Proposal Kajian Tindakan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Proposal Kajian Tindakan as PDF for free.

More details

  • Words: 520
  • Pages: 4
JABATAN PELAJARAN KELANTAN, JALAN DOKTOR, 15000 KOTA BHARU, KELANTAN.

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2009

TAJUK MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN SIMULASI WATAK (ROLE PLAY SIMULATION)

OLEH: NUR ATIFAH ABD WAHAB (P48700) NUR BAITI ANUM MOHD SHAFIE (P48615) NORIZA MOHAMAD JIDIN (P48660) SITI KHAIRIYAH SEJO (P48715) SITI NOOR AINI ALIAS (P48618)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG CHENAK, 17000 PASIR MAS, KELANTAN

KELOLAAN SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN KELANTAN.

1.

Tajuk Mempertingkatkan penguasaan sebutan dan penbendaharaan kata Bahasa Inggeris menggunakan simulasi watak (Role Play Simulation)

2.

Nama Penyelidik Nur Atifah Abd Wahab, Nur Baiti Anum Mohd Shafie, Noriza Mohamad Jidin, Siti Khairiyah Sejo dan Siti Noor Aini Alias.

3.

Alamat Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Chenak, 17000 Pasir Mas, Kelantan.

4.

Latar Belakang Kajian Penggunaan bahasa Inggeris masih lemah terutamanya di kalangan pelajar luar bandar dari segi penbendaharaan kata

dan sebutan. Kegagalan

menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani demi menyahut

cabaran

untuk melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dan versatile. 5.

Masalah / Fokus Kajian Pelajar sering menghadapi masalah apabila berkomunikasi kerana mereka lemah dalam menyebut perkataan dan penbendaharaan kata yang terbatas serta dipengaruhi oleh dialek tempatan dalam pertuturan seharian. Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan pelajar terutamanya pelajar Tingkatan Satu di sekolah ini.

6.

Rasional Kajian Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar sering gagal didalam ujian bulanan serta kurang berinteraksi dalam bahasa Inggeris semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P).

7.

Objektif Kajian Untuk

meningkatkan

penbendaharaan

kata,

serta

dapat

menguasai

kemahiran menyebut dan membaca perkataan di dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

8.

Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran ialah seramai 26 orang yang terdiri daripada murid Tingkatan 1.

9.

Perlaksanaan Kajian 9.1

Pemerhatian Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah menyebut perkataan dan mempunyai penbendaharaan kata yang terhad semasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas. Pelajar juga sukar menghakis pengaruh dialek tempatan dalam sebutan bahasa Inggeris mereka.

9.2

Tindakbalas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Pelajar sering kali menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan dan menghadapi masalah membuat ayat pertuturan.

9.3

Ujian Pencapaian Di dalam ujian oral yang dijalankan pelajar tidak dapat menyebut perkataan dan berinteraksi dengan baik semasa sesi soal jawab dijalankan.

9.4

Perancangan Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan menggunakan keadah “Simulasi Watak (Roleplay)”.

9.5

Tindakan Pelajar

disediakan

sampul

yang

mempunyai

kad

bergambar

mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh mereka. Sebelum watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta untuk mencari maklumat

berkenaan

watak tersebut.

Sebagai contoh, pelajar

mendapat kad bergambar doktor. Mereka perlu menyenaraikan perkataan

yang

memerihalkan

tentang

watak

tersebut

seperti

pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya (apa sahaja) dalam sumbangsaran. Pelajar tersebut akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa.

9.6

Pemerhatian Daripada pemerhatian, para pelajar kelihatan lebih semangat, berminat dan memberi respon yang memberangsangkan di dalam bilik darjah. Ini kerana mereka secara sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut.

9.7

Refleksi Kaedah

ini

banyak

membantu

pelajar

untuk

menambahkan

penbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan mereka dalam komunikasi kerana telah dapat mengatasi masalah penyebutan. 10.

Kesimpulan Melalui kajian ini diharapkan banyak dapat membantu pelajar-pelajar untuk bertutur dengan lancar dan memahami apa yang disebut.

Related Documents