1.0
PENDAHULUAN
Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, saya telah merancang rancangan mengajar secara sistematik yang akan digunakan supaya memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Model yang akan saya gunakan ialah Model Assure. Menurut Rozinah Jamaluddin (2003), Model Assure adalah panduan untuk perancangan dan pengendalian pengajaran dengan penggunaan media. Proses pembangunan pengajaran yang lengkap bermula dengan keperluan bagi menentukan sama ada pengajaran itu sesuai atau tidak dengan apa yang ingin dicapai. Bagi saya perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di mana pengajaran dan pembelajaran berlaku sebagai proses perkembangan secara berperingkat. Terdapat enam langkah penting dalam Model Assure yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1
2.0
HURAIAN LENGKAP BERKENAAN MODEL YANG DIPILIH
Langkah yang pertama ialah analyze learners (analisis pelajar) iaitu menganalisis kumpulan sasaran atau murid.adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Oleh itu, untuk mengenal pasti keperluan setiap pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan. Murid dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut seperti ciri-ciri umum, pengetahuan dan pengalaman sedia ada serta gaya murid belajar. Langkah yang kedua ialah State objective (menyatakan objektif pengajaran), dalam merancang sesuatu pengajaran adalah amat penting dalam menentukan apakah jenis multimedia yang ingin digunakan. Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau pretasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh murid selepas mengikuti pelajaran tersebut. Objektif mesti spesifik, contohnya, “murid dapat menyebut nama haiwan setelah mendengar bunyi suara haiwan berkenaan, ataupun murid dapat meniru bunyi binatang tersebut.” Langkah yang ketiga ialah Select method (memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran). Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspekaspek berikut iaitu membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai, memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih dan memilih mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran. Langkah yang keempat ialah Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan) iaitu bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid. Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru, seperti menyediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas, memberikan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran dan memberikan pengalaman pembelajaran kepada murid. Langkah yang seterusnya ialah require learner perticipation (memerlukan penglibatan murid yang aktif) sesuatu pembelajaran yang melibatkan murid untuk beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Pengalaman ingin berjaya murid akan dapat mengekalkan motivasi murid terhadap aktiviti pembelajaran, contohnya latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya akan dapat terus mengekalkan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran.
2
Dan langkah yang terakhir ialah Evaluate and revise (menilai hasil pembelajaran dan buat penambahbaikan), ini merupakan langkah terakhir dalam Model Assure. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan murid.
3
3.0
KELEBIHAN MODEL UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Jelaslah Model Assure mempunyai peranan penting dalam membangunkan pengajaran pembelajaran yang berkualiti. Dengan menggunakan Model Assure sebagai panduan reka bentuk pengajaran guru, ia akan dapat membantu saya untuk merancang rancangan pengajaran yang rapi dan sistematik. Contohnya, analisis murid membolehkan saya mengetahui latar belakang murid tersebut dari segi taraf kehidupan serta sosiobudaya kehidupan murid tersebut. Oleh yang demikian saya dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan tersusun. Seterusnya kelebihan model melalui objektif pengajaran, dengan berpandukan model Assure ini murid dapat menyatakan kembali contoh-contoh yang dikehendaki bersesuaian dengan topik. Selain itu, murid juga berasa teruja bila guru menayangkan video dan akhirnya murid akan dapat mengeluarkan idea berdasarkan tayangan video yang ditayangkan. Kelebihan model yang seterusnya ialah memilih kaedah, bahan dan media serta menggunakan media dan bahan. Rancangan pengajaran yang berorentasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas kerana ia menjimatkan masa. Kaedah yang saya gunakan ialah dengan memberi penerangan awal kepada murid tenteng konsep topik, seterusnya murid dapat memberikan sumbang saran mengenai pendapat mereka. Selain itu, dengan menggunakan media tayangan video, murid berasa lebih jelas tentang konsep topik. Kelebihan yang seterusnya ialah melalui proses yang memerlukan penglibatan murid yang aktif. Dalam masa yang sama juga penggunaan Model Assure ini akan menimbulkan minat murid untuk beralih kepada bahan yang lain, dan memberi kefahaman kepada murid serta mengubah persepsi murid bahawa pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap sebagai membosankan. Contohnya penglibatan murid ialah murid membuat perbincangan dalam kumpulan kemudian membuat perbentangan berdasarkan hasil perbincangan murid. Oleh itu, dengan menggunakan Model Assure, ia dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media dalam bilik darjah masing-masing. Dan kelebihan model yang terakhir ialah penilaian. Selepas semua aktiviti dilaksanakan di dalam kelas, saya akan membuat beberapa penilaian terakhir contohnya adakah murid dapat mencapai objektif yang telah saya tetapkan. Jika terdapat kelemahan di dalam proses pengajaran saya akan memperbaiki kelemahan tersebut supaya murid dapat mencapai objektif yang diharapkan dengan berkesan.
