SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 LTS 2007 1 jam UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
‘LEARNING TO SCORE 2007’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH
BAHASA MELAYU Kertas 1 1 jam SET 1
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.
Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2.
Jawab semua soalan
3.
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.
[Lihat sebelah SULIT
Set 1
Bahasa Melayu 1 PMR
SULIT Soalan 1 - 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1
Se_________________ kerbau sedang berkubang di dalam paya itu. A gerombolan B pasukan C kawan D kelompok
2
Azmi ___________________ apabila dipukul oleh ibunya kerana memecahkan pasu kesayangan ibunya. A terlolong-lolong B terjerit-jerit C ternganga-nganga D tersedu-sedu
3
Pak Ali sedang ______________ pokok kelapa supaya mudah untuk dipanjat. A mengerat B memotong C memangkas D menakik
4
Penduduk kampung telah berjaya menangkap seekor ular sawa yang telah _______________ seekor anak kambing. A mengunyah B melulur C meneguk D memakan
5
Pak Salleh ___________________ tangannya untuk mengusir burung-burung yang memakan padi di sawah. A melambaikan B menggawangkan C menggerakkan D menggamitkan
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 2
Set 1
Bahasa Melayu 1 PMR
SULIT
6
Beberapa orang pelajar sedang ________________ pelajaran di perpustakaan. A menelaah B membaca C membedek D mencatat
7
Pakaian penyanyi yang __________________ mata itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat. A menjolok B mencolok C meluat D menyucuk
Soalan 8 - 14 Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 8
Oleh kerana terlalu sibuk, Tuti tidak sempat menziarahi ibu mertuanya yang sakit di A B C hospital. Tiada kesalahan D
9
Kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit ketika memandu kenderaan kerana A B akan merbahayakan diri sendiri dan pengguna lain. Tiada kesalahan C D
10 Keharmonian dan kesejahteraan hidup tidak dapat dinikmati jika setiap anggota A B masyarakat saling salah-menyalahi sesama sendiri. Tiada kesalahan C D 11 Para peminat bola sepak bersorak sambil bertepok tangan apabila pemain utama A B pasukan berjaya menjaringkan gol. Tiada kesalahan C D
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 3
Set 1
Bahasa Melayu 1 PMR
SULIT 12 Banyak orang mendesak pihak berwajib supaya lebih bertanggungjawab terhadap A B pembangunan luar bandar. Tiada kesalahan C D 13 Kamil terpaksa ponteng latihan sukan sekolah kerana keperitan wang yang dialami oleh A B C keluarganya. Tiada kesalahan D 14 Hati kecilnya terkucil setelah mendengar kata-kata cacian yang dilemparkan oleh A B C kekasihnya. Tiada kesalahan D
Soalan 15 - 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul . 15
I II III IV
16
Persembahan hangat kumpulan nasyid itu mendapat pujian ramai. Suasana kering dan hangat hari itu menyebabkan banyak orang resah dan gelisah. Puan Salmah telah hangat lauk yang dimasaknya pagi tadi untuk hidangan makan malam. Berita paling hangat pada tahun lalu ialah perkahwinan Siti Nurhaliza dengan Datuk K.
A B C D
I dan II II dan III I dan IV III dan IV
I II III
Suriana telah menggosok-gosok tangannya yang gatal setelah digigit nyamuk. Aladin telah menggosok-gosok lampu ajaib yang telah dijumpainya itu. Jika tidak ada orang yang menggosok-gosok Rosli dan Rosdi, sudah pasti kedua-dua beradik itu tidak bergaduh. Ibu sedang menggosok-gosok baju ayah untuk dipakai ke pejabat. I dan II sahaja II dan III sahaja I dan IV sahaja III dan IV sahaja
IV A B C D
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 4
Set 1
Bahasa Melayu 1 PMR
SULIT 17
I II III IV A B C D
Puan Rosmah telah menganjurkan kepada majikannya supaya mengadakan kutipan derma bagi membantu mangsa-mangsa banjir di kampung mereka. Sekolah saya akan menganjurkan Hari Kantin pada bulan April nanti. Cikgu Yatim memarahi Zailani kerana telah menganjurkan kakinya ke atas meja sewaktu beliau mengajar. Pameran yang diadakan di dewan sekolah menganjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. I, dan IV I, II dan III II, III dan IV I, II,III dan IV
Soalan 18 - 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18
Ayah telah membeli alat penghawa dingin untuk rumah barunya itu. A B C D
19
Mereka akan mengadakan majlis penemuan itu untuk membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan masalah disiplin pelajar. A B C D
20
akan mengadakan majlis bertemukan itu akan mengadakan majlis pertemuan itu akan mengadakan pertemuan majlis itu akan mengadakan majlis penemuan itu
Taman bunga itu diperindahkan dengan pelbagai pokok bunga oleh tukang kebun untuk menambahkan keceriaannya. A B C D
