Penerapan Modal Insan Dikalangan Kanak-kanak

  • Uploaded by: Harliana Zahari
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penerapan Modal Insan Dikalangan Kanak-kanak as PDF for free.

More details

  • Words: 1,929
  • Pages: 8
Negara Bangsa Penerapan Modal Insan di kalangan Kanak-kanak

Penerapan Modal Insan di Kalangan Kanak-kanak Oleh Harliana Binti Zahari

Harta paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti dimiliki itulah disifatkan sebagai modal insan yang perlu ditagih untuk memajukan kegemilangan.Cabaran pembinaan modal insan juga terletak sebahagian besarnya di kalangan pendidik yang relatifnya terbabit dengan dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seorang kanak-kanak yang akan menjadi warga yang bermodal insan. Pendidikan memainkan peranan amat penting dalam menyediakan negara dengan modal insan berkualiti memiliki sahsiah terpuji, berkemahiran tinggi, serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi arus pemodenan menuju wawasan 2020. Oleh itu Penerapan Modal insan hendaklah diberikan semasa kanak-kanak lagi. “Wawasan

2020

adalah

suatu

tugas

yang

penuh

bertanggungjawab di atas bahu semua pihak khususnya peneraju pendidikan negara. Sembilan cabaran Wawasan 2020 yang sebahagian besarnya berkaitan pembangunan modal insan bermula dengan cabaran membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu dan berakhir dengan cabaran membentuk masyarakat yang makmur” (Mahathir Mohamad,1991). Lampiran 1 Artikal kanak-kanak lebih petriotik oleh Rohaniza Idris menjelaskan bahawa kanak-kanak lebih bersatu berbanding orang dewasa kerana mereka tidak membataskan rakan menerusi pengkelasan warna kulit, kaum, agama dan latar belakang keluarga. Ini disokong oleh keterangan Pensyarah Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Rozumah Baharudin, berkata kanak-kanak lebih cenderung untuk bergaul mesra kerana pergaulan itu berlandaskan aktiviti seperti bermain dan permainan yang mereka sukai. “Ketika

ini,

memang

ada

keluarga

di

Malaysia

yang

mensosialisasikan ahli keluarganya ke arah perpaduan kerana mereka 1

Negara Bangsa Penerapan Modal Insan di kalangan Kanak-kanak

faham bahawa keluarga adalah asas pembentukan masyarakat dan negara. Langkah pertama untuk perpaduan perlu bermula dalam keluarga.” (Prof Rozumah Baharudin) Pembangunan modal insan adalah langkah- langkah untuk memartabatkan negara bangsa malaysia di mata dunia dari segi sahsiah, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Negara mengutamakan pembangunan modal insan di kalangan kanak- kanak. Ini dapat dilihat dari perkara pertama dalam objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) iaitu; Menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk tujuan pembangunan negara (Digariskan dalam Penyata Razak- 1956). Pembangunan modal insan juga dititikberatkan melalui pembentukan keterampilan dan sahsiah unggul. Di peringkat Kementerian Pelajaran, usaha itu digarap melalui pemantapan kurikulum sedia ada. Rentasan nilai murni banyak diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral.Selain dari segi akedemik pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membina modal insan cemerlang dari segi: i.

Meningkatkan

kemahiran

sosial

dan

interaksi

seterusnya

memperkukuhkan integrasi kaum. ii.

Melengkapkan diri pelajar dengan kualiti kepemimpinan, jati diri dan daya tahan.

iii.

Memperkukuhkan disiplin diri melalui penyemaian sahsiah diri dan pematuhan kepada konsep rukunegara.

iv.

Mencungkil bakat dan potensi diri.

v.

Menyingkap minat murid terhadap kepelbagaian aktiviti luar dan mencabar.

