Kurikulum Pendidikan Seni.

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kurikulum Pendidikan Seni. as PDF for free.

More details

  • Words: 4,265
  • Pages: 23
Pengenalan Mata pelajaran Seni Visual ini telah diperkenalkan dalam peperiksaan STPM pada tahun 2002. Majlis Peperiksaan Malaysia telah menerima maklum daripada kalangan pengubal kertas soalan, penaksir kertas soalan, pemeriksa, pensyarah universiti, guru dan calon tentang kandungan sukatan pelajaran ini. Berdasarkan maklum balas ini, Majlis Peperiksaan Malaysia telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengemas kini sukatan pelajaran ini. Justeru, sukatan pelajaran ini telah diubah suai dan dikemas kini serta di beri wajah baru sebagai pendekatan serampah dua mata kerana diyakini sukatan pelajaran yang baru ini akan lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, dan akan menarik minta lebih ramai pelajar terhadap mata pelajaran ini agar dapat bersaing dengan mata pelajaran STPM yang lain. Pengubahsuaian dan pengemaskinian sukatan pelajaran Seni Visual ini adalah usaha berterusan yang dilakukan bagi menjamin sukatan pelajaran ini selaras dengan perkembangan terkini dalam bidang seni visual pada peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi serta keperluan alam pekerjaan. Selain pengubahansuaian terhadap tajuk dan subjek, sukatan pelajaran baru ini juga dimuatkan dengan huraian subtajuk yang lebih terperinci untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bentuk peperiksaan dalam sukatan pelajaran yang dikemaskinikan ini juga berlainan sedikit daripada bentuk peperiksaan yang lama. Kertas-kertas yang ditawarkan ialah Kertas 1 (Teori Seni Visual), Kertas 2 (Lukisan), Kertas 3 (Projek Penghasilan Karya), dan Kertas 4 (Teori Penghasilan Karya). Kertas 1 kini dinamakan Teori Seni Visual kerna komponennya terdiri daripada Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan. Bagi Kertas 2, perubahan dilakukan dari segi media yang digunakan untuk calon untuk melukis. Dalam sukatan pelajaran baru ini hanya media kering yang digunakan. Hal ini demi memastikan kemahiaran calon dalam lukisan benar-benar terserlah. Kertas 3, dalam kerja kursus, menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya seni visual sama ada dalam bidang pengkaryaan atau perekaan. Bagi Kertas 4 pula, calon sekolah swasta dan calon persendirian yang mengambil kertas ini perlu mempunyai kemahiran yang benar-benar sama dengan kemahiran yang ditunjukkan oleh calon sekolah. Hal ini bermakna mereka akan disoal tentang hal-hal yang berkaitan dengan kerja-kerja kursus bagi menghasilkan karya dan rekaan. Usaha untuk mengemas kini sukatan pelajaran Seni Visual STPM ini telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Seni Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Mohd Mustafa bin Mohd Ghazali dari Universiti Teknologi MARA. Jawatankuasa KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

1

SSP3093

ini dianggotai oleh beberapa orang pensyarah dari universiti tempatan, maktab perguruan dan guruguru yang mengajar di sekolah. Sukatan pelajaran ini mula digunakan pada tahun 2005 dengan peperiksaan yang pertama pada tahun 2006. Kandungan, huraian, bentuk peperiksaan, dan soalan contoh bagi sukatan pelajaran Seni Visual STPM termuat dalam buku ini. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa ini atas khidmat yang diberikan. Semoga usaha murni ini mencapai matlamatnya. Matlamat Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran seni visual bagi membolehkan mereka. (a)

Mengikuti program seni visual atau program yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi,

(b)

Memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

2

SSP3093

Objektif Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar (a) Memahami pengertian dan peranan seni visual dalam pembangunan daya kreativiti serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yang berkesan, (b) Memahami cara-cara memperoleh dan mengolah idea dalam pengkaryaan dan perekaan, (c) Memahami kepentingan seni visual dalam konteks yang lebih luas yang merangkumi aspek estetik dan fungsi, khususnya dalam peningkatan mutu barangan, industri, dan kualiti kehidupan secara menyeluruh, (d) Memahami bagaimana faktor sejarah, sosial, agama, politik, dan pesekitaran mempengaruhi penghasilan karya dan reka seni visual, dan menggunakan faktor tersebut sebagai unsur pengembangan idea dalam penghasilan, (e) Memahami bahawa seni visual ialah satu bentuk komunikasi, dan meneliti secara kritis pelbagai karya dan rekaan seni visual. (f) Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penerokaan dan penghasilan karya dan reka seni visual, (g) Menggunakan kecekapan teknikal dalam penggunaan alat, bahan, dan teknologi, serta kaedah seni dalam penghasilan karya dan reka seni visual, (h) Mengesan, menghurai, menganalisis, menginterpretasikan, dan membuat pertimbangan secara berpengetahuan terhadap nilai estetik, makna, dan fungsi karya dan rekaan seni visual dengan menggunakan laras bahasa seni visual.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

3

SSP3093

Soalan 1: Jelaskan kandungan sukatan pelajaran Seni Visual STPM Sukatan pelajaran Seni Visual ini mengandungi dua aspek utama, iaitu apresiasi seni visual dan penghasilan seni visual. Sukatan pelajaran ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu : (a) Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan) (b) Lukisan (c) Projek Penghasilan Karya Bilangan waktu pembelajaran yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran ini ialah anggaran sahaja. Satu waktu bersamaan dengan 35 – 40 minit. (a) Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan) Teori Seni Visual merangkumi apresiasi seni visual dan teori penghasilan yang terbahagi kepada tiga tajuk yang utama iaitu :  Pengenalan seni visual,  Bahasa seni visual dan  Pendekatan sejarah dan kritikan seni visual. o Pengenalan seni visual. Masa yang ditetapkan bagi subtajuk ini adalah sebanyak 23 waktu. Dalam pengenalan seni visual perkara yang perlu dijelaskan oleh seorang guru kepada pelajar adalah pengertian seni visual. Seni visual terbahagi kepada dua, iaitu pengkaryaan dan perekaan.

Dalam bidang pengkaryaan lebih

menumpukan kepada bidang seni halus, iaitu seperti lukisan,catan, cetakan arca. Manakala dalam bidang perekaan pula terdiri daripada bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran. Reka bentuk persekitaran merangkumi landskap dan hiasan dalaman. Selain perkara yang dinyatakan di atas, guru haruslah menerangkan kepada pelajar mengenai peranan seni visual. Dalam peranan seni terdapat dua bahagian iaitu psikologi dan sosiologi. Bagi bidang psikologi terbahagi pula kepada empat, iaitu kreativiti, sensitiviti, emosi dan ekspresi. Manakala bidang sosiologi seni visual berperanan terhadap nasionalisme, persekitaran, propaganda, ritual, pengeluaran dan perniagaan dan perdagangan. Perniagaan dan perdagangan ini dapat dijelaskan apabila hasil seni visual itu dijadikan sebagai barang yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

4

SSP3093

perdagangan. Melalui perniagaan dan perdagangan boleh membantu masyarakat seperti pemasaran atau pengeluaran kreativiti masyarakat seperti kraf tangan, ukiran dan sebagainya. Disamping dapat meningkatkan ekonomi masyarakat, hasil seni itu dapat memperkenalkan budaya masyarakat ke dunia luar. Seterusnya pengalaman estetik merangkumi pengalaman langsung dan pengalaman intelektual. Dalam pengalaman langsung terdapat dua aspek yang dititik beratkan iaitu, nasionalisme dan persekitaran. Pengalaman intelektual pula menjelaskan tentang konsep, falsafah dan nilai. Penerangan yang diberikan oleh guru tentang pengalaman estetik ini dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran. Selain itu melalui pemahaman tentang pengalaman ini, dapat memberi kesedaran kepada setiap individu betapa pentingnya semangat nasionalisme dan amalan nilai murni dalam kehidupan. o Bahasa seni visual. Tajuk kedua adalah tentang bahasa seni visual. Masa yang diperuntukkan adalah 34 waktu. Dalam bahasa seni visual ini terdapat dua perkara yang perlu diberi penekanan iaitu aspek formal dan makna/fungsi/konteks. Dalam aspek formal, terdapat pula beberapa aspek yang diperjelaskan oleh guru kepada pelajar iaitu, tentang unsur seni, prinsip rekaan, media dan teknik.

