Bidang Tugas Guru.docx

  • Uploaded by: nurul faeez
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bidang Tugas Guru.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,150
  • Pages: 8
BIDANG TUGAS GURU (SKOP KERJA) PERATURAN TETAP GURU Kehadiran Bertugas : 1. Berdasarkan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurangkurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kra-kira pukul 7.00 pagi. 2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah. 3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya ataupun kawasan sekolah. 4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para

pelajar.

Kepatuhan Tugas : 1. Semua guru dan kakitangan hendaklah mengetik kad kedatangan “punch card” sebaik sahaja tiba di sekolah. 2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak mendapat keizinan Pengetua terlebih dahulu.

3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa Pengetua dengan memberi sebab kelewatan itu. 4. Sekiranya tidak dapat di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit atau kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Pengetua apabila kembali bertugas. 5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan mendapatkan kebenarkan daripada Pengetua terlebih dahulu. 6. Kehadiran semua guru adalah wajib untuk semua kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung PIBG dan lain-lain untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan disamping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut.

TUGAS GURU AKADEMIK: 1. Guru hendaklah bersikap profesional dan budaya kerja yang bermutu tinggi. 2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Pengetua atau Guru Kanan masinh-masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti. 3. Ketua Jabatan atau Guru Kanan Mata Pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti. 4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri. 5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar. 6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang / rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Pengetua boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir. 7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar. 8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka juga boleh melakasanakan aktiviti-aktiviti dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran 1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan tentang pengisian Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (Buku Rekod Mengajar). Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilkasanakan dengan sepenuhnya. 2. Dalam buku rekod tersebut mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian, Salinan sukatan pelajaran dan keputusan peperiksaan bagi tiaptiap kelas yang diajar oleh guru itu. 3. Pada tiap-tiap hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah disiap untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Pengetua. Buki tersebut adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Pengetua memerlukan agar dia berbuat demikian.

Perhubungan Guru Dengan Pelajar : 1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan pelajar dan sentiasa bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar. 2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Kes-kes pelanggaran disiplin yangs serius hendaklah dilaporkan kepada Pengetua atau Guru Disiplin. 3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin. 4. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajarpelajarnya.

5. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar. 6. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru terseut hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau Penolong Kanan dengan segera.

Pakaian : 1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai paakian yang sesuai semasa bertugas di sekolah. 2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar walaupun pada waktu petang semasa berada di sekolah. 3. Pakaian formal mesti diapakai semasa upacara rasmi sekolah. Potongan Rambut : 1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas.

Pelawat: 1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik darjah atau makmal. 2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.

Kenyataan Akhbar: 1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas nama Pengetua atau pihak sekolah. Surat Rasmi: 1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Pengetua. Lawatan: 1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Pengetua dan Jabatan Pendidikan Negeri. 2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui Pengetua. Kutipan Wang : 1. Guru penasihat dan guru tingkatan yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan, kelab dan sesebuah kelas perlu mengawasi hal ini. 2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan.

TUGAS PEMBANTU GURU TINGKATAN 1. Pengurusan Kewangan Kelas I.

Mengutip semua wang yang berkaitan dengan kelas.

II.

Mengutip wang rampai/yuran khas untuk tujuan sesuatu hal khususnya seperti PT3, derma jogaton, derma kilat seperti badan-badan amal dari semasa ke semasa.

III.

Merekod semua wang kutipan sebelum diserahkan kepada Pembantu Tadbir.

IV.

Mengutip semua pembayaran kelas.

2. Menyelia 3K Kelas I.

Keceriaan kelas, memastikan adanya jadual bertugas, organisasi kelas, pelan kebakaran ditampal di dinding kelas.

II.

Kebersihan kelas, memastikan kelas sentiasa bersih, alat-alat kebersihan mencukupi di kelas tersebut dan lain-lain.

III.

Keselamatan kelas, memastikan kelas berada dalam keadaan selamat dan melaporkan segala kerosakan yang berlaku.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU HALAQAH 7.00 hingga 9.15 pagi (Isnin-Khamis) 7.00 hingga 8.40 pagi (Jumaat) 1. Menyemak bacaan ayat-ayat hafazan baru pelajar secara individu sebagai persediaan sebelum aktiviti tasmik. 2. Menyemak tulisan ayat-ayat hafazan baru yang ditulis oleh pelajar dalam buku Tahriri Hafazan. 3. Mendengar ayat-ayat hafazan baru sebanyak 1 muka surat sehari pada 40 minit yang pertama. 4. Mendengar bacaan murojaah hafazan baru pelajar secara individu sebanyak 2 muka surat pada 40 minit yang kedua. 5. Mendengar bacaan murojaah hafazan lama pelajar secara bergilir-gilir sebanyak 1 juzuk pada 40 minit terakhir.

7.00 hingga 9.00 Malam 1. Memantau pelajar dalam melakukan aktiviti menulis ayat-ayat hafazan baru sebanyak 1 muka surat secara individu pada 30 minit pertama. 2. Memantau pelajar solat maghrib secara berjemaah selama 15 minit. 3. Memantau pelajar menghafaz ayat-ayat baru sebanyak 1 muka surat secaraindividu selama 60 minit. 4. Memantau pelajar solat isyak secara berjemaah pada 15 minit terakhir.

Related Documents


More Documents from "Normali Abdul Ghani"