Pmr B Melayu Kertas 1 Set 3

  • Uploaded by: Azman Bin Jaeh
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pmr B Melayu Kertas 1 Set 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,207
  • Pages: 12
SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 LTS 2007 1 jam

UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

‘LEARNING TO SCORE 2007’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU Kertas 1 1 jam SET 3

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2.

Jawab semua soalan

3.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak. [Lihat sebelah SULIT

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT Soalan 1 - 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1.

Bacalah__________ majalah yang kamu suka. A apa-apa B bila-bila C siapa-siapa D mana-mana

2.

Pak Mail sedang____________sayur-sayuran di kebun sayurnya. A menjirus B menyimbah C merenjis D mencurah

3.

Pekerja-pekerja di ladang koko itu______________bakul semasa memetik buah koko. A menjunjung B menjinjing C mendukung D menggalas

4.

Harga telefon bimbit biasanya akan mengalami__________apabila dijual semula. A. susut nilai B timbang tara C turun naik D melambung naik

5.

Semua pihak perlulah berganding bahu untuk membanteras gengsterisme yang semakin_____________dalam kalangan remaja. A menyusup B merayap C menular D menjalar

6.

Profesor Diraja Ungku Aziz merupakan_____________yang banyak menyumbangkan buah fikiran terhadap pembangunan negara. A bangsawan B sejarawan C negarawan D cendekiawan

LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

Halaman 2

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT 7.

Sejak kejadian itu, ayah enggan bercakap dengan saya walaupun se____________kata. A B C D

patah cebis baris untai

Soalan 8 - 14 Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 8.

Pihak PIBG tidak dapat memainkan peranannya dengan baik seandainya tidak A B mendapat sokongan daripada masyarakat setempat melainkan pihak ibu bapa. C Tiada kesalahan. D

9.

Kita hendaklah selalu beringat-ingat dengan kesenangan yang kita nikmati kerana A B hidup ini ibarat putaran roda. Tiada kesalahan. C D

10.

Jiran tetangga seharusnya menegur sapa antara satu sama lain agar suasana A harmoni dalam kawasan kejiranan tersebut dapat diwujudkan. Tiada kesalahan. B C D

11.

Dokumentari tersebut memaparkan akan kedaifan penduduk di kawasan A pedalaman untuk ditonton oleh masyarakat di seluruh negara. Tiada kesalahan. B C D

12.

Pembinaan pagar dawai di sekeliling kawasan sekolah itu ditafsirkan menelan A B belanja kira-kira dua ribu lima ratus ringgit. Tiada kesalahan. C D

13.

Rakyat Malaysia turut berasa bangga dengan pencapaian atlet kurang upaya A B dalam beberapa acara yang dipertandingkan semasa Sukan Paralimpik yang lalu. C Tiada kesalahan. D

14.

Kami membawa buah tangan ketika berziarah Adlin yang terlantar di hospital A B C akibat kemalangan jalan raya. Tiada kesalahan. D

LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

Halaman 3

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT Soalan 15 - 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul.

15.

I II III IV A B C D

16.

I II III IV

17.

Kainnya tidak luntur walaupun telah dicuci berkali-kali. Azamnya untuk menjadi juruterbang tentera tidak pernah luntur walaupun dihalang oleh bapanya. Harga kereta terpakai yang luntur memungkinkan orang ramai berminat untuk membelinya. Kejelitaannya mulai luntur apabila umurnya semakin meningkat. I, II, dan IV I, III, dan IV II, III, dan IV I, II, III, dan IV “Orang yang lemah daya ingatannya mungkin sukar untuk memenangi pertandingan kuiz itu,” kata Fuad. Dalam perdebatan itu dia memenangi Razak yang merupakan sepupunya. Abang yakin bahawa dia akan dapat memenangi hati ibunya kembali. Cerpen karangannya telah memenangi Peraduan Cerpen Esso Gapena 2007.

A B C D

I, II, dan IV I, III, dan IV II, III, dan IV I, II, III, dan IV

I

Siti menukar siaran televisyen kerana sudah muak dengan drama bersiri tersebut. “Saya sudah muak dengan sikapnya yang cukup cerewet dan berkira,” kata Zarina.. Adik minum air masak bagi menghilangkan rasa muak. Hari ini saya hanya berlaukkan ikan kering kerana sudah muak dengan kari ayam.

II III IV

A B C D

I, II, dan IV I, III, dan IV II, III, dan IV I, II, III, dan IV

LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

Halaman 4

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT Soalan 18 hingga Soalan 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18.

Wakil-wakil kedutaan asing mempertunjukkan tarian kebudayaan masing-masing. A B C D

19.

Pelajar kelas itu bekerjasama untuk memperindahkan kelas mereka bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan pada bulan hadapan. A B C D

20.

bekerjasama untuk mengindahkan bekerjasama untuk perindahkan bekerjasama untuk memperindah bekerjasama untuk memperindahkan

Harta peninggalan Datuk Hashim telah diperkacangkan oleh warisnya. A B C D

21.

menunjuk menunjukkan mempertunjuk mempertunjukkan

Datuk Hashim telah dikacang Datuk Hashim telah dikacangkan Datuk Hashim telah diperkacang Datuk Hashim telah diperkacangkan

Ketua pejabat itu sentiasa curiga terhadap kejujuran anak buahnya. A B C D

curiga tentang jujur curiga terhadap jujur curiga tentang kejujuran curiga terhadap kejujuran

LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

Halaman 5

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT Soalan 22 - 24 Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22.

Walaupun kempen menggalakkan orang ramai menaiki kenderaan awam dipertingkat, namun usaha tersebut kurang mendapat perhatian dalam kalangan pengguna jalan raya. A B C D

23.

Ahli perniagaan yang termasyhur itu memiliki rumah besar yang berhalaman luas di atas bukit. A B C D

24.

Sikap pengguna jalan raya yang mengabaikan kempen menaiki kenderaan awam menyebabkan penggunaan jalan raya tidak mendapat sambutan. Jumlah penggunaan kenderaan awam akan meningkat sekiranya kempen dijalankan terhadap pengguna jalan raya. Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai menaiki kenderaan awam memerlukan perhatian daripada pengguna jalan raya. Kempen menggalakkan orang ramai menaiki kenderaan awam kurang berkesan akibat sambutan dingin daripada pengguna jalan raya.

Halaman luas rumah besar di atas bukit itu kepunyaan seorang ahli perniagaan yang terkenal. Rumah besar di atas bukit yang berhalaman besar itu ialah milik seorang ahli perniagaan yang terkenal. Rumah besar yang halamannya luas di atas bukit itu ialah milik ahli perniagaan yang terkenal. Di atas bukit itu terdapat sebuah rumah besar yang berhalaman luas yang termasyhur kepada ahli perniagaan.

Pada masa sekarang banyak kawasan hutan dicerobohi dan dimusnahkan dengan sesuka hati kerana pembangunan. A B C D

Atas alasan pembangunan, pada masa kini hutan dicerobohi dan dimusnahkan dengan sewenang-wenangnya. Pencerobohan dan kemusnahan hutan berlaku kerana pada masa sekarang masih banyak terdapat kawasan hutan. Sikap memusnahkan dan menceroboh hutan sesuka hati adalah kerana pembangunan tidak memerlukan kawasan hutan Pembangunan yang pesat pada masa kini menghendaki kawasan hutan dimusnahkan dan dicerobohi dengan sewenang-wenangnya.

LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

Halaman 6

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT Soalan 25 - 27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25.

I II

IV

Angin kencang bertiup daripada arah selatan. Berita bencana itu hanya sampai kepada pihak polis setelah dilaporkan oleh orang awam. Terjemahan perkataan demi perkataan sering kali menghasilkan susuk ayat yang menggelikan hati. Penyata perbelanjaan bagi tahun hadapan sedang dibincangkan di Parlimen.

A B C D

I dan II II dan III I, II, dan III II, III, dan IV

I II III IV

Semenjak peristiwa itu, saya tidak berani lagi keluar pada waktu malam. Para pelancong kagum akan keindahan pantai-pantai di Malaysia. Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu. Aduan terhadap kelewatan bayaran itu sedang diberi perhatian.

A B C D

I dan II II dan III I, II, dan III II, III, dan IV

I

IV

Tuan Pengetua selalu menasihati para-para pelajarnya agar senantiasa jujur dan ikhlas apabila melakukan sesuatu. Ibu angkat saya berhasrat untuk memperbesar rumahnya pada hujung tahun ini. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu menjaga warisan budaya yang diturunkan oleh generasi terdahulu kepada kita. Ubat sakit pinggang dicarikan Pak Mohsein oleh Zubir.

A B C D

I dan II II dan III I, II, dan III II, III, dan IV

III

26.

27.

II III

LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

Halaman 7

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi penyataan-penyataan yang berikut. 28.

Peribahasa yang berikut boleh dikaitkan dengan perbuatan keterlanjuran kata yang tidak dapat ditarik balik, dan perlu berfikir terlebih dahulu ialah A B C D

orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik

Nasib malang yang tidak dapat dielakkan lagi. 29.

Peribahasa yang menunjukkan maksud di atas ialah A B C D

30.

umpama hendak menepung tidak berberas umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan

Berikan maksud peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas. A B C D

Kembali ke tempatnya Memperoleh sesuatu yang diinginkan Tindakan yang dilakukan melebihi daripada apa yang sepatutnya Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenarnya

LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

Halaman 8

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT Soalan 31 hingga soalan 35 Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab solan-soalan yang berikutnya. Ketika dia berjalan ke rumah Pak Mustaffa petang itu, tergambar di fikirannya rakanrakannya menyerahkan bungkusan hadiah masing-masing kepada Cikgu Fatimah. Ketika itu dia hanya merenungi bungkusan-bungkusan yang cantik, dibungkus dengan kertas berbunga, tentu mahal pula harganya; dengan hati yang penuh terharu. “Oh! Apakah yang dapat aku hadiahkan pada Cikgu Fatimah? Dia sangat baik padaku. Dia banyak menolongku. Aku mesti hadiahkan sesuatu padanya.” Demikian azam Ramli sambil melangkah satu-satu menuju ke rumah Pak Mustaffa. Rumah Pak Mustaffa berdekatan benar dengan sebuah bukit. Dia melihat pokokpokok menghijau di sekitar bukit tersebut. Di situ dia dan ibunya sering mencari kayu api, umbut-umbut kayu dan ulam. Betapa segar daun-daun kayu di situ tanpa diterokai oleh manusia. Dia pulang ke rumahnya petang itu dengan perasaan tenteram. Pak Mustaffa senang sekali memberikan beras yang dipohon oleh ibunya. Betapa penduduk di situ amat bersimpati terhadap hidup mereka. Pagi itu, seperti pagi yang lain-lain, setelah sarapan pagi, dia melangkah menuju ke sekolah dihantar oleh ibu dan adik-adiknya di muka pintu rumahnya. “Tuhanku, dialah satu-satunya anakku yang kuharap-harapkan. Berkatilah pelajarannya itu,” doa ibu penuh harapan. (Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1 Dewan Bahasa dan Pustaka)

31. Tujuan Ramli pergi ke rumah Pak Mustaffa adalah untuk A B C D

mencari idea. menziarahinya. memohon bantuan. menyampaikan pesanan.

32. Apakah maksud perkataan berkati yang terdapat dalam cerpen di atas? A B C D

Menambahkan ilmu Satu kemudahan Memberikan restu Mudah faham

33. Yang berikut merupakan latar masyarakat dalam cerpen di atas. A B C D

masyarakat yang saling membantu. masyarakat yang mengutamakan beras. masyarakat yang mementingkan hadiah. masyarakat yang mengharapkan sumbangan daripada anak.

LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

Halaman 9

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT 34. Apakah kesudahan cerita “Hadiah Hari Guru”? A B C D

Cikgu Fatimah menerima pucuk gajus daripada Ramli. Cikgu Fatimah mengambil Ramli sebagai anak angkat. Cikgu Fatimah menerima sepucuk surat daripada Ramli. Cikgu Fatimah membuka hadiah pemberian istimewa Ramli.

35. Ayat “Pak Mustaffa senang sekali memberikan beras” menunjukkan bahawa beliau seorang yang A B C D

mudah bekerjasama. memiliki kekayaan. mendengar kata. berhati ikhlas.

LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

Halaman 10

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT Soalan 36 hingga Soalan 40. Baca pantun di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pantun Peribahasa. Buat bangsal di Pulau Daik, Menahan taut sambil mengilau; Kalau asal benih yang baik, Jatuh ke laut menjadi pulau. Hendak layari perahu payar, Angin berpuput di Laut India; Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabut nampaklah dia. Hendak belayar ke Teluk Betung, Sambil mencuba labuhkan pukat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. (Dipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

36. Baris “kalau asal benih yang baik” bermaksud A B C D

datang dari tempat yang masyhur. memiliki benih kehidupan yang bernilai. memiliki ahli keluarga yang baik benihnya. lahir daripada keturunan yang mulia.

37. Mengapakah sikap yakin diri mesti ditanam dalam diri setiap individu? A B C D

Sifat ini dicintai individu. Sifat ini pemangkin kemajuan. Sifat ini amat dikehendaki orang. Sifat ini amat mudah dimiliki individu.

38. Baris ”takkan lari gunung dikejar” dalam pantun di atas adalah contoh A B C D

personifikasi. metafora. inversi. sinkof.

LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

Halaman 11

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT 39. Mesej utama dalam rangkap ketiga pantun di atas ialah A B C D

masyarakat yang bersatu menjamin kejayaan. masyarakat yang suka bekerjasama. masyarakat yang harmoni. masyarakat yang rajin.

40. Antara yang berikut, yang manakah pengajaran utama yang terdapat dalam pantun di atas? A B C D

Kita mestilah mengamalkan hidup bermuafakat. Kita hendaklah menjadi benih yang baik. Kita mestilah lari daripada musibah. Kita hendaklah berani mencuba.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE 2007 UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

Halaman 12

Related Documents


More Documents from "Azman Bin Jaeh"

Pmr Science Paper 2 Set 2
October 2019 34
Upsr Mat K2 Set 1
October 2019 26
Spm Kimia K1 Set 3
November 2019 37
Pmr B Melayu Kertas 1 Set 2
October 2019 31
Spm M3t Kertas 1 Set 2
November 2019 33