Unsur seni

merangkumi garisan, jalinan rupa, bentuk dan warna. Bentuk terbahagi kepada tiga bentuk iaitu, dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi. Dalam aspek warna pula, guru menjelaskan kepada pelajar tentang jenis-jenis warna, suhu warna, nilai warna dan skema warna. Dalam prinsip rekaan, terdapat pelbagai aspek iaitu, harmoni, kepelbagaiaan, keseimbangan, kadar banding, dominan, kontra, dan ekonimi. Dalam menjelaskan tentang bahasa visual, guru juga perlu menjelaskan tentang media kepada pelajar. Terdapat dua media iaitu, media konvensional dan media baru.

Kefahaman dalaman menggunakan media dapat digunakan untuk pengkaryaan dan

perekaan iaitu cara atau kesesuaian menggunakan media tersebut. Selain itu, dalam menerangkan bahasa seni, teknik juga perlu diajar oleh guru agar pelajar dapat menghasilkan sesebuah karya seni merujuk kepada kaedah, gaya dan pengolahannya agar sesebuah karya seni itu memberi kepuasan kepada pengkarya. Terdapat dua teknik iaitu, teknik konvesional dan teknik baru. Kedua-dua teknik ini dapat digunakan dalam menghasilkan sesebuah karya seni. Dalam makna/fungsi/konteks pula, menerangkan tentang:  Aliran,  Kebudayaan dan  Nilai. KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

5

SSP3093

Rajah di bawah menjelaskan makna/fungsi/konteks dalam bahasa seni visual.

Makna/fungsi/konteks

Aliran

Tradisi Moden Pascamoden

Kebudayaan Pencapaian dan ekspresi nilai kesenian Adat resam

Nilai

Nilai praktikal Nilai estetik

Kebudayaan Semula jadi Buatan manusia Fenomena

Rajah 1 Guru menerangkan bahawa pengkaryaan dan perekaan mempunyai makna dan fungsi dalam kontesks tertentu.

Selain itu penjelasan tentang budaya membolehkan pelajar menegtahu bahawa dalam

kebudayaan merangkumi aspek pencapaiaan dalam sejarah seni, nilai kesenian, identiti, dan adat resam sesuatu bangsa.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

6

SSP3093

o Pendekatan sejarah dan kritikan seni visual. Tajuk ketiga dalam bahasa seni visual adalah tentang pendekatan sejarah dan kritikan seni visual. Masa yang ditetapkan bagi tajuk ini adalah sebanyak 57 waktu. Dalam tajuk ini terdapat subtopik yang kecil iaitu:  Konsep dan kaedah sejarah seni,  Konsep dan kaedah kritikan seni. Dalam subtopik kecil tersebut terdapat pula alemen-elemen yang perlu dijelaskan oleh guru kepada pelajar. Ini dapat dijelaskan melalui gambar rajah 2 di bawah.

Konsep Dan Kaedah Sejarah seni

Maksud sejarah seni visual Tujuan sejarah seni visual Kaedah sejarah seni visual

Pendekatan Sejarah Dan Kritikan Seni Visual.

Pengertian kritikan seni visual Tujuan kritikan seni visual

Konsep Dan Kaedah Kritikan Seni

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

Pengolahan karya -idelisasi -representasi -stailisasi Gaya penampilan -realistic -separa anstrak -abstrak Period -sejarah -kebudayaan Makna -tersurat -tersirat

Keadah kritikan seni visual

7

Pendekatan -jurnalistik -ilmiah Strategi -diskripsi -analisis -interpretasi -pertimbangan

