapaian kerja serta kestabilan kerja. 2.1.3 Teori Tret dan Faktor Teori Tret dan Faktor ialah teori terawal yang cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan berasaskan teori perbezaan peribadi individu. Teori ini umumnya mengiktiraf perbezaan dan keunikan individu. Dengan kata lain, teori ini percaya bahawa setiap individu yang wujud di dunia ini berbeza dan unik. Teori Tret dan Faktor merupakan teori pendekatan struktur (Weinrach 1979) yang mernberi fokus kepada proses pemilihan kerjaya. Teori ini mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai corak kemampuannya yang unik, tret-tret tertentu yang dapat diukur dengan tepat, konsisten dan selaras serta mempunyai hubungan dengan keperluankeperluan asas dalam beberapa jenis pekerjaan. Teori Tret dan Faktor merupakan suatu teori yang bercorak kognitif dengan penggunaannya dapat mempermudah proses pemilihan kerjaya terutama apabila maklumat yang tepat tentang diri individu dapat diperolehi. Teori ini telah diasaskan oleh Frank Parson, tokoh yang terkenal di Sivic Service House. Beliau amat berrninat mengkaji anak-anak muda lepasan sekolah. Pada tahun 1905 hingga 1906, Parsons telah menubuhkan Bread Winner's Institute. Melalui pertubuhan inilah beliau mula memperkembang bimbingan vokasional dengan menganjurkan beberapa program. Antaranya, beliau telah menulis prinsip asas tentang program ini dalam bukunya Choosing a Vocation yang merupakan asas dan menjadi inti pati kepada teori Tret dan Faktor. Teori Tret dan Faktor juga dikenali sebagai Minnesota Point of View. Panggilan ini muncul kerana kerja-kerja awal yang dilakukan oleh Edmund G. Williamson serta rakanrakannya di Universiti Minnesota (Weinrach 1979). Teori ini merupakan satu pendekatan yang berasaskan jangkaan terhadap penilaian bakat dan sikap individu serta keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan. Parson (dIm. Weinrach 1979) mencadangkan bahawa pemilihan kerjaya yang baik perlu melibatkan tiga perkara, iaitu kefahaman yang jelas tentang diri, pengetahuan ten tang pekerjaan-pekerjaan dan taakulan tepat tentang hubungan antara kedua-dua kumpulan fakta tersebut. Sehubungan dengan itu, Parson (dlm. Weinrach 1979) seterusnya menyatakan bahawa terdapat tiga komponen asas dalam bimbingan kerjaya, iaitu ujian, pemberian maklumat dan mengambil keputusan secara taakulan berasaskan pengambilan keputusan secara rasional. Oleh sebab pemikirannya yang terkehadapan inilah maka Parson dikenali sebagai bapa pergerakan bimbingan kerjaya. Beliau orang pertama yang mengemukakan pandangan tentang cara untuk membuat pemilihan kerjaya. Teori Tret dan Faktor merupakan satu pendekatan yang bercorak kognitif yang mempunyai banyak persamaan dengan teori-teori pembelajaran yang lain.

2.2 Teori Perkembangan Kerjaya 2.2.1 Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg menyatakan bahawa proses pcmilihan kerjaya merupakan suatu pilihan semasa. Nilai, keadaan persekitaran sebenar, atribut psikologi dan

peluang pendidikan serta pencapaian memberi kesan kepada proses pemilihan dan kerana itu faktor-faktor ini perlu diambil kira semasa proses membuat pemilihan kerjaya. Teori asal yang dikemukakan oleh Eli Ginzberg menyatakan bahawa proses membuat keputusan yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu fantasi, percubaan dan realistik (Ginzberg et al. 1972). Peringkat fantasi (6 hingga 11 tahun), peringkat percubaan (11 hingga 18 tahun) dan peringkat realistik pula (17 hingga 20 tahun). Ginzberg et al. (1965), menyatakan bahawa proses pemilihan kerjaya berakhir apabila wujud kompromi antara minat, kebolehan, nilai dan peluang-peluang yang wujud di persekitaran. 2.2.2 Teori Perkembangan Kerjaya Super Teori Perkembangan Kerjaya Super yang telah diasaskan oleh Donald E. Super (Super 1957, 1971) ialah kesinambungan kepada teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg. Teori ini memberi fokus kepada konsep kendiri khususnya konsep kendiri kerjaya serta peringkat-peringkat dalam perkembangan kerjaya. Super (1971; dIm. Brown & Brooks 1984) yang menjadi pengasas kepada teori ini telah membahagikan perkembangan konsep kendiri kepada lima peringkat iaitu peringkat pertumbuhan (sejak lahir hingga 14 tahun), peringkat penerokaan (15 hingga 24 tahun), peringkat pengukuhan (24 hingga 44 tahun), peringkat pengekalan (45 hingga 64 tahun) dan peringkat penurunan (65 tahun ke atas). Super (dlm. Weinrach 1979) seterusnya menyatakan bahawa kepuasan kerja dan kepuasan hidup adalah bergantung kepada sejauh mana seseorang individu itu memperoleh jalan keluar yang mencukupi untuk menyalurkan kebolehan, minat, tret-tret personaliti dan niIai-nilainya. Perkara ini juga bergantung kepada kemantapan dan kestabilan sesuatu jenis pekerjaan, situasi kerja dan cara kehidupan seseorang itu yang boleh memainkan beberapa peranan yang dianggap sepadan dan sesuai dengan pertumbuhan dan pengalaman-pengalaman penjelajahannya .

