Rasm 3.docx

  • Uploaded by: el vie
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rasm 3.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,565
  • Pages: 8
SIJIL ASAS PERGURUAN AL-QURAN AKADEMI AL-BAGHDADI KOD KURSUS PPQ 1003 NAMA ZULKRI ZUL BIN AZLAN JUMIN NO MATRIK PPQ 1366 SESI PENGAJIAN RASM AL-UTHMANI DAN DHABT AL-QURAN

TOPIK 1 : PENGENALAN ILMU RASM AL-QURAN LATIHAN 1. Huraikan definisi rasm, rasm al-Qiyasi, ras al-Uthmani dan rasm al-imla’i.  Rasm ialah kesan atau tulisan. Rasm juga boleh difahami sebagai lakaran atau tulisan bagi perkataan yang terdiri daripada beberapa huruf yang tertentu. Setiap perkataan akan dimulai dan diakahiri dengan huruf-huruf yang tersendiri bagi membezakan antara suatu perkataan dengan perkataan yang lain.  Rasm al-Qiyasi ialah penulisan perkataan-perkataan bahasa Arab berdasarkan kepada huruf-huruf yang disebut tanpa sebarang penambahan huruf atau pengurangan huruf. Menurut rasm al-Qiyasim, hanya huruf yang disebut dan boleh didengari sahaja yang perlu ditulis, manakala huruf yang tidak didengari tidak perlu ditulis. Namun begitu, rasm al-Qiyasi masih tertakluk kepada kaedah nahu dan saraf di dalam Bahasa Arab. Kebanyakan perkataan di dalam al-Quran dieja dan ditulis menggunakan rasm ini. Berikut merupakan contoh bagi rasm al-Qiyasi.  Rasm al-Uthamani merupakan penulisan al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. pada zaman pemerintahan Saidina Uthman r.a. Ia merupakan penyalinan daripada Mushaf Abu Bakar al-Siddiq kepada beberapa mushaf yang lain dengan kaedah penulisan yang khusus. Ia mempunyai keunikan yang tersendiri di mana terdapat beberapa cirri-ciri khas seperti penambahan, pengurangan dan pertukaran huruf ketika mengeja dan menulis perkataanperkataan yang tertentu. Kaedah penulisan yang dilaksanakan ini telah dipersetujui secara ijmak oleh para sahabat di bawah kepimpinan Saidina Uthman r.a. Bagi kalimah-kalimah yang dieja dan ditulis menurut al-Uthmani, pasti terdapat padanya perubahan pada ejaan dan penulisan daripada ejaan dan penulisan asal.  Rasm al-Imla’i selain daripada rasm al-Qiyasi dan rasm Uthmani, terdapat lagi satu tulisan yang dikenali sebagai rasm al-Imla’i. Menurut rasm al-Imla’I, hanya suara atau bunyi huruf yang dapat didengari sahaja akan dieja dan ditulis. Manakalah suara atau bunyi huruf yang tidak didengari tidak akan dieja dan ditulis.

2. Jelaskan kepentingan mempelajari ilmu rasm al-Quran.

 Kepentingan mempelajari iImu rasm al-Quran adalah ilmu rasm al-Quran merupakan satu cabang daripada ulum al-Quran yang memnbincangkan sejarah penulisan al-Quran serta kronologi pengumpulan al-Quran daripada zaman Rasulullah SAW. Hinggalah ke zaman pemerintahan Saidina Uthman RA. Di samping itu, perbincangan berkaitan kaedah penulisan al-Quran menggunakan rasm al-Uthmani yang memiliki beberapa keunikan turut menjadi focus utama dalam ilmu rasm al-Quran. Peranan dan keistimewaan rasm al-Uthmani turut disentuh bagi menggambarkan usaha penyatuan ummah di ambang perpecahan sewaktu mereka. Selain itu, pendapat para ulama terhadap kedudukan rasm alUthmani turut diperbahaskan agar ia dapat difahami dengan lebih jelas.

3. Terangkan secara ringkas mengenai sumber bagi ilmu rasm al-Quran.  Sumber bagi ilmu rasm al-Quran adalah ilmu rasm al-Quran secara tidak formal datangnya daripada nabi Muhammad SAW. Suatu ketika baginda telah memerintahkan para penulis al-Quran agar menulis al-Quran dengan baik sebagaimana sabdanya : “Letakkan (pena dengan) dakwat, pegang pena dengan baik, luruskan hurus Ba’ , bezakan huruf Sin, jangan butakan huruf Mim, perelokkan tulisan pada kalimah Allah, panjangkan tulisan pada kalimah al-Rahman dan cantikkan kalimah al-Rahim, dan letakkan penamu di atas telinga kirimu, kerana itu akan menjadikan kamu lebih ingat”

