RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (PENDIDIKAN JASMANI) Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Teruntum Tarikh : 8 September 2009 Waktu : 7.45 pg – 8.45 pg Kelas : 5 Amanah Bil Murid : 20 orang Umur : 10 tahun Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjang Kemahiran : Bola Sepak Kemahiran : Hantaran leret Peralatan : i. Bola ( bola sepak); ii. Penanda ( gelung / skittle). Pengalaman sedia ada : Murid pernah bermain bola sepak pada waktu petang atau masa lapang. :Murid pernah menerima pembelajaran & pengajaran mengenai bola sepak sebelum ini.
Objektif pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat: a) Psikomotor Murid dapat melakukan hantaran leret dengan menggunakan bahagian dalam kaki ke sasaran sekurang-kurangnya 5 daripada 7 percubaan pada jarak 5 meter.
b) Kognitif Murid dapat menyatakan teknik hantaran leret dengan menggunakan bahagian dalam kaki dengan betul.
c) Afektif Murid mendengar arahan guru dan memberikan kerjasama dan mewujudkan semangat kesukanan dikalangan murid.
Kemahiran berfikir : Pelajar dapat membezakan, membanding, menganalisis, mengkelas, menghubungkaitkan, menganalisis, dan membuat gambaran mental.
Gaya Pengajaran: Arahan dan Penemuan Terbimbing
Strategi Pengajaran: Teori Kontekstual
Penggabungjalinan: Hubungkait antara aplikasi sains dengan subjek Pendidikan Jasmani
Bahagian Aktiviti Kesan Pengelolaan Butiran mengajar Catatan Jasmani Nilai
1. PengenalanSet Induksi, Memanaskan Badan Dan Regangan (10 minit) 1.0 Set Induksi
.
-Meningkakan suhu badan -Meningkatkan kadar nadi - Kerjasama - Memahami arahan
X= murid 0=Guru Murid berada dalam keadaan bebas dalam sempadan yang ditetapkan. -Setiap murid diberikan sebiji bola. - Guru mengarahkan murid untuk melakukan sebarang hantaran bola dengan menggunakan kaki. - Guru memerhati dan mengawal.
Teori Kontekstual diaplikasi dalam set induksi
1.1 Memanaskan Badan
Lari mengelilingi padang bola sambil bola dikawal dengan menggunakan kaki
- Sistem kardiak -Meningkatkan kadar nadi -Meningkatkan
suhu badan
- Kesungguhan - Memahami Arahan
Murid berada dalam barisan dengan jarak yang sesuai seperti di atas. X= murid 0= Guru
Aktiviti dilakukan dalam gelanggang bola jaring - Murid diberikan bola seorang sebiji. - Lari di atas hujung kaki - Lutut bengkok sewaktu lari -Badan dalam keadaan tegak - Sambil berlari,bola dikawal dengan menggunakan kaki.
1.2 Regangan
- Koordinasi badan - Kekuatan tangan - Daya imbangan
- Kesungguhan - Keseimbangan
Murid berada dalam barisan seperti di atas dengan jarak sesuai.
- Murid membuat barisan. - Seorang murid dipilih untuk mengetuai aktiviti regangan.
-Aktiviti regangan dimulakan dari bahagian :- kepala ke atas dan ke bawah -kepala ditolak ke kanan dan kiri - Pergelangan tangan kanan dan kiri dibengkokkan ke atas dan bawah -Kaki kanan dan kiri dibengkokkan ke atas - Pergelangan kaki kanan dan kiri di dibengkokkan ke kiri dan kanan - Semua aktiviti regangan dibuat dalam kiraan 8 bagi setiap satu bahagian anggota badan.
2. Perkembangan ( 30 minit ) 2.1 Melakukan gaya hantaran leret dengan menggunakan bahagian dalam kaki tanpa menggunakan bola.
- Koordinasi pergerakan - Kepantasan - Kecekapan
- Ketepatan - Keyakinan
X = Murid 0 = Guru - Murid dibahagikan kepada 2 barisan sama banyak bilangan. - Guru menunjukkan gaya hantaran leret dengan menngunakan dalam kaki tanpa menggunakan bola sambil diperhatikan murid dalam satu barisan lurus.
- .Guru menunjukkan dahulu cara dan teknik menggunakan bahagian dalam kaki untuk membuat hantaran. - Guru menerangkan mengenai konsep pemindahan berat badan ketika melakukan hantaran leret. - Guru menerangkan konsep daya dalam melakukan hantaran. - Guru menunjukkan urutan mudah ketika melakukan hantaran dengan dalam kaki. - Guru menyuruh murid melakukan seperti yang telah ditunjukkan. - Guru menegur dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan murid jika ada. - Murid dikehendaki mengulang pergerakan dan urutan melakukan hantaran dengan dalam kaki sehingga teknik dapat dikuasai.