4
4.0
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (Mengikut Model Assure) Nama Guru
Norazila Binti Ab Rahman
Mata Pelajaran
Pendidikan Seni Visual
Kelas
2 Ibnu Khatsir
Tarikh
15 Ogos 2018
Masa
12.10 tengah hari – 13.10 tengah hari
Bilangan Murid
23 Orang
Tajuk
Reka Bentuk Hiasan Dalaman
Standard Kandungan
Ekspresi Seni dalam Reka Bentuk Hiasan Dalaman
Hasil Pembelajaran
Murid menyedari pentingnya hiasan dalaman di dalam rumah bagi menarik perhatian penghuni dan tetamu. Murid bersyukur dan menghargai kepentingan hiasan dalaman bagi emosi seseorang.
Nilai-nilai Murni
Menghormati, bekerjasama, bertanggungjawab, berdisplin dan bertolenrasi.
Kemahiran Berfikir
Meneliti, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, merumuskan dan menjana idea.
Alat Bantu Mengajar
Tayangan video dan model rumah
EMK
Matematik, Geografi dan RBT
Analisis pelajar
Ciri Umum Pelajar
Pengetahuan
Sedia Gaya Pembelajaran
Ada Murid-murid
berada Murid
telah Murid lebih cenderung
dalam lingkungan umur mempelajari
unsur ke
arah
gaya
14 tahun. Yang berlatar hiasan dalam tajuk reka pembelajaran
visual
belakangkan tahap sosio- bentuk landskap.
aktiviti
dan
ekonomi yang sederhana Murid terdedah dengan berkumpulan. dan tinggi.
berpendapatan pameran Dari
pencapaian
segi yang
dipamerkan
akademik Pasar Raya. 5
hartanah di
berada dalam kumpulan Murid yang
juga
telah
sederhana. mengeksplorasi alatan
Serta tempat kediaman di dan kedudukan perabot kawasan bandar dan luar rumah bandar
Menyatakan objektif
kediaman
sendiri
Di akhir pengajaran hari ini, Murid dapat menterjemahkan hasil daripada eksperimentasi dan penerokaan alat, simbol dan konsep dalam penghasilan: Mereka bentuk ruang kediaman Melakar lukisan perspektif bagi ruang kediaman menggunakan skala yang sesuai.
Memilih
kaedah, Kaedah
Media
media dan sumber
Alat dan bahan sumber yang diperlukan
Kuliah, sumbang saran Tayangan video dan
perbincangan goo.gl/PXpnAH
kumpulan
Computer,
LCD
dan
model rumah
Menggunakan media Bahan yang digunakan ialah satu klip video yang tempoh tanyangannya dan bahan
dalam lingkungan 5 minit. Tajuk video ini ialah teknik menghasilkan rekaan reka bentuk hiasan dalaman ruang kediaman. Ia mengandungi hiasan ruang tamu, ruang makan, ruang keluarga, bilik tidur dan bilik air.
Melibatkan pelajar
Set Induksi: (5 minit) Guru bersoaljawab dengan murid mengenai penempatan keluarga mereka dan suasana susun atur dalam kediaman mereka.