21
alat pendingin hawa alat pendingin alat penyejuk alat penghawa dingin
diperindah dengan pelbagai pokok bunga diperindahi dengan pelbagai pokok bunga diindah dengan pelbagai pokok bunga diperindahkan dengan pelbagai pokok bunga
Mereka tidak pasti sama ada akan mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Kelantan dan negeri Pulau Pinang. A B C D
lawatan sambil mempelajari ke negeri Kelantan atau ke negeri Pulau Pinang lawatan ke negeri Kelantan dan sambil belajar ke negeri Pulau Pinang lawatan sambil belajar ke negeri Kelantan atau ke negeri Pulau Pinang lawatan sambil belajar ke negeri Kelantan dan negeri Pulau Pinang
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 5
Set 1
Bahasa Melayu 1 PMR
SULIT Soalan 22 - 24 Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22
Walaupun hidup dalam kemewahan, Datuk Mustafa Kamal tidak pernah melupakan kewajipannya terhadap golongan miskin. A B C D
23
Sistem elektronik yang begitu canggih pada hari ini membolehkan kita memperoleh berita yang terkini dari serata dunia. A B C D
24
Datuk Mustafa Kamal selalu menolong golongan miskin yang hidup dalam serba kekurangan kerana beliau orang mewah. Kemewahan hidup Datuk Mustafa Kamal tidak pernah membuatkan beliau mengetepikan golongan miskin. Golongan miskin selalu sahaja meminta bantuan daripada Datuk Mustafa kerana beliau kaya dan pemurah. Orang kaya seperti Datuk Mustafa Kamal amat diperlukan oleh golongan miskin yang tiada hidup mewah.
Dengan adanya sistem elektronik yang moden, kita dapat memperoleh maklumat yang terbaru dari seluruh negara. Berita yang baru hanya boleh diterima dengan penggunaan sistem elektronik yang begitu canggih. Dengan sistem elektronik yang begitu canggih pada hari ini, maklumat yang terbaru dapat kita peroleh. Menerusi sistem elektronik serba maju, segala berita terakhir mudah diperoleh.
Cerita penglipur lara yang disampaikan oleh tukang cerita pada zaman dahulu bukan untuk berhibur semata-mata, tetapi juga untuk mendidik masyarakat. A B C D
Pada zaman dahulu, cerita penglipur lara disampaikan oleh tukang cerita sebagai pendidikan tidak formal. Cerita penglipur lara banyak mengandungi unsur pendidikan bagi masyarakat pada zaman dahulu. Pada zaman dahulu, tujuan cerita penglipur lara diceritakan dan mendidik masyarakat. Unsur pendidikan dan hiburan terdapat dalam cerita penglipur lara pada zaman dahulu seperti penceritaan oleh tukang cerita.
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 6
Set 1
Bahasa Melayu 1 PMR
SULIT Soalan 25 - 27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25
I II
Goreng pisang yang dibeli oleh ayah petang tadi masih mentah dan masin. Tindakan pengawas yang memberitahu guru disiplin tentang kes bergaduh tidak disenangi oleh pelajar-pelajar lain. III Surat yang dikirim oleh rakan saya tidak sampai kepada penerimanya. IV Sikap memulangkan kembali hak orang lain tepat pada masanya merupakan sikap yang mulia. A B C D
26
27
I dan II III dan IV I, II dan III I, III dan IV
I
Rumah saya terletak berhampiran dengan sekolah yang jaraknya lebih kurang satu kilometer. II Seluruh penghuni-penghuni Pusat Serenti telah melarikan diri dari pusat tersebut. III Mak Ani sedang mententeramkan perasaan suaminya yang sedang sedih itu. IV Tugas guru ialah mendidik anak bangsa manakala tugas pelajar ialah belajar bersungguh-sungguh. A B C D
I I dan III II dan III II dan IV
I
III IV
Kerajaan perlu menyekat kemasukan kereta import supaya pasaran kereta nasional tidak terjejas. Pemuda itu mengaku yang dia telah menceroboh masuk ke rumah orang kaya itu untuk mencuri barangan yang berharga. Kalam yang digunakan oleh Abu untuk menulis diperbuat daripada kayu jati. Setiap manusia perlu mempunyai tatacara hidup yang baik dan berprinsip.
A B C D
I, II dan III I, III dan IV II, III dan IV I, II, III dan IV
II
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 7
Set 1
Bahasa Melayu 1 PMR
SULIT Soalan 28 - 30 Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataanpernyataan yang berikut.
\ 28
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah A B C D
29
Syurada dan Syaliza ialah adik-beradik. Akibat perselisihan faham, mereka tidak berjumpa selama 14 tahun. Namun, sempena Aidilfitri yang bakal tiba, satu pertemuan diatur untuk mempertemukan kedua-dua beradik itu. Keadaan itu dikatakan A B C D
30
Sudah terhantuk baru tengadah. Seperti cacing kepanasan. Nasi sudah menjadi bubur Berketak di luar sangkar, bertanam di luar pagar.
bagai aur dengan tebing. sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. air dicincang tidak akan putus. lukanya telah sembuh, parutnya tinggal juga.
