Pernyataan Profesional.docx

  • Uploaded by: siti nur
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pernyataan Profesional.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 747
  • Pages: 3
PERNYATAAN PROFESIONAL

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM Pada semester ini, saya serta seluruh guru pelatih semester 5 ambilan Jun 2016 akan menjalani latihan mengajar atau juga dikenali sebagai praktikum selama 12 minggu untuk fasa pertama. Bagi praktikum kali pertama saya di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Kerandang, Jerteh Terengganu bermula 29 Julai hingga 25 Oktober 2018. Latihan

praktikum ini

dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru supaya bakal-bakal guru dberikan latihan yang khusus sebelum menamatkan pembelajaran. Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Hal ini sangat penting untuk diri saya sebelum menghadapi 3 bulan di sekolah nanti. Antara perkara yang perlu saya lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat besama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung di Dewan Al-Khindi yang disampaikan oleh Encik Irham daripada unit praktikum. Taklimat ini diberi penekanan berkenaan prosedur pelaksanaan peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan pelaksanaan kokurikulum di sekolah. Melalui praktikum ini juga saya berharap dapat memahami dan mengenali sepenuhnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah seperti ini sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum dan saya di tauliahkan sebagai seorang guru. Sebelum menjalani praktikum juga saya mendapat pelbagai tips tentang kaedah bgaimana mengawal bilik darjah dengan berkesan melalui subjek EDU dari sem satu sehingga sem empat. Saya berharap gar praktikum yang akan saya jalani pada 29 Julai 2018 berjalan dengan baik seperti mana yang telah saya rancangankan. Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru saya mestilah bersedia dalam menghadapi segala cabaran yang datang kerana sesungguhnya sesorang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan adalah sukar baginya untuk Berjaya. Saya pasti banyak pengalaman baharu yang akan saya alami kelak insyaAllah.

PERNYATAAN PROFESIONAL SEMASA PRAKTIKUM Saya telah menjalani praktikum fasa satu selama lapan minggu di Sekolah Kebangsaan Kerandang. Antara tujuan praktikum ini adalah untuk membolehkan pelajar membiasakan diri di sekolah dan di biik darjah serta mendapat pendedahan awal pembelajaran murid. Di sekolah Kebangsaan Kerandang ini saya perlu mengajar subjek major iaitu Reka Bentuk dan Teknologi selama 6 masa dan juga 4 masa bagi subjek minor saya iaitu Matematik. Setelah lapan minggu menjalani praktikum fasa satu, masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian. Berbekalkan panduan dari pensyarah penyelia dan guru pembimbing serta rakan-rakan saya akan sentiasa sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh sepanjang tempoh praktikum ini. Tenpoh praktikum hanya berbaki 4 minggu sahaja lagi terasa semakin dekat namun masih banyak lagi tugasantugasan yang belum selesai saya laksanakan. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi ilmu baru dan perlu saya perbaiki. Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat menguruskan semua tugasan dengan konsisten. Sepanjang tempoh praktikum ini juga, hubungan saya dengan masyarakat sekitar semakin akrab malahan saya semakin rapat dengan murid-murid saya. Sepanjang menjalani latihan praktikum ini juga saya semakin jelas dengan kaedah dan teknik-teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid saya. Aktiviti yang dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri murid-murid berani memberi jawapan dan pendapat. Saya sedar murid-murid di sekolah ini agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru, dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang konsisten saya akan sedaya upaya untuk melatih mereka menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik. Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk menguasai perancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya seda jika perancangan saya hanya sekadar untuk melengkap buku rancangan pengajaran harian pastinya anak murid saya akan pulang dengan otak yang kosong. Dalam tempoh praktikum juga saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang ekspisit. Jelas sekali kejayaan pengajaran dan pemudahcaraan sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga sedikit sebanyak sikap saya membuat kerja “last minute “dapat dikikis.

Selain itu, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran berinteraksi dengan murid , guru dan kakitangan sekolah. Sepanjang tujuh minggu ini hubungan kami semakin rapat. Guru-guru banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain dan memberikan banyak tips-tips yang sangat berguna untuk menjadi seorang guru kelak. Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka dengan dunia teknologi, makluma dan komunikasi untuk diterapkan semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan. Akhir sekali saya perlu sentiasa mencar strartegi yang menarik agar mereka bersemangat ketika belajar. Saya berharap saya dapat menghabiskan praktikum ini dengan meninggalkan perkara yang boleh diingati oleh murid yang saya mengajar.

Related Documents

Surat Pernyataan
June 2020 49
Surat Pernyataan
June 2020 43
Pernyataan Persetujuan.docx
November 2019 26
Pernyataan Terbuka
December 2019 37
Pernyataan Masalah
November 2019 37

More Documents from ""