Manakala Modal Insan yang diadaptasi dari bahasa Inggeris Human Capital membawa erti[5] yang pelbagai.Modal boleh ditakrifkan sebagai asset,simpanan atau bekalan.Sementara insan dari perkataan arab nasi’a (lupa) dan ianya merujuk kepada manusia,kerana sifat manusia itu mudah lupa. Insan disifatkan oleh Allah SWT,sebagai makhluk yang paling baik penciptaannya ( Ahsani taqwim )[6].Boleh berubah dari buruk kepada baik,dan baik kepada buruk.Sementara kesempurnaan itu,dilengkapi dengan jasad yang disaluti dengan hati,nafsu dan akal.Manusia juga dapat menggunakan segala pancainderanya untuk menjalankan tanggungjawab,fungsi dan tugas. 3.2 : Konsep Tentang Manusia Manusia yang digambarkan dengan kata al-Insan, disebut sebanyak 65 kali dalam al-Quran.Perjalanan hidup manusia,dicoret sebagai melalui 2 tahap kehidupan.Iaitu meliputi peringkat (al-Ghaib), dan (al-Zahir) iaitu proses yang diketahui secara ilmiah .Proses al-Ghaib atau alam al-Roh, bermula dari penciptaan dari tanah (tin),debu dan lumpur(turab).Seterusnya keperingkat al-zahir dalam alam rahim ibu,bermula dari segumpal darah kemudian disalut tulang dan daging,seterusnya ditiup roh. Manusia yang disifatkan sebagai penciptaan yang paling sempurna dan lengkap ( ahsani taqwin ), diberi amanah mengurus dunia ini dan diangkat martabatnya menjadi khalifah,apabila tanggungjawab itu tidak sanggup dipikul oleh makhluk lain. Lantaran manusia,diberi tanggungjawab untuk mengurus dunia ini,maka sudah tentu ianya memerlukan ilmu dan kemahiran bagi memudahkan mereka mengurus tanggungjawab itu.Oleh yang demikian,sudah menjadi tanggungjawab warga pengurusan institutsi latihan,bagi mengatur strategi menyediakan latihan dan keperluan itu,dengan meningkatkan psikomotor audian.Untuk itu,dalam pengisian latihan,pihak pengurusan latihan mestilah memastikan matlamat untuk menyediakan modal insan yang bertakwa,unggul atau the towering personality akan tercapai. Pujangga pernah berkata,ilmu yang tidak diamal,diibaratkan sepohon pokok yang rendang dan indah,tetapi tiada berbuah.Justeru dari kata pujangga itu,dapatlah digambarkan bahawa amalan merupakan natijah akhir kepada sesuatu keberkesanan latihan yang diberikan kepada audian. 5. KEPENTINGAN LATIHAN DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN HADHARI Latihan menjadi penting apabila dunia dan persekitarannya mula berubah dengan pesat.Kepesatan ini,memerlukan barisan modal insan yang hadhari untuk menghadapi dan menyelesaikannya.Ditambah dengan persaingan dan cabaran intelektual yang hebat.Kompetensi yang sentiasa dihadapi manusia kini,menjadikan pencapaian melalui latihan sebagai pemisah diantara satu sama lain.Kepentingan latihan ini juga dapat ditegaskan lagi oleh Hadis Nabi SAW :5.1 : Islam Menggalakkan Penimbaan Ilmu dan Latihan.Dalam Islam,menimba ilmu dan latihan adalah wajib bagi setiap lelaki dan perempuan. “Menuntut ilmu wajib bagi Muslimin lelaki dan perempuan…”[10] “Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina Kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib ke atas orang Islam
