Kajian Kes.docx

  • Uploaded by: Nur Syahirah Abd Razak
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Kes.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,844
  • Pages: 7
1.0

Pengenalan

Kajian kes ditakrifkan sebagai suatu penyelidikan yang mendalam dan spesifik tentang suatu aspek lingkungan sosial yang melibatkan manusia (Arman Hakim Nasution, 2006). Maka, kajian kes boleh dirumuskan sebagai suatu kaedah penyelidikan yang dilakukan bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam kehidupan seseorang manusia. Keselarasan ditakrifkan sebagai perihal sama kepadanan, kesamaan, dan kesesuaian (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005). Manakala, personaliti ditakrifkan sebagai suatu set ciri yang sistematik dan dinamik dimiliki oleh seseorang individu (Ryckman, 2004 dalam Rahimi Che Aman, 2007). Manakala, persekitaran kerjaya merupakan suatu keadaan yang mewakili sesebuah kerjaya. Maka, keselarasan personaliti dengan persekitaran kerjaya boleh disimpulkan sebagai suatu kesesuaian tret-tret diri dengan pemilihan kerjaya yang bakal diceburi. Sekiranya personaliti seseorang individu tidak bersesuaian dengan persekitaran kerjaya yang dipilih, maka pelbagai komplikasi dan implikasi negatif yang bakal berlaku. Justeru, kajian kes yang dilakukan adalah bagi melihat keselarasan personaliti

dengan

persekitaran

kerjaya

seseorang

individu

yang

berkerjaya

professional.

2.0

Latar belakang kes

Nama klien

:

Ameena binti Sarif (bukan nama sebenar)

Agama

:

Islam

Jantina

:

Perempuan

Kelulusan

:

1) Ijazah Sarjana Muda Psikologi 2) Ijazah Sarjana Bimbingan dan Kaunseling

Klien dikenali dengan nama samaran ‘Meena’ merupakan seorang kaunselor pensyarah dan staf dan memegang jawatan Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Klien berumur 39 tahun dan beragama Islam. Klien masih memegang gelaran sebagai pelajar kerana klien melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran dalam pengurusan pendidikan iaitu Educational Doctorate di Universiti Teknologi Malaysia. Klien sudah bekerja di institusi pengajian tinggi tersebut sejak tahun

2014 sehingga kini. Pelbagai pengalaman pekerjaan yang telah dilalui oleh klien kerana sebelum klien menjadi kaunselor pensyarah dan staf, klien telah berpengalaman dalam menjadi kaunselor negeri di sebuah Jabatan Pelajaran Negeri selama 3 tahun. Klien juga pernah menyandang jawatan sebagai kaunselor sekolah di sebuah sekolah di Johor selama 7 tahun. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, perjalanan kehidupan klien dalam bidang kerjaya agak menarik kerana sebelum klien memasuki bidang psikologi dan bimbingan dan kaunseling, klien pernah ditawarkan ke dalam major Ilmu Wahyu dan major Perhotelan dan Katering. Ibu klien merupakan pesara kerajaan sebagai guru, manakala ayahnya merupakan pesara kerajaan sebagai kerani sekolah menengah.

3.0

Instrumen kajian

Instrumen yang telah digunakan dalam kajian kes ini ialah temu bual, soal selidik, pemerhatian dan ujian psikologi minat kerjaya. Temubual yang telah dijalankan mendapati bahawa klien merasakan bahawa profesion kaunseling merupakan suatu profesion yang sangat menarik. Hal ini adalah kerana profesion kaunseling membantu diri klien untuk menjadi seorang individu yang lebih baik dan membantu individu lain untuk meningkatkan nilai-nilai positif dalam diri. Soal selidik yang dijalankan ke atas rakan sejawat klien tentang personaliti klien apabila menghadapi tekanan dalam kerja mendapati bahawa klien sangat bijak menguruskan emosi dan tekanan dalam sebarang pekerjaan yang dilakukan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, klien sangat berpuas hati dan seronok dengan persekitaran kerjaya yang dimiliki. Maka, hal ini jelas membuktikan bahawa personaliti klien sangat bertepatan dengan persekitaran kerjayanya sebagai seorang kaunselor dan Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling. Manakala Inventori Minat Kerjaya Holland yang telah dijalankan ke atas klien telah mendapati bahawa klien memperoleh kod tiga-mata Holland SIA yang mewakili kod Social, Investigative dan Artistic. Inventori Minat Kerjaya Holland ini dipilih kerana ianya menggunakan alat ukuran Self-Directed Search (SDS). Alat ukuran ini akan memberi klien tindak balas untuk menentukan bidang minat atau jenis personaliti individu. (Sidek Mohd Noah, 2002). 4.0

