Perutusan Menteri Pelajaran Sempena Minggu Pendidikan Untuk Semua 2009

  • Uploaded by: Admin Laman
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perutusan Menteri Pelajaran Sempena Minggu Pendidikan Untuk Semua 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,032
  • Pages: 4
PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA sempena MINGGU “PENDIDIKAN UNTUK SEMUA” 20-26 APRIL 2009 Bismillah-ir Rahman-ir Rahim Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekalian. Pada minggu ini kita bersama-sama seluruh warga dunia menyambut Minggu “Pendidikan Untuk Semua”. Bersempena minggu ini terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga guru, tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi dan agensi latihan dan kemahiran, dan pelajar yang dikasihi sekalian kerana telah berjaya meningkatkan kedudukan Malaysia ke paras yang membanggakan dalam ranking Indeks Pembangunan Pendidikan Untuk Semua 2009 yang dilaporkan dalam EFA 2009 Global Monitoring Report (GMR) terbitan United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). GMR tersebut menempatkan Malaysia pada kedudukan 45 dalam kategori indeks tertinggi berbanding kedudukan 54 pada kategori indeks sederhana pada tahun 2008. Atas kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kementerian dan agensi yang menganggotai Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal Pendidikan Untuk Semua kita juga telah berjaya menghasilkan Laporan Separuh Penggal Pendidikan Untuk Semua. Usaha penilaian separuh penggal ini adalah salah satu agenda antarabangsa UNESCO bagi pendidikan. Pada hari ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan tenaga pengajar kerana tanpa usaha gigih mereka Malaysia pastinya tidak akan mempunyai sumber tenaga yang dapat menyumbang kepada pembangunan ilmu dan pembangunan negara kita yang dicintai ini. 1

Hadirin dan pelajar yang dihormati sekalian, Setiap tahun seluruh dunia meraikan “Minggu Pendidikan Untuk Semua”. Acara antarabangsa ini yang dipelopori UNESCO adalah usaha ke arah memberikan kesedaran kepada warga dunia bahawa setiap kanak-kanak, remaja dan orang dewasa berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran hidup dan literasi. Pada tahun ini minggu “Pendidikan Untuk Semua” atau dalam bahasa Inggerisnya “Education For All” dengan singkatan EFA diraikan pada 20 hingga 26 April 2009. Pada tahun 2000, di “Persidangan Dunia Berkaitan Pendidikan” anjuran UNESCO yang diadakan di Dakar, Senegal, warga dunia telah dimaklumkan tentang kegagalan kebanyakan negara melaksanakan Deklarasi Jomtien yang telah dipersetujui pada tahun 1990, di Jomtien, Thailand. Untuk memastikan kegagalan Jomtien tidak berulang, maka warga dunia termasuk Malaysia yang hadir di persidangan Dakar, telah sekali lagi berikrar untuk meningkatkan usaha memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak dan remaja, dan mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan orang dewasa serta menetapkan supaya semua negara mencapai matlamat Dakar berkaitan Pendidikan Untuk Semua pada tahun 2015. Hadirin dan pelajar yang dihormati sekalian, Tema Minggu „Pendidikan Untuk Semua‟ pada tahun ini adalah “Literasi Orang Dewasa dan Pembelajaran Sepanjang Hayat”. Merujuk kepada GMR 2009, dianggarkan sebanyak 776 juta orang dewasa – atau 16% populasi orang dewasa dunia – kurang kemahiran asas literasi. Lebih kurang dua-pertiga daripadanya adalah perempuan. Di Malaysia, kadar literasi orang dewasa (15 tahun ke atas) pada tahun 2007 adalah pada kadar 92.3 peratus dan diunjurkan berada pada kadar 96 peratus pada tahun 2015. Peningkatan literasi dalam kalangan masyarakat di Malaysia terutama dalam kalangan orang dewasa memberi kesan yang positif terhadap pertumbuhan dan perkembangan generasi muda. Ini adalah kerana tahap literasi orang dewasa berkait rapat dengan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa orang dewasa dan ibu bapa yang tinggi tahap literasi dan pendidikannya menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti, Kajian di Mexico, Nepal, Venezuela dan Zambia pula membuktikan 2