Secara ringkasnya,kepentingan latihan itu meliputi :5.2 : Profesionalisme Pengurusan Dalam kehidupan Harian : Memimpin diri dan manusia hari ini menjadi semakin kompleks berikutan dengan perubahan senario politik,ekonomi,teknologi dan sosial yang semakin sukar dijangka dan tidak menentu.Justeru itu,manusia perlu mempunyai bukan sahaja pengalaman,tetapi juga ilmu pengetahuan dan latihan yang sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan supaya dapat menggunakan secara maksimum sumber-sumber yang ada,terutamanya sumber manusia untuk kepentingan diri dan juga masyarakat. 5.3 : Cabaran Globalisasi : Dunia kini sedang mengalami perubahan pesat akibat daripada globalisasi serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.Setiap pencapaian atau kemajuan memerlukan tahap latihan, pengetahuann, inovasi dan kreativiti yang lebih tinggi.Apa yang perlu ialah persiapan untuk menerima dan melibatkan diri sepenuhnya dengan peraturan baru ini. Manusia perlu melengkapkan diri dengan latihan dan ilmu pengetahuan yang sesuai untuk menghadapi persaingan itu.Dengan latihan manusia boleh melibatkan diri secara aktif dan bermakna dalam perundingan dan perbincangan mengenai isu-isu ekonomi,politik dan sosial di peringkat antarabangsa. Antara latihan dan kemahiran yang perlu ialah fasih berbahasa inggeris dan bahasabahasa utama lain,bujak berkomunikasi, mahir berunding,cekap membuat keputusan dan sebagainya. 5.4 : Menggalak K-Based : Dalam era K-Ekonomi,ilmu dan latihan adalah penjana utama pertumbuhan ekonomi.Penggunaan ilmu yang cekap dan berkesan akan menjurus kepada pertambahan pengeluaran dengan kualiti yang lebih baik dan kos yang lebih rendah dan dengan itu memperolehi untung yang lebih tinggi. 5.5 : Ledakan pesat ICT : Perkembangan pesat dalam bidang ICT menjadikan kos kuminkasi dan pengangkutan lebih murah serta dapat bergerak dengan pantas. Internet, e-mail,laman web dan alat komunikasi lain seperti telefon selular,mesin faksimili dan setelit merupakan keperluan harian yang membolehkan manusia berkomunikasi dengan warga dunia secara mudah,cekap dan segera.Manusia perlu meningkatkan keupayaannya untuk menerima dan menyerapkan teknologi yang sentiasa berubah ini untuk sentiasa berada di hadapan,dan menerima kenyataan bahawa ianya tidak dapat lari daripada ledakan ICT ini. Dengan itu manusia perlu lengkapkan diri dengan latihan,ilmu dan kemahiran. 6. CIRI-CIRI MODAL INSAN HADHARI Ciri-ciri modal insan hadhari tidak mustahil untuk dilahirkan apabila individu itu mengikuti proses latihan.Proses latihan melibatkan input,proses dan output. 6.1 : Akidah Yang Sempurna ( Salim al-A’kidah )[12]. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran penyelewengan keaslian ajaran Islam.Maka akidah yang sempurna,mestilah menjadi akar tunjang dan pegangan bagi mengatasi segala permasalahan yang mendatang. Dalam ertikata lain,kemampuan seseorang individu dalam merujuk dua sumber warisan peninggalan Allah dan al-Rasul,menjadi asas kepada melahirkan insan yang sempurna akidahnya. Segala kekalutan sosial yang berlaku dikalangan masyarakat kini,adalah berpunca dari rapuhnya akidah yang dianuti.Justeru itulah,ulamak Islam mengambarkan kepentingan akidah sebagai “ Awaludin ma’rifatullah “ (Awal agama adalah mengenal Allah ). Kesempurnaan akidah akan meledakkan sifat taqwa dalam diri manusia.Ciri-ciri manusia yang bertaqwa adalah bagi mereka yang sentiasa beriman dengan bukan sahaja perkara-perkara zahir,tetapi meliputi perkara ghaib,mendirikan solat,membayar zakat,beramal dengan ayat al-quran dan kitab-kitab sebelumnya serta beriman dengan hari akhirat.[13]
