Syair Si Burung Nuri

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syair Si Burung Nuri as PDF for free.

More details

  • Words: 1,376
  • Pages: 8
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA 50603 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1104) SEMESTER 1 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU (APM)

NORAFIZA BINTI ARPAI JEA 080080

SYAIR SI BURUNG NURI

Tersebut pula suatu cerita Hairan segala di dalam cita Baharulah kami mendengar warta Nuri konon tahu berkata

setelah sampai akan janjinya Dengan petua kata gurunya Ia beramal dengan yakinnya Kerana cempaka gila hatinya

Mimpi bersunting cempaka kasturi Rupanya indah bersari-sari Malamnya hampir siang hari Adinda kejut seorang diri

Makrifat itu dengan sentosa sehari semalam nuri puasa Hikmatnya itu nama rakjasa Siapa kena rosak binasa

Kurus kering akan tubuhnya Daripada sangat menahankan rindunya Tak sedar akan makan minumnya Mengenangkan cempaka dalam mimpinya

Nuri pun sangat badannya lemah Makrifatkan cempaka tiada salah Nyatalah cempaka hatinya gila Seperti pelantarkan hatinya gila

Terbanglah murai dengan malunya Sampailah datang kepada istana Si burung nuri segera katanya Adakah kita akan diterimanya

Kesana sini hatinya bercinta Kepada gambir cempaka berkata Rinduku tiada mendapat nyata Hanya nuri di hati beta

Terbanglah nuri dengan malunya Merah padam warna mukanya Ke sana sini membawa dirinya Hendak mencari penutup malunya

Ayuh kekanda muda cumbuan Bukannya sahaya benakkan tuan Jikalau abang melayang ke awan Padan seorang tanggung rawan

Melayang kesisi awan yang biru Sampailah digunung mahameru Hinggap di pohon cabangnya geru Disanalah tempat nuri berguru

Terbang nuri dengan berahinya Kesana sini penghibur hatinya Terkenangkan adinda budi bahasanya Sukar dicari akan gantinya

Nuri bertapa dipohon kayu Ilmunya tajam sudah rebayu Jikalau terkena cempaka layu Sekalian anggota berasa sayu

Tinggallah cempaka hatinya rawan Air matanya juga berhamburan Ia berfikir saktinya rawan Lalu masuk ke dalam peraduan

