Puisi Melayu Lama

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Puisi Melayu Lama as PDF for free.

More details

  • Words: 1,108
  • Pages: 7
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU JXEA 1104 – FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TAJUK: PUISI MELAYU LAMA CERMINAN KETINGGIAN AKAL BUDI

NAMA

: RAMIZAH BT SULAIMAN

NO. MATRIK

: JEA 080113

NO. K/P

: 881204-06-5168

NAMA PENSYARAH

: DR. AMRAN MUHAMAD

PENGENALAN Puisi-puisi Melayu lama merupakan contoh terbaik yang menceritakan berkaitan akar budi Melayu yang tersembunyi di sebalik ketinggian bahasa. Puisi Melayu lama yang diolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata yang memikat hati budi sehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan khazanah warisan Melayu sejak zaman-berzaman dalam bentuk sastera lisan seperti pepatah, pantun, gurindam dan peribahasa.1 Kerangka hati dan budi Melayu mengandungi tiga komponen utama iaitu epistemologi, pandangan alam semesta (worldview) dan komponen nilai serta akhlak. Dalam konteks epistemologi, ilmu mengikut pandangan orang Melayu ialah ilmu pencarian akal budi manusia serta ilmu ilham dan wahyu. Sementara itu, dalam aspek komponen pandangan alam semesta, masyarakat Melayu meletakkan Allah sebagai sumber panduan tertinggi dalam pemikiran dan aktiviti. Aspek komponen nilai, moral, etika, dan akhlak berkaitan erat dengan pandangan orang Melayu tentang sesuatu yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan.2

Dalam konteks sastera Melayu, genre puisi misalnya merupakan sebuah warisan teras hati budi masyarakat Melayu yang penuh kesantunan dan nilai-nilai luhur. Pengaruh daripada puisi tradisional menggabungkan nilai estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai budi serta kesantunan orang Melayu. Secara umumnya, budi didefinisikan sebagai akal atau daya fikir untuk memahami sesuatu yang konkrit atau abstrak, yang praktikal ataupun teoritikal.

1 2

http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/ http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/

PANTUN BUDI – CERMINAN KETINGGIAN AKAL BUDI Sutan Muda dari Lampung, Memikul cangkul dengan bajak, Singgah minum di lepau nasi; Sudah serkah tempat bergantung, Telah patah tempat berpijak, Budi yang baik tetap di hati Banyak orang di Bukit Cina, Daun nanas serak-serakan, Burung tempua di pohon saga; Zaman sekarang ringgit berguna, Emas perak jadi taruhan, Budi baik terpinggir juga. Padi bukit padi huma, Taruh mari di dalam peti, Dibawa orang ke Tanjung Jati; Budimu tuan saya terima, Sudah terlekat di dalam hati, Terpahat kukuh hingga ke mati. Buah lada lebat di pangkal, Gugur daun dengan buahnya, Dibawa dagang pergi seberang; Sungguh ringgit penuh sekapal, Budi tiada apa gunanya, Nama pun tidak disebut orang. Dari Johor ke Majapahit, Singgah berlabuh di Pulau Bangka, Ambil muatan gula dan rempah; Jika masyhur budi yang baik, Jangan pula mengada-ngada, Orang keliling jadi menyampah. (Sumber: Hamidah Adam, Batu Pahat, Johor, 2001)3

3

Majlis Peperiksaan Malaysia, 2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tugasan ini memfokuskan kepada Pantun Budi. Menurut Harun Mat Piah (1989) definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik berdasarkan penggunaan lambang-lambang tertentu dan hubungan makna antara pembayang dengan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Aspek isi (tema dan persoalan), biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat Melayu. Aspek luaran atau struktur visualnya pula dapat dilihat daripada segi bilangan baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris, rima akhir dan sebagainya.4

Pantun budi ini memerihalkan masyarakat Melayu yang terus mengingat, menghargai, dan menyanjung budi dan jasa yang diterimanya walaupun orang yang menaburkan budi itu telah tiada di muka bumi ini lagi dan tidak memberikan bantuan kepadanya lagi. Hal ini menggambarkan betapa budi dapat menjadi penyambung ingatan kepada orang yang menerima budi.