6.2 : Ibadah Yang Betul ( Sahih al-I’badah ).[14] Ibadah dalam islam ,meliputi semua perkara dan pekerjaan yang disandarkan niatnya kepada Allah SWT.Seperti apa yang disabdakan oleh nabi SAW “Setiap pekerjaan bermula dengan niat…..”. Justeru itu,modal insan hadhari yang perlu disediakan oleh pelaksana program latihan adalah memberi kefahaman tentang konsep ibadah yang betul menurut islam,bermula dari niat yang hanya untuk Allah SWT seterusnya diikuti dengan gerak laku mengikut syarat dan rukun. 6.3 : Akhlak Yang Utuh. ( khuluk al-Matin )[15] Akhlak merupakan kompenan terpenting dalam struktur agama,selepas akidah dan syariah.Serta menjadi missi penting pengutusan Rasulullah SAW.Seperti sabdanya…”Tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurna kan akhlak yang baik…”[16]Justeru itu,modal insan hadhari sewajibnya mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti menyantuni manusia,bertimbangrasa,ikhlas,jujur dan segala macam penampilan integriti yang lain.Sementara akhlak mazmumah seperti khianat,hasad dengki,derhaka kepada ibu-bapa dan pemerintah serta segala macam sifat negatif yang lain,perlulah dijauhkan. 6.4 : Kuat Fizikal ( Qawiey al-Jisim )[17] Pujangga arab pernah berkata,” al-A’qlu al-Salim fi al-Jism al-Salim….”(Akal yang sejahtera datangnya dari badan yang sihat…).Oleh yang demikian,insan hadahari mestilah mempunyai kesihatan dan badan yang sihat,supaya dengan itu,akan memberikan rangsangan idea yang bernas ketika berfikir dan memeberi pendapat. 6.5 : Pemikiran Intelek ( Mushaqafah al-fikri )[18] Modal insan yang hadhari adalah mereka yang dapat menguasai sebarang kepakaran ilmu pengetahuan.Dunia globalisasi kini,memerlukan sumber tenaga manusia yang mahir berteraskan ilmu pengetahuan.Saranan seumpama ini bukanlah merupakan saranan baru,sebaliknya disuarakan semenjak zaman Yunani lagi,ketika mana Aristotale berkata :“Knowledge is more useful than wealth,as knowledge Could protect man from disaster,whilst wealth need To be protected against disaster…”[19] Lantaran itu,kejayaan sesebuah bangsa dan negara bergantung sejauh mana mereka dapat menguasai dan melonjak ilmu pengetahuan.Malah lebih gemilang lagi,apabila mereka dapat menjadikan ilmu sebagai budaya kehidupan.Budaya ilmu bermaksud,”keadaan di mana setiap lapisan anggota masyarakat melibatkan diri baik secara langsung, mahupun tidak langsung dengan teratur dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan”. 6.6 : Bermujahadah terhadap nafsunya ( Mujahadah al-Nafs )[20] Nafsu merupakan kompenan dalaman manusia,yang perlu dilatih secara agrasif atau mujahadah.Menurut ilmu tasawuf,[21]Nafsu terbahagi kepada beberapa tingkatan.Tiga nafsu yang terkeji seperti nafs al-Ammarah ,nafs al-Lauwammah dan nafs al-Mulhamah, perlulah dihindari.Sementara empat lagi adalah nafsu terpuji,seperti nafs al-Mutmainnah,nafs al-Radhiah,nafs alMardhiah dan nafs al-Kamilah,kesemua ini hendaklah dituruti dan dicari.