Langkah 1: ( 5 minit) Guru menayangkan video klip teknik menghasilkan rekaan reka bentuk hiasan dalaman kediaman. goo.gl/PXpnAH
6
Langkah 2: (10 minit) Guru menerangkan konsep reka bentuk hiasan dan elemen reka bentuk yang ada dalam hiasan dalaman.
Gaya Kotemporari/ Moden
Gaya tradisinal
Gaya Klasik
Guru menjelaskan teknik yang perlu dibuat untuk menghasilkan perspektif ruang yang diperlukan di dalam rumah kediaman.
Guru menunjukkan contoh model hiasan dalaman ruang kediaman.
Langkah 3: (35 minit) Berdasarkan tayangan video, murid dikehendaki berbincang dengan rakanrakan yang lain untuk mereka cipta ruang kediaman yang lengkap secara berkumpulan. 7
murid dikehendaki melakarkan pelan lantai berdasarkan perspektif yang dikehendaki ke atas kad board. Murid diminta membuat ruang kediaman yang lengkap di atas kad board dengan meletakkan hiasan dalaman rumah seperti perabut-perabut di dalam ruang-ruang kediaman.
Rumusan dan penutup: (5 minit) Guru membuat rumusan hasil daripada perbentangan kumpulan. Murid dikehendaki melengkapkan rekaan reka bentuk hiasan dalaman dengan menggunakan pelbagai teknik berpandukan rekaan bahasa seni visual.
Penilaian
Pencapaian murid dinilai dari: Hasil perbincangan dan perbentangan kumpulan. Hasil daripada persembahan rekaan hiasan dalaman kediaman. Penambahan yang dibuat: Menyediakan model yang boleh dijadikan contoh kepada murid. Memasukkan lebih banyak maklumat yang berkaitan di dalam video klip berkenaan.
8
5.0
KAEDAH MODEL DIAPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK
SATU TOPIK SUBJEK
Langkah pertama yang saya gunakan dalam kaedah model ini ialah analisis pelajar. Saya melihat kepada beberapa faktor antaranya melalui latar belakang keluarga murid, tahap sosioekonomi, pencapaian akademik dan taraf kehidupannya. Melalui aplikasi sistem dan maklumat murid (APDM) saya dapati murid di dalam kelas seramai 15 orang murid dari keluarga yang berada dan tinggal di kawasan bandar, ibu dan ayahnya berpendidikan tinggi manakala 8 orang yang berbaki berlatarbelakang keluarga yang sederhana dan mempunyai taraf hidup yang rendah dan tinggal di luar bandar. Langkah kedua ialah menyatakan objektif. Dari segi kognitif, murid dapat menyatakan jenis-jenis alatan, simbol dan konsep dalam penghasilan hiasan dalaman dengan mereka bentuk ruang pilihan serta murid boleh melakarkan perspektif bagi ruang pilihan dengan skala yang sesuai. Dari segi afektif pula murid menunjukkan riak muka yang teruja semasa melihat video teknik menghasilkan rekaan reka bentuk hiasan dalaman. Dan dari segi psikomotor pula murid dapat membuat lakaran rekaan reka bentuk hiasan kediaman sendiri. Langkah ketiga ialah memilih kaedah, media dan sumber. Kaedah yang saya gunakan dalam model ini ialah kaedah kuliah, saya memberikan penerangan awal kepada murid-murid tentang konsep rekaan dalaman. Seterusnya saya menggunakan kaedah sumbang saran dan sesi perbincangan supaya murid dapat menyatakan pendapat mereka. Selain itu saya juga menggunakan media tayangan video supaya murid dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tentang bagaimana cara untuk melakar perspektif dan seterusnya membuat model rekaan hiasan dalaman kediaman. Dan yang terakhir yang saya gunakan ialah sumber yang digunakan iaitu computer, LCD dan model rumah yang telah saya siapkan. Langkah keempat ialah menggunakan media dan bahan. Sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya akan memastikan video yang akan saya tayangkan bersesuain dengan murid. Selain itu saya akan memastikan media yang akan digunakan tidak mempunyai masalah dan juga media yang akan saya gunakan akan menarik minat murid. Langkah yang kelima ialah melibatkan pelajar. Saya telah menyediakan media dan bahan yang sesuai supaya dapat membantu dan meningkatkan penglibatan murid. Contohnya penggunaan gambar yang berkaitan dengan konsep hiasan dalaman berdasarkan gambar dan tayangan video, murid diberi masa untuk berbincang di dalam kumpulan dan membuat model rumah kediaman yang lengkap. Kemudian murid akan membentangkan hasil daripada model rekaan mereka. 9
Langkah yang terakhir ialah penilaian. Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran saya akan menilai kembali adakah media dan bahan yang saya gunakan bersesuaian, dapat difahami dan dikesan murid dan mencapai objektif. Sekiranya terdapat kelemahan dalam penggunaan bahan dan media, saya akan memperbaiki kelemahan tersebut.