Selain itu, pantun ini juga menyerlahkan kelaziman yang berlaku pada zaman tersebut, contohnya, sesetengah masyarakat Melayu pada zaman itu tidak lagi mementingkan budi, sebaliknya yang lebih mendapat perhatian ialah wang ringgit, emas dan perak (harta). Dalam konteks ini, masyarakat Melayu tersebut dikatakan tidak bersedia memberikan bantuan (berbudi) secara ikhlas, sebaliknya setiap bantuan (budi) yang diberikan mestilah ada cagarannya atau sandarannya. Dengan kata lain, seseorang itu akan beroleh bantuan jika ia bersedia mempertaruhkan harta lebih dahulu kepada

4

Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu Tradisional:Satu Pembicaraan genre dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

orang yang menjadi tempat ia meminta bantuan itu. Hal ini bermakna, soal budi tidak lagi menjadi keutamaan mereka.5

Pantun ini juga menyerlahkan kemuliaan hati masyarakat Melayu yang menerima budi daripada seseorang. Masyarakat Melayu sangat menghargai budi yang diterimanya dan tidak sekali-kali akan melupakan budi dan jasa insan tersebut daripada ingatannya. Ia juga memperlihatkan peranan budi berbanding dengan wang ringgit dan harta benda. Dalam hal ini, pantun ini secara jelas menyindir golongan hartawan yang kaya raya tetapi enggan berbakti dan memanfaatkan harta bendanya untuk membantu golongan yang memerlukan. Oleh sebab mereka tergolong sebagai golongan yang kedekut, kekayaan mereka tidak membawa apa-apa makna dan nama mereka akan luput begitu sahaja.6

Pantun ini mengingatkan masyarakat Melayu yang pernah menaburkan jasa bakti kepada orang lain. Mereka diingatkan supaya menjauhi sikap mengada-ngada atau mengungkit-ungkit jasa yang pernah diberikan kerana perbuatan yang sedemikian akan menimbulkan kebencian dalam kalangan orang-orang yang mendengarnya. Dengan kata lain, seseorang yang pernah berbudi tidak harus mengungkit-ungkit apa-apa bantuan yang pernah diberikannya kerana perbuatan yang berunsur riak dan takabur itu dapat mencacatkan kemurnian budi tersebut.

5

Ab. Rahman Ab. Rashid, Mohd Rosli Saludin dan Zakaria Perngis, 2003. Analisis Autentik SasteraMutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6 Ab. Rahman Ab. Rashid, Mohd Rosli Saludin dan Zakaria Perngis, 2003. Analisis Autentik SasteraMutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

KESIMPULAN

Dalam masyarakat Melayu tradisional, individu yang dianggap mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat dinamakan sebagai orang yang budiman iaitu yang mempunyai budi pekerti, budi bahasa, budi bicara, akal budi atau hati budi dan adab sopan yang tinggi dan mulia.

Budi pekerti dan adab sopan yang mulia merujuk kepada tingkah laku, keperibadian,

fiil

perangai

dan

tindak

tanduk

yang

baik,sopan

santun,sesuai,wajar,pemurah,penyayang dan penuh menyumbang dan bermanfaat kepada masyarakat dan komunitinya.7 Budi bahasa dan budi bicara yang mulia pula merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran serta sumbangan kepada khalayak dan pendengarnya.

Manakala, akal budi dan hati budi yang tinggi pula merujuk kepada akal fikiran dan hati kalbu yang sarat dengan ilmu, kebijaksanaan, ketenangan, kewarasan, kemuliaan, dan kebaikan. Nilai dan harga budi yang begitu tinggi dalam masyarakat dan kehidupan orang Melayu dapat dibayangkan dengan jelas oleh rangkap pantun tersebut.

7

Hashim Bn Haji Musa,Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu-Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

BIBLIOGRAFI

BUKU Ab. Rahman Ab. Rashid, Mohd Rosli Saludin dan Zakaria Perngis, 2003. Analisis Autentik Sastera-Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu Tradisional:Satu Pembicaraan genre dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Bn Haji Musa,Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu-Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Majlis Peperiksaan Malaysia, 2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMAN WEB Perbilangan Adat Melayu, http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/

Related Documents

Puisi Melayu Lama
October 2019 31
Puisi Lama
July 2020 19
Puisi Lama
June 2020 23
Melayu Baru Melayu Lama
April 2020 26
Puisi Lama & Baru.docx
June 2020 18

More Documents from "Ariwanto Aslan"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48