SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 LTS 2007 1 jam
UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
‘LEARNING TO SCORE 2007’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH
BAHASA MELAYU Kertas 1 1 jam SET 2
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.
Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2.
Jawab semua soalan
3.
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak. [Lihat sebelah SULIT
Set 2 SULIT
Bahasa Melayu 1 PMR
Soalan 1 - 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Rombongan pengantin itu dijangka sampai ____________ pulau peranginan itu pada petang ini. A B C D
di ke dari daripada
2. Wajah Kamal kelihatan ___________ apabila ditanyakan kehilangan wang persatuan yang diamanahkan kepadanya. A berang B cemas C gusar D sugul
3. Puan Cindy ___________________ anaknya di atas riba hingga terlena. A memegang B memangku C mengelek D meriba 4. Nabil menerima _____________ daripada abangnya yang berada di Christchurch, New Zealand. A bingkis B pembingkisan C bingkisan D terbingkiskan 5. Pengakuan Yang Berhormat Tuan Haji Saleh bahawa beliau akan melibatkan diri dalam projek itu, _____________ menunjukkan keprihatinan beliau dalam membantu golongan kurang upaya. A jelas-jelas B terang-terang C rata-rata D mula-mula
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 2
Set 2 SULIT
Bahasa Melayu 1 PMR
6. Pengerusi majlis itu memulakan ucapan alu-aluannya dengan se______________ pantun. A baris B bentuk C patah D untai 7. Tujuan _____________ itu dijalankan adalah untuk mendapatkan reaksi orang ramai tentang masalah pencemaran di negara kita. A maklum balas B uji kaji C kaji selidik D rapat umum
Soalan 8 - 14 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A , B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 8. Selekoh menuju ke Genting Highland yang merbahaya itu telah banyak mencabut A B C nyawa, terutama pada musim hujan Tiada kesalahan D 9. Pakaian pengemis yang serbah-serbih itu telah mendapat perhatian orang-orang di A B C perhentian bas itu. Tiada kesalahan D 10. Anggota bomba berhempas-pulas memadamkan api untuk menyelamatkan mangsa A B kebakaran yang berlaku di pesimis kedai setingkat. Tiada kesalahan C D 11. Pesalah itu menganggukkan kepalanya berkali-kali sebagai isyarat bahawa dia A B memahami tuduhan yang dilemparkan ke atasnya. Tiada kesalahan C D 12. Rakyat negara ini mestilah bersatu padu demi untuk memastikan kestabilan negara ini A daripada ancaman pihak musuh yang senantiasa mengambil peluang. B C Tiada kesalahan D 13. Kakak Vimala menghidangkan cempedak goreng untuk tetamu yang datang ke A B C rumahnya petang tadi. Tiada kesalahan D
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 3
Set 2 SULIT
Bahasa Melayu 1 PMR
14. Kerajaan membelanjakan wang berjuta ringgit bagi meninggikan taraf hidup penduduk A B C di luar bandar. Tiada kesalahan D Soalan 15 - 17 Pilih ayat-ayat yang nenggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15
I II III IV A B C D
16
I II III IV A B C D
17
I II III IV A B C D
Tamparan ombak yang tidak henti-henti memukul pantai begitu mengasyikkan kami di situ Emilia masih teringat akan tamparan abangnya yang menyebabkan mereka bergaduh. Bola hasil tamparan pemain itu mencecah jaring untuk gol pendahuluan pasukan mereka. Kritikan daripada orang bawahan merupakan satu tamparan hebat terhadap kewibawaannya di syarikat itu. I dan II II dan III II dan IV I , II dan IV Hang Tuah ialah simbol rakyat yang pukal taat setianya kepada raja Barang-barang yang dibeli secara pukal lebih murah harganya. Pengusaha itu mengunakan jentera khas untuk mengangkut barangbarang pukal yang baru tiba di pelabuhan. Cikgu Nordin kagum dengan Amirul kerana memberikan jawapan yang pukal. II dan III I , II dan III II , III dan IV I , II , III dan IV Munirah terlalu asyik bersembang dengan Zulaika sehingga tidak sedar nasi yang ditanaknya hangit. Ikan itu tidak boleh dimakan lagi kerana hangit sewaktu dipanggang. Badan Badrul hangit kerana sudah tidak mandi beberapa hari. Bau hangit kain buruk yang dibakar oleh bapa menusuk ke rongga hidungnya. I , II dan III I , II ban IV I , III dan IV I , II , III dan IV