SSP3093

Rajah 2 Memahami sejarah dan kritikan seni visual sebagai suatu komponen disiplin seni visual yang membolehkan pelajar memahami konsep, kaedah sejarah, dan kritikan seni visual sebagai: 

satu cara untuk memahami dan menikmati karya seni serta membantu proses pengkaryaan dan perekaan



sistem yang teratur dalam menghayati dan mengkritik sesuatu karya seni visual

Idealisasi merujuk kepada persoalan kepercayaan. Stailisasi merujuk kepada pengkaryaan dan perekaan. Reresentasi merujuk kepada perlembangan. Sejarah merujuk kepada kronologi, manakala kebudayaan kepada ketamadunan. Ikonologi, ikonografi, tema, hal benda, dan symbol merujuk kepada makna yang tersurat dan yang tersirat.

Teori Penghasilan Dalam topik ini, masa yang diperuntukkan adalah sebanyak 30 waktu. Terdapat empat subtopik dalam teori penghasilan iaitu:



Pembentukan idea,



Pendekatan penjanaan idea,



Penterjemahan idea,



Penyediaan portfolio dan hasil karya.

Pembentukan idea. Pembentukan idea merangkumi pengertian idea, sumber idea, persekitaran, peristiwa dan pengalaman. Dalam pengertian idea terdapat empat elemen iaitu: •

Perancangan atau hasrat pemikiran



Niat atau tujuan



Cita-cita atau aspirasi



Tipa induk (archetype)

Idea melibatkan keupayaan pemikiran yang membabitkan kesedaran, keinsafan dan sensitiviti dalam proses penghasilan. Menegaskan kepelbagaian sumber idea yang dapat menimbulkan kreativiti dan sensitiviti. Melihat potensi teknologi dan penemuan sains sebagai sumber idea dan juga bentuk seni

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

8

SSP3093

visual yang baru. Memahami bahawa pelbagai sumber idea boleh dirujuk kepada persekitaran, unsur budaya seperti aspek sosial, agama, politik, dan sejarah. Pendekatan penjanaan idea. Penjanaan idea merangkumi elemen-elemen tersebut: Peniruan Penerokaan

Temu bual

Pembacaan

Pemerhatian

Penjanaan idea dibuat bagi memperkukuhkan sumber idea yang didapati sama ada dari sumber alam, sumber buatan manusia, peristiwa, eksperimentasi bahan dan teknik, dan cara penampilan.

Ekspermentasi

Rajah 3 Penterjemahan idea. Penterjemahan idea merangkumi elemen-elemen tersebut:

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

9

SSP3093

Permasalahan visual Penzahiran idea Pemilihan bahan dan teknik

Penterjemahan idea ialah proses penghasilan dalam pengkaryaan dan perekaan.

Penghasilan karya sebenar

Penzahiran idea melibatkan aktiviti membuat thumbnail, lakaran kasar, dan lakaran sebenar.

Kemasan

Persembahan dan penilaian Rajah 4 Penyediaan portfolio dan hasil karya.

PENYEDIAAN PORTFOLIO DAN HASIL KARYA.

Pengkaryaan

Perekaan

Portfolio Penemuan tema Kajian dan penyelidikan Penulisan portfolio Lakaran Kajian media

Portfolio Penyataan permasalahan Kajian dan penyelidikan Penulisan portfolio Lakaran / thumbnail Kajian media

Hasil karya Pengelolaan dan gubahan Penekanan teknik Langkah-langkah penghasilan Kemasan peragaan

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

Hasil karya Pengolahan dan gubahan Langkah-langkah penghasilan Prototaip / model Kemasan Persembahan dan penilaian

10

SSP3093

Menghasilkan karya mengikut disiplin pengkaryaan. Menghasilkan karya mengikut disiplin perekaan. Untuk proses perekaan, kemahiran fotografi diberikan penekanan.

Rajah 5 (b) Lukisan Bagi tajuk lukisan, masa yang diperuntukkan untuk proses P & P adalah sebanyak 90 waktu. Dalam tajuk lukisan terdapat dua subtajuknya iaitu: 

Pengenalan lukisan dan



Penggubahan.