Pengumpulan data

Data diperoleh melalui hasil Inventori Minat Kerja, temubual yang dilaksanakan bersama klien, soal selidik terhadap rakan sejawat klien dan pemerhatian terhadap personaliti klien dalam menghadapi tekanan dalam kerjaya sebagai kaunselor pensyarah dan staf. Jumlah skor di dalam Inventori Minat Kerjaya yang dilaksanakan ke atas klien mendapati bahawa klien memperoleh skor yang tertinggi pada kod Sosial, Investigatif dan Artistik.

Hasil keputusan Inventori Minat Kerjaya boleh dirujuk dalam jadual di

bawah (Jadual 1).

Kod Holland R (Realistic) I (Investigative) A (Artistic) S (Social) E (Enterprising) C (Conventional)

Jumlah skor 2 19 16 29 15 8

Jadual 1: Keputusan Inventori Minat Kerjaya Holland oleh klien ‘Meena’ Dari maklumat menerusi Jadual 1 jelas mempamerkan bahawa klien memperoleh kod Sosial sebagai jumlah skor yang tertinggi sebanyak 29 dan diikuti dengan kod Investigatif sebanyak 19 serta kod ketiga tertinggi ialah Artistik sebanyak 16. Maka, kod tiga-mata Holland yang diperoleh oleh klien ialah SIA. Manakala bagi kod Holland R yang mewakili Realistik, klien hanya memperoleh jumlah skor sebanyak 2. Jumlah skor yang diperoleh bagi Kod Holland E yang mewakili Enterprising pula sebanyak 15. Klien memperolehi jumlah skor sebanyak 8 untuk kod Holland yang terakhir iaitu C yang mewakili Konvensional.

5.0

Perbincangan

Kajian berbentuk Inventori Minat Kerjaya Holland yang dijalankan ke atas klien adalah untuk mengkaji keselarasan personaliti dengan persekitaran kerjaya yang telah dilalui oleh seorang berkerjaya profesional.

Hasil Inventori Minat Kerjaya Holland menunjukkan klien sememangnya memiliki personaliti jenis sosial kerana klien memberi kerjasama yang sangat baik sebelum, sepanjang dan selepas kajian dilaksanakan. Klien juga sangat aktif dan bersungguhsungguh dalam temu bual yang dilakukan. Hal ini adalah kerana, klien memberi penerangan dan menjawab semua persoalan yang dikemukakan dalam sesi temu bual tersebut dengan sangat baik dan menyeluruh. Kemahiran komunikasi klien terhadap pengkaji juga berada pada tahap yang sangat baik, maka hal ini jelas mempamerkan bahawa klien sememangnya memiliki personaliti jenis Sosial. Justeru, jumlah skor yang diperoleh oleh klien dalam kod Holland Sosial sangat bertepatan dengan personaliti diri klien dan persekitaran kerjaya klien sebagai kaunselor pensyarah dan staf.

