Syair Burung Pungguk

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syair Burung Pungguk as PDF for free.

More details

  • Words: 1,265
  • Pages: 7
JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU SESI 2008/2008 TAJUK : KARYA KLASIK (SYAIR BURUNG PUNGGUK)

NAMA

: MUHAMAD REDZUAN BIN MAT YUSOFF

NO. MATRIK

: JEAO8OO53

PENSYARAH

: DR. AMRAN BIN MUHAMMAD

TUTOR

: SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN

TAHUN

: SATU (1)

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Syair Burung Pungguk Pertama mula Pungguk merindu, 1

Berbunyilah guruh mendayu-dayu, Hatinya rawan bercampur pilu, Seperti dihiris dengan sembilu.

Pungguk bermadah seraya merawan, “wahai Bulan,terbitlah tuan, Gundahku tidak berketahuan, Keluarlah tercelah awan,”

Sebuah tilam kita beradu, Mendengarkan pungguk merindu, Suaranya halus tersedu-sedu, Laksana orang berahikan jodoh

Pungguk merawan setiap bulan, Sebilang jitun berlompatan, Bulan mengandung disebelah lautan, Mendengarnya bersambut-sambutan….

Di atas beraksa berapa lama, Gilakan cahaya bulan purnama, Jikalau bulan jatuh kerama, Di manakah dapat pungguk bersama.

“Pungguk bermadah seraya merawan, Wahai bulan terbitlah tuan, Gundahku tidak berketahuan, Keluarlah bulan tercelah awan,” 2

Syair Brung Pungguk mempunyai pelbagai versi dan antara salah satu yang menjadi bahan rujukan saya ialah syair burung yang terdapat di atas.

Secara kesimpulan daripada

keseluruhan syair tersebut, dapat dilihat secara tersurat syairini lebih tertumpu kepada hal mengenai percintaan antara lelaki dan perempuan yang tidak kesampaian. Gambaran seorang lelaki diberikan sebagai watak “pungguk” manakala watak seorang wanita pula di berikan gambaran sebagai “bulan”yang mempunyai rupa paras yang cantik dan darjat yang tinggi berbanding si pungguk. Kesetiaan dan ketabahan menjadi lambang keagungan terhadap syair burung pungguk tersebut. Kesetiaan dan ketabahan digambarkan melalui watak “si pungguk” menjadi contoh terhadap setiap pasangan yang bercinta, sebagai contoh walaupun halangan dan rintangan yang di hadapi oleh si pungguk untuk bertemu dengan kekasih hatinya namun dia tetap terus “mendonggak ke langit memerhatikan bulan”.

Ilmu falsafah merupakan satu cabang ilmu yang luas, ilmu ini memerhatikan dan mentafsir setiap yang berlaku bukan sahaj dari sudut yang tersurat malah lebih tertumpu kea rah yang lebih tersirat. Syair burung pungguk juga mempunyai satu makna falsafah yang tersendiri ditafsirkan oleh setiap pembaca sama ada penafsiran tersebut lebih cenderung ke arah yang tersurat ataupun yang tersirat. Saya telah memetik satu contoh rangkap syair daripada syair burung pungguk yang mempunyai falsafah yang tersendiri yang mempunyai makna yang lebih tersirat daripada makna yang tersurat.

Rangkap syair burung pungguk yang telah saya petik di atas bagi saya mempunyai satu makna falsafah yang berbeza daripada falsafah mengenai unsur-unsur percintaan antara dua insan seperti kesetiaan dan sebagainya.

Melalui rangkap syair tersebut, penulis cuba 3

menyanpaikan sesuatu yang lebih bermakna, lebih tersurat dan sukar untuk di fahami tanpa penggunaan pancaindera kedua. Pada pandangan saya sekiranya rangkap syair tersebut dilihat dari sudut keagamaan (tasauf), di sini penyair menggambarkan satu hubungan antara pencipta dengan makhluknya. Kegelisahan dan penantian yang mengharapkan keredhaan tuhan dalam kehidupan di dunia ini menjadi mesej utama penyair.falsafah yang terdapat dalam rangkap di atas mengikut pendapat saya ialah “kehidupan yang mengharapkan hidayah Maha Pencipta.”

Manusia sememangnya memerlukan petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t dalam memimpin dan menjadi panduan dalam kehidupan seharian agar sentiasa berada di landasan yang betul dan diredhai. Kehiudpan tanpa hidayah ibarat hidup tanpa hala tuju dan terumbangambing dalam mencari kebahagiaan yang hakiki.

Kehidupan di dunia merupakan satu

persinggahan yang sementara, mencari hidayah dalam hayat ini merupakan satu tanggungjawab terhadap manusia agar hidup di alam yang hakiki lebih sentosa. Hidayah merupakan sesuatu yang sukar dilihat tetapi dapat diraai oleh hati nurani seseorang. Hidayah adalah anugerah yang agung yang di berikan oleh Allah terhadap seseorang yang dikehendakinya, untuk mendapatkan sesuatu hidayah daripada Allah keimanan dan ketakwaan yang tinggi dan sepenuh hati merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh manusia.

Petikan rangkap daripada syair burung pungguk di atas telah memperlihatkan satu falsafah mengenai hidayah ingin disampaikan melalui syair tersebut, penyair cuba menggambarkan falsafah mengenai hidayah melalui bulan. Bulan biasanya digambarkan sesuatu yang cantik,mulia dan bercahaya. Kebiasaannya cahaya bulan mampu menerangi alam semesta sewaktu hadirnya malam (kegelapan),begitu juga dengan falsafah ingin ditonjolkan dalam

4

rangkap syair tersebut, bulan dilambangkan sebagai suatu hidayah yang di nantikan oleh penyair agar menerangi hatinya yang dalam kegelapan.