Pengenalan lukisan. Dalam pengenalan lukisan, berdasarkan sukatan pelajaran, guru akan menerangkan tentang aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan, pengamatan terhadap: •

bentuk,



kedudukan objek,



skala dan kadar banding,



pencahayaan, dan



struktur.

Selain itu, guru juga perlu menerangkan tentang penggunaan bahan yakni media yang akan digunakan semasa menghasilkan sesebuah karya seni seperti pensel, charcoal, oil pastels, soft pastels, pen teknikal dan pen warna. Seterusnya tentang pengolahan teknik lukisan seperti lorekan, silang pangkah ( cros hatching ), titik, gosokan, garisan selari, garisan kontur dan garisan tidak menentu. Dengan penerangan itu, pelajar dapat memahami bahasa seni visual dalam penghasilan lukisan. Pelajar juga dapat mengamati bentuk, skala dan kadar banding, pencahayaan, dan struktur serta menggunakan dan mengolah bahan dalam penghasilan lukisan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

11

SSP3093

Penggubahan.

Penggubahan Mewujudkankesan: Ruang Suasana -Ruang rata -Ruang cetak -Ruang dalam

-Panas -Sejuk -Tenteram -Riang

Ciri-ciri dan sifat objek -Keras -Lembut -Licin -Halus

-Pejal -Kasap -Kasar -Lutsinar

Rajah 6 (c) Projek Penghasilan Karya

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

12

SSP3093

Projek Penghasilan Karya Catan-Cat Air, Cat Minyak, Cat Akrilik Seni cetak- Timbulan, Benaman, Serigrafi Arca- Relief, Free Standing, Kinetik, Instalasi

Lukisan -Catan -Seni cetak -Arca

Grafik-

Tipografi, Identiti korporat, Poster, Ilustras, Pembungkusan, Reka tanda Multimedia- Interaktif, Liner, Animasi, Laman web

Komunikasi Visual -Grafik -Multimedia Reka bentuk teknologi Reka bentuk persekitaran

Industri Automobile Seramik Fesyen Tekstil Landskap Hiasan dalaman Landskap Hiasan dalaman

Rajah 7

Soalan 2: Pilih dua daripada sepuluh objektif Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah. Jelaskan bagaimanakah objektif tersebut

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

13

SSP3093

boleh tercapai.

Pengenalan Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah menengah merangkumi perkara yang berkait dengan seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah terdapat sepuluh objektif iaitu: 1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, 2. Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual, 3. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya, 4. Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti, 5. Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual, 6. Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain, 7. Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

14

SSP3093

konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa, 8. Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya, 9. Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup, dan 10. Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Dua objektif Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah yang dipilih iaitu: 1. Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual dan 2. Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya. •

Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual.

Bagi memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual dapat dijelaskan melalui gambarajah di bawah.

Memupuk Budaya Penyelidikan Dalam Proses Penghasilan Karya Seni Visual

Melalui Penerokaan

Menerokai adalah faktor pencetus terhasilnya karya: kesan, akibat/kesan peranan, fungsi, makna serta persepsi

Melalui Kritikan Seni

Peranan Guru

Guru memainkan peranan penting semasa proses P&P dengan menerapkan sikap penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual dalam diri pelajar seperti menerangkan konsep penerokaan dalam SV dan kaedah sejarah SV iaitu kaedah menganalisis karya SV dengan mengajukan soalan yang diperkatakan oleh Pointon.

Melalui Kaedah Sejarah SV

Kaedah menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan soalan. Misalnya: Apakah objek itu?; Untuk siapa ia dibuat?; Bagaimana keadaanya sekarang?; Adakah ia satusatunya objek sedemikian?; Apakah yang cuba disampaikan?; Bagaimanakah ia dipersembahkan? Dan Siapakah yang menghayatinya? (Pointon, 1994:61)

Rajah 8 Selain itu, pemupukan budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual juga dapat mencapai objektifnya dengan menyarakan kepada pelajar agar membuat kritikan terhadap karya seni. Kritikan seni merupakan alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya atau seni visual. KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

15

SSP3093

Kritikan seni perlu dilakukan daripada pelbagai sudut berasakan satu sistem/strategi yang teratur yang merangkumi aspek diskripsi(penerangan bertulis), analisis, interpretasi dan pertimbangan.