Memandangkan klien memperoleh kod-tiga mata Holland, SIA di dalam Inventori Minat Kerjaya ini, maka klien sangat menitik beratkan tentang persekitaran kerjaya agar dirinya dapat melakukan tugasan-tugasan pekerjaan dengan baik dan efektif. Maka, klien telah menanda jawapan ya pada item ke-99 dalam Inventori Minat Kerjaya Holland iaitu meramal personaliti dengan baik. Sekiranya klien mampu meramal personaliti dengan baik, klien akan berjaya mencipta suatu persekitaran kerjaya yang positif sesuai dengan personaliti dirinya. Tanpa adanya penyesuaian persekitaran kerjaya dengan personaliti yang dimiliki, akan wujud suatu tekanan dan ketidakselesaan dalam melaksanakan tanggungjawab dalam pekerjaan tersebut. Individu yang memiliki ciri personaliti Sosial akan berusaha untuk mencipta suasana persekitaran kerjaya yang berbentuk pendidikan, terapi, agama dan aktiviti yang memberi khidmat kepada masyarakat (Cheong, L. K., Meng, E. A., Suppiah Nachiappan & Taquddin Abd Mukti, 2014). Temu bual yang dilakukan terhadap klien mendapati bahawa klien itu sendiri sedar bahawa profesion kaunseling bukan suatu kerjaya yang mudah. Hal ini adalah kerana persekitaran kerjaya seseorang kaunselor itu seringkali diiringi dengan

kepelbagaian persepsi dan pandangan terhadap profesion kaunseling itu sendiri. Terdapat masyarakat yang melihat klien sebagai seorang individu yang langsung tidak boleh membuat sebarang kesalahan dan seharusnya menjadi sempurna. Keselarasan personaliti klien dengan persekitaran kerjayanya sangat jelas terpamer dengan hasil temubual yang dilaksanakan. Hal ini adalah kerana, meskipun terdapat beberapa keskes yang memberi tekanan yang agak besar dalam diri klien, klien masih mampu untuk membantu dirinya dan membantu individu lain untuk berfungsi secara normal semula. Klien sangat menekanan tentang aspek personaliti dalam pekerjaan yang diceburi kerana klien menyatakan bahawa sebagai seorang kaunselor yang akan menghadapai pelbagai isu yang dimiliki oleh kliennya, maka perkara tersebut mendesak dirinya memakai beberapa topeng dalam kehidupan. Maka, sebagai kaunselor yang baik, klien perlu menyesuaikan personalitinya

Hasil dapatan daripada temu bual yang dilakukan mendapati bahawa semasa klien berumur antara 17 sehingga 20 tahun, klien masih berada pada peringkat penjelajahan apabila klien ditawarkan untuk menceburi bidang Ilmu Wahyu dan bidang Perhotelan dan Katering. Hal ini selaras dengan Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg yang menekankan tentang proses pemilihan kerjaya ini berakhir apabila klien mulai membuat kompromi di antara minat, kebolehan , nilai dan peluang yang ada dalam sesebuah pekerjaan (Sidek Mohd Noah, 2002). Setelah semua bidang pekerjaan dikaji dengan mendalam, maka, klien bertindak untuk menentukan masa hadapannya dengan membuat keputusan bahawa klien akan meneruskan pengajian dengan bidang Psikologi. Proses ini berterusan sehingga sekarang kerana klien masih bergelar pelajar di sebuah institusi pengajian awam di Malaysia bagi melanjutkan pelajaran dalam Kedoktoran dalam Pengurusan Pendidikan.

Temubual yang telah dilaksanakan juga telah membuktikan bahawa semasa klien memilih pekerjaan yang bakal diceburi pada zaman klien memasuki ke alam universiti, klien tidak diberi pendedahan langsung terhadap pemilihan kerjaya yang hendak dilaksanakan. Akan tetapi, klien menyatakan bahawa dirinya merasakan sangat

sesuai dan menarik kerana bidang yang diambil oleh klien di universiti sangat bertepatan dengan personaliti yang dimilikinya. Lantaran daripada itu, klien sering kali didatangi oleh sahabat-sahabat untuk mengadu permasalahan, isu atau konflik yang dimiliki. Klien juga menyatakan bahawa meski dirinya tidak dapat membantu sahabatsahabatnya secara keseluruhan, akan tetapi klien merasakan bahawa dia boleh membantu sahabatnya dengan menjadi pendengar yang baik. Maka, klien bertindak untuk mendalami kerjaya yang memberi dirinya peluang untuk mengamalkan kemahiran dan kebolehan yang dimiliki secara total. Hal ini bertepatan dengan Teori Pemilihan Kerjaya Holland yang sangat menekankan tentang aspek persekitaran kerjaya yang mengembangkan lagi potensi yang dimiliki oleh seseorang individu.

