Syed Syeikh Al Hadi

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syed Syeikh Al Hadi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,312
  • Pages: 8
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104

NAMA: ROZI IKHWANIDA BINTI CHUAN NO. MATRIK: JEA080175 NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD

SESI 2008/2009 SEMESTER SATU AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA SYED SYEIKH AL-HADI

Islam telah mula bertapak di TanahMelayu pada abad ke-3. Disebabkan kedatangan Islam ini telah melahirkan ribuan tokoh agama yang sangat gigih berjuang menegakkan syiar Islam. Salah seorang tokoh yang telah muncul pada masa itu ialah Syed Syeikh al-Hadi. Beliau merupakan seorang tokoh agama yang tidak asing dalam sejarah perkembangan agama Islam di Tanah Melayu. Beliau juga adalah reformis Islam ulung di Tanah Melayu yang berperanan penting dalam memajukan sistem pendidikan negara, kewartawanan dan banyak lagi. Syed Syeikh al-Hadi juga dikenali sebagai pelopor menyalurkan pemikiran dan falsafah perjuangan Kaum Melayu.

Syed Syeikh al-Hadi merupakan anak kelahiran Kampung Hulu, Melaka. Beliau dilahirkan pada tarikh 25 Disember 1864 bersamaan 24 Rejab 1281 H, iaitu pada hari Selasa. Syed Syeikh al-Hadi telah pulang ke rahmatullah pada 17 Zulkaedah 1344 H bersamaan 4 April 1931 di Mukim Jelutong, Pulau Pinang. Bapa Syed Syeikh al-Hadi bernama Syed Ahmad bin Hassan al-Hadi. Bapa beliau adalah berbangsa Arab dan berasal dari Hadramaut tetapi dilahirkan di Melaka. Bukan hanya Syed Syeikh al-Hadi dan ayahnya yang dilahirkan di Melaka, malahan nenda beliau juga turut dilahirkan di Melaka juga.

Nenda beliau

bernama Hassan bin Saggaf al-Hadi.

Syed Syeikh al-Hadi telah mendapat pendidikan Arab daripada bapanya. Seterusnya mendapat pendidikan agama di sebuah sekolah agama dan Sekolah Melayu Strait

Settlements, Melaka. Kemudiannya, beliau mengikut keluarganya yang mempunyai pertalian darah dengan keluarga Di Raja Riau berpindah ke Pulau Penyengat. Ketika di sana Syed Syeikh al-Hadi telah dijadikan anak angkat oleh Raja Ali Kelana bin Raja Ahmad, iaitu adik tiri kepada Sultan Riau-Lingga yang juga merupakan Raja Muda. Tidak lama selepas itu, Syed Syeikh al-Hadi telah dihantar ke sebuah Pondok di Terengganu. Beliau dihantar ke Pondok tersebut adalah bertujuan untuk mempelajari atau mendalami ilmu agama.

Namun begitu, beliau tidak lama tinggal di situ kerana beliau berpendapat bahawa sistem pengajian pondok tersebut hanya mengajar muridnya untuk menghafal dan bukannya berfikir. Setelah pulang ke Pulau Penyengat semula, beliau telah melibatkan diri dalam kesusasteraan di dalam Kelab Rasyidiyyah. Malahan beliau juga turut berkesempatan ke Timur Tengah, terutamanya Arab Saudi dan Mesir. Beliau berkesempatan pergi ke tempat tersebut kerana menemani anak-anak Raja yang ingin melanjutkan pengajian serta menunaikan umrah dan haji. Ketika disitulah beliau telah terpengaruh dengan pemikiran Syed Muhamad Abduh yang membawa pemikiran Islah yang akhirnya pemikiran tersebut dikembangkan di Tanah Melayu.

Di Tanah Melayu, beliau telah menyumbangkan pelbagai sumbangan kepada masyarakat dan negara melalui bidang falsafah yang di bawa olehnya.

Beliau telah

memperluaskan falsafahnya dalam agama islam dangan melakukan pelbagai perubahan. Syed

Syeikh al-Hadi juga telah terpengaruh dengan pemikiran Kaum Muda akibat daripada pengajiannya dengan Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Jamal al-Din Al-Afgani di Mesir dan Arab Saudi.

Pemikiran ini telah di ambil sewktu beliau berulang-alik dari

Pulau

Penyenggat ke Timur Tengah, terutama sekali ialah Mesir.

Justeru, beliau berusaha menghapuskan salah faham agama yang telah membelenggu umat Islam dengan memerangi segala amalan khurafat dan bida’ah. Bukan itu sahaja, beliau juga dengan bantuan beberapa orang temannya seperti Syeikh Abdullah al-Maghribi dan Syeikh Tahir Jalaluddin menghapuskan ajaran Taslim dengan menjalankan penyelidikan selama 3 bulan. Berikutan itu satu perhimpunan diadakan di Masjid Jelutong dan beliau telah membuktikan bahawa ajaran tersebut adalah sesat dan kitab-kitab ajaran tersebut telah dibakar. Melalui idea pemikiran islah atau aliran Kaum Muda ini telah banyak membantu ke arah menyedarkan minda masyarakat Melayu ke arah memahami Islam yang sebenar dan bukannya jumud dan beku seperti sesetengah golongan yang tidak mahu berubah.

Antaranya adalah seperti melakukan perubahan dalam pendidikan kerana beliau menganggap bahawa pendidikan merupakan salah satu medan yang berupaya membawa masyarakat ke arah pembinaan jiwa yang murni. Hal ini demikian kerana para pengasas Kaum Muda beranggapan bahawa ajaran Islam harus menerimaidea dan falsafah Barat agar umat Islam memperoleh kemajuan setanding dengan orang lain. Dalam bidang pendidikan beliau lebih menonjol ke arah memajukan sistem agama. Walaupun begitu, beliau tetap menerapkan falsafah Barat dengan agama Islam.

Oleh sebab, amalan sistem pengajian pondok yang hanya mementingkan amalan keakhiratan saja mungkin telah ketinggalan zaman.

Malahan sistem pengajian itu juga

mendapat saingan daripada sistem pendidikan sekular yang dianjurkan oleh penjajah British.

Bagi sistem pendidikan yang ditubuhkan oleh pengasas Kaum Muda ini lebih menjurus ke arah melahirkan pelajar yang alim, berilmu, bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama dan bangsa. Disebabkan oleh itu, beliau telah menubuhkan satu sistem persekolahan sendiri dengan menubuhkan Madrasah Iqbal Islamiyyah di Seligi Road, Singapura pada tahun 1907.

Madrasah Al-Iqbal merupakan madrasah yang pertama didirikan oleh Syed Syeikh alHadi. Tujua beliau menubuhankan madrasah ini adalah untuk mengembangkan syiar Islam, menyalurkan pemikiran menentang khurafat, membangunkan kembali sikap kritis umat Islam terhadap perubahan sekitar, terutama sekali dalam pemodenan Barat. Walaubagaimanapun, madrasah Al-Iqbal ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Islam dan dipindahkan ke Pulau Penyengat, Riau-Lingga.

Pada tahun 1916, beliau telah kembali ke Melaka dan mendirikan Madrasah al-Hadi di Bandar Kaba pada tahun 1917. Madrasah ini telah mendapat masalah, iaitu kewangan, pentadbiran, ketiadaan guru berkelayakan, pemikiran masyarakat yang kolot dan pertentangan antara Kaum Muda dan Kaum Tua di Melaka. Disebabkan itu madrasah itu telah ditutup pada tahun 1918. Disebabkan kegagalan itu beliau telah berhijrah ke Pulau Pinang. Perpindahan ketika di sana beliau telah menubuhkan Madrasah Al-Masyhor AlIslamiyah pada tahun 1919.

Madrasah ini terletak di Tek Soon Street, Pulau Pinang.

Madrasah itu telah menjadi sebuah pusat pengajian Islam yang penting pada masa itu sehingga melahirkan beberapa orang tokoh terkenal dan pengaruh pendidikan ini telah melebar ke serata pelosok negeri, termasuk Perak.

Seterusnya ialah sumbangan dalam kewartawanan. Hal ini demikian kerana beliau beranggapan bahawa medan penulisan adalah merupakan salah satu elemen yang dapat membantu dalam usahanya untuk menyedarkan umat Melayu. Usahanya ini dapat dibuktikan

melalui majalah Al-Imam yang telah dikeluarkan pada 22 Julai 1906 yang ditulis dengan tulisan jawi.

Majalah Al-Imam itu berukuran lebar 6.3 inci manakala panjangnya pula

berukuran 8.6 inci.

Pada mulanya majalah ini dicetak oleh Matbaah Melayu Tanjung Pagar dan kemudiannya oleh Al-Imam Printing Company Limited.

Al-Imam ini mengandungi 32

halaman yang dijual dengan harga 25 sen wang British. Al-Imam telah diterbitkan bersamasama beberapa orang temannya seperti Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Azhari, Syeikh Salim AlKalali, dan Haji Abbas bin Mohd Taha. Namun begitu Al-Imam terpaksa dihentikan kerana mengalami masalah kewangan tetapi majalah ini tetap mendapat sambutan hangat di Tanh Melayu dan Indonesia.

Beliau juga telah melakukan sumbangan dalam bidang penerbitan dan pencetakkan . Malah beliau juga telah menubuhkan sebuah syarikat percetakan, iaitu Jelutung Press. Melalui syarikat itu, beliau telah menerbitkan majalah bulanan Al-Ikhwan pada tahun 1926 dan akhbar dwi-mingguan, iaitu saudara pada tahun 1928. Syed Syeikh al-Hadi juga memiliki satu keistimewaan yang hampir sama dengan Hamka, iaitu membabitkan diri dalam perkembangan kesusasteraan dengan menghasilkan novel saduran yang laris pada zamannya. Salah satu novelnya yang terkemuka ialah Faridah Hanum. Dengan adanya akhbar-akhbar, majalah serta novel yang dihasilkan ini, ia dapat menyebarkan fahaman dan idea-idea ke arah pembaikpulih umat Melayu dan seterusnya meningkatkan taraf hidup orang Melayu yang kritikal pada masa itu.

Secara kesimpulannya, Syed Syeikh al-Hadi telah meninggalkan kesan yang sangat bermanfaat kepada masyarakat Melayu. Melalui sumbangannya dalam pelbagai aspek seperti yang telah dinyatakan tadi, khasnya dalam pendidikan Islam di Tanah Melayu yang telah

meninggalkan kesan yang mendalam dalam lipatan sejarah.

Hasil daripada pemikiran

kritisnya telah melahirkan pembaharuan dalam gerakan Islam di Tanah Melayu pada ketika itu. Walaupun pada permulaan perjuangannya, pemikiran Syed Syeikh al-Hadi sukar untuk menembusi nadi masyarakat Islam. Namun begitu, ia telah bertapak dengan kukuh di seluruh dunia sehingga ke hari ini. Penubuhan madrasah yang dipeloporinya telah berhasil memberi pukulan kepada sistem pendidikan sekular yang dipaksakan oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu.

Bibliografi

Awang Sariyan.2007.Falsafah dan Logika Melayu.Selangor:Synergate Sdn Bhd Hashim Musa.1998.Falsafah dan Logika Melayu.Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu Sohaimi Abdul Aziz.2003.Syed Syeikh al-hadi Cendekia dan Sasterawan Ulung.Pulau Pinang:Penerbit Universiti Sains Malaysia Talib Samat.1997.Syed Syeikh al-Hadi:Kehidupan dan Pandangan Hidupnya yang Terpancar dalam Karya Sastera.Pulau Pinang:Seminar Kefahaman Budaya ”Syed Syeikh al-Hadi:Tokoh Melayu Pulau Pinang Talib Samad.1959.Syed Syeikh al-Hadi:Sasterawan Progresif Melayu.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,1992

Related Documents

Syed Syeikh Al Hadi
October 2019 46
059 Al Hadi Al Hajib
July 2020 6
Syeikh Nuruddin Al-raniri
October 2019 24
Hadi
November 2019 21
Syed Naqiub Al-attas
June 2020 12
Syed Naquib Al-attas
October 2019 32

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48