Tujuan

kritikan seni dalam memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni dapat meningkatkan tahap apresiasi terhadap SV dalam diri pelajar serta dapat mengkaji organisasi estetik, mengulas organisasi estetik dan pengolahan teknik karya seni itu sendiri. Apakah jenis aktiviti yang dapat menjuruskan murid berinteraksi melalui penerokaan? Antaranya ialah aktiviti tersebut seharusnya kecil, mudah dan ringkas. Ia juga mempunyai permainan cuba mencuba atau suaikenal dengan bahan. Murid juga dibenarkan menguji bahan tersebut dan mencari penemuan sendiri dengan bimbingan guru. Selain itu, guru juga perlu memberi kebebasan kepada murid mencari jawapan sendiri atau mencari alternatif dan kemungkinan jawapan yang lain di mana guru tidak perlu meletakkan sesuatu jawapan yang tetap. Kenapa? Ini kerana ia secara tidak langsung ia dapat membantu murid mengembangkan dan berinteraksi dengan menggunakan bahan tersebut secara kritis dan kreatif. Selain itu, aktiviti tersebut juga perlu melibatkan penggunaan pelbagai kecerdasan yang telah kita ketahui iaitu verba – linguistik, logik matematik, visual-ruang, kenestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Melalui aktiviti ini, ia secara tak langsung akan membuatkan pengajaran guru tersebut lebih bersepadu dan menepati kurikulum. Ini sebenarnya dapat memberipeluang kepada murid melahirkan kemahiran atau kebolehan masing – masing. Bagaimanakah dapat dipermudahkan aktiviti ini? Untuk itu, guru perlulah kreatif di mana guru perlu memberi peluang kepada muridnya menggunakan kemahiran berfikir dan menyediakan pengurusan grafik yang sesuai dan bertepatan. Seterusnya, selepas aktiviti penerokaan, guru perlu membimbing muridnya membuat penghasilan dengan menggunakan alat atau bahan dan teknik yang sesuai dan betul. Selain itu, guru juga perlu menerangkan tatacara, langkah dan proses membuat dengan cara yang betul. Ini dapat membantu murid yang lemah untuk terus belajar dan tidak lari dari objektif yang hendak dicapai. Guru juga perlu menerangkan cara amalan tertib ketika melakukan sesuatu aktiviti, keselamatan dan membantu murid di dalam penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil.

Kritikan seni bukan sahaja sebagai penghubung antara pengkarya dan khalayak, ianya berperana besar dalam proses penambahbaikan sesebuah karya seni yang menyentuh persoalan idea, konsep, teknik, tema, hal benda atau gaya secara berterusan serta mengulas, menganalisis, menginterpretasi atau menilai dan menentukan arah perkembangan budaya. Gambarajah di bawah menunjukkan lagi tujuan KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

16

SSP3093

kritikan seni yang berperana dalam memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual.

Kritikan mengesahkan/ membenarkan persepsi/ tanggapan pengumpul seni terhadap sesuatu karya seni

Kritikan seni dapat menbentuk komunikasi antara pemilik geleri/promoter dengan pembeli/khalayak.

TUJUAN KRITIKAN SENI

Pertimbangan & penilaian pengkritik boleh dijadikan landasan serta penambahbaikan seterusnya menentukan arah seni budaya

Kritikan seni selain menjadi wadah pendidikan, ianya juga boleh jadi dokumen-dokumen sejarah yang penting & berharga

Rajah 9



Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya. Pereka Fesyen Pereka Hiasan Dalaman

Artis KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

17

SSP3093

Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya sebagai Usahawan Tembikar