10
6.0
REFLEKSI
Refleksi pengajaran yang di buat ini membolehkan saya untuk menilai semula pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan selama 60 minit. Bermula dari set induksi sehinggalah ke bahagian penutup, saya dapat menilai sama ada pengajaran dan pembelajaran saya pada hari itu telah mencapai objektif seperti yang tertulis di dalam rancangan pengajaran harian. Contoh refleksi, pada akhir pengajaran sebanyak 23/23 orang murid dapat mencapai objektif yang telah dirancang dan diberi latihan pengayaan.
Sekiranya tidak tercapai saya akan mengubah teknik dan aktiviti pengajaran supaya
menjadi lebih menarik. Contoh refleksi, 5/23 orang murid tidak mencapai objektif dan diberi latihan pengukuhan. Di samping itu, saya juga dapat menilai di manakah kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dibuat. Maka dengan ini, dapatlah saya melambaikan apa kekurangan atau kelemahan dalam pengajaran saya.
11
7.0
PENUTUP
Berdasarkan model Assure, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model Assure mempunyai asas yang kukuh untuk dijadikan panduan pembinaan bahan media pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana berdasarkan kajian lalu, model ini bukan sahaja memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malahan cirri-ciri yang terkandung dalam model ini mampu mengubah tanggapan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu diperkatakan sebagai membosankan. Bahkan, model Assure ini diguna pakai sepenuhnya dalam menyedia dan membina bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran, sudah semestinya murid-murid akan senantiasa menunggu kedatangan guru untuk mengajar. Dan pengajaran akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.
12
8.0
RUJUKAN
Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegalai Subramaniam (2002). Reka Bentuk Perisian Multimida. Skudai, Johor: Penerbit UTM. Ee Ah Meng. (1992). Pedagogi : Satu Pengenalan. Fajar Bakti : Petaling Jaya. Intan Safinas Mohd Ariff Albakri, Fazilah Idris, Maznah Ibrahium, Alawiah Ibrahim. (2000). Kaedah Pengajaran Berkesan : Antara Keperluan Pelajar dan Realiti Pengajaran Pengajian Jarak Jauh. Iskandar Ab Rashid dan Zaitun Ismail dan Zaitun (2001). Membina Laman Web Pertama Menggunakan HTML: Langkah Demi Langkah. Kuala Lumpur: Venton Publishing. Kundupapa. (2012) Model Assure Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. QasimAhmad. (1998). Pengajaran dan pembelajaran: Komponen penting kurikulum,seminar kualiti pengajaran dan pembelajaran, sekolah dan pentadbiran social. Sabah: Universiti Malaysia Sabah. Rozinah Jamaluddin. (2003). Teknologi Pelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Yusuf Hashim dan Sharifah Alwiah Alsagoff. (1990). Pendidikan Jarak Jauh: Teori dan amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Steven
Abraham.
Model
Assure
Realisasikan
https://www.slideshare.net pada 15 Ogos 2018
13
dalam
Pengajaran
dan
Pembelajaran.