Pernyataan Profesional.docx

  • Uploaded by: Sharran Loganadzan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pernyataan Profesional.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 489
  • Pages: 2
PERNYATAAN PROFESIONAL

SEBELUM PBS Saya, Sevanesan A/L Arumugam dari IPG Kampus Bahasa Melayu (Kelas: PISMP C3 Semester 2) telah memilih SJK (T) Slim River untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 pada 26 Mac hingga 30 Mac 2018. Sebelum memulakan PBS, saya telah mendapatkan beberapa maklumat yang umum mengenai sekolah tersebut dengan melayari internet. Saya juga telah menghubungi senior-senior IPG Kampus Bahasa Melayu untuk menanyakan kekeliruan yang timbul daripada borang-borang yang telah diedarkan oleh unit praktikum. Malah, saya juga telah mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan sekelas melalui talian ‘whatsaap’. Tambahan pula, kami diberi tugasan kursus edup iaitu Murid dan Pembelajar (EDUP 3033) untuk mengenal pasti perbezaan individu dari segi aspek JERIS, kecerdasan, gaya kognitif dan gaya pembelajaran. Oleh itu, saya telah menyediakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada murid-murid.

SEMASA PBS Pada hari pertama PBS, saya berasa sedikit gementar tetapi perasaan tersebut hilang apabila dapat bermesra dengan murid-murid dan guru-guru SJK (T) Slim River. Lebih menyakinkan saya ialah kehadiran dua sahabat baharu dari IPG Kampus Ipoh iaitu Theva dan Rathia. Mereka berdua membantu saya dalam pelbagai aspek misalnya memberi semangat, cara menulis laporan dan kaedah mencari maklumat murid dan sekolah. Saya juga telah berkongsi pendapat dan idea saya bersama mereka supaya dapat membantu dalam penulisan laporan. Bagi mengumpul data murid, saya telah mengagihkan masa saya dengan cermat melalui cara mewujudkan jadual. Ini memudahkan saya dan guru-guru yang terlibat dalam proses pengumpulan maklumat kerana minggu tersebut merupakan minggu peperiksaan serta menjadi suatu cabaran kepada saya. Namun, saya sempat memilih darjah 4 Excellent sebagai kelas kajian saya dan mampu mendapatkan segala maklumat murid-murid tersebut daripada mentor iaitu Puan Amuthavally. Beliau sangat peramah dan sedia menghulurkan bantuan untuk saya pada bila-bila masa jua. Selain itu, saya juga telah mewujudkan hubungan yang baik dengan kesemua guru dan kakitangan sekolah tersebut. Saya telah menggunakan peluang ini dengan sebaik yang mungkin dengan menemu ramah mereka untuk mengetahui sistem pendidikan yang terkini. Misalnya, saya telah menemu ramah Puan Valli (PK Kokurikulum), Cikgu Zarifah (Guru Bahasa Melayu), Encik Sathiskumar (Guru ICT), Puan Losini (Guru Perpustakaan dan Media) serta Kak Zurina (Pembantu Tadbir). Antara tajuk yang difokuskan ialah kegiatan kokurikulum,

penggunaan TMK dalam PdP, amalan membaca, tahap penggusaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dan pengalaman dalam membangunkan sekolah. Di samping itu, saya juga diberi peluang untuk menganalisis tahap keintelektualan murid darjah 3 Excellent melalui pelaksaan aktiviti PdP yang dipantau oleh Encik Jeya Seelan (PK HEM). Tambahan pula, saya juga dapat meneliti gaya pembelajaran murid-murid semasa membantu mereka untuk mengulangkaji pelajaran. Akhir sekali saya telah membatu guru perpustakaan iaitu Puan Losini untuk menghias dan menceriakan pusat sumber sepanjang minggu tersebut.

SELEPAS PBS Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana segala hasrat tercapai kerana saya bukan sahaja dapat berjaya mengumpul maklumat mengenai murid-murid untuk kepentingan tugasan EDUP bahkan juga mampu menunjukkan nilai profesional sebagai seorang guru di sekolah. Oleh hal demikian, saya berharap agar segala pengalaman yang dipelajari melalui PBS Fasa 1 ini dapat saya manfaatkan pada masa yang akan datang.

Related Documents

Surat Pernyataan
June 2020 49
Surat Pernyataan
June 2020 43
Pernyataan Persetujuan.docx
November 2019 26
Pernyataan Terbuka
December 2019 37
Pernyataan Masalah
November 2019 37

More Documents from ""