Gagal mengawal nafsu,akan mengundang musibah kepada diri manusia.Apabila mereka tidak segan silu,melakukan dosa dan maksiat.Jadi,segala kerjalaku dosa dan maksiat adalah berpunca dari kegagalan individu itu,mengawal nafsunya. 6.7 : Berusaha dengan sendiri ( Qadirun a’la kasbi )[22] Modal insan yang diperlukan oleh sesebuah negara adalah bagi mereka yang dapat berusaha dengan usaha sendiri tanpa mengharap pergantungan dari orang lain.Atau dalam aspek pembangunan negara, bukanlah dengan hanya menhgharapkan subsidi dan bantuan dari kerajaan dan pemerintah semata-mata. 6.8 : Ambil berat dengan urusan waktunya ( Harisun a’la al-Wakt )[23] Pengurusan waktu yang baik,merupakan formula kejayaan seseorang manusia.Justeru itu,banyak dalam ayatayat Allah SWT dalam al-Quran menceritakan perihal penting mengenai masa.Sehinggakan diturunkan satu surah khusus menceritakan kepentingan masa,seperti firman Allah SWT dalam surah al-A’sr..”Demi masa!,sesungguhnya manusia dalam kerugian…”.[24] Masa adalah suatu amanah.Oleh kerana itu,manusia yang dapat mengurus masa mengikut keutamaan(al-Awlawiyiat )[25],adalah mereka yang berjaya dalam hidup.Lantaran itu, masa perlu diatur mengikut keutamaan, kepentingan dan kesegeraan sesuatu kerja.Pekerjaan yang tidak penting dan tidak utama,tidak perlu disegerakan dan hendaklah ditangguhkan kemudian. 6.9 : Teratur dalam urusannya ( Munazhamun fi shuu’ni )[26] Insan hadhari yang perlu dibentuk dalam program latihan adalah generasi yang dapat mengatur urusan kehidupan mereka.Faktor disiplin diri,merupakan ramuan mujarab untuk menjadikan manusia berjaya dan teratur dalam urusan hidup. Sebagai umat islam,kita hendaklah bersifat terbuka mengenai urusan pengurusan hidup yang berkualiti.Begitu juga dalam pengurusan sesebuah organisasi,dengan tidak malu untuk mencontohi pihak barat dan Jepun,demi mengujudkan pengurusan organisasi yang efision.Standart kuality yang berasaskan standart ISO oleh barat atau kualiti 5S yang diperkenalkan oleh Jepun,hendaklah diadaptasi oleh umat islam,selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat agama. 6.10 : Bermanfaat untuk orang lain ( Nafi’ lil Ghairihi )[27] Kejayaan yang terakhir kepada sesebuah program latihan,adalah bergantung sejauh mana audian yang telah mengikuti program latihan itu, dapat memberi manfaat kepada orang lain,samada yang melibatkan keluarga,masyarakat dan negaranya. Sifat seperti pokok kelapa,yang boleh memberi manfaat kepada manusia dari akar sampai ke pucuknya,hendaklah dijadikan contoh oleh manusia.Justeru itulah nabi SAW,pernah membuat perbandingan pokok kurma dalam satu teka-teki yang menguji para sahabat,dengan sabdanya “Pokok apakah yang dapat memberi manfaat kepada umat manusia…” Ungkapan seumpama,”apakah sumbangan agama dan negara kepada anda!”,hendaklah diubah kepada “apakah sumbangan anda kepada agama dan negara!”. Dan slogan keramat itu hendaklah sentiasa diingati dan dipamirkan oleh setiap warganegara.Slogan seperti “Erti hidup biar memberi,daripada menerima”,hendaklah dijadikan azimat sepanjang kehidupan.
. KESIMPULAN DAN PENUTUP Sesungguhnya,penyediaan modal insan yang hadhari hendaklah dirancang dengan sebaikbaiknya.Pengembelingan tenaga,dari semua warga institutsi latihan hendaklah dilakukan secara menyeluruh,memandangkan tugas menyediakan modal insan ini,adalah tugas besar yang mesti dilakukan secara kolektif oleh semua warga yang menjadikan latihan sebagai core-business. Cabaran besar yang perlu dihadