Bil 9 2008 Setamatdtg2008 Jan

  • Uploaded by: Noorhisham Hamzah
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bil 9 2008 Setamatdtg2008 Jan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,917
  • Pages: 4
S

elamat Datang 2008, Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum.

Kita ucapkan selamat jalan pada 2007, dan kita sambut 2008. 2007 penuh makna buat kita. Macam 2006 jugak. Banyak sejarah manis yang kita telan bersama. Pun begitu masih ada yang pahit, itu kita biarkan, biar ia tersimpan dalam lipatan memori. Tak usah dikenang, dikenang pun tak menjadi kaya diri kita. Itu namanya asam garam kehidupan. Tanpa garam, mana sedap lauk nasi. Memang itupun perlu. 2008 datang, kita harap kita boleh lebih baik, capai kejayaan yang lebih dan buat perubahan yang lebih berkualiti lagi. Nak buat perubahan, kita mak ayah dan guru serta murid, kena list-kan apa masalah kita, puncanya apa dan bagaimana untuk seterusnya. Pastu buatlah perubahan, jadikan tabiat, hingga mendarah daging. Waktu itu orang panggil kita, kau bukan dirimu lagi. Ceh wah...yang salah kita terbuat jangan terulang, orang kira yang hujung-hujung. Kalau yang hujung baik, baiklah kita pada pandangan orang. Tapi kalau baik kita awalnya, last-last buruk perangai, maki hamun dan sebagainya, itulah yang orang benci dan geram kat kita. Dengan TUHAN pun begitu jugak, masa muda-muda banyak berjoli, lupakan tikar sejadah, namun dek kerana dapat hidayah, hujung hidup kita buat perubahan, solat tak tinggal lagi, aurat dah tutup, kalau maut

datang menjemput, matilah kita dalam husnul khatimah. Apa tu husnul khatimah ? Mati dalam keadaan baik. Husnu darai kata hasan, maknanya baik. Kalimat ni boleh buat nama anak. Sebaliknya, ada orang baik masa mudanya, tapi bila dah tua, dia berubah, anaknya kena sepak, sumpah seranah apa lagi, maki hamun pun ada, insyaAllah orang macam tu matilah ia dalam keadaan su ul khatimah. Apa pulak tu, mati dalam keadaan buruk, mengerikan di dunia dan akhirat. Nak try? Cobalah. Pun begitu dengan pelajaran, kalau dulu kita tak sedar bahawasanya rajin bertanya itu kunci kejayaan, sekarang kita buat perubahan. Lagi satu belajar ni kena ada minat, seorang murid kita tahun lepas, Udin namanya, Udin ni bukan budak tak pandai, UPSR dia dapat 4A, tapi malang bahasa omputih dia tak dapat A. Katanya dia tak minat pada BI. Itulah kalau tak minat, belajar pun sambil lewa. Dalam kelas boleh tertidur, bermain, tengok orang lalu dan sebagainya. Ini bukan Udin sorang, engkau pun sama. Kan rugitu namanya, OK lah, yang baca buletin pertama tahun ni, kena berusaha, demi kejayaan dan kebahgiaan kita jugak masa depan.Bukannya untuk orang lain. Belajar kena ada semangat. Adikadik tahu tak? Abraham Lincoln berjalan 20 batu untuk pinjam buku dari kawannya. Tak semangat tinggi namanya tu. Begitu jugak Booker T.Washington, dia berjalan sejauh 500 batu untuk masuk sekolah tinggi. Michael Faraday belajar cara sendiri hingga menjadi saintis yang terkenal di England. Kalau orang lain boleh berjaya, kenapa kita tidak? Sedangkan sekolah dan guru yang sama. Sekolah Bangi ni, Blog En.Noorhisham http://norish77.blogspot.com Bil 09/Tahun Kedua / 2008