PENGENALAN

Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang berbentuk puisi dalam sastera melayu lama.Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan islam. Syair telah diubahsuai mengikut kesesuaian bahasa melayu klasik ketika itu. Kata syair berasal dari bahasa arab,’syu’ur’ yang bererti perasaan. Dari kata ‘syu’ur’ muncul kata ‘syiur’yang bererti secara umumnya ialah puisi.Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat melayu lama pada ketika dahulu. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang bersifat melayu dan tidak lagi mengacu kepada tradisi sastera syair di negara Arab.Syair bahasa Arab yang tertua tercatat di Aceh iaitu catatan di batu nisan Sultan Malik AlSaleh yang ditemui pada 1297M ,manakala syair dalam bahasa melayu pula tercatat di batu bersurat Minye Tujuh. Yang ditemui di Aceh, Indonesia pada 1380M,bersamaan 781 hijrah yang menggunakan Bahasa Melayu Klasik bercampur dengan Bahasa Sansekerta dan Bahasa Arab. Antara ciri-ciri syair ialah terdiri daripada empat baris serangkap tetapi ada juga yang dihasilkan dalam dua dan tiga baris serangkap.syair tidak mempunyai pembayang maksud,ini berbeza dengan pantun .Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu .Sebuah syair biasanya menceritakan kisah tertentu . Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu empat perkataan dan lapan hingga 12 suku kata dalam satu baris . Syair boleh terdiri daripada syair romantik,sejarah,ibarat, dan keagamaan. Fungsi syair ialah sebagai hiburan yang berunsurkan tauladan,kegiatan keagamaan,media komunikasi majlis,media penyampai pengajaran dan lain-lain . SINOPSIS Syair Si Burung Nuri adalah syair alegori yang dikatakan dikarang oleh Paduka Rorde yang selesai ditulis pada 8 Ogos 1827.Pensyair tidak mengemukakan watak manusia biasa sebaliknya menggunakan dua jenis makhluk yang berbeza iaitu burung yang mewakili golongan lelaki dan bunga yang mewakili golongan wanita.Burung Nuri dikatakan mempunyai kedudukan yang istemewa dalam hierarki keluarga burung.Diceritakan pada suatu malam Burung Nuri telah bermimpi akan Bunga Cempaka yang sangat menawan dan mempunyai wajah yang ayu.Setelah Burung Nuri terjaga dari tidur,ingatannya pada Bunga Cempaka sangat kuat.Burung Nuri telah menceritakan mimpinya itu kepada burung-burung yang lain dan menyuruh salah seekor daripada burung- burung itu pergi melamar Bunga Cempaka bagi pihaknya.Namun lamaran tersebut ditolak kerana dirinya sudah berpunya. Burung Nuri berasa malu namun tetap dengan pendiriannya untuk memiliki Bunga Cempaka walaupun mengetahui Bunga Cempaka sudah berpunya.Tanpa berfikir panjang Burung Nuri telah terbang ke Gunung Mahameru untuk bertemu dengan Buruna Kedidi lalu menuntut ilmu makrifat atau dikenali sebagai ilmu pengasih iaitu bertujuan untuk menundukkan Bunga Cempaka.Setelah selesai menuntut ilmunya itu,ilmu itu terus ditujukan kepada Bunga Cempaka.Akhirnya Bunga Cempaka berasa sangat rindu dan sering terkenangkan Burung Nuri,keadaan ini berlaku agak lama tanpa pengetahuan Indera Laksana,iaitu kekasih Bunga Cempaka.Mereka sering melakukan perkara yang ditegah oleh Allah.Akhir syair ,burung Nuri telah meninggalkan Bunga Cempaka keseorangan dan terus terbang ke Pulau Pari

Dalam syair Si Burung Nuri ini jelas mengemukakan dan memperlihatkan perilaku orang-orang pada ketika itu sudah tidak lagi mengendahkan tentang dosa yang dilakukan dan melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah,serta menegaskan seseorang itu melakukan sesuatu yang diingini tanpa berfikir secara rasional terlebih dahulu.Agama Islam dengan tegasnya menolak taklid secara melulu dan sebaliknya mewajibkan penggunaan akal fikiran dalam segala hal yang bersandarkan kepada aqidah dan syariah Rasulullah SAW.Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan dan meninggalkan perintahNya.Faktor yang mendorong seseorang dalam syair ini melakukan dosa tersebut ialah kerana lelaki itu tetap ingin memiliki wanita itu walaupun mengetahui wanita tersebut merupakan milik orang dengan mengamalkan ilmu makrifat agar wanita itu tunduk kepadanya.

Selain itu kurangnya pengetahuan tentang agama juga merupakan faktor seseorang itu melakukan dosa kerana mereka tidak mengetahui azab yang bakal diterima dan hanya mengikut nafsu semata-mata. Ini dapat dilihat dalam syair ini yang menyatakan Burung Nuri(lelaki)

pergi

menuntut

ilmu

makrifat

untuk

menundukkan

Bunga

Cempaka(wanita)dan mereka telah melakukan perkara di luar batasan.Ilmu makrifat atau ilmu pengasih adalah untuk menundukkan seseorang.Ilmu tersebut menimbulkan masalah yang besar kerana telah kehilangan tujuannya yang benar dan membawa kekecauan dalam kehidupan manusia.

Ilmu itu seolah-olah ada tetapi pada hakikatnya merupakan hasil dan keraguan sehingga ciri keraguan dan dugaan diletakkan ke tahap saintifik dalam metologi ilmu dan

keraguan dianggap sebagai alat epistemologi yang sah untuk memperoleh kebenaran.Ilmu makrifat juga merupakan

ilmu sihir yang perlu dihindarkan kerana ilmu tersebut

membelakangkan aqidah islam.Agama Islam menolak segala bentuk khurafat,sihir,tilik menilik dan segala perbuatan yang tidak bersandarkan pada akal yang terpimpin.

