Presentation Persatuan

  • Uploaded by: nurul faeez
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Presentation Persatuan as PDF for free.

More details

  • Words: 249
  • Pages: 5
KELAB SETASEA SMASKP

IDENTITI Maksud Setasea ialah kumpulan mamalia yang hidup di laut seperti paus, jerung dan ikan lumba-lumba. Gambar ikan lumba-lumba dipilih kerana sebahagian orang menganggap ia sebagai raja haiwan di laut. Selain daripada tabiatnya yang mesra dengan manusia. Gelungan ombak pula merupakan simbolik kepada tabiat air dan laut itu sendiri yang penuh dengan cabaran dan bahaya.

MATLAMAT  Memupuk sifat berani dalam diri pelajar terutamanya apabila berdepan dengan kawasan air  Membina sikap peka terhadap bahaya yang wujud ketika berada di kawasan air  Menjadikan pelajar sebagai penyelamat kawasan air yang berkemahiran di mana sahaja mereka berada

OBJEKTIF  Melatih pelajar sehingga mahir dua gaya renang iaitu kuak dada dan gaya bebas  Melatih pelajar dengan kemahiran menyelamat bagi mangsa lemas  Memastikan setiap ahli berjaya mendapatkan Bronze Medallion

PERANCANGAN AKTIVITI Latihan & Ujian CPR Pelajar akan dilatih bagaimanakah cara pelaksanaan CPR yang betul seperti tempat letak tangan, kedudukan badan, cara pernafasan dan sebagainya. Pelajar juga akan dilatih tentang perbezaan CPR dewasa, kanak-kanak dan bayi. Selepas latihan diberikan, ujian akan dijalankan kepada setiap pelajar. Latihan Renang (Kuak Dada) Pada mulanya, para pelajar akan dilatih gaya renang kuak dada kerana gaya ini adalah yang paling mudah untuk dipelajari. Pelajar akan diajar cara tendangan yang betul dahulu. Selepas itu, barulah cara kuak akan diajar. Ujian Bronze Medallion Pelajar akan menjalani ujian untuk melayakkan mereka memiliki sijil Bronze Medallion. Antara ujian yang akan dijalankan ialah berenang 50 m, towing mangsa, berenang di dasar sepanjang 25m, self defence dan water treading.

Related Documents

Presentation Persatuan
October 2019 17
Persatuan Melayu
June 2020 8
Persatuan Bm.docx
December 2019 13
Perlembagaan Persatuan
June 2020 14
Kelab Persatuan
May 2020 12

More Documents from "koko smktp"