KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
:
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA TENGAH, 75450 BUKIT KATIL, MELAKA
NAMA PENYELIDIK
:
FAUZIAH BINTI MUHAMMAD SABARI
TAJUK KAJIAN
:
TEKNIK MENGINGATI HUBUNGAN FASA ARUS (I) DAN VOLTAN (V) PADA LITAR PEMUAT (C) DAN LITAR PEARUH ( L ) MENGGUNAKAN KAEDAH AKRONIM
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengesan faktor kelemahan pelajar tingkatan empat dalam mengingati hubungan fasa arus, I dan voltan, V pada litar pemuat atau capacitor, C dan litar pearuh atau inductance, L. Ini kerana pelajar tidak didedahkan dengan teknik yang betul dalam menghafal perkaitan di antara fasa arus dan voltan dalam kedua- dua litar. Ia juga akan menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan topik ini dan seterusnya meninggalkan soalan tanpa dijawab ketika peperiksaan. Selain itu, pelajar juga cepat bosan ketika proses pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) melibatkan bab ini berlansung. Mereka membuat bising, menganggu proses P & P serta bertindak keluar dari kelas.Justeru itu melalui kemahiran yang akan dicadangkan oleh saya, diharap dapat membantu mengurangkan dan seterusnya mengatasi masalah yang timbul ini. FOKUS KAJIAN Bedasarkan pemerhatian dan juga refleksi yang telah dibuat, suatu langkah yang sewajarnya perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Justeru itu, kajian yang akan dijalankan ini menekankan kepada teknik mengingati hubungan fasa arus (i) dan voltan (v) pada litar pemuat (c) dan litar pearuh ( l ). Hal ini adalah penting kerana dapat membantu pelajar menjawab soalan melukis bentuk gelombang secara tepat dan pantas selain menjadikan soalan jenis ini sebagai soalan kegemaran ketika peperiksaan. Kajian yang akan dijalankan ini menumpukan kepada penguasaan murid dalam topik ini kerana ia lebih mudah untuk dikuasai, seterusnya ia akan dapat membantu pelajar dari segi markah.
OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut: I
OBJEKTIF UMUM Meningkatkan peratus kelulusan matapelajaran elektif dengan peningkatan peratus kelulusan matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
II
OBJEKTIF KHUSUS a) Meningkatkan tahap pemahaman pelajar ketika menjawab soalan berbentuk lukisan bentuk gelombang yang mengaitkan hubungan fasa arus (i) dan voltan (v) pada litar pemuat (c) . b) Meningkatkan tahap pemahaman pelajar ketika menjawab soalan berbentuk lukisan bentuk gelombang yang mengaitkan hubungan fasa arus (i) dan voltan (v) pada litar pearuh ( l ) . c) Meningkatkan peratus pelajar yang lulus dalam matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKE)
KUMPULAN SASARAN Kumpulan murid yang disasarkan dalam kajian yang akan dijalankan ini adalah 10 orang pelajar dari kelas 4PKE2 yang dikategorikan sebagai pelajar sederhana. Hal ini kerana pelajar ini menunjukkan potensi untuk lulus di dalam matapelajaran PKE berbanding dengan murid yang lemah. TINDAKAN YANG DICADANGKAN a)
Tinjauan masalah Mengesan masalah daripada latihan yang diberi semasa P & P berjalan dan juga melalui ujian bulanan seterusnya peperiksaan semester.
b)
Ujian pra ( pre test) Satu ujian akan dijalankan untuk mengesan kelemahan pelajar dan jumlah murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Bilangan soalan adalah bergantung kepada situasi.
c)
Teknik menjawab Teknik menjawab soalan berbentuk lukisan bentuk gelombang yang mengaitkan hubungan fasa arus (i) dan voltan (v) pada litar pemuat (c) dan litar pearuh (l) akan dilaksanakan selepas kaedah mengingati menggunakan akronim ini diajar kepada pelajar. Kaedah ini hanya meminta pelajar mengingati 5 huruf sahaja iaitu ‘ CIVIL’ dan guru akan menerangkan cara menggunakan huruf tersebut. Bagi huruf C ia bermaksud capacitor atau pemuat. I memberi maksud current atau arus, V ialah voltan dan L bermaksud inductance atau pemuat. Keseluruhan huruf tersebut membawa maksud, arus,I akan mendahului voltan,V didalam litar capacitor,C atau pemuat manakala didalam litar pearuh, L keadaan ini berbeza iaitu voltan,V akan mendahului arus,I. Apabila pelajar sudah memahami konsep tersebut , guru akan memberikan mereka soalan yang meminta mereka melukis semula bentuk gelombang yang terhasil daripada litar pemuat dan pearuh. Diharapkan selepas mereka mengingati teknik tersebut mereka akan dapat menjawab soalan tersebut dengan betul.
d)
Ujian sebenar ( post test) Satu ujian sebenar akan dijalankan semula untuk menilai tahap kefahaman dan penguasaan pelajar berdasarkan teknik P & P yang dicadangkan. Sekiranya 80 peratus pelajar daripada kumpulan sasaran dapat menjawab dengan baik, maka ia menunjukkan teknik yang akan diperkenalkan ini berkesan. Justeru itu, teknik ini akan dapat diaplikasikan dan diperluaskan kepada kumpulan lain.
JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN Tarikh perlaksanaan cadangan aktiviti bergantung kepada keperluan dan akan diubahsuai mengikut kesesuaian aktiviti sekolah dan kelapangan masa . BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
AKTIVITI Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis kertas cadangan kajian tindakan Merancang tindakan Melaksanakan tindakan- aktiviti 1 Membincangkan pemasalahan dalam aktiviti 1 Melaksanakan tindakan- aktiviti 2 Membincangkan pemasalahan dalam aktiviti 2 Melaksanakan tindakan- aktiviti 3 Membincangkan pemasalahan dalam aktiviti 3 Ujian Pencapaian Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian
TARIKH 5- 6 March 2010 8 March 2010 11 March 2010 14 March 2010 16 March 2010 18 March 2010 21 March 2010 23 March 2010 25 March 2010 31 March 2010 3 April 2010 5- 10 April 2010 15 April 2010
ANGGARAN KOS KAJIAN BIL 1 2 3
JENIS BAHAN Kertas A4 Fotostat bahan Kertas warna
KUANTITI 2 x RM 9.50 10 x 10 x RM 0.10 1 x RM RM 4.00 JUMLAH
JUMLAH KOS RM 19.00 RM 10.00 RM 4.00 RM 33.00