Kita seharusnya berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini itu tercapai .Segala rintangan dan dugaan haruslah ditempuhi dengan akal secara rasional untuk mencapai apa yang diimpikan.Daripada sudut pandangan penggunaan akal sebagai asas falsafah, tiada agama lain selain agama Islam yang meletakkan akal manusia di tempat yang paling tinggi (Mahmud Hamdi Zaqzuq 1989;86 ).Allah memuliakan

manusia dan

melebihkannya daripada makhluk-makhluknya yang lain dengan mengurniakan akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.Agama Islam meletakkan akal sebagai aqidah dan pertanggungjawaban manusia.

Mengabaikan penggunaan akal dianggap sebagai satu kesalahan yang besar atau satu dosa seperti mana yang ditegaskan dalam Al-Quran ,surah Al-Muluk ayat 10-11, jelas bahawa Al-Quran menyeru manusia supaya menggunakan akal fikiran dan hal ini akan dihisab kelak.Sesuai dengan penegasan dalam surah Al-Isra ayat 36.Dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa besar dan dosa kecil.Dosa besar bermaksud kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan azab di akhirat.Dosa kecil pula bererti kesalahan yang diberi peruntukkan hukuman di dunia.Namun dosa kecil yang berulang dilakukan berkemungkinan boleh menjadi dosa besar.

Kita sebagai mikrokosmos yang menghuni alam ini perlu merendah diri dan menjauhkan diri dari dosa agar kehidupan kita dirahmati Allah.Ini jelas dibuktikan dalam Al-Quran surah Al-Hajj ayat 18 yang menyatakan ‘tidakkah engkau tahu bahawa siapa yang ada di langit dan siapa yang ada di bumi bersujud kerana Allah,juga matahari, bulan. binatang, gunung-ganang, pohon-pohon yang melata dan banyak diantaranya manusia ,tetapi banyak (di antara manusia) yang pantas mendapatkan azab(disebabkan kekufuran dan kemasiatan)Dan ingatlah bahawa barangsiapa dihinakan Allah tidak seorang

pun

yang

memuliakannya.Sungguh

Allah

berbuat

apa

saja

yang

dikehendakiNya.Jika seseorang itu tidak bertaubat dengan apa yang dilakukan maka seseorang itu akan menerima pembalasan yang telah dijanjikan olehNya.Perbuatan yang salah boleh diperbaiki dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Ini demikian kerana Allah maha pengampun dan menerima taubat para umatnya.

PENUTUP

Kesimpulannya syair Si Burung Nuri menjelaskan bahawa manusia pada ketika itu tidak takut pada dusa dan azab daripada Allah sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi nafsu mereka.Tanpa berfikir panjang seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan sesuatu yang diingini walaupun mengetahui perkara yang dilakukan itu salah di sisi undang-undang,khasnya undang-undang islam.Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh walaupun terpaksa meharungi pelbagai rintangan. untuk berjaya.Ini demikian kerana sebuah kejayaan itu amat bermakna jika dengan usaha yang datangnya dari diri sendiri.

SUMBER RUJUKAN

Awang Sariyan,2007,Falsafah Dan Logika Melayu, Jabatan Bahasa Melayu,Akademi Pengajian melayu Universiti Malaya

Hahsim Bin Haji Musa,2001,Falsafah Logik Teori Nilai.Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya

Wahyunah Abd Ghani,2007, Syair Si Burung Nuri , Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur Http://en.wikipedia.org/wiki/list_Of _hikayat Http://ms.wikipedie,org/wiki/sastera _bermula _dengan _syair si burung nuri Http.dbp.gov.my/klikdbp67mei7.pdf

Related Documents

Syair Si Burung Nuri
October 2019 33
Syair Burung Pungguk
October 2019 30
Burung
August 2019 36
Syair
June 2020 30
Syair
December 2019 49
Burung
May 2020 28

More Documents from "Aezelly"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40