Pmr B Melayu Kertas 2 Set 3

  • Uploaded by: Azman Bin Jaeh
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pmr B Melayu Kertas 2 Set 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 925
  • Pages: 6
SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 LTS 2007 Set 3 2 jam

UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

‘LEARNING TO SCORE 2007’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam SET 3

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian.

2.

Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut.

3.

Bahagian B tidak mempunyai pilihan.

4.

Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.

5.

Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak [Lihat sebelah

Set 3

Bahasa Melayu 2 PMR SULIT Bahagian A(i) [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [20 markah]

Baca petikan dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang peranan bahasa dalam kehidupan penduduk Malaysia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahasa merupakan satu media perhubungan antara manusia dengan manusia, sama ada berhubung sesama etnik atau antara etnik di dunia ini. Begitu juga dengan negara Malaysia yang rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa yang berbeza untuk berhubung. Terdapat lebih 110 bahasa yang berbeza dipertuturkan oleh penduduk Malaysia yang seramai kira-kira 24 juta orang hari ini. Namun demikian, bahasa utama yang digunakan oleh kebanyakan daripada mereka ialah bahasa Melayu. Selain daripada bahasa ini merupakan bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi negara, ia juga merupakan bahasa utama yang digunakan dalam sistem persekolahan di negara ini. Walaupun terdapat kepelbagaian variasi bahasa Melayu yang digunakan dalam masyarakat di negara ini, namun bahasa Melayu baku telah dijadikan landasan dalam pengajaran pelbagai mata pelajaran di bilik darjah, di media massa, dan juga digunakan dalam perhubungan seharian penduduk di negara ini. Selain bahasa Melayu, bahasa Inggeris juga telah digunakan sebagai salah satu bahasa kedua di negara ini. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bermaksud bahasa ini merupakan bahasa kedua pentingnya dalam pelbagai konteks di negara ini. Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran kedua pentingnya di sekolah, sama ada sebagai satu mata pelajaran yang diajarkan sebanyak lima kali seminggu, ataupun pada masa ini dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perhubungan dalam pelbagai bidang kehidupan dan juga dalam hubungan seharian. Bahasa Cina dan Tamil pula dikekalkan penggunaannya dalam kalangan penduduk yang berketurunan Cina dan India di negara ini. Hal ini amat penting bagi mengekalkan identiti penduduk Cina dan India di negara ini. Dalam bidang pendidikan , selain daripada mengekalkan sekolah kebangsaan yang berbahasa pengantar bahasa Cina atau Tamil, bahasa ini juga telah dijadikan satu mata pelajaran bahasa ibunda di sekolah menengah. Bahasa Cina dan Tamil pada masa ini sudah diterima pakai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa . Kepelbagaian bahasa yang digunakan oleh rakyat di negara kita ini menunjukkan bahawa Malaysia mengamalkan cara hidup yang demokrasi iaitu dapat menerima segala adab dan budaya rakyatnya.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

2

Set 3

Bahasa Melayu 2 PMR

Soalan Bahagian A (ii) : Pemahaman [ 10 markah ] Berdasarkan petikan Bahagian A (i) . jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Apakah maksud rangkaikata bahasa rasmi negara ?

[ 2 markah ]

2. Apakah tujuan kerajaan meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara ini? [ 4 markah ] 3. Pada pendapat anda , apakah faedah-faedah yang diperoleh jika seseorang dapat menguasai lebih daripada satu bahasa? [ 4 markah ]

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

3

Set 3

Bahasa Melayu 2 PMR

Bahagian B ( Masa yang dicadangkan : 25 minit ) ( 20 markah )

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan menyertai aktiviti perkhemahan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

4

Set 3

Bahasa Melayu 2 PMR

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 45 minit] [40 markah] Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

(a) Sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah, anda telah menyertai satu pertandingan menulis rencana yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu. Tajuk rencana yang ditetapkan ialah Jasa Guru. Tulis rencana itu selengkapnya. (b) Sebagai wakil persatuan, anda telah ditugaskan menemu ramah seorang pegawai pelancongan tentang usaha-usaha untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke negara kita. Tulis temu ramah itu selengkapnya. (c) Pengetua sekolah anda telah bersara. Anda telah mengikuti majlis persaraan pengetua yang amat anda kagumi itu. Tulis laporan tersebut selengkapnya. (d) Sejak kebelakangan ini, banyak rancangan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta, tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Tulis sepucuk surat kepada pihak pengurusan stesen televisyen berkenaan untuk mengemukakan bantahan anda.

(e) Bidang teknologi maklumat dan komunikasi amat penting untuk dikuasai oleh semua generasi agar Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Nyatakan manfaat teknologi maklumat dan komunikasi ini kepada negara.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

5

Set 3

Bahasa Melayu 2 PMR

Bahagian D [Masa yang dicadangkan: 10 minit] [10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang pernah anda kaji sama ada di Tingkatan 2, atau tingkatan 3. i) Aku Anak Timur karya Siti Aminah haji Yusuf. ii) Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari. iii) Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman Hanafiah.

Teknik Plot :

1. Teknik Plot A ……………………… 2. Teknik Plot B ……………………… 3. Teknik Plot C ………………………

Salah satu unsur penting dalam sesebuah novel ialah teknik plot. Huraikan tiga jenis teknik plot berdasarkan novel yang anda kaji.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

6

Related Documents


More Documents from "Azman Bin Jaeh"

Pmr Science Paper 2 Set 2
October 2019 34
Upsr Mat K2 Set 1
October 2019 26
Spm Kimia K1 Set 3
November 2019 37
Pmr B Melayu Kertas 1 Set 2
October 2019 31
Spm M3t Kertas 1 Set 2
November 2019 33