Pereka Lanskap

Tukang Ukiran Kayu

Rajah 10 Melalui objektif ini iaitu menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya antaranya sebagai artis, pereka fasyen, pereka hiasan dalaman, pereka lanskap, tukang ukiran kayu dan sebagai usahawa tembikar. Hal ini menunjukkan, bidang seni visual sangat penting dalam prospek kerjaya kerana bidang ini mempunyai kesepaduan dengan bidang ilmu yang lain seperti Sejarah dan Geografi. Melalui kesepaduan ini dapat melahirkan masyarakat yang kreatif, kritis, berdedikasi, berdaya saing dan bertoleransi dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar serta boleh dijadikan sebagai kerjaya. Dalam aspek kehidupan, setiap perkara atau benda alam mempunyai unsur-unsur seni. Contohnya, dalam pemilihan pakaian. Setiap orang memilih pakaiaan mengikut nilai estetik baju itu sendiri. Dalam mewujudkan nilai estetik pada pakaiaan, pereka fasyen memainkan peranan penting. Mereka akan sentiasa menghasilkan fesyen-fesyen pakaian yang baru bagi memberi kepuasan kepada pemakainya. Jika tidak ada pereka fesyen, sudah tentu fesyen baju itu ketinggalan zaman dan kurang mempunyai nilai estetik begitu juga dengan kerjaya yang lain seperti yang terdapat dalam rajah 10 di atas. Selain daripada usaha-usaha pemeliharaan dan perlindungan, pendidikan seni mempunya tanggungjawap pada evolusi kerjaya. Selaras dengan itu, kita harus meneliti setiap perkembangan baru dalam pembuatan, peluahan rasa, dan membuat perhubungan dengan pandangan bagi menghakimi nilai segera dan instriksik. Pendidikan seni lahir secara semula jadi dalam pengalaman masa kini. Dewey menegaskan hakikat ini pada tahun 1918 apabila beliau mengatakan: “ Seni, dalam satu perkataan, adalah industri

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

18

SSP3093

yang bukan lazimnya sedar akan maknanya’. Saya mengambil kenyataan ini sebagai mempunyai pelbagai kepentingan. Pertama, tanpa kerja tiada seni; kedua, tanpa makna seni hanya kerja; ketiga, nilai kerja yang bermakna wujud pada masa kini; keempat, makna dalam seni adalah bermakna kepada manusia. Sebagai kesimpulan, kualiti dalam seni dapat disamakan dengan nilai-tambah dalam ekonomi. Dalam pemasaran barangan, kualiti melibatkan faktor-faktor seperti bahan-bahan yang mahal, mode pembuatan yang susah, pengeluaran terhad, pengagihan terbatas dan pertimbangan harga dan prestij yang kurang menyenangkan.

Soalan 3: Bagaimanakah pelajaran Pendidikan Seni Visual boleh berperanan untuk menyediakan asas kepada penyediaan guna tenaga manusia yang berkemahiran untuk pembangunan negara.Bahaskan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

19

SSP3093

Pendidikan Seni Visual dapat memainkan peranan dalam menyediakan asas kepada penyediaan guna tenaga manusia yang berkemahiran untuk pembagunan negara antaranya melalui: 1. Kurikulum Pendidikan Seni Visual, 2. Pengalaman Seni Visual @ Kreativiti. • Kurikulum Pendidikan Seni Visual. Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan yang dikenalpasti untuk memandu pengajaran guru kepada kumpulan pelajar tertentu. Proses pembelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mempunyai tuntutan yang bersifat teknikal. Oleh yang demikian, penentuan untuk menyusun ciri-ciri kurikulum yang dapat memudahcarakan perlaksanaan pengajaran seperti itu tentulah lebih ideal jika dilakukan oleh golongan profesional. Huraian Sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah mengandungi pelbagai aktiviti untuk membentuk keperibadian murid yang celik budaya, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

Hal ini jelas

menunjukkan Pendidikan Seni Visual berperanan dalam menyediakan asas persediaan guna tenaga yang berkemahiran untuk pembangunan negara. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, beberapa nilai dapat diterapkan dalam Pendidikan Seni Visual yang menekankan kepada aspek penghargaan, kepekaan dan keprihatinan dalam mengenalpasti dan menentukan nilai estetik dan etika dalam diri pelajar. Dalam konteks Pendidikan Seni Visual, ia menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari, dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Penguasaan terhadap perkara ini dapat menimbulkan rasa kesedaran dalam diri pelajar dan mewujudkan masyarakat yang berkemahiran, kreatif, dan sebagainya. Dalam proses pemahaman, penghayatan dan kritikan, pelajar didedahkan kepada proses yang menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu tersebut melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi pelajar. Dengan ini, pelajar digalakkan supaya dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. • Pengalaman Seni Visual. Kesedaran Tampak.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

