Pmr B Melayu Kertas 2 Set 1

  • Uploaded by: Azman Bin Jaeh
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pmr B Melayu Kertas 2 Set 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 919
  • Pages: 6
SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 LTS 2007 Set 1 2 jam

UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

‘LEARNING TO SCORE 2007’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian.

2.

Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut.

3.

Bahagian B tidak mempunyai pilihan.

4.

Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.

5.

Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak [Lihat sebelah SULIT

Set 1

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian A(i) [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [20 markah]

Baca petikan dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang tujuan Program Latihan Khidmat Negara diadakan . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Idea untuk mengadakan Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) sebenarnya telah tercetus sejak sepuluh tahun yang lalu setelah diteliti dari segi kebaikan dan keburukannya, program PLKN ini dilaksanakan pada 16 Februari 2004. PLKN ini diwujudkan supaya semangat patriotisme dalam kalangan remaja dapat disemai. Peserta ini juga akan mendapat kekuatan luaran dan dalaman bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang dalam kehidupan. Peserta PLKN ini dipilih daripada golongan remaja dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Mereka akan menjalani latihan fizikal, kursus ketatanegaraan dan perkhidmatan masyarakat. Modul serampang tiga mata ini diharap dapat melahirkan golongan remaja yang sayang dan cinta akan negara serta bersedia mempertahankan tanah air sekiranya diancam pihak luar. Selain itu, PLKN berperanan bagi mewujudkan perpaduan dan memupuk integrasi sosial yang lebih jitu dalam kalangan generasi muda yang terdiri daripada pelbagai kaum. Secara tidak langsung pelajar lepasan sekolah dan para remaja terhindar daripada membuang masa serta melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Sehubungan itu, program ini dapat menyelesaikan sebahagian daripada masalah keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak muda hari ini. Latihan ala ketenteraan dan aktiviti lasak pula bukan bertujuan untuk mendera tetapi membentuk disiplin dan ketahanan diri mereka sendiri. Semua modul yang digunakan, disesuaikan dengan persekitaran sosial dan budaya masyarakat di Malaysia. PLKN ini juga merupakan program untuk pelajar SPM menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan sebelum mereka menerjunkan diri ke dalam realti kehidupan yang sebenar. Mereka juga akan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai anggota masyarakat apabila mereka menjalankan aktiviti perkhidmatan sosialnya. Setelah tamat latihan, kerajaan mengharapkan agar para pelatih PLKN dapat menjadi remaja yang bersemangat patriotik dan mempunyai jati diri yang tinggi serta menjadi warganegara yang bertanggungjawab. ( Dipetik dan diubahsuai daripada Fokus, April 2004)

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

2

Set 1

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian A (ii): Pemahaman [10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i) jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

i.

Apakah maksud rangkai kata dalam realiti kehidupan ?

ii.

Berdasarkan petikan , nyatakan dua daripada modul utama PLKN ? [4 markah ]

iii.

Pada pendapat anda, mengapakah program ini dirancang khas untuk pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM pada tahun semasa . [ 4 markah ]

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

3

[ 2 markah ]

Set 1

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian B ( Masa yang dicadangkan : 25 minit ) ( 20 markah )

Kaji iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat dalam iklan itu, huraikan kebaikankebaikan menyimpan wang di bank. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

KADAR FAEDAH SIMPANAN TETAP RBH BANK MULAI 2007 Sebulan(Minimum RM 10000)

3 bulan

5.00%

5.10%

6 bulan

9 bulan

5.15%

5.15%

12 bulan

15 bulan

5.25%

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

5.25% (boleh dirunding)

4

Set 1

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 45 minit] [40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

(a) Andaikan bahawa anda ialah ibu atau bapa seorang pelajar tingkatan tiga. Anda tidak berpuas hati dengan keadaan asrama anak anda yang kotor dan tidak menyenangkan. Tulis sepucuk surat kepada pengetua sekolah untuk menyatakan rasa tidak puas hati anda dan berikan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

(b) Sebagai Ketua Pengarang Buletin Sekolah, anda dikehendaki untuk mewawancara Guru Pusat Sumber Sekolah anda tentang langkah-langkah untuk menarik minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah. Tuliskan wawancara anda selengkapnya.

(c) Baru-baru ini tempat tinggal anda telah dilanda banjir yang teruk. Gambarkan suasana ketika itu serta ceritakan pengalaman anda dan penduduk setempat menghadapi keadaan tersebut.

(d) Anda dan rakan-rakan terpilih menyertai pertandingan perbahasan peringkat negeri. Tajuk yang ditetapkan ialah “Sikap Penggunalah yang Menyebabkan Kenaikan Harga Barang di Pasaran”. Sebagai pencadang, sediakan hujah-hujah anda.

(e)

Anda bercadang menulis rencana yang bertajuk “ Kepentingan Menyertai Pertubuhan Sukarela”. Sediakan rencana tersebut selengkapnya.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

5

Set 1

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian D [Masa yang dicadangkan: 10 minit] [10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji, sama ada di Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3

(i) (ii) (iii)

Aku Anak Timur karya Siti Aminah haji Yusuf. Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari. Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman Hanafiah.

Baik hati Rasional Tegas Tabah Sabar Jujur Bertanggungjawab Bertimbangrasa Penyayang Selain nilai di atas , banyak lagi nilai murni ingin disampaikan kepada pembaca melalui novel yang anda kaji. Nyatakan tiga nilai murni yang ingin disampaikan melalui novel yang anda pelajari beserta bukti yang jelas.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

6

Related Documents


More Documents from "Azman Bin Jaeh"

Pmr Science Paper 2 Set 2
October 2019 34
Upsr Mat K2 Set 1
October 2019 26
Spm Kimia K1 Set 3
November 2019 37
Pmr B Melayu Kertas 1 Set 2
October 2019 31
Spm M3t Kertas 1 Set 2
November 2019 33