Prinsip-prinsip Pencegahan (t. Pandy)

  • Uploaded by: Noorhisham Hamzah
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Prinsip-prinsip Pencegahan (t. Pandy) as PDF for free.

More details

  • Words: 823
  • Pages: 30
OLEH: EN. T. SAWANDARAPANDY SPADA, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



Program terancang akan mencapai objektif.



Program ad hoc akan membawa implikasi yang tidak diingini.

Meningkatkan Faktor Pelindung dan Mengurangkan Faktor Risiko



Faktor Pelindung keadaan yang melindungi individu dari implikasi negatif dengan terdedah kepada risiko.



Faktor Risiko - faktor-faktor yang meningkatkan penglibatan individu dalam penyalahgunaan dadah, kehamilan remaja, keciciran sekolah, jenayah remaja, dan jenayah juvana.

Tingkahlaku antisosial awal dan berterusan: - kelakuan tidak senonoh di sekolah, ponteng sekolah dan bergaduh dengan pelajar lain. Implikasi(meningkatkan risiko): penyalahgunaan dadah, jenayah juvana, keganasan, keciciran dan kehamilan remaja.

Kegagalan Akademik: - Kegagalan dalam akademik meningkatkan risiko:- penyalahgunaan dadah, jenayah juvana, keganasan, kehamilan dan keciciran.

Kurang komitmen kepada sekolah:- Kurang komitmen bermakna palajar gagal melihat peranan mereka sebagai berdaya maju. Implikasi(meningkatkan risiko): - Penyalahgunaan dadah, jenayah juvana, keganasan, kehamilan remaja dan keciciran.

Ciri-ciri Semulajadi Individu: - Jantina, pembesaran bersemangat, orientasi sosial positif, dan kecerdasan.

Ikatan Persahabatan Positif:- Remaja yang komited untuk mencapai sasaran yang dihargai oleh sekolah kurang kemungkinan terlibat dengan masalah remaja. -

Kajian membuktikan penjaga (guru) yang sangat prihatin mampu menyekat remaja dari terlibat dalam masalah.



Peluang Pelajar harus diberi peluang bermakna untuk menyumbang kepada sekolah bagi membantu mereka berasa bertanggungjawab dan signifikan.

Kemahiran Pelajar harus diajar kemahiran untuk menggunakan peluang yang diberi dengan berkesan. Jika tiada kemahiran untuk berjaya, mereka akan mengalami kegagalan/ kecewa.

Pengiktirafan Semua usaha-usaha pelajar mesti diperakui dan diiktiraf. Ini memberikan mereka insentif untuk menyumbang dan memperkukuhkan persembahan kemahiran mereka.

Orang-orang yang berkomunikasi dengan belia harus menetapkan standard positif tingkahlaku yang jelas. Jika guru-guru berbuat demikian dan menyokong secara konsisten, kemungkinan besar pelajar akan mematuhi piawaian standard tersebut. 

Melibatkan semua jenis dadah termasuk tembakau dan inhalan. 

Program Pencegahan perlu mengambil kira dadah jenis ‘pembuka jalan’ spt; rokok, alkohol & inhalan

Menumpukan kepada jenis dadah yang menimbulkan masalah dalam komuniti. Anak muda di bandaraya terdedah kepada dadah jenis ATS (Ekstasy & Ketamin)  Golongan luar bandar menggunakan dadah tradisional seperti ganja dan heroin 



Program Pencegahan perlu melibatkan orang dewasa sekiranya komuniti remaja terancan dengan persekitaran berisiko.



Contoh; jika kadar penggunaan inhalan tinggi – kajian sumber gam harus dilakukan seterusnya tindakan terhadap penjualan, pendidikan kpd. ibu bapa dan masyarakat.

Menumpukan kepada faktor risiko khusus kepada kumpulan sasaran.



Golongan remaja yang tidak bersekolah/ponteng atau mengamalkan gaya hidup dewasa adalah berisiko tinggi.

Meningkatkan ikatan kekeluargaan dan kemahiran keibubapaan. 

Kemahiran keibubapaan membantu membangun keluarga bebas dadah.



