Buletin Kaunselor Langat

  • Uploaded by: Noorhisham Hamzah
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buletin Kaunselor Langat as PDF for free.

More details

  • Words: 835
  • Pages: 3
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, salam buat pertama kali di arena bahasa tanpa suara. Buletin ini digarap khusus buat Kaunselor Daerah Hulu Langat, setelah usaha untuk bertemu secara live dengan semua tidak semudah yang di jangka. Baiklah tuan dan puan serta cik, dato dan datin sekalian, saya En.Noorhisham Hamzah, guru Bimbingan SK Bangi selaku Pengerusi Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Langat, sebagai penulis bagi edisi pertama buletin ini ingin memperkenalkan diri. Ada beberapa perkara yang perlu saya bawa dalam buletin ini untuk perkongsian serta maklumat semasa berkaitan perkembangan ”dunia kita”. KANTONG BERBUNYI

Kami pihak AJK sesi 20072008 menyimpan hasrat untuk mengadakan program buat para Kaunselor. Tapi keadaan memaksa kita pendam dahulu hasrat tadi. Ini kerana 1 perkara sahaja, buat masa ni, kantong kita belum mencukupi untuk mendanai projek seindah yang kita harapkan.

Dengan ini secara tidak langsung, kami berterima kasih kepada yang telah menjelaskan yuran tahun 2007 dan kepada yang belum kami doakan semoga dilapangkan rezki dan jalan untuk itu. Selain dari itu, kita perlu mengadakan beberapa aktiviti untuk menambah dana Majlis. Usaha pertama untuk membeli SPK (sistem pengurusan kaunseling) menemui jalan buntu. Ini kerana banyak yang tidak setuju, tidak tahu, dan ada yang ditolak mentahmentah oleh masingmasing bos walaupun pesanan sudah tiba di pejabat. Hmm, nak buat macam mana lagi ye. Tanpa duit kita ketandusan program. Dengan apa ye...kita boleh kumpul dana. Dengan ini juga, kami harap kepada yang tau jalan untuk mengumpul dana, silakan hantar saranan anda ke [email protected]. Atau call saja. Untuk pengetahuan, Blog kaunselor Langat sedang menanti laporan dari anda berbentuk gambar, baik ianya

terlibat langsung dengan kerja anda maupun tidak. Saya secara peribadi menyarankan anda membina blog peribadi untuk bimbingan dan kaunseling, biarlah masing-masing kita guru kaunseling di daerah ini mempunyai laman blog sendiri. Sebagai contoh anda boleh ziarah ke laman blog saya di norish77.blogspot.com. Dari situ anda boleh ke Kaunselor Langat menerusi link yang ada. Dan saya akan link kan dengan semua sekolah di daerah Hulu Langat, khususnya laman Bimbingan dan Kaunseling. Andai tuan sudahpun ada blog atau web tersebut, silakan hantar pada emel diatas. Tuan dan puan boleh melihat contoh buletin bulanan yang telah saya keluarkan, ianya mendapat reaksi positif dari ibu bapa dan guru-guru. Dengan itu anda boleh menambah nilai perkhidmatan anda. BERITA SEMASA Di Asset Bangi, pihak PPDHL telah mengadakan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Daerah, antara penerima adalah SK Tasek Permai, yang menang atas tiket Tokoh Pelajar, SK Ampang Pengurusan Kaunseling Terbaik, SK Jalan 3, PRS terbaik,

Blog En.Noorhisham http://norish77.blogspot.com Blog Kaunselor Kaunselorlangat.blogspot.com Bil 01/Tahun Pertama / 2008

Mento mentee SK Bangi. Pihak AJK merakam TAHNIAH dan berharap sekolah lain boleh mengambil contoh apa yang telah mereka lakukan. Untuk itulah, perlunya sebuah blog. TAK MUDAH TAPI BOLEH. Namun bukan mudah juga, ianya memerlukan talian internet streamyx, dial up? Sorry la bang, lambat sangat bukan nak kata, tapi tengah mengatalah nih. Kedua perlu sedikit masa. Ketiga..korban sikit fulus.... Akan tetapi kalau adanya semangat dan keinginan yang sungguh-sungguh, kita boleh jelmakan semua itu dalam alam realiti. Dengan harapan dan doa, kita boleh buktikan. Andainya tuan-puan pun turut inginkan semua ini, tetapi terhalang dek kabur internet, pihak AJK sedia mengatur waktu untuk mengadakan kursus seumpama ini. Malangnya, bukan setakat Hulu Langat, tapi seMAlaysia pastinya, ramai guru kurang memanfaatkan bahan ICT setakat berita ini ditulis. KEKURANGAN KAUNSELOR

Entah apa yang menjadi road block, mungkin kesibukan para kaunselor

memenuhi keperluan diri dan kerjaya. Oh ya, pada yang ada emel, silakan daftar ke kaunselor langat yahoogroups, sekarang ini ada permintaan untuk mendaftarkan jumlah kaunselor di negara kita. Anda akan terima sekeping borang yang minta untuk dipenuhi dan dihantar untuk tujuan pendataan. Bagi yang belum ada emel, sempat-sempatkanlah masa untuk membinanya. Banyak bahan dalam dunia IT ini yang boleh kita ceduk, tinggal tahu saja rahsianya. Baru-baru ini juga diadakan seminar berkaitan kaunseling di Kajang, antara tetamu

undangan ialah Dato YB Hishamuddin, Menteri Pelajaran Malaysia. Saya sempat mengambil beberapa bahan berkaitan buli. Anda yang tak dapat jangan khuatir, ianya boleh di ambil dalam web www. cegahsalahlaku.org. terdapat gambar karton yang menarik. Mungkin boleh di print out sebagai banner atau bunting...banting lah. MEROTAN PELAJAR PEREMPUAN. Dalam seminar tersebut dibincang undangundang 47 tahun yang lalu berkaitan pelajaran. Wal hasil antaranya, pihak kementerian tidak menolak cadangan

merotan pelajar perempuan yang melakukan kesalahan serius.

Kita bimbang hari ini, ramai remaja lelaki dan perempuan yang menjerumuskan dirinya ke lembah hina. Disini peranan kita sebagai kaunselor, perlu beri bimbingan. BANGSA MELAYU YANG ALPA. Saya hairan, kita ada materi yang hebat untuk diberikan pada mereka iaitu ISLAM. Kenapa tidak saja memahat jiwa mereka

dengan acuan tersebut. Yang timbul remaja itu ini, yang berkad pengenalan ISLAM jugak. Kesian bangsa kita, salah siapa..? Tidak pula timbul sangat kes remaja Cina dan India yang nakal macam remaja kita. Walau mungkin ada ia. Akhir kata, terima kasih atas semangat anda membaca buletin ini dan mohon maaf andainya tidak sesuai pada tempatnya. Seringseringkanlah menjengok ke emel anda, tarak emel

Blog En.Noorhisham http://norish77.blogspot.com Blog Kaunselor Kaunselorlangat.blogspot.com Bil 01/Tahun Pertama / 2008

pun, datanglah ke norish77.blogspot.com.

Blog En.Noorhisham http://norish77.blogspot.com Blog Kaunselor Kaunselorlangat.blogspot.com Bil 01/Tahun Pertama / 2008

Related Documents

Buletin Kaunselor Langat
October 2019 26
Kaunselor
October 2019 40
Tugas Kaunselor
November 2019 17
Buletin Studia
October 2019 25

More Documents from ""

Buletin Kaunselor Langat
October 2019 26
Cermah1fail1
November 2019 15
Cara Urus Blog
October 2019 21