MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID-MURID MENJAWAB BAHAGIAN A KERTAS 2 BAHASA INGGERIS UPSR Oleh Ahmad Fadzli Fauzi Sekolah Kebangsaan Kemayan 28380 Kemayan, Pahang.
LATARBELAKANG KAJIAN Berdasarkan pepeperiksaan P1 yang berlangsung pada bulan Mac baru-baru ini. Kebanyakan murid-murid kelas 6 Anggerik Sekolah Kebangsaan Kemayan gagal untuk menjawab dengan baik bahagian A kertas 2 Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan A bagi subjek tersebut. Ini menimbulkan kerisauan di hati saya mereka mungkin gagal mendapat 5 A di dalam UPSR yang akan berlangsung pada bulan September nanti. PERNYATAAN MASALAH 1. Murid-murid gagal
mengenalpasti
makna kata kunci yang
diberikan. 2. Murid-murid gagal membezakan kata kunci di antara nouns, verb, dan sebagainya. 3. Murid-murid gagal menghubungkait kata kunci dengan gambar yang diberikan. 4. Murid-murid
gagal
mengenalpasti
masa
kejadian
tersebut
berlaku, ini menyebabkan kesalahan dari segi tatabahasa. TUJUAN KAJIAN
1. Melihat jumlah perbendaharaan kata murid-murid. 2. Melihat kemahiran murid di dalam mengenalpasti jenis kata kunci. 3. Melihat kemahiran murid menghubungkan kata kunci dengan gambar. 4. Melihat kemahiran murid mengenalpasti masa kejadian dan seterusnya mengelakkan kesalahan tatabahsa. METHODOLOGI KAJIAN a) Reka Bentuk Kajian Penyelidik ini akan menggunakan kaedah KT dengan berdasarkan pelan tindakan lima peringkat: Peringkat: Langkah Pertama : Melaksanakan ujian pra yang merangkumi 2 kertas ujian. 1. Vocabulary List. 2. Know your word. Peringkat: Langkah Kedua : Analisa kertas ujian. Peringkat : Langkah Ketiga : Pelaksanaan tindakan Peringkat : Langkah Keempat : Pemerhatian tindakan Peringkat : Langkah Kelima : Refleksi atau renungan dan penilaian kendiri b)
Sasaran kajian
Kajian ini melibatkan semua murid tahun 6 Anggerik. c)
Batasan Kajian
Kajian ini dilakukan hanya untuk murid tahun 6 Anggerik Sekolah Kebangsaan Kemayan.
d)
Instrumen Kajian 1. Ujian Pra Berdasarkan 2 kertas kajian iaitu Vocabulary List dan Know Your Word. Analisa yang dibuat akan menentukan tahap kemahiran setiap pelajar. 2. Temuramah Temuramah juga akan dilakukan terhadap murid-murid di dalam kelas tersebut.
ANALISIS DAPATAN KAJIAN a)
Ujian Pra
:
Analisis Kandungan
b)
Temuramah
:
Analisis perasaan dan kehendak personal
setiap murid. SIGNIFIKAN KAJIAN Dapatan kajan ini didedahkan kepada: a)
Guru-guru
sekolah
SK
Kemayan
melalui
Kursus
Dalam
perkhidmatan. b)
Guru-guru Bahasa Inggeris melalui Panitia Bahasa Inggeris.