Jika data menunjukkan masalah disiplin tinggi, sekolah harus melaksanakan program pendidikan keluarga kepada ibu bapa dengan bantuan modul sendiri atau lain yang sesuai.

Murid Prasekolah Perlu Direncanakan Untuk Mengatasi Perlakuan Agresif, Kekurangan Kemahiran Sosial dan Permasalahan Pembelajaran. 

Peranan ibu bapa sangat penting bagi mengenalpasti kemungkinan ini.



Program latihan keibubapaan sangat penting bagi membantu golongan ini.

Murid Sekolah Rendah – Perlu Direncanakan Untuk Mengatasi Perlakuan Agresif, Permasalahan Pembelajaran, Kegagalan Akademik dan Keciciran. 

Peningkatan faktor perlindungan sangat penting kerana murid masih mentah dan terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat.

Murid Sekolah Menengah – Perlu dibangunkan untuk Meningkatkan Pencapaian Akademik dan Kemahiran Sosial.  Pada usia ini mereka harus dibimbing supaya mereka ada matlamat dalam pelajaran, cita-cita untuk berjaya dan perancangan kerjaya.  Latihan kemahiran asertif untuk menolak pelawaan negatif, aspek pengurusan diri dan masa supaya menjaga diri dari terlibat dalam gejala tidak baik.

Orang Umum – Perlu Direncanakan Di Setiap Tahap Transisi Kehidupan 

Contoh; seorang yang meninggalkan alam persekolahan dan menyambung pelajaran atau bekerja harus dididik aspek pengurusan kewangan dan cara mengatasi masalah dengan pendekatan yang sesuai dan sihat.

Komuniti – Gabungan Program yang Melibatkan Keluarga dan Sekolah. Bertujuan melibatkan semua pihak dalam keluarga dan sekolah  Menjalin hubungan erat di antara ibu bapa dan guru-guru.  Ibu bapa mengetahui tindakan anak di sekolah melalui guru. 

Pelbagai “Setting” Program Pencegahan perlu dilaksanakan di sekolah, dalam masyarakat, keluarga, organisasi dan di tempat kerja.  Bertujuan mengawal masalah dari merebak ke tempat lain. 

Disesuaikan Dengan Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran meliputi golongan kanakkanak, remaja, belia, orang dewasa, dan orang tua.  Program kumpulan sasaran tertentu membantu menjauhi dadah sepanjang kehidupan mereka. 

Jangkamasa Panjang Dengan Intervensi Yang Berulang-ulang. Mesti disesuaikan dengan kumpulan sasaran dan tahap umur.  Bertindak sebagai maklumat dan peringatan kerana manusia mudah lupa. 

Melibatkan Latihan Perguruan 

Guru perlu diberi latihan dalam bidang pencegahan dadah untuk melaksanakan program yang berkesan.



Guru adalah golongan yang paling sesuai untuk melaksanakan semua program dadah di sekolah dan di merata tempat.

Perlu Dilaksanakan Secara Interaktif 

Ceramah anti dadah perlu disusuli dengan aktiviti perbincangan, role play dan latihan yang tingkatkan keyakinan untuk menolak pelawaan.



Pendekatan interaktif menarik perhatian umum dan menghilangkan rasa bosan.

Berlandaskan Penyelidikan Adalah Keberkesanan Kos. Program sistematik berlandaskan kajian keperluan (bukan ad hoc) menjimatkan kos.  Sekiranya program memerangi dadah diadakan secara sistematik dan disokong oleh semua lapisan masyarakat, lambat laun akan tercapai juga matlamat utama. 

WHERE THERE IS LOVE NOTHING IS TOO MUCH TROUBLE AND THERE IS ALWAYS TIME” SEKIAN, TERIMA KASIH

Related Documents

Pencegahan
May 2020 46
Pencegahan Hiv.pptx
June 2020 26
Pencegahan Zoonosis.pdf
August 2019 36
Pandu Pencegahan
December 2019 42
Pencegahan Asma
August 2019 34

More Documents from "fathimzahro"

Buletin Kaunselor Langat
October 2019 26
Cermah1fail1
November 2019 15
Cara Urus Blog
October 2019 21