antik lagi. Makin banyaklah pengalaman guru-gurunya. Kemanisan 2007, 2007 mencatatkan 17 orang mendapat 5A, yang 4A pula 24 orang. Dia orang ni, memang belajar pakai otak punya. Dia tak pakai lutut. Kalau belajar pakai lutut, tak lah pandai macam tu. Muka-muka yang berjaya ni ada dalam blog http://norish77.blogspot.com. Masuklah ke situ dan hantarkan emel tuan untuk menerima berita segar setiap waktu. Sorang kawan kita namanya Farhah, dia ni macam abangnya jugak, duadua dapat 5A. Bila ada guru coba mengorek rahsia dari bapanya, alah...bukan payah sangat, doa berterusan, jampuk saya, betul tu kata bapanya. Biasanya kan, orang yang sembahyang ni, dia selalulah berdoa untuk anaknya, tapi orang yang tak tahu sembahyang, manalah pernah dia berdoa. Sebut nama tuhan pun tidak, kecualilah dia sakit dan masuk hospital, masa tu kalau kita tengok, mulut dia akan berkata Allah...Allah.... ha nak tunggu sakit dulu baru nak sebut nama Allah. Macam tulah jugak, kalau dah dewasa, pelajaran tak ada, sijil pun tak laku, hidup susah, masa tu baru nak berdoa minta pada Tuhan agar diberi kesenangan. Mana boleh dong! Lainlah kalau P.Ramle, boleh baca Sim Salabin. Akhirat pun begitu jugak, kalau dunia tak hirau nasihat orang suruh tunduk dan patuh pada Tuhan. Di sana baru nak taubat dan kembali ke dunia, no way man. Menangislah engkau dalam neraka yang tak tertanggung azabnya. Albert Einstein seorang pakar matematik, dikatakan telah menggunakan kedua-dua

potensi otaknya hingga lahirlah dia sebagai manusia terpintar bagi abad ke-20. ALBERT sewaktu bersekolah merupakan murid yang paling bodoh hingga guru pernah menghantarnya pulang kerana tidak sanggup lagi berdepan dengan kebebalannya itu. Sayangnya banyak dalam buku-buku disebut orang-orang Mat Saleh je, orang Islam dia tenggelamkan. Padahal orang Islam tak kurang banyaknya yang hebat. Kita ni orang Islam, malulah pada bangsa lain, dalam penjara ramai jugak orang Melayu kita, di pusat serenti lagilah, penuh anakanak lelaki muda belia lagi. Orang ni, ILMU ada, tapi HIDAYAH tarak, hidayah tu tak datang kalau tak diminta. Kena berusaha bersungguh-sungguh, tak cukup sekali berdoa. Tuhan tak kan berikan hidayah pada orang yang tak mahu. Sabda Nabi ”semua kamu akan masuk syurga, kecuali yang enggan” tanya sahabat kebingungan, ”ada ke ya Rasulullah orang yang enggan (masuk syurga)” Ada kata Nabi, siapa yang taat padaku, maka masuklah dia dalam syurga, dan barangsiapa yang engkar menurutku, pada dia akan dimasukkan ke neraka. Nah sekarang tinggal pilih saja, nak senang ke susah, nak berjaya ke gagal, dan nak syurga ke atau neraka. You can make choice any one. Orang lain tak boleh dengki. Meniru satu proses. Oleh itu kita tirulah stail abang dan kakak kita belajar. Cikgupun meniru gaya Dr.Tuah kalau buat buletin ni, bahasanya mudah difahami, sebab bahasa dipakai

sehari-hari, selain mudah nak karang, seronok pula dibaca. Dibalik cerita ada berita. Timbul minat nak membaca lagi dan lagi. Macam bateri eveready pulak. Seorang ibu mengatakan, bila baca buletin cikgu macam sedang mendengar cikgu berceramah di depan. Oo begitu ya, sebenarnya itulah yang saya mahu. Kalau tulisan saya di edit macam surat untuk YB Parlimen, begitu sekali jaga bahasa dan gayanya, sapa nak baca? Angkat tangan...ayok, yang mudah cam ni pun ramai yang hilangkan atau sorok dalam beg busuk tu. Banyakkan

Membaca.

