Kaedah dan Teknik Pengajaran Masa Kini : Problem-Based Learning Terangkan secara ringkas kaedah Problem-Based Learning berserta ciri-cirinya.
Pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu pendekatan pembelajaran yang digunakan bersandarkan kepada penyelesaian masalah yang akan diberikan oleh guru kepada murid. Permasalahan yang akan diberi kepada pelajar akan dirangka dan dirancang terlebih dahulu agar setiap strategi yang diambil oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut akan dapat meliputi keseluruhan kurikulum yang ada. Pembelajaran berasaskan masalah adalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para guru dan murid melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efaktif. Pembelajaran berasaskan masalah adalah merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan penggunaan akal dan fikiran yang kritikal dan sepenuhnya.
Ciri-ciri Problem Based Learning (PBL) Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti: a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah, b) Murid bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian, c) Murid memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri, d) Guru sebagai pembimbing, e) Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah. f) menguasai kemahiran komunikasi