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 4
Set 2 SULIT
Bahasa Melayu 1 PMR
Soalan 18 hingga Soalan 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18. Dedaun kelapa itu meliuk-liuk ditiup angin yang kencang itu. A Dedaun kelapa itu terpulas-pulas B Dedaun kelapa itu berbolak-balik C Dedaun kelapa itu terlenggok-lenggok D Dedaun kelapa itu meliuk-liuk 19. Pada zaman dahulu, para pelayar belayar di lautan dengan hanya berpandukan bintang-bintang sebagai petunjuk. A dengan hanya berpandu bintang-bintang B dengan hanya pandukan bintang-bintang C dengan hanya berpandukan pada bintang-bintang D dengan hanya berpandukan bintang-bintang 20. Emak merentangkan segulung tikar untuk tetamu yang datang berkunjung ke rumah kami. A merentangi segulung tikar B menghamparkan segulung tikar C menghampar segulung tikar D merentang segulung tikar 21. Selain daripada alat sukan - alat sukan, di kedai itu juga terdapat barangan cenderamata yang dijual. A selain alat-alat sukan B selain dari alat-alat sukan C selain daripada alat-alat sukan D selain daripada alat sukan-alat sukan Soalan 22 hingga Soalan 24 Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22. Anak yang berumur dua tahun pertuturannya hanya berkaitan dengan perbuatan dan fikiran yang dihala kepada dirinya sendiri. A Perbuatan dan fikiran anak-anak berusia dua tahun mempunyai kaitannya dengan pertuturan yang bersifat sehala. B Pertuturan anak-anak berusia dua tahun adalah berkait rapat dengan perbuatan dan fikirannya yang terhala kepada dirinya C Anak-anak lebih terhala kepada diri sendiri ketika berumur dua tahun apabila bertutur dengan orang dewasa. D Pertuturan, perbuatan dan fikiran anak-anak yang berusia dua tahun adalah dipengaruhi oleh diri sendiri.
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 5
Set 2 SULIT
Bahasa Melayu 1 PMR
23. Pihak kerajaan berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang mengamalkan budaya membaca seperti yang diamalkan oleh masyarakat di negara-negara maju yang lain. A Amalan membaca seperti di negara-negara maju yang lain akan digalakkan oleh pihak kerajaan Malaysia supaya menjadi satu budaya. B Hasrat untuk mencontohi amalan membaca yang dijadikan suatu budaya oleh masyarakat negara-negara maju yang lain akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan Malaysia. C Menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang mengamalkan budaya membaca seperti yang diamalkan oleh masyarakat di negara-negara maju yang lain merupakan hasrat pihak kerajaan. D Negara-negara maju yang lain akan menjadikan contoh oleh kerajaan Malaysia bagi merwujudkan budaya membaca. 24. Perkembangan teknologi komunikasi yang serba canggih pada masa kini mampu membawa kita ke serata dunia tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak ataupun berjalan jauh. A Melalui perkembangan teknologi perhubungan yang semakin maju pada zaman ini, kita dapat menjelajah ke mana-mana sahaja di dunia ini tanpa perlu berbelanja besar ataupun bergerak jauh. B Perbelanjaan yang banyak tidak diperlukan untuk membolehkan kita bergerak jauh ke mana-mana dengan adanya kemajuan dalam bidang perhubungan yang semakin canggih. C Kecanggihan teknologi perhubungan tidak memerlukan kita mengeluarkan perbelanjaan yang cukup banyak kerana kita tidak perlu bergerak ke manamanapun dalam dunia ini. D Tanpa perkembangan teknologi komunikasi yang canggih kita tidak mampu pergi ke mana-mana di dunia ini tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar. Soalan 25 hingga Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25
I
III IV
Kebiasaannya, bajet negara akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia di Dewan Rakyat setiap bulan Oktober. Ibu Manimaran sedang mengumpulkan serpihan-serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. Rohaya membelikan adiknya sebungkus bihun untuk digoreng. Rosli menuntun basikalnya ke Bengkel Wong kerana kebocoran tiub.