Saya

sarankan tuan-puan banyakkan membaca, kalau tak suka majalah Mangga pun, bacalah buku Dr.Tuah. Sungguh. Baru anak pun ada minat membaca. Dia tengok mak suka pegang buku, dia pun sukalah membaca. Alah sibuk la cikgu.. Sibuk ? Kerja apa ? Setahu saya Menteri Besar pun ada yang rajin membaca. Dah jadi pak menteri dah tu. Begitu jugak ayahnya Gabenor Bank Negara, Profrsor Ungku Aziz, berlambak buku dalam rumahnya. Kalau tak banyak buku dalam rumah kita, boleh tak nanti anak kita jadi profesor? Atau sekurangkurangnya Sarjana Muda? Sya rasa susah sikit lah.

Blog En.Noorhisham http://norish77.blogspot.com Bil 09/Tahun Kedua / 2008

Ni ada mak suka sangat baca buku URTV, heh tak baiklah majalah macam tu, saya cakap dari sudut agama. Elok ke diarang tu, berambut panjang, tak tutup aurat, sembahyang? Nanti nak jadi apa kalau asyik baca majalah tu... Maaf yang suka baca, bacalah..saya tak marah, tapi koleksi buku-buku agama mana? Ada tak Tanbihul Ghafilin, ada tak Bimbingan Mukmin, ada tak buku hadishadis, ada tak tafsir Al-Quran? Tak ade...? Al-hamdulillah yang dah ada, mudah-mudahan selalu baca, nauzubillah sapa yang tak ada. Kena berubah bang....ini tahun 2008. orang kata kita makin dekat kiamat ni. Jadi kena bahagikan masa. Kena ada list. Macam kita pergi Kajang la, kena ada list ke mana dulu nak pergi, beli apa dulu, lepas tu nak ke mana, kalau tak begitu. Balik rumah ada lagi kerja yang tak siap. Ya kan...itu nama manejemen. Betul bu..saya cakap ni. Proses kita belajar perlu berpanjangan. Carilah buku ilmiah kalau tak suka buku Alamiah pun. Tak pun bertanyalah pada cikgu Salmiah. Sebab kata Nabi, kita kena sentiasa mendekati ulamak, jangan melebihi 40 hari. Hari ni kalau susah nak jumpa ulamak, bacalah buku karangan ulamak. Syukur ada motivasi. Dalam koleksi saya ada 7 buah buku karangan Dr.Tuah. Salah satu buku tersebut ada menyebut, seorang manusia dari Sarawak

mengatakan, dia ni orang pintar, tapi waktu dia belajar dulu dia banyak main-main, gara-gara pandainya, dia dilantik sebagai ketua pengawas. Walau pun main-main dia dapat jugak 7A waktu sekolah menengah. Hari ini dia menyesal sebab banyak main-main, kalau saya tak mainmain dulu, tentu lebih hebat lagi pencapaianya saya. Tapi kamu hari ini bertuah katanya, sebab ada tukang bagi motivasi, kami dulu mana ada... Faktor Kejayaan. Orang cerdik pandai mengatakan ada 4 faktor kejayaan seorang murid. Yang pertama adalah keinginan diri sendiri. Keinginan ini hendaklah ada dalam diri seorang murid. Tanpa kehendak, kamu macam robot yang hidup di kawal oleh remote control, pagi pergi sekolah, petang balik, malam tidur. Kedua, ada MATLAMAT. Tanpa matlamat, kita macam naik basikal tanpa arah tujuan. Akhirnya balik rumah, apa pun tak dapat. Ketiga, Bantuan Ibu Bapa, sukarlah bagi seorang murid nak berjaya kalau mak ayah tak bantunya. Bantu dengan duit satu hal, dengan nasihat, bimbingan, doa yang berterusan adalah hal-hal yang kecil, tapi itulah faktor kejayaan anak. Sebut kata doa, jangan pulak mak ayah orang Islam tak sembahyang. Esy, ada ke...? berdozen kat sekolah Bangi ni, nak-nak yang kelas ehem-ehem. Faham-faham jelah kelas ehem-ehem tu. Bukan nak kata, tapi memang betul pun. Fakta ini saya dapat dari soal selidik tahun lepas. Jadi mak ayah, kalau nak anak berubah, kita dulu kena berubah. Sanggup? Tak sanggup tak payah marahkan

anak

kalau

dia

jadi

bebal.