5.0

Strategi melaksanakan perkhidmatan bimbingan kaunseling kerjaya

Antara strategi yang boleh dijalankan untuk melaksanakan perkhidmatan bimbingan & kaunseling kerjaya adalah dengan menyediakan e-Inventori bagi memudahkan masyarakat untuk mendapatkan pendidikan kerjaya dengan lebih mudah dan efektif. Hal ini adalah kerana, inventori yang dilaksanakan ke atas seseorang individu seringkali mengambil masa yang lama dan panjang serta akan berlaku pembaziran dalam bentuk material iaitu kertas. Bagi melaksanakan pendidikan kerjaya yang efektif, maka guru Bimbingan dan Kaunseling dan kaunselor khususnya hendaklah bersikap kreatif dan inovatif dalam menyediakan e-Inventori agar individu tersebut dapat mengenali dirinya dengan lebih mendalam sebelum menceburi pekerjaan yang agak mencabar pada zaman ini. Hal ini selaras dengan matlamat program untuk diri dan kesedaran kerjaya berasaskan model Missouri (Sidek Mohd Noah, 2002). Maka, kaunselor hendaklah menguasai ilmu teknologi maklumat bagi menyediakan e-Inventori kerana penyediaan perisian tersebut memerlukan kepakaran yang tinggi dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025), yang menekankan

kepentingan

teknologi

maklumat

dan

komunikasi

dalam

proses

pembangunan modal insan dan bukan sahaja hanya di dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Pelaksanaan e-Inventori bukan sahaja dapat memudahkan klien untuk menjawab inventori tersebut malah dapat memudahkan kerja kaunselor tersebut dalam membuat penyimpanan rekod e-Inventori dengan mudah dan sistematik. Maka, pelaksanaan e-Inventori merupakan salah satu strategi yang efektif dalam melaksanakan perkhidmatan bimbingan kaunseling kerjaya.

Strategi yang seterusnya bagi melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah hendaklah proaktif dalam melaksanakan konferensi dengan ibu bapa (Irfan Mohamad, 2008). Hal ini adalah kerana, murid-murid di sekolah bukannya kepunyaan pihak sekolah untuk guru Bimbingan dan Kaunseling dan guru mata pelajaran untuk menentukan masa hadapan murid tersebut. Pelaksanaan konferensi dengan ibu bapa dapat membantu kaunselor untuk melihat kerjaya masa hadapan yang sesuai untuk murid-murid (Malek Muhamat Said, 2007). Hal ini adalah kerana ibu bapa di rumah lebih mengetahui personaliti sebenar murid-murid. Melalui konferensi ibu bapa juga, ibu bapa dapat mengetahui kebolehan dan pencapaian sebenar serta minat kerjaya anak-anak mereka. Maka,

6.0

Penutup

Secara konklusinya, pemilihan kerjaya merupakan suatu proses yang paling penting sebelum memasuki ke dunia pekerjaan. Maka, pemilihan kerjaya itu haruslah melalui beberapa fasa-fasa kehidupan yang mendidik seseorang individu sesuai dengan personaliti dalam pekerjaan yang hendak diceburi. Hal ini adalah kerana, tanpa wujudnya keselarasan personaliti terhadap persekitaran kerjaya, maka pelbagai implikasi negatif yang akan wujud pada hari kemudian (Donohue, R., 2006). Justeru, pelbagai pihak khususnya guru Bimbingan dan Kaunseling berperanan penting dalam menyusun strategi yang efektif bagi melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya bagi murid-murid di sekolah mahupun remaja-remaja yang sudah berada di menara gading iaitu universiti.

Related Documents

Kajian
May 2020 50
Kajian Tahap.docx
November 2019 18
Instrumen Kajian
July 2020 28
Kajian Tindakan.docx
December 2019 26
Kawasan Kajian
May 2020 21

More Documents from "wani"

Kajian Kes.docx
April 2020 11
Refleksi.docx
April 2020 4
Kemahirankomunikasi
April 2020 8
C++ Assignment 1.docx
April 2020 16