- Teknik Shadowing
2.2 Hantaran leret dalam jarak 5 meter secara statik sekurang-kurangnya 5-7 kali percubaan kea rah pasangan.
- Kepantasan - Kelembutan - Koordinasi
- Kerjasama - Persefahaman - Aplikasi Kemahiran - Kepuasan
X = Murid -Murid dibahagikan kepada dua barisan secara berpasangan. - Murid akan menghantar bola ke arah rakannya kemudian rakannya itu pula akan menghantar semula bola kepadanya. -Murid melakukan hantaran dengan menggunakan teknik yang betul kea rah sasaran. - Murid menggunakan bahagian dalam kaki semasa menghantar bola. - Murid melakukan sekurang-kurangnya 5 kali percubaan. - Guru mengawal dan membuat teguran dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan oleh murid jika ada.
2.4 Langkah 4: Hantaran Leret Dinamik
- Kepantasan - Ketepatan - Kuasa
- Kerjasama - Kepuasan - Persefahaman
Murid dibahagikan kepada 4 orang satu kumpulan dan setiap kumpulan dibahgikan kepda dua kumpulan kecil.
Murid A1 akan menghantar bola ke murid A3 dan kemudiannya berlari menuju ke
belakang murid A4. Murid A3 yang menerima bola dari A1 akan menahan bola dan menghantar bola ke murid A2 dan kemudiannya berlari ke belakang murid A2.
Jarak antara kedua-dua kumpulan ialah 7 meter.
- Guru perlu mengawal kelas dan memastikan semua murid-murid terlibat semasa aktiviti dijalankan. - Guru menerangkan mengenai konsep serapan ketika menerima bola kepada muridmurid sebelum aktiviti dijalankan. - Guru memperbetulkan sebarang kesilapan dari segi lakuan atau teknik hantaran sekiranya murid-murid melakukan kesalahan. -Guru tegas ketika aktviti dijalankan. -Guru memastikan aspek keselamatan diutamakan ketika aktiviti dijalankan seperti jarak antara murid-murid, permukaan tanah.
3.
Permainan Kecil
(15 minit )
3.0
Mini Bola Sepak
- Ketepatan - Memindah - Mengaplikasi - Ketangkasan
- Seronok - Hibur - Kepuasan
X= Ahli kumpulan x 0 = Ahli kumpulan 0
-Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.Setiap kumpulan 5 orang ahli.
- Permainan ini dijalankan di gelanggang bola jaring.
- Dua gelanggang digunakan dan permainan dijalankan serentak.
- Satu kumpulan adalah seramai 5 orang murid. - Peraturan permaianan ini ialah murid hanya boleh menggunakan hantaran leret sahaja ketika bermain. - Gol dikira apabila murid dapat menghantar bola dengan hantaran leret mengenai sasaran iaitu kon. - Satu mata bagi satu jaringan mengenai kon. - masa permainan ialah 7minit bagi satu perlawanan. - Kumpulan yang menang akan bertemu yang menang manakala kumpulan yang kalah akan berlawan dengan kumpulan yang kalah.
4. Penutup (5 minit ) Gerak Kendur - Murid kekal dalam bulatan dan
melakukan lari setempat dan ‘star jump’ - Tarik nafas : ‘Breathe in’ dan hembus nafas: ‘Breathe out’ - Menstabilkan semula suhu badan - Menurunkan kadar nadi - Elak kecederaan tisu
- Kelegaan - Keseronokan Guna separuh padang bola jaring
- Murid bentuk barisan berbentuk U di depan cikgu - Minta murid buat larian setempat ‘slow in motion’ mengikut
lakuan cikgu. - Kemudian buat ‘star jump’ dengan santai. - Bahagian badan di kendurkan dengan digoyangkan dalam kiraan 8 bagi setiap anggota badan. - Tarik nafas sebanayak 3 kali.
- Refleksi -Soal jawab - Imbas Kembali - Pengukuhan kognitif - Memahami Pengajaran - Terima pembelajaran dengan baik - Guna separuh padang bola jaring - Soalan kepada murid: a) Apakah kemahiran pada pembelajaran hari ini b) Nyatakan koordinasi tubuh yang banyak digunakan c) Tujuan hantaran leret dilakukan
- Minta respon murid dengan P&P dengan bertanya soalan. - Beri pengetahuan umum kemahiran - Beri tugasan kepada murid, cari artikel bola baling.
- Bersurai secara berkumpulan - Lokomotor - Sorakan dan jerit ‘Hurei’. - Kerjasama - Bersurai dengan tertib
Murid berbaris dalam 2 barisan dalam keadaan tertib dan bersalam. - Pandu murid kembali ke kelas dan pastikan sentiasa dalam keadaan disiplin dan tertib.