20

SSP3093

Melalui latihan pengalaman tampak, seseorang dilatih menggunakan deria secara terperinci. Kesedaran dapat diperkembangkan melalui pengalaman deria yang melakukan aktiviti penyelidikan, penerokaan, percubaan dan pemerhatian terhadap sesuatu. Aktiviti-aktiviti itu perlulah berkesan pada perkembagan dan peningkatan daripada segi daya melihat, pengamatan, daya mengingati dengan jelas tentang pengalaman tampak yang dilalui dan kesannya pada perasaan, pemikiran dan tnggapan. Galakkan pelajar menerokai, mengkaji dan menemui pelbagai fenomena sebanyak mungkin secara sendiri yang akan melahirkan individu yang berkemahiran bagi persediaan asas kepada guna tenaga manusia. Pengalaman Secara Langsung. Melalui latihan membuat ataupun menghasilkan sesuatu dalam aktiviti catan, cetakan, anyaman, ukiran dan pelbagai gerak kerja kreatif. Pelajar menyedari tentang pemeringkatan proses dan teknik semasa melakukan kerja itu.

Kajian-kajian tentang asas seni reka pada alam dan persekitaran untuk

mengaplikasian dalam gerak kerja yang dilakukan. Menggalakkan kajian-kajian tentang tema, artis, melihat cara artis menghasilkan karya secara tindakan seperti, menemu bual, melihat artis bekerja dengan tujuan meningkatkan pengalaman dan kesedaran.

Wujudkan aktiviti perbahasan, diskusi,

perbincangan dan kritikan karya yang dilakukan. Pengalaman Empati. Melalui latihan yang banyak menyentuh perasaan, emosi, dan tekanan fizikal. Menggunakan anggota yang tidak lazim digunakan bagi menghasilkan karya.

Mengadakan aktiviti pengamatan dan

penghasilan waktu malam secara langsung di luar studio. Latihan melalui aktiviti kembara visual ke tempat-tempat tertentu banyak menimbulkan kesan emosi dan fizikal. Kesimpulan Kesimpulannya dapatlah kita katakan kreativiti dalam pendidikan seni visual mempunyai hubungan rapat dengan idea, perasaan, pemikiran pengalaman, dan keinginan seseorang dalam penerokaanya dengan bahan, media, teknik dalam persembahan melaui penerokaan dan memanipulasikan idea dalam penghasilan sesuatu yang baru. Dapat dirumuskan bahawa kreativiti dapat dipupuk dan guru sebagai pembimbing dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai. Melalui bimbingan dan tunjuk ajar ini dapat membantu palajar memperkembangkan daya kreativiti seterusnya langkah utama dalam mencapai matlamat pembangunan negara serta sebagai persediaan asas bagi menyediakan guna tenaga manusia yang berkemahiran

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

21

SSP3093

Persediaan Guna Tenaga Manusia Mahir

Kurikulum Pendidikan Seni

Pengalaman Seni Visual Kesedaran Tampak

Pengalaman Secara Langsung

Pengalaman Empati

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

22

SSP3093

Bibliografi Abu Bakar Nordin,(1991). Kurikulum: Perspektif dan Pelaksanaan,: Falsafah

Pendidikan.

Kuala Lumpur . Pustaka Antara Efland, Arther.(1997). Planning Art Education, Middle / Secondary School of Ohio,

State of Ohio

Dept. of Education Lansing, Kenneth M. (1971). Art, Artists and Art Education. New York, McGraw- Hill Books Company Md. Nasir Ibrahim, Prof. Madya Iberahim Hassan (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Pahang: Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSM. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

23

SSP3093

Related Documents