2.3 Teori Membuat Keputusan Kerjaya 2.3.1 Teori Pembelajaran Sosial Krumboltz Teori Pembelajaran Sosial tentang tingkah laku berasaskan teori pengukuhan dan behaviorisme klasik (Krumboltz et al. dlrn. Brown & Brooks 1984). Teori ini mengandaikan bahawa personaliti dan tingkah laku yang diperoleh individu pada asasnya ialah hasil daripada pengalaman pembelajaran yang unik, bukan disebabkan pengalaman semula jadi atau prosesproses psikik. Pengalaman pembelajaran ini pula mempunyai hubungan dengan analisis kognitif yang berkaitan dengan perisitiwa-peristiwa yang dikukuhkan sama ada secara positif atau negatif. Pengalaman pembelajaran ini kemudiannya akan mempengaruhi perkembangan kecenderungan kerjaya, kemahiran-kernahiran dan pernilihan kerjaya seseorang individu (Krumbolt et al. dlm, Brown & Brooks, 1984). Krumboltz et al. (dlm. Brown & Brooks, 1984) menyatakan bahawa faktor-faktor seperti pewarisan genetik, peristiwa-peristiwa persekitaran, pengalaman pembelajaran dan kognitif, emosi, pencapaian dan kemahiran memberi kesan kepada proses membuat keputusan yang berkaitan dengan kerjaya.

2.3.2 Teori Tiedeman Dan O'hara Menurut teori Tiedeman dan O'Hara, perkembangan kerjaya merupakan proses berterusan membentuk identiti seseorang dari segi kerjaya. Sehubungan dengan itu, proses perkembangan membuat keputusan kerjaya merupakan proses pembezaan dan integrasi yang perlu melalui beberapa peringkat. Peringkat-peringkat tersebut mungkin dilalui secara berulang beberapa kali dalam seumur hidup. Hal ini demikian kerana setiap individu rnungkin menghadapi sesuatu masalah dan cara penyelesaiannya berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Peringkat Perkembangan Kerjaya Tiedeman dan O'Hara (1963) menyatakan bahawa perkembangan kerjaya sebagai satu proses membentuk satu identiti kerjaya melalui pembezaan dan integrasi apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu pekerjaan. Menurut mereka, matlamat proses identiti kerjaya untuk membentuk ego sesuatu pekerjaan. Ego bermaksud cara keseluruhan seseorang melihat pada dirinya apabila dia berinteraksi dengan masyarakat. Identiti ego ialah satu fenomena psikologi. Ego ialah salah satu sumber dalam diri yang membolehkan seseorang membentuk dirinya di alam ini tanpa mengira di mana manapun dia berada. Mereka juga menyatakan bahawa perkembangan kerjaya termasuklah perkembangan untuk satu-satu orientasi terhadap pekerjaan, membentuk proses psikososial dan kemudiannya membentuk identiti ego. Peringkat-peringkat perkembangan kerjaya yang dikemukakan oleh Tiedeman dan O'Hara (1963) meliputi peringkat mempelajari sesuatu, diikuti dengan memulakan tindakan, meneruskan tindakan dan mernikirkannya semula. Mereka menganggap proses perkembangan kerjaya bukan sesuatu yan statik, tetapi merupakan suatu dinarnika keseimbangan dengan seseorang individu akan mengubah dan memulakan semula peringkat pembentukan semula dan integrasi. Setiap individu mempunyai tanggapan tentang dirinya sebagai individu yang berhubung dengan kumpulan yang lain. Individu melihat dirinya sebagai seorang yang bekerja, begitu juga anggapan orang lain terhadap dirinya, Proses membuat keputusan bermula apabila seseorang itu menghadapi masalah atau mengalarni satu pengalaman dan dengan itu keperluan untuk menyelesaikannya perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya. Sehubungan dengan itu, Tiedeman dan O'Hara (1963) telah mengemukakan empat fasa asas dalam perkembangan kerjaya, iaitu fasa eksplorasi, penapisan, pernilihan dan penjelasan. Fasa-fasa tersebut berlaku secara tidak berurutan, namun fasa-fasa tersebut boleh dijadikan garis panduan.

Related Documents

Tajuk
October 2019 38
Tajuk
November 2019 26
Tajuk
October 2019 28
Tajuk
December 2019 17
Tajuk
May 2020 23

More Documents from "nie"

Kajian Kes.docx
April 2020 11
Refleksi.docx
April 2020 4
Kemahirankomunikasi
April 2020 8
C++ Assignment 1.docx
April 2020 16