DEFINISI KURIKULUM Kurikulum berasal daripada perkataan Latin ‘currere’ bermaksud ‘race course’ atau satu rancangan pengajian. Menurut Taba (1962) kurikulum ialah ‘a plan of learning’ atau rancangan pembelajaran. Ia juga merujuk kepada kandungan dan bahasa pembelajaran yang berkembang, iaitu ‘apa’ itu persekolahan. Ahli progresif dan behavioris membincangkan
tentang
kurikulum
dengan
memasukkan
unsur-unsur
seperti
kepelbagaian, keperluan kemasyarakatan dan strategi-strategi pengajaran. Kurikulum didefinasikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati (Ornsten & Hankkins (1993,98). Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk panduan guru mengajar kumpulan murid tertentu. Contonya KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah), KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah), dan KSSR (Kurikulum Standart Sekolah Rendah). KLSR KBSR KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan,berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif. FOKUS KSSR Pendidikan Islam memberi fokus utama kepada tujuh bidang dalam Pendidikan Islam, iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab, dan Jawi, seperti berikut: 1. Bidang al-Quran: murid dibekalkan dengan kemahiran mempelajari al-Quran sehingga mereka dapat membaca dan menghafaz al-Quran dengan betul dan
bertajwid, serta boleh merumuskan pengajaran serta istiqamah mengamalkannya dalam kehidupan harian. 2. Bidang Hadis: murid dibekalkan dengan disiplin mempelajari ilmu Hadis sehingga mereka dapat mengamalkan tuntutan Hadis tertentu serta menghayati kepentingannya dalam kehidupan harian. 3. Bidang akidah: murid dibekalkan dengan konsep asas akidah sehingga mereka boleh menjadikan ilmu aqidahsebagai asas dalam tindakan dan benteng dalam kehidupan. 4. Bidang ibadah: murid dibekalkan dengan konsep asas ibadah sehingga mereka dapat mengamalkan konsep ibadah secara istiqamah dalam kehidupan harian. 5. Bidang Sirah: murid dibekalkan dengan fakta sirah yang sahih sehingga mereka boleh merumuskan peristiwa sirah Rasulullah SAW dan mengaplikasikan iktibarnya dalam kehidupan harian sebagai bukti kecintaan kepada baginda melalui amalan sunnahnya. 6. Bidang Adab: murid dibekalkan dengan konsep asas Adab Islamiyah sehingga murid dapat mengamalkan adab secara istiqamah dalam kehidupan harian. 7. Bidang Jawi: murid dibekalkan dengan kemahiran menyebut, membaca dan menulis huruf-huruf jawi, suku kata, perkataan dan teks jawi sehingga murid boleh membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam tulisan jawi. Kesepaduan antara tujuh bidang utama dalam Pendidikan Islam diharapkan dapat menghasilkan insan seimbang yang mempunyai sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
PERBEZAAN KURIKULUM PENDIDIKAN MALAYSIA DARI KLSR, KBSR DAN KSSR KLSR
KBSR
KSSR
REKABENTUK
Menumpukan kepada
Menghasilkan muslim
Untuk menghasilkan
KURIKULUM
penyampaian ilmu
yang berilmu,
insan yang berilmu,
agama melebihi daripada
beriman,
beriman, beramal soleh
penekanan aspek amalan
berketrampilan,
dan berakhlak mulia
dan penghayatan dalam
beramal soleh, beradab
dengan menjadikan Al-
pembelajaran individu
dan berakhlak mulia
Quran dan As-Sunnah
berdasarkan Al-Quran
sebagai panduan dalam
& As-Sunnah sebagai
kehidupan seharian
hamba dan khalifah
supaya menjadi hamba
Allah yang bertaqwa
Allah yang berjaya di
dan menyumbang
dunia dan di akhirat.
kepada tamadun bangsa dan negara ORGANISASI
Hanya menumpukan
Tidak menumpukan
• Modul Al-Quran
KURIKULUM
kepada perkara asas: •
kaedah hafalan dan
• Modul Hadis
Feqah, Tauhid, Sejarah
hafazan semata-mata
• Modul Aqidah
Islam dan pengajaran
bahkan murid
• Modul Ibadah
daripada beberapa ayat
memahami dan
• Modul Sirah
Al-Quran & Hadis yang
menghayati ertinya.
• Modul Adab
dipilih
• Ulum Syariah
• Modul Jawi
• Akhlak Islamiah
KLSR KBSR KSSR
• Jawi BAHAN KURIKULUM FOKUS
pengajian hanya untuk
pengajian bertujuan
pengajian bertujuan
KURIKULUM
ilmu dan fakta sahaja
untuk ilmu dan fakta
supaya pelajar dapat
untuk peperiksaan
serta mengamalkannya
mengamalkannya
selain untuk
dalam kehidupan
peperiksaan
seharian selain untuk peperiksaan
ELEMEN
berpusatkan guru dan
berpusatkan guru dan
berpusatkan pelajar dan
KURIKULUM
bergantung kepada
bergantung kepada
bergantung kepada
peperiksaan
amali dalam kelas dan
penilaian dalam kelas
peperiksaan
spt amali, kelakuan dan kerja serta penilaian melalui peperiksaan
Matlamat Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya didunia dan di akhirat.
Objektif Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah berkebolehan untuk: i.
Membaca
al-Quran
dengan
betul
dan
bertajwid
serta
mengamalkan
pembacaannya dalam kehidupan seharian; ii.
Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;
iii.
Memahami
maksud
beberapa
surah
yang
dipelajari
dan
menghayati
pengajarannya; iv.
Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya;
v.
Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan;
vi.
Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah sebagai kewajipan umat Islam;
vii.
Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda;
viii.
Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian;
ix.
Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa;
Fokus Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas akidah, ibadah, akhlak dan sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi. Pada akhir pembelajaran
Pendidikan Islam sekolah rendah murid mampu memahami, mengamal dan menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian.
Organisasi Kandungan Pendidikan Islam Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid. Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada enam modul iaitu:
Modul al Quran Modul ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid, menghafaz dan memahami surah al- Fatihah dan surah tertentu daripada juzu’ Amma serta menghayati pengajarannya.
Modul Hadis Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis secara umum serta menghayati pengajarannya.
Modul Akidah Modul ini memberikan tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidah yang sahih dan mengaplikasikan tuntutan akidah dalam kehidupan harian .
Modul Ibadah Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami dan menghayati cara beribadah yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam kehidupan harian.
Modul Sirah Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami sirah Rasulullah s.a.w dan mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan dalam kehidupan harian.
Modul Adab Modul ini memberikan tumpuan kepada menghayati tatacara perhubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.
Modul Jawi Modul ini memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis jawi serta mempelajari asas seni khat.
Sebagai kesimpulan, persoalannya mengapa Standard diperlukan? Standart diperlukan bagi merealisasikan hasrat;
Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.
Kesimpulan Kesepaduan antara tujuh bidang utama dalam Pendidikan Islam diharapkan dapat menghasilkan insan seimbang yang mempunyai sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.