Teori Kematangan Arnold Gesell dan Robert Havighurst
Arnold Gesell
Baka merupakan pencetus utama perkembangan individu Perkembangan juga berlaku secara dalaman mengikut pola urutan tertentu yang dikawal oleh kematangan. Perkembangan individu ini dapat dilihat pada jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan adalah berbeza bagi setiap individu.
Beliau berpendapat kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu. Menurut teori ini, individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan intelektual mereka.
Hal ini kerana seseorang individu akan berusaha menyelesaikan masalah atau percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan mencari cara baru untuk memahami persekitaran mereka.
Kanak-kanak juga dikatakan bersifat unik dan perlu dihormati.
Robert Havighurst
Perkembangan kanak-kanak adalah berpaksikan teori sosiobudaya dan antropologi. menekankan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Hal ini bermaksud pada setiap peringkat perkembangan, setiap manusia ada tugas yang perlu dicapai.
Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagian manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya. Selain itu juga, perkembangan manusia turut dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat.
Model Motor Persepsi - Piaget
(i)
(ii) (iii) (iv)
Dapat dibahagikan kepada empat peringkat iaitu : Sensorimotor (lahir hingga 2 tahun) Pra operasi (2-7 tahun) Operasi konkrit (7-11 tahun) Operasi formal (11 tahun ke atas).
Kebolehan fizikal kanak-kanak peringkat sensimotor (0-2 tahun)
Mula perkembangan otot halus : menggenggam dan mengkoordinasi antara tangan dan mata. Gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan (6-8 bulan). Menunjukkan autonomi dan kekuatan pergerakan. Saiz dan kompleksiti otak bertambah. Daripada aksi refleks kepada aktiviti bermatlamat.
Kebolehan kognitif kanakkanak peringkat sensimotor (0-2 tahun). - Kepuasan mengenakan tindakan
terhadap objek. Mengkoordinasi maklumat deria dengan pergerakan motor. - Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti-aktiviti mudah. - Mula menggunakan imitasi, memori dan pemikiran. - Konsep pengekakalan objek.
Perkembangan fizikal kanakkanak peringkat pra operasi (27 tahun)
Memegang objek-objek besar dan memanipulasi objek-objek kecil. Menunggang basikal roda tiga. Melompat dan berlari. Menulis huruf-huruf dan perkataan-perkataan mudah
Perkembangan kognitif kanakkanak peringkat pra operasi (27 tahun)
Mula menggambar dan merancang skema. Mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu dengan bahasa, gambar atau isyarat. Berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding dua peristiwa yang berlaku. Permainan membayangkan (pretend play). Pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata.
Perkembangan fizikal kanakkanak peringkat operasi konkrit.
Pertumbuhan dan perkembangan kemahiran-kemahiran psikomotor. (psikomotor halus lebih baik, psikomotor kasar lebih cekap). Pertumbuhan gigi kekal bermula. Kanak-kanak menghampiri akil baligh.
Perkembangan kognitif kanakkanak peringkat operasi konkrit
boleh berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi konkrit. Boleh menguasai konsep pengekalan. Dapat menguasai proses pengelasan. Mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan ketika bermain atau melakukan aktiviti.
Perkembangan fizikal kanakkanak peringkat operasi formal.
kadar perkembangan yang pesat. (perubahan fizikal mula ke arah dewasa). Mencapai akil baligh. Perubahan dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu, namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa akil baligh lebih lama.
Perkembangan kognitif kanakkanak peringkat operasi formal.
Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta. Berfikir secara abstrak. Boleh berfikir secara sistematik. Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah. Egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini.