PERNYATAAN MASALAH Menyedari akan hakikat bahawa kebanyakan murid Tahun Empat menghadapi kesukaran untuk menyebut, mengeja, membatang sukukata dan mengeja sukukata dengan betul, maka kami mengambil inisiatif untuk menggunakan elemen muzik di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu. Berbekalkan sedikit pengalaman dan ilmu muzik yang ada kami mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan bebanan serta masalah yang mengganggu murid-murid selama ini khususnya murid-murid Tahun Empat 4 yang didapati amat lemah dalam penguasaan tatabahasa. Berdasarkan kepada pemerhatian awal kami, murid-murid berasa agak sukar untuk mengeja, memadankan sukukata dengan gambar, menyebut perkataan yang mempunyai gabungan beberapa sukukata. Ini membuatkan mereka kurang berminat untuk belajar. Pencapaian dan keputusan dalam ujian juga kurang memuaskan.