Kadang-kadang punya tinggi citacita mak ayah terhadap anak, tapi bab pengorbanan, tak mahu dia. Macam mana ni, nak kan hasil yang hebat, tapi usaha tak hebat. Mak dan ayah kena sanggup berkorban, bukan setakat wang ringgit, jiwa dan raga sekalipun. Ada raga tak kat rumah tu? Hah ...itupun kena jadi korban jugak. Paling sakit hati buat anak, ada ibubapa yang membebel markah anak tak bagus, di bandingbandingnya dengan anak orang lain. Hai, tak boleh macam tu dato’ datin, anak orang lain hebat, tengoklah pengorbanan dan usaha mak bapak dia orang, kita?? Anaknya pandai bukan di install pakai CD macam komputer. Usaha mereka berterusan dan hebat, nak tahu apa rahsia mereka? Bertanyalah padanya... Ketiga, suasana sekitar, ini pun perlu jugak. Kalau depan rumah kita ada bengkel motor, hari-hari bunyi bising, susah la sikit nak concentrate, nak bagi tumpuan kata omputih. Ada orang mengatakan, Untuk menjadi seorang pelajar cemerlang, Anda hanya perlu tiru apa yang pelajar cemerlang lakukan. Tak perlu bergantung pada tuisyen pun. Yang pertama berikan tumpuan lebih dalam Blog En.Noorhisham http://norish77.blogspot.com Bil 09/Tahun Kedua / 2008

kelas. Jangan pandang lain. Udin tadi, kata bapanya, dia hanya belajar last minute, tuisyen pun tak pergi selain yang di sekolah saja. Saya sempat ucapkan TAHNIAH pada bapanya. Bapa mana tak ceria wajah dan air mukanya, kalau anak dah berjaya. Pihak bapa kena ambil sikap lebih prihatin tahun ni, siapa kata orang Sungai Buah susah nak berjaya? Setahu saya anak ketua kampung Sungai Buah pun dah ada masuk Universiti. Orang Bangi ? Orang Bangi lagilah hebat. Duduk dekat dengan bandar, Bandar Baru Bangi, Bandar Sri Putera, Bandar Bukit Mahkota. Tak kan orang tepi bandar tak pandai. Tempiasnya kenalah ada. Untuk akhirnya, saya mohon kerjasama ibu dan bapa, kalau guru bimbingan panggil seorang tahun ni, datanglah berdua-dua. Mak datang ayah pun jugak. Tugas Kaunselor sekolah ialah membantu anak kita supaya lebih baik. Ingat tokoh ibu misali tahun ini, apa katanya, mak cik ni kan... tak tahu nak cakap, ayah dia kalau tengok pangkah merahmerah dalam buku sekolah anaknya, dia marahkan anaknya, dia tahu itu salah. Hah, itulah cara didikan dia orang, Kesemua 17 orang anak ibu ini masuk universiti, padahal orang kampung jugak tu, tak pandai membaca menulis lagi. Kita? .... Tepuk dada tanya keinginan, mari kita usaha. Tuhan tidak mensiasiakan harapan kita. Sila pastikan tiap bulan anda memiliki Buletin ini. Mari kita sama-sama bekerja untuk kejayaan anak bangsa, buang

yang keruh, ambillah jernih. SALAM HORMAT.

yang

Blog En.Noorhisham http://norish77.blogspot.com Bil 09/Tahun Kedua / 2008

Related Documents

Bil
May 2020 25
Bil
April 2020 26
Bil
April 2020 22
Bil
May 2020 23

More Documents from ""

Buletin Kaunselor Langat
October 2019 26
Cermah1fail1
November 2019 15
Cara Urus Blog
October 2019 21