A B C D
I dan II II dan III I,III dan IV II,III dan IV
II
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 6
Set 2 SULIT 26
I
IV
Perancangan yang teliti mesti dilakukan oleh kita agar majlis yang bermakna itu dapat dijalankan dengan sempurna. Para pemimpin masyarakat diminta memikirkan cara yang berkesan untuk menangani masalah sosial. Para pengguna merungut kerana harga barang semakin meningkat sejak harga petrol dinaikkan. Seluruh kawasan di Kedah terlibat dalam catuan air mulai esok.
A B C D
I dan II II dan IV III dan IV II,III dan IV
I II
Penerokaan hutan secara tidak terkawal melalui aktiviti pembalakan. Generasi muda harus didedahkan pada kesenian dan keaslian budaya tradisional. Pada musim cuti yang lalu, kami berpeluang menyertai Kem Jaya Diri anjuran pihak sekolah. Faktor utama yang mempengaruhi kecemerlangan sesebuah organisasi adalah disiplin dan kemantapan pengurusan
II III
27
Bahasa Melayu 1 PMR
III IV A B C D
I dan II II dan III II dan IV III dan IV
Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataanpernyataan yang berikut.
28
Makanan tradisional orang Melayu sentiasa menjadi juadah pilihan semasa musimmusim perayaan sejak berzaman-zaman lamanya. Keadaan ini dapat dikatakan A B C D
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. benih yang baik jika jatuh ke laut menjadi pulau. tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 7
Set 2 SULIT
Bahasa Melayu 1 PMR
29
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah A sesuatu yang dihajati tidak berjaya diperoleh sebaliknya mendapat malu. B jika bernasib baik akan mendapat keuntungan dan jika kurang baik akan mendapat kerugian. C mendapat kerugian akibat mengharapkan sesuatu yang belum pasti diperoleh. D ditimpa masalah selepas terlepas daripada masalah yang lain.
30
Peribahasa- peribahasa berikut mempunyai makna yang sama kecuali A bapa borek anak rintik. B bagaimana acuan begitulah kuihnya. C seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. D bagai pinang dibelah dua.
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 8
Set 2 SULIT
Bahasa Melayu 1 PMR
Soalan 31 - 35 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pak Kamis
:
Ahmad Pak Kamis Ahmad Pak Kamis
: : : :
Ahmad
:
Pak Kamis
:
Ahmad
:
Pak Kamis
:
Ahmad
:
Pak Kamis Ahmad
: :
(Sedih.) Hai ... tak tahulah, Ahmad! Susah ayah memikirkannya. Nak larang kau bekerja, ayah dah tak boleh kerja. Tak apalah, ayah ... hal ini dah ayah fikirkan dalam-dalam. Jadi kau nak berhenti dari sekolahlah, ya? Begitulah nampaknya, ayah. Jangan, jangan Ahmad. Kau tu masih kanak-kanak lagi. Tempat kau di sekolah bukannya bekerja di kilang-kilang. Saya faham, ayah. Tapi kilang tu dah terima saya bekerja di situ. Kerja sebagai pelayan pejabat. Kalau saya tak kerja mana nak dapat wang, ayah? Ayah sakit ... Murad dan Midah juga perlukan wang. Biarlah Murad dan Midah terus sekolah, tak apa saya cari wang. (Sedih dan tertunduk.) Dalam keadaan macam ni, ayah pun tak tahu apa nak ayah buat. Tiba-tiba ayah diserang penyakit lumpuh ni. (Hendak menangis) (Mendekati ayahnya.) Apalah yang nak disedihkan, ayah. Semuanya itu kehendak Tuhan. Kita bersabar sajalah. Biarlah saya bekerja. Dapat juga membantu keluarga. Kalau sudah begitu keputusan kau, Ahmad, terserahlah. Kau dah besar. Tapi ayah sungguh sayang dengan pelajaran kau. Tahun ini kau akan menduduki peperiksaan SPM. Saya berhenti sekolah dan bekerja, tak bererti saya akan berhenti belajar, ayah. Maksud kau macam mana? Siang saya bekerja, malam saya akan tetap belajar. (Dipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)
31. Apakah keputusan yang telah diambil oleh Ahmad bagi membantu keluarganya? A. B. C. D.
Berhenti dari sekolahnya. Bekerja sebagai pelayan pejabat. Mengubati penyakit ayahnya. Meneruskan kerja ayahnya sebelum ini.
