Proposal Kajian Tindakan Gb5023

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Proposal Kajian Tindakan Gb5023 as PDF for free.

More details

  • Words: 452
  • Pages: 4
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN GGGB5023

Tajuk: Meningkatkan Penggunaan Katakunci Melalui Kaedah Rekacipta Lagu dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan 4.

Disediakan oleh: Ahmad Fadli Mokhtar (P48673) - Ketua Ella Syafinaz Bt Safian (P48587) Wan Norsalina Bt Wan Hussin (P48621) Tiun Siew Mond (P48578) Nor Sakinah Bt W. Ishak (P48598)

Pensyarah: Hajah Halimah Harun

1. Tajuk Meningkatkan Penggunaan Katakunci Melalui Kaedah Rekacipta Lagu dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan 4. 2. Nama-nama Penyelidik a) Ahmad Fadli Mokhtar b) Ella Syafinaz Bt Safian c) Wan Norsalina Wan Hussin d) Tiun Siew Mond e) Nor Sakinah Bt W. Ishak 3. Latar Belakang Kajian Kegagalan pelajar untuk menguasai subjek Biologi adalah disebabkan ia memerlukan penghafalan konsep yang banyak dan rumit terutamanya apabila ia melibatkan terminologi-terminologi yang sukar disebut. Walaupun pelajar memahami konsep tetapi mereka tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan mengikut skema jawapan kerana tidak memasukkan katakunci. Ia bertambah rumit apabila pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi kini adalah di dalam Bahasa Inggeris. 4. Penyataan Masalah •

Pelajar pasif atau tidak terlibat secara aktif kerana tidak faham



Kaedah P&P yang hanya berpusatkan kepada guru



Kaedah P&P yang tidak menarik minat pelajar



Pelajar sukar menghafal konsep-konsep yang penting



Penggunaan terminologi dan katakunci yang dianggap sukar

5. Fokus Kajian •

Kaedah rekacipta lagu dapat membantu meningkatkan penguasaan katakunci.



Mewujudkan rasa seronok dan terhibur semasa belajar mata pelajaran Biologi



Memudahkan pelajar menghafal konsep-konsep dan terminologi.

6. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti adakah kaedah rekacipta lagu dapat meningkatkan pemahaman konsep, memudahkan hafalan serta penguasaan katakunci. 7. Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran adalah seramai 40 orang yang terdiri daripada para pelajar sebuah kelas Tingkatan 4. 8. Alat Kajian Terdiri daripada: •

Borang pemerhatian



Kertas ujian pra dan pos (pre-test and post-test).

9. Perlaksanaan Kajian 9.1 Guru mengajar satu topik terlebih dahulu 9.2 Guru memberi satu set ujian (pre-test) 9.3 Guru memberi tugasan kepada pelajar membentuk kumpulan terdiri dari 4 orang untuk mencipta lagu berdasarkan topik yang sama yang telah diajar. Pelajar perlu menggunakan kata kunci (keyterms) yang diberikan oleh guru. Pelajar diberi masa selama seminggu untuk menyiapkan lagu dan menghafal. 9.4 Untuk kelas berikutnya pelajar diberikan ujian (post-test) dengan set soalan yang hampir sama.

10. Penganalisisan data 10.1 Keputusan bagi ujian pre dan pos dibandingkan dengan melihat cara pelajar menjawab soalan (adakah kedua-duanya sama atau pelajar telah memasukkan katakunci dalam jawapan mereka untuk post-test) 10.2 Guru melihat (observe) penglibatan pelajar untuk melihat minat pelajar terhadap tugasan yang dilakukan. 10.3 Guru menjalankan temuramah secara tidak formal untuk mengetahui minat pelajar berkaitan konsep yang diterapkan iaitu merekacipta lagu dalam subjek Biologi. 11. Kesimpulan Melalui kajian ini diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan penguasaan dan hafalan para pelajar dalam mata pelajaran Biologi terutamanya dalam menjawab soalan peperiksaan.

Related Documents