JURNAL PRAKTIKUM Minggu Praktikum : 11 Tarikh : 16 Oktober 2018 Tajuk Jurnal : Tulisan Murid seperti Cakar Ayam 1. Isu Yang Difokuskan: Pada minggu 11 ini, isu yang hendak saya fokuskan adalah tulisan murid masih pada tahap yang tidak memuaskan. Terdapat juga murid darjah 4 yang masih tidak pandai mengeja dan menulis dengan kemas. Setiap kali menyemak buku murid akan menyebabkan saya keliru dan memeningkan kepala dengan jawapan yang ditulis oleh murid. Bagi subjek matematik pula murid tidak tulis nombor di dalam kotak dengan betul dan menyebabkan tidak kemas. Untuk menyemak tugasan murid bagi subjek matematik sangatah mencabar kerana perlu meneliti dengan betul nombor yang ditulis. 2. Difokuskan (Punca Dan Kesan Isu): Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan isu ini disebabkan murid malas untuk menulis dan ingin menyiapkan kerja dengan pantas. Murid tidak mempedulikan tulisan mereka yang seperti cakar ayam itu tetapi mereka hanya mahu menghantar tugasan yang diberikan. Disebabkan itu, terdapat tulisan jawapan murid yang sehingga tidak dapat dibaca oleh guru. 3. kajian lampau: Sassoon (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanakkanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian. 4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah: Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah: i) Mengajar murid cara memegang pensil dengan betul dan membuat banyak latihan menulis
ii) menunjukkan kepada murid postur badan yang betul ketika dalam keadaan duduk untuk menulis. 4. Tempoh Masa Penyelesaian: 1 minggu
5. Tindakan Susulan: Sebagai tindakan susulan, saya akan melaksanakan apa yang telah dirancang supaya murid dapat menulis dengan kemas dan dapat fahami apa yang murid tulis di dalam buku tersebut. 6. Tarikh Tindakan Susulan Yang Dilaksanakan: 18 oktober 2018
7. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan: Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat apabila murid dapat menulis dengan baik dan tulisan mereka dapat difahami dan dibaca dengan jelas. Murid juga berlumbalumba untuk mencantikan tulisan kerana mereka akan memperolehi ganjaran.
8. Kesimpulan / Refleksi: Saya merasa berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan oleh murid-murid saya. Mereka memberikan kerjasama dengan baik dalam memperbaiki tulisan mereka supaya lebih kemas dan mudah untuk dibaca.
10. Rujukan:
Sassoon, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun daripada http://books.google.com.my/books?id=7CZF2vcg7soC&pg= RA1-PA132&lpg=RA1-PA132&dq= sassoon+1993&source pada 20 Oktober 2009.