Pmr B Melayu Kertas 2 Set 2

  • Uploaded by: Azman Bin Jaeh
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pmr B Melayu Kertas 2 Set 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 912
  • Pages: 6
SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 LTS 2007 Set 2 2 jam

UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

‘LEARNING TO SCORE 2007’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian.

2.

Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut.

3.

Bahagian B tidak mempunyai pilihan.

4.

Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.

5.

Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak [Lihat sebelah SULIT

Set 2

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian A(i) [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [20 markah]

Baca petikan dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang langkah-langkah mempertingkat keberkesanan program pembangunan belia . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Golongan belia merupakan generasi yang diharap akan menggantikan kepimpinan negara pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, para belia perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman seberapa banyak yang boleh. Justeru, kerajaan telah merancang pelbagai program pembangunan untuk belia. Bagi generasi muda Melayu khususnya mesti mengambil perhatian terhadap usaha menjana Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Generasi Baru (MPPBGB) yang sedang digerakkan oleh kerajaan. Kerajaan sekarang sedang menyusun semula program untuk pembangunan belia bagi mempertingkat keberkesanannya berdasarkan jangkaan pertambahan golongan itu dalam RMK-9. Antaranya ialah penggubalan Akta Belia Negara bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program pembangunan belia untuk membantu serta menggalakkan penyertaan lebih banyak golongan itu dalam pelbagai persatuan. Akta ini menggabungkan peranan antara kementerian dalam pembangunan belia untuk memastikan program belia dilaksanakan secara lebih bersepadu, selaras dan berkesan. Jumlah bilangan belia dijangka bertambah kepada 11.65 juta pada 2010. Berikutan itu, kerajaan mewujudkan teras pembangunan belia dengan mengupayakan golongan tersebut melalui peningkatan kualiti pendidikan dan latihan. Antara langkah lain yang diambil ialah mewujudkan program pembelajaran sepanjang hayat melalui pendidikan jarak jauh dan tidak formal. Di samping itu, Institut Penyelidikan Belia Negara diwujudkan dengan menggunakan kemudahan sedia ada untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang utama iaitu memasyarakatkan belia terhadap agama dan budaya, potensi belia dan integriti, belia berpersatuan, kepimpinan dan kesukarelaan, belia dan pendidikan, serta belia dan kesedaran politik. Sementara itu, program baharu iaitu Program Memperkasakan Tenaga Muda akan dilaksanakan terutama untuk belia yang tidak terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilaksanakan dalam program ini untuk memastikan mereka yang tidak terpilih menyertai PLKN mendapat pendedahan yang sama. Program Pembangunan Belia Tani juga diperkenalkan dalam tempoh RMK-9 untuk terus menggalak dan menarik minat belia dalam sektor pertanian. Ketika ini, golongan belia semakin terdedah kepada pelbagai cabaran, suasana dan kemelut. Hal ini termasuklah pelbagai bentuk pengaruh, cara hidup, sistem komunikasi, dan rangkaian komputer antarabangsa. Cabaran ini disulitkan lagi dengan kepesatan pembangunan ekonomi dan perindustrian serta proses pembandaran yang pesat. Kesemua ini dijangka memberikan kesan kepada nilai dan gaya hidup belia khususnya di bandar. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat Mei 2006)

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

2

Set 2

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian A (ii): Pemahaman [10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i) jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

i. ii.

Apakah maksud rangkaikata menyusun semula program ? [ 2 markah ] Berdasarkan petikan, nyatakan dua kesan baik program pembangunan belia yang diwujudkan oleh kerajaan . [ 4 markah ]

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya anda dapat menyumbang ke arah pembangunan belia? [4 markah ]

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

3

Set 2

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian B ( Masa yang dicadangkan : 25 minit ) ( 20 markah )

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan wujudnya perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

4

Set 2

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 45 minit] [40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

(a) Persatuan Bahasa Melayu telah menyertai karnival jualan sempena hari Kokurikulum di sekolah anda. Sebagai setiausaha persatuan anda dikehendaki menulis laporan aktiviti tersebut. Tulis laporan tersebut selengkapnya. (b) Rancangan televisyen banyak mempengaruhi remaja. Tulis suatu karangan untuk menyatakan kesan-kesan negatif akibat daripada pengaruh rancangan televisyen. (c) Sebagai wartawan, anda ditugaskan untuk menyertai lawatan kerja sehari Menteri Besar ke daerah anda. Tulis berita tentang lawatan tersebut untuk disiarkan dalam akhbar harian.

(d) Masalah pencemaran sungai yang semakin serius berpunca daripada sikap individu dan masyarakat setempat yang suka membuang sampah ke dalam sungai. Berikan pendapat anda tentang faktor-faktor fenomena ini terus berlaku.

(e) Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, kerajaan telah melancarkan pelbagai kempen dan aktiviti untuk menggalakkan aktiviti pelancongan dalam negara. Nyatakan faedah-faedah yang diperoleh dengan melancong dalam negara.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

5

Set 2

Bahasa Melayu 2 PMR

Bahagian D [Masa yang dicadangkan: 10 minit] [10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang pernah anda kaji sama ada di Tingkatan 1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3. (i) (ii) (iii)

Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hj. Yusof. Kapten Hassan Wira Bangsa , karya Harun Johari. Merdeka! Merdeka! , karya A. Rahman Hanafiah.

Tujuan pengarang memasukkan pelbagai persoalan dalam karyanya supaya pembaca dapat berfikir dan mengambil iktibar. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat dijadikan iktibar menerusi pembacaan novel yang telah anda pelajari.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

6

Related Documents


More Documents from "Azman Bin Jaeh"

Pmr Science Paper 2 Set 2
October 2019 34
Upsr Mat K2 Set 1
October 2019 26
Spm Kimia K1 Set 3
November 2019 37
Pmr B Melayu Kertas 1 Set 2
October 2019 31
Spm M3t Kertas 1 Set 2
November 2019 33