Modal insan kelas pertama tidak hanya hebat dengan kepakaran dan kemahiran, tetapi harus mengamalkan budi bahasa dan pekerti mulia. Untuk itu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni menjadi teras pembinaan modal insan berbudaya unggul. Penganjuran kempen itu dengan harapan murid dapat menghayati rukunegara serta dididik agar menghayati amalan hidup berbudi bahasa, menghormati orang lain serta meneguhkan pengajaran nilai merentas kurikulum. Demi untuk merealisasikan impian 2

Negara Bangsa Penerapan Modal Insan di kalangan Kanak-kanak

negara untuk menjadikan kanak-kanak tidak tercicir dari modal insan Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) telah di wujudkan. PERMATA di wujudkan di bawah penyeliaan Jabatan Pelajaran Malaysia (JPM), Kementrian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan membawa objektif untuk menerapkan modal insan dikalangan kanak-kanak bermula dari peringakat umur 1 hingga 3 tahun. Falsafah, Fokus dan Rasional PERMATA ialah; i)

Bagi kami, pendekatan yang menekankan konsep setiap anak adalah individu yang berbeza.

ii)

Oleh itu, kami berpegang pada falsafah bahawa:•Setiap anak permata Negara •Setiap anak amat berharga •Setiap anak adalah modal insan Negara. •Pendidikan awal kanak-kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi, kognitif dan komunikasi mereka.

Melalui falsafah ini PERMATA berusaha untuk mencapai objektif bagi menghasilkan modal insan Negara yang cemerlang, gemilang, terbilang dalam menuju wawasan sebagai Negara maju di masa hadapan.Dalam usaha merealisasikan objektif program PERMATA, kami memfokuskan pada kumpulan sasaran atau segmen tertentu dimana kumpulan sasaran PERMATA ialah kanak-kanak berumur antara 1 hingga 4 tahun dengan tumpuan di kawasan bandar dan luar bandar.

Peringkat umur ini dikira rasional berdasarkan bukti dari kajian neurosains yang menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Hubungan emosi dan sosial yang dibina dengan mereka memainkan peranan penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang. Maka sekiranya rangsangan yang betul diberikan dalam keadaan ceria dan gembira, otak akan berkembang segar. Oleh itu, kurikulum PERMATA digubal berbeza dari kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang ada di Negara ini. Hasrat kerajaan untuk menerapkan pendidikan awal sebagai asas melahirkan generasi muda yang lebih hebat dan menjadi modal insan yang berguna kepada negara 3

Negara Bangsa Penerapan Modal Insan di kalangan Kanak-kanak

amat dihargai. Pembangunan pendidikan prasekolah adalah di antara fokus utama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Sebanyak 1400 tadika baru akan dibina yang melibatkan kos RM450 juta. Tadika-tadika yang uzur dan usang akan dibaik pulih dan dinaik taraf supaya para pelajar dapat berada dalam suasana pembelajaran yang lebih sesuai. Bagi membolehkan ia berkembang, modal insan perlu dilaburkan dalam persekitaran yang betul dan berupaya memberi pulangan yang maksimum. Pendidikan awal usia adalah sangat perlu kerana bagi jangka masa panjang, Malaysia memerlukan sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan. Usaha-usaha kerajaan untuk menerapkan modal insane dikalangan kanak-kanak ini pula disokong penuh oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah, Pada mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen Kedua Belas pada 16 Febuari 2009, Baginda bertitah pada perkara ke dua puluh tujuh dan kedua puluh lapan; i) Perkara ke 27; “Modal insan yang berkualiti adalah amat penting kepada pembangunan negara. Justeru, Kerajaan Beta telah memperkenalkan Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Pelan Induk Latihan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia dan Pelan Strategik Pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.” ii) Perkara ke 28; “Usaha-usaha memperluaskan pendidikan prasekolah akan terus dilaksanakan bagi memastikan peluang pendidikan diperoleh lebih awal. Di samping itu, transformasi kurikulum prasekolah dan sekolah rendah akan dilaksanakan agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan akan datang. Beta menyeru agar semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat, badan bukan kerajaan dan badan korporat memainkan peranan membantu para pendidik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa.” 4

Negara Bangsa Penerapan Modal Insan di kalangan Kanak-kanak

Rakyat Malaysia amat bertuah kerana mempunyai pemerintah yang peka terhadap penerapan modal insane di kalangan kanak-kanak. Selaras dengan keperluan Negara dan demi kemurnian sejagat modal insane dikalangan kanak-kanak adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan lagi. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” (Pepatah Melayu)

Pembentukan nilai bagi hidup seseorang bermula sejak kecil iaitu ketika perkembangan mental dan fizikal sedang pesat berlaku (Siegler & Alibali,2005). Umur kritikal ketika ini ialah tiga hingga lima tahun. Pembentukan mental umpamanya, amat pesat semasa kanak-kanak berumur tiga tahun dan masa inilah proses pembelajaran mudah berlaku. Penyerapan maklumat dan informasi amat pantas dan mudah berlaku kerana bagi memenuhi keperluan perkembangan mental tersebut. Oleh itu, Pelaburan bagi membina asas pendidikan prasekolah tidak boleh dipandang mudah begitu sahaja ketika ini kerana penyelidikan dalam kaedah pembelajaran dan pengajaran prasekolah sangat cepat berubah. Infrastruktur yang sempurna dan tenaga pengajar yang profesional di samping sokongan ibu bapa adalah antara prasyarat yang perlu bagi membentuk warganegara kecil yang mempunyai nilai dan jati diri yang positif. Modal

insan

adalah

teras

kepada

pembangunan

sesebuah

negara.

Pembangunan aspek modal insan sangat penting bagi menjadikan negara lebih berdaya saing. Ia sememangnya menjadi cabaran utama untuk mencapai Wawasan 2020. Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran berpotensi memiliki modal insan yang besar untuk dirinya sendiri, masyarakat dan negara. Bersusah payah meningkatkan tahap pendidikan adalah usaha murni yang hanya akan dikecapi dalam jangka masa panjang. Selari dengan perkembangan dunia yang menyaksikan persaingan sihat antara negara untuk memperkasakan pendidikan masing-masing. Pendidikan menguatkan pembinaan modal insan. Individu yang berpendidikan lebih berjaya di tempat kerja dan kurang memerlukan bantuan. Keluarga yang berpendidikan juga akan membantu memperkukuhkan modal insan setiap individu yang ada di dalamnya. Modal insan yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional yang kedua iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama”. Sepanjang tempoh RMK-9, 5

Negara Bangsa Penerapan Modal Insan di kalangan Kanak-kanak

kerajaan akan terus giat membangunkan modal insan untuk memacu transformasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Di sekolah, para guru membangunkan

dan menerapkan

silibus

yang

menekankan nilai-nilai seperti patuh kepada peraturan, berkongsi dan bekerjasama dalam konteks yang luas. Kesedaran untuk berkongsi pengalaman dan memahami peranan masing-masing boleh meningkatkan kepercayaan masyarakat umum terhadap keharmonian negara pada masa depan. Kesungguhan kerajaan meletakkan 40 peratus daripada rakyat Malaysia mendapat pendidikan peringkat tertinggi sebagai tanda aras untuk mencapai status negara maju sebelum tahun 2020 adalah cabaran kepada semua pihak. Halangan kewangan bukanlah masalah besar kerana kerajaan sendiri sentiasa memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar setiap kali belanjawan tahunan dibentangkan. Ahli sosiologi Islam tersohor, Ibnu Khaldun memberi ingatan melalui buku Mukadimah bahawa kecemerlangan sesebuah tamadun akan hilang apabila nilai dan budaya keseronokan yang melampau menjadi kompas yang dijunjung di kalangan masyarakat. Pendidikan yang membina modal insan masyarakat dan negara adalah sangat penting dan perlu terus diberi perhatian. Nyatalah bahawa penerapan modal insan dikalangan kanak-kanak adalah sangat penting dan merupakan perkara yang sentiasa menjadi bahan penyelidikan bagi mempertingkatkan dan memulihkn kelemahan di dalam perlaksanaan modal insan pada rakyat Malaysia khususnya dikalangan kanak-kanak. Kajian hendaklah dijalankan bagi memperolehi cara yang berkesan untuk mendidik kanak-kanak memiliki modal insan sekaligus mempunyai nilai-nilai murni yang dibanggakan oleh negara. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk

6

Negara Bangsa Penerapan Modal Insan di kalangan Kanak-kanak

kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"(Wan Mohd. Zahid, 1988) Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai Falsafah Pendidikan Negara & Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk

diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi; "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan,

berketerampilan,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri: a. Percaya dan patuh kepada tuhan b. Berilmu pengetahuan c. Berakhlak mulia d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara. f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilai-nilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan dapat 7

Negara Bangsa Penerapan Modal Insan di kalangan Kanak-kanak

diperkembangkan sebagai masyarakat yang bertanggungjawab hendaklah menyeru dan menyedarkan sesama masyarakat yang lain barulah Negara kita menikmati modal insan yang sempurna dari pelbagai golongan khususnya kanak-kanak.

( 1,843 Patah Perkataan)

8

Related Documents


More Documents from ""