bahawa pendidikan dapat mengubah aspirasi kaum perempuan terhadap kemahiran dan pembelajaran dengan kesan yang positif terhadap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Hadirin dan pelajar yang dihormati sekalian, Pada tahun 2006, sebanyak 75 juta kanak-kanak seluruh dunia, 55% daripadanya kanak-kanak perempuan, tidak bersekolah. Jika trend ini berterusan, jutaan kanak-kanak akan tetap tidak bersekolah pada tahun 2015 – tahun sasaran Dakar. Adalah diharapkan dengan meningkatnya kadar literasi orang dewasa, bilangan kanak-kanak, terutama kanakkanak perempuan yang tidak bersekolah akan berkurangan. Namun, menurut GMR 2009, apabila kanak-kanak perempuan berpeluang memasuki sekolah, kemajuan mereka biasanya terbatas oleh sikap guru dan buku teks yang berunsurkan gender yang tidak memihak kepada kanak-kanak perempuan. Oleh itu, untuk memastikan kanak-kanak perempuan juga dapat menamatkan pendidikan dengan jayanya, guruguru dan penulis buku hendaklah peka terhadap isu gender dalam pendidikan. Hadirin dan pelajar yang dihormati sekalian, Tahap pendidikan masyarakat akan menentukan pertumbuhan ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi yang seimbang pula dapat mengurang dan membasmi kemiskinan. Terdapat bukti kukuh yang mengaitkan pendidikan dengan pertumbuhan ekonomi dan produktiviti. Satu kajian ke atas 50 negara menunjukkan bahawa tambahan satu tahun persekolahan dapat meningkatkan kadar KNK sebanyak 0.37% dan apabila digabung dengan penambahbaikan kemahiran kognitif ia meningkat kepada 1%. Kajian lain pula mendapati tambahan satu tahun persekolahan akan meningkatkan pendapatan individu sebanyak 10%. Oleh itu, anak-anak sekalian, tingkatkanlah usaha untuk memajukan diri sendiri kerana hasilnya adalah kemajuan yang luar biasa bagi pembangunan negara. Dalam hal ini, marilah kita sebagai guru, ibu bapa dan masyarakat umum menggembeling tenaga menyokong usaha anak-anak kita untuk maju dan berjaya dalam pelajaran. Pendidikan yang melengkapkan individu dengan literasi dan kemahiran lain akan membolehkan mereka memberi sumbangan kepada masyarakat, dan memastikan kerajaan melaksanakan 3

tangungjawabnya. Bukti dari Afrika Selatan menunjukkan pendidikan memainkan peranan penting dalam membantu memantapkan sokongan kepada demokrasi pelbagai parti dan memberi cabaran kepada autokrasi. Hadirin dan pelajar yang dihormati sekalian, Tahun ini, bagi menyokong usaha UNESCO meraikan “Minggu Pendidikan Untuk Semua” di peringkat dunia, KPM dengan kerjasama kementerian dan agensi yang menjadi tunjang kepada EFA di Malaysia melaksanakan beberapa program di seluruh negara secara serentak. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu ini, ialah Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak di Putrajaya, Pameran Kerjaya Teknikal dan Vokasional di Miri, Program Kelas Dewasa Kaum Asli Penan atau singkatannya KEDAP dan The Big Read di Kuching yang melibatkan penyertaan dalam kalangan pelajar, guru, guru pelatih dan pensyarah IPG, pegawai kementerian pelajaran dan kementerian serta agensi yang berkenaan, dan juga peserta KEDAP dan NGOs. Minggu EFA peringkat kebangsaan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran warga pendidikan serta masyarakat tentang kepentingan pendidikan sepanjang hayat, serta matlamat EFA dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Agenda EFA dapat mempertingkatkan kadar literasi dan penyertaan dalam pendidikan, ia juga membantu merealisasikan hasrat negara membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Sebagai penutup kata, ingin saya sekali lagi menegaskan peri pentingnya pendidikan dan literasi dan saya berharap semoga pelaksanaan Minggu EFA pada tahun ini dapat menyemarakkan rasa kecintaan ilmu melalui pembacaan dan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia tentang kepentingan pendidikan sepanjang hayat. Marilah kita, sebagai Satu Malaysia bersama-sama menjayakan Minggu EFA ini demi meletakkan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju. Sekian. Terima kasih.

4

Related Documents


More Documents from ""