Atur Cara & Sejarah Ulul Albab.docx

  • Uploaded by: nurul faeez
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Atur Cara & Sejarah Ulul Albab.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 408
  • Pages: 3
ATUR CARA 8.30 PAGI

: KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

8.45 PAGI

: PERARAKAN MASUK TETAMU KEHORMAT KE DEWAN

9.00 PAGI

: NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN AL-QURAN

9.15 PAGI

: UCAPAN ALUAN

9.30 PAGI

: TAYANGAN MULTIMEDIA

9.45 PAGI

: UCAPAN MENTERI PENDIDIKAN, YB DR MASZLEE BIN MALIK

10.00 PAGI

: UPACARA KHATAM

10.30 PAGI

: PERSEMBAHAN QASIDAH

10.45 PAGI

: PENYAMPAIAN HADIAH

11.15 PAGI

: BERSURAI

SEJARAH ULUL ALBAB LATAR BELAKANG Berdasarkan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025, Kementerian Pelajaran Malaysia komited di dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya di dalam pasaran kerja berteraskan nilam Islam yang kukuh. Pada 7 Disember 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin telah mengumumkan Model Pendidikan Islam Ulul al-Bab diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara mulai tahun 2014. Idea yang dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia II, Datuk Seri Idris b. Jusoh ini mula dilaksanakan secara rasminya di SMK Agama Kuala Lumpur bermula pada 16 Januari 2014 dengan pengambilan pertama seramai 150 orang pelajar dan 15 orang guru. Tahfiz Model Ulul al-Bab (TMUA) merupakan gabungan antara Kurikululam Kebangsaan, Kurikulum Bersepada Tahfiz (KBT) dan Program Ulul al-Bab yang berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Pendekatan Quranik Murid menghafaz 30 juzuk al-Quran serta memahami kandungan berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar ( BIFFAS ). Murid akan mempelajari serta mengikuti mata pembelajaran Hifz al-Quran dan Maharat al-Quran. Pendekatan Ensiklopedik Menyediakan kaedah asas kepada murid untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa, berkemahiran tinggi dan mampu bertindak sebagai pakar rujuk pada masa akana datang. Pendekatan Ijtihadik Menyediakan murid yang berupaya memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif. Pendekatan ketiga-tiga elemen akan dilaksanakan secara bersepadu melalui pengintegrasian antara kurikulum dan kokurikulum. HALA TUJU TMUA (Tahfiz Model Ulul al-Bab) merupakan nilai tambah kepada sistem Pendidikan Agama yang dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM. Murid-murid yang lahir dari sistem ini dijangka akan memenuhi keperluan guna tenaga profesional yang hafiz serta mempunyai pegangan agama yang kukuh.

OBJEKTIF TMUA dilaksanakan bagi mencapai objektif melahhirkan modal insan yang ;     

Menghafaz 30 juzuk al-Quran Profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan al-Quran dan alSunnah Berketerampilan, berwibawa dan berkepemimpinan Mengoptimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif; dan Boleh menjalin hubungan dengan Allah s.w.t, sesama manusia dan melestarikan diri dengan kejadian alam berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah

Related Documents

Atur Cara
June 2020 15
Atur Cara Majlis
July 2020 17
Grafic Atur
June 2020 13
Ulul Azmi
May 2020 9

More Documents from ""