32. Mengapakah Pak Kamis tidak dapat bekerja lagi? A. B. C. D.
Usianya telah meningkat dan uzur. Tidak tahu melakukan sebarang pekerjaan. Dia diserang penyakit yang amat berbahaya. Dia diserang penyakit lumpuh secara tiba-tiba.
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 9
Set 2 SULIT
Bahasa Melayu 1 PMR
33. Perwatakan Ahmad berdasarkan petikan di atas ialah A. tidak putus asa walaupun diberhentikan sekolah. B. bertanggungjawab terhadap keluarga. C. prihatin terhadap pekerjaannya. D. tabah dalam pelajaran. 34. Perkataan berhuruf condong dalam ayat “Kau dah besar,” dalam petikan di atas adalah contoh bagi A. B. C. D.
epifora. repetisi. inversi. sinkof.
35. Peristiwa manakah yang menunjukkan peleraian cerita dalam drama “Adik Berjasa”? A. B. C. D.
Perompak yang menculik anak jutawan telah ditangkap. Perompak meminta wang tebusan RM1 juta daripada jutawan. Perompak menerima wang tebusan sebanyak RM1 juta daripada jutawan. Perompak berjaya melepaskan diri bersama wang tebusan sebanyak RM 1juta.
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 10
Set 2 SULIT
Bahasa Melayu 1 PMR
Soalan 36 - 40 Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Syair Mungkir Janji Tuan berjanji berpegang tangan, Mengaku bersama menyingsing lengan, Tidak peduli tegah dan jangan, Umpama sungai tiada berhalangan. Tetapi akhirnya apalah sudah, Beberapa lama tangan menadah, Rupanya tuan meluahkan ludah, Umpama biawak bercabang lidah. Tidakkah ingat tuan berkata, Mahu bersama hina dan leta, Daripada hidup berputih mata, Biarlah tulang tercampak ke kota. Tidak kusangka tuan tak ingat, Umpama lebah membuang sangat, Bila terasa api yang hangat, Lekas benar tuan merengat. Kalau begitu aku berpesan, Riwayat kita hapuskan berkesan, Supaya tidak berhati bosan, Hilang segala resah dan resan. (Dipetik daripada Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, Tingkatan 2)
36. Apakah yang dimaksudkan oleh penyair dalam rangkap pertama? A. Penyair ialah orang yang suka berjanji. B. Penyair menyedari bahawa “tuan” suka menabur janji. C. Penyair menyedari bahawa harapannya musnah kerana “tuan” mengkhianati janji. D. Penyair berharap agar janjinya dengan “tuan” dapat ditunaikan walaupun menghadapi rintangan. Rupanya tuan meluahkan ludah 37
Mengapakah “tuan” berbuat demikian? A. “Tuan” benci akan penyair. B. “Tuan” mengalami sakit mulut. C. “Tuan” lupa akan janji kepada penyair. D. “Tuan” tidak sanggup meluahkan perasaan.
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 11
Set 2 SULIT
Bahasa Melayu 1 PMR
38. Perasaan penyair yang tergambar dalam keseluruhan syair ialah A. kecewa B. resah. C. bosan. D. sedih.
Biarlah tulang tercampak ke kota 39.
Gaya bahasa baris syair di atas ialah A. B. C. D.
personifikasi. hiperbola. metafora. simile.
40. Berdasarkan rangkap terakhir syair di atas, apakah sikap penyair yang wajar diteladani? A. B. C. D.
Bersimpati. Bekerjasama. Bertolak ansur. Berprinsip tidak jemu.
KERTAS SOALAN TAMAT
LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Halaman 12