Peribahasa berikut mempunyai makna yang hampir sama, kecuali A B C D
berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 8
Set 1
Bahasa Melayu 1 PMR
SULIT Soalan 31 - 35 Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kalakian, maka hari pun hampir petang; Pak Lebai pun sampailah ke kampungnya lalu teringatlah ia akan air niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun pergilah ke pohon kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada sigai tempat ia memanjat ke pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu dilihatnya bacuk itu penuh berisi nira. Dengan takdir Allah, lempeng yang ditinggalkannya di bawah itu sudah digonggong oleh anjing dibawanya lari. Maka setelah dilihat oleh Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong oleh anjing maka hilanglah fikirannya lalu ia mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu tiada kena; dan diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu lalu dibalingkannya tiada juga kena. Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuat-kuat hatinya menghambat binatang bedebah itu. Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia tiada tentu arahnya hendak lari lagi istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing itu pun masuklah ke dalam lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan kuih yang separuh sudah dimakannya sambil lari itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya, dicarinya kayu pun tiada, dan lain-lain benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Lebai Malang”, antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)
31 Apakah yang dilakukan oleh Pak Lebai ketika hampir senja? A B C D
Mengambil air nira di atas pokok enau Menyandarkan sigai pada pokok kabung Mengambil lempeng yang tersangkut pada sigai Memikirkan nasib malang yang menimpa dirinya.
32 Bagaimanakah Lebai Malang bertindak untuk mendapatkan lempengnya semula? A B C D
Melemparkan bekas nira ke arah anjing itu. Menyumbat lubang kayu dengan batu. Membaling anjing itu dengan pisau. Menyergah anjing itu dengan kuat.
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 9
Set 1
Bahasa Melayu 1 PMR
SULIT 33 Berdasarkan petikan, apakah sifat yang ada pada Lebai Malang? A B C D
cekap bertindak rajin berusaha terburu-buru penyabar
34 Di manakah peristiwa dalam petikan ini berlaku? A B C D
di pinggir hutan di rumah kenduri di rumah Pak Lebai di kawasan sawah padi
35 Peleraian cerita Lebai Malang ialah A Mak Lebai memujuk suaminya supaya tetap menghadiri kenduri penduduk kampung. B Mak Lebai melarang suaminya menghadiri sebarang kenduri penduduk kampung. C Mak Lebai amat simpati akan nasib malang yang menimpa suaminya. D Mak Lebai memarahi dan memukul suaminya.
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 10
Set 1
Bahasa Melayu 1 PMR
SULIT Soalan 36 - 40 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Rumah Baru Telah kita siapkan rumah baru untuk anak-anak berteduh kerana kita diamanah mendewasakan mereka menjadi warga bijaksana menjelang tahun wawasan. Telah kita siapkan rumah baru di atas tiang muafakat air, pasir dan simen dari tangan pelbagai bangsa negara yang tumbuh atas bumi toleransi Telah kita siapkan rumah baru berwajah kebangsaan agar penghuni saling ramah rajin memberi dan menerima juadah kesejahteraan sampai akhir zaman. Dipetik daripada antologi “Anak Tingkatan Bumi Tercinta”, (Dipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta, Tiga. Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka
36 Antara yang berikut, yang manakah sebab kita perlu menyiapkan rumah baru? A B C D
Untuk anak-anak berteduh daripada hujan Kita diamanahkan untuk memelihara anak-anak Untuk menjadi tempat penjagaan anak-anak supaya mereka sempat dewasa Sebagai persediaan untuk anak-anak berusaha demi mencapai wawasan negara
37 Pernyataan yang berikut merupakan faktor pendorong kepada penyajak untuk memberikan penekanan utama dalam sajak tersebut. A menunaikan tanggungjawabnya sebagai generasi terdahulu dalam menyediakan asas sebuah negara yang aman sejahtera B menunaikan tanggungjawabnya sebagai tokoh pemimpin dalam masyarakat C menunaikan tanggungjawabnya sebagai ayah yang prihatin D menunaikan tanggungjawabnya sebagai tukang rumah
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 11
Set 1
Bahasa Melayu 1 PMR
SULIT 38 Telah kita siapkan rumah baru merupakan contoh bagi A B C D
hiperbola metafora inversi repetisi
39 Nilai utama yang terkandung dalam sajak “Rumah Baru” ialah A B C D 40
sopan santun tidak putus asa mengaku kesilapan bertolak ansur antara kaum
Apakah persoalan utama yang cuba disampaikan oleh penyajak dalam sajak “Rumah Baru”? A B C D
tanggungjawab penduduk keindahan tanah air cinta akan negara sayang akan rumah baru
KERTAS SOALAN TAMAT
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 12