TOPIK 2 : SEJARAH PENULISAN BAHASA ARAB

LATIHAN 1. Huraikan sejarah perkembangan penulisan Arab dalam kalangan bangsa Arab.  Sejarah perkembangan penulisan Arab dalam kalangan bangsa Arab adalah kebanyakan ahli sejarah islam berpendapat bahawa penulisan bahasa Arab disebarkan oleh Harb bin Umayyah bin Abd al-Shams, Beliau merupakan bapa kepada seorang sahabat yang bernama Abu Sufyan. Beliau juga merupakan seorang yang banyak menimba pengalaman menerusi pelayaran dilakukan ke serata tempat untuk berdagang. Di kesempatan itu beliau telah berpeluang untuk mempelajari ilmu khat dan cara penulisan Arab. Setelah kembali ke Mekah, beliat telah mengejarkan ilmu-ilmu tersebut kepada beberapa orang Quraisy. Di dalam satu riwayat, seorang sahabat (Abdullah Bin Farukh) kepada Imam (Imam Malik r.a.) telah berkata bahawa bapanya (Farukh Bin Abd Rahman) pernah berbicara dengan Ibn Abbas : “Wahai kaum Quraisy ! Adakah kamu pernah menulis dengan menggunakan huruf-huruf Arab ini? Iaitu dengan mennggabungkan apa yang tergabung dan menceraikan apa yang tercerai dan mengeja menggunakan huruf Alif, Lam, Mim dan Nun?” Lalu Ibnu Abbas menjawab: “Ya” . Beliau bertanya lagi: “Siapakah yang mengajarkannya kepada kamu?” Ibnu Abbas menjawab: “Harb bin Umayyah?”. Beliay bertanya lagi: “Siapakah yang mengajar Harb bin Umayyah” Ibnu Abbas menjawab: “Abdullah bin Jud’an”. Beliau bertanya lagi: “Siapakah yang mengajar Abdullah bin Jud’an?” Ibnu Abbas menjawab: “Penduduk-penduduk negeri Anbar?”. Beliau bertanya lagi: Siapakah yang mengajar penduduk-penduduk Anbar” Ibnu Abbas menjawab: “Seorang perantau yang dating daripada negeri Yaman.” Beliau bertanya lagi: SIapakah pula yang mengajar perantau tersebut?” Ibu Abbas menjawab: al-Khaljan bin al-Qasm, iaitu seorang penulis wahyu bagi Nabi Hud a.s.”.

2. Jelaskan kesungguhan Rasulullah SAW dalam menyebarkan ilmu penulisan.

 Kesungguhan Rasulullah SAW dalam menyebarkan ilmu penulisan adalah Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah kepada umat yang tidak mahir membaca dan menulis. Hanya segelintir sahaja dalam kalangan mereka yang mahir membaca dan menulis. Antaranya adalah para sahabat seperti Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman, Saidina Ali r.a dan lain-lain. Namun, para ulama berselisih pendapat mengenai siapakah yang mula-mula menyampaikan bahasa Arab kepada orang-orang Quraisy. Jelasnya, selepas penhijarahan Rasulullah SAW ke Madinah, pembelajaran menulis dan membaca mula merebak dengan lebih meluas menerusi pelbagai cara yang diusahankan oleh Rasulullah SAW.

3. Bincangkan sejarah penulisan bahasa Arab pada zaman Rasulullah SAW dan perkembangannya.

 Sejarah penulisan bahasa Arab pada zaman Rasulullah SAW dan perkembangannya adalah penulisan al-Quran sejak zaman Rasulullah SAW telah mengalami beberapa perubahan. Perubahan tersebut berlaku disebabkan oleh peredaran zaman dan jugak perkembangan ilmu pengetahuan. Antara perkembangan yang boleh dilihat adalah seperti berikut. Tahap pertama Hanya terdapat penulisan huruf-huruf tanpa sebarang tanda baris dan titik. Tahap kedau penulisan asal diletakkan dengan titik (al-I’rab) ytang dicetuskan oleh Abu Aswad al-Du’ali pada tahun ke-69 H di bawah pemerintahan Khalifah Muawiyah. Tahap ketiga penulisan ditambah baik dengan titik (al-I’jam) yang dicetuslam oleh Yahya bin Ya”mar dan Nasir bin Asim bagi menurut perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusuf. Tahap keempat penulisan terus bertambah baik dengan diletakkan tanda-tanda baris (harakat) yang dicetuskan oleh al-Khalil bin Ahmaf alFarahidi pada zaman pemerintahan Khalifah Abd al-Malik bin Marwan. Tahap kelima penulisan al-Quran terus ditambah baik dengan tanda-tanda waqaf, tanda sujud tilawah, tanda bagi juzuk, hizib, tubu’ dan sebagainya.

TOPIK 3 : SEJARAH PENULISAN DAN PENGUMPULAN AL-QURAN

LATIHAN

1. Terangkan sejarah penulisan al-Quran bermula dari zaman Rasulullah SAW sehingga zaman pemerintah Saidina Uthman bin al-Affan r.a.

 Sejarah penulisan al-Quran dari zaman Rasulullah SAW adalah penulisan dan pengumpulan al-Quran telah pun bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW. Pada zaman tersebut, pengumpulan al-Quran yang dimaksudhkan merujuk kepada penghafalan al-Quran dalam dada baginda dan dada para sahabat. Selain itu, al-Quran juga ditulis pada pelepah-pelepah tamar, tulang-tulang dan sebagainya agar al-Quran dapat diperlihat sempurna. Setelah kewafatan Saidina Abu Bakar al-Siddq dan Saidina Umar bin al-Khattab r.a., Saidina Uthman bin Affan telah diangkat sebagai khalifah islam yang ketiga. Di bawah pemerintahan beliau, pelbagai usaha telah diambil oleh beliau dalam memelihara al-Quran dan menyatukan umat isalam dalam pembacaan al-Quran. Peranan yang diambil beliau amat besar sehingga mampu meleraikan pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan umat islam mengenai bacaan al-Quran. Pada tahun ke 25 hijrah, sewaktu islam telah berkembang ke serata tanah Arab, penduduk Syam dan Iraq telah keluar beramai-ramai untuk memerangi negeri Armania dan Azerbaijan. Antra sahabat yang turut serta dalam peperangan tersebut adalah Huzaifah al-Yaman. Dalam misi tersebut, para tentera Islam telah membaca alQuran namun mereka dapati terdapat perbezaan bacaan al-Quran dalam mereka. Peristiwa ini menyebabkan perpecahan dan perbalahan di antara mereka kerana masing-masing mempertahankan bacaan mereka dan menyalahkan bacaan yang berbeza dengan bacaan mereka. Perkara ini telah diajukan oleh Huzaifah al-Yaman kepada Saidina Uthman r.a. agar dileraikan sesegera yang mungkin. Bagi menangani masalah ini, Saidina Uthman r.a. telah melantik sekumpulan sahabat yang terdiri

daripada Zaid bin Thabit sebagai ketua dan dibantu oleh Abdullah bin Zubair, Sa’id bin al-Ash dan Abd al-Rahman bin al-Harith untuk melaksana tanggungjawab yang besar ini buat kali yang kedua. Dengan berpandukan kepada mushaf yang pernah ditulis pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar a.s., mereka menyalin semula al-Quran kepada beberapa mushaf. Ada pendapat yang mengatakan bahawa jumlah mushaf yang lima dan enam mushaf kesemuanya. Daripada penyalinan semula al-Quran inilah, tercetusnya istilah rasm al-Uthmani yang disebut-sebut sehingga ke hari ini.

2. Bincangkan mengapa pengumpulan al-Quran ke dalam sebuah mushaf tidak berlaku pada zaman Rasulullah SAW. 

3. Huraikan perbezaan antara punca penulisan dan pengumpulan al-Quran pada zaman khalifah Saidina Abu Bakar dengan zaman khalifah Saidina Uthman bin Affan.  Perbezaan antara punca penulisan dan pengumpulan al-Quran pada zaman Khalifah Saidina Abu Bakar adalah Namun terdapat satu peristiwa yang telah memaksa Saidina Abu Bakar al-Siddiq untuk bertindah. Peristiwa tersebut adalah sebuah peperangan yang berlaku pada tahun yang ke-12 Hijrah. Peperangan ini berlaku di suatu kawasan yang dinamakan Yamamah antara orang-orang Islam dengan orang-orang yang telah murtad. Di dalam peperangan ini, ramai umat islam telah terkorban dan dianggarkan bahawa jumlahnya adalah seramai 500 orang. Diriwayatkan bahawa seramai 70 orang sahabat yang hafiz al-Qurang telah terkorban (syahid) di dalam peperangan tersebut. Sewaktu khabar tersebut sampai ke pengetahuan Saidina Umar r.a., beliau telah mengemukakan cadangan kepada Saidina Abu Bakar untuk menulis dan

mengumpulkan al-Quran kerana dikhuatiri al-Quran akan hilang sekiranya hanya disimpan menerusi hafazan semata-mata. Pada peringkat awl, Saidina Abu Bakar r.a. menolak cadangan tersebut kerana menganggap bahawa ia merupakan suatu perkara yang baru dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Namun, setelah beberapa kali dipujuk dan berbincang, akhirnya Saidina Abu Bakar r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut untuk menulis al-Quran dan mengumpulkan dalam sebuah mushaf. Lantas, Saidina Abu Bakar telah melantik Zaid bin Thabit r.a. untuk melaksakan tanggungjawab tersebut.

Related Documents


More Documents from "adesa"

Al Farabi.docx
December 2019 15
Wafiy Najwa.docx
December 2019 7
Rasm 3.docx
December 2019 9
Contoh Rph-1.docx
December 2019 21
List Nama Thn 4 2019.docx
December 2019 18