Setiap makhluk yang hidup di dunia ini sentiasa memohon hidayah daripada Tuhan agar hidup lebih bahagia sama ada di dunia dan kehidupan di akhirat supaya tidak terus berada dalam kesesatan dan kegelapan. Kehidupan merupakan suatu makhluk yang mempunyai jasad yamg dapat dilihat dengan mata kasar seperti manusia, pokok, binatang dan sebagainya. Namun begitu, terdapat juga kehidupan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan wujud di alam yang lain iaitu alam ghaib seperti jin, syaitan dan sebagainya. Sebaik-baik makhluk yang di ciptakan oleh Allah s.w.t merupakan manusia yang di berikan akal sebagai manusia yang diberikan akal sebagai anugerah yang paling besar yang tiada pada makhluk lain. Akal di berikan adalah untuk manusia berfikir mengenai kebesaran Allah seterusnya beribadat kepadaNya.

Makhluk yang di gambarkan dalam petikan rangkap yang terdapat di atas diberikan sebagai satu jasad sebagai seekor burung pungguk yang menjadi lambing sebagai watak manusia,pungguk merupakan binatang yang hanya keluar pada waktu malam.

Malam di

klasifikasikan sebagai satu lambang kegelapan, gambaran ini menunjukkan bahawa penyair memberi gambaran seseorang yang hatinay berada dalam kejahilan. Berdasarkan rangkap syair tersebut menggambarkan seseorang manusia berdoa memohon sesuatu daripada penciptanya dan terus menanti agar apa yang dihajatinya akan dimakbulkan oleh Allah.

Kegelapan merupakan satu ketakutan bagi setiap manusia sama ada kegelapan malam,kegelapan hati dan sebagainya. Kegelapan selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang hitam dan misteri yang selalu bermain dalam fikiran manusia. Kegelapan hati menyebabkan 5

manusia hilang pedoman dan hidup dalam keadaan terumbang-ambing dalam mencari hala tuju hidup yang sebenar. Manusia yang hidup dalam kegelapan (tanpa hidayah) ini biasanya mencaricari siapakah diri mereka yang sebenardan tujuan hidup di dunia ini. Keadaan menyebabka n mereka hanya mencari keseronokan semata-mata serta melakukan perkara yang menyalahi undang-undang tetapi tidak melakukan tanggungjawab hidup.

Dalam syair burung pungguk, penyair ingin menggambarkan satu kegelapan dalam rangkap yang telah dipetik melalui gambaran awan yang digambarkan sebagai satu halangan daripada cahaya bulan (hidayah) menyinari dalam hidup “si pungguk”, namun begitu “si pungguk” sentiasa berdoa dan tetap menanti hidayah dari Allah s.w.t menyinari hidupnya suatu hari nanti. Gambaran menerusi awan sebagai lambang kegelapan dan kesukaran dalan hidup si pungguk dijadikan sebagai satu falsafah dalam syair burung pungguk sekiranya direnungi dan diperhatikan dengan lebih mendalam.

Ternyata falsafah yang terdapat dalam syair burung

pungguk bukan sahaja sebagai satu lambang percintaan, tetapi juga mempunyai falsafah dalam aspek keagamaan (tasauf).

Syair burung pungguk secara umumnya dari pelbagai versi yang telah ditulis dan di terbitkan

sama

ada

di

buku,

majalah,

dan

internet

secara

kesimpulannya

kebanyakannyamenunjukkan unsur-unsur percintaan antara lelaki dan perempuan yang ingin di tonjolkan. Lambang kesetiaan dan ketabahan yang terdapat dalam syair tersebut menjadi mesej kepada setiap pasangan yang bercinta dalam menempuhi halangan dan cabaran agar tidak mudah berputus asa.tentangan demi tentangan yang dihadapi oleh si pungguk menyebabkan pungguk tidak dapat bersama dengan si bulan selamanya-lamanya,ini menyebabkan berlaku pelbagai penafsiran dan cerita-cerita mengenai syair burung pungguk tersebut sehingga ke hari ini, selain 6

daripada unsur-unsur percintaan sesama manusia syair burung pungguk juga memperlihatkan unsur cinta terhadap Maha Pencipta. Jika dilihat dengan lebih mendalam mesej yang ingin di sampaikan dalam syair burung pungguk menunjukkan seseorang yang mencari-cari kebenaran dalam kehidupannya. Falsafah yang terdapat dalam syair ini tidak seharusnya dilihat dan di tafsir dengan hanya sepintas lalu dan satu satu sudut pandangan sahaja, tetapi haruslah dilihat dari pelbagai sudut dan aspek kerana ilmu falsafah tidak hanya merangkumi satu sudut pandangan sahaja tetapi merangkumi pelbagai sudut pandangan.

Bibliografi Awang Sariyan 2008. Falsafah dan logikal Melayu. Selangor : Synergate Sdn. Bhd Hashim Haji Musa2001. Falsafah, logik, teori nilai, dan etika Melayu.Selangor:Akademi Pengajian Melayu Harun Mat Piah 1999. Puisi Melayu Traditional: Suatu Perbicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hamid 1996. Sastera Rakyat Suatu Warisan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Mohd Taib Osman 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur. Oxford Universiti Press.

7

Related Documents

Syair Burung Pungguk
October 2019 30
Syair Si Burung Nuri
October 2019 33
Burung
August 2019 36
Syair
June 2020 30
Syair
December 2019 49
Burung
May 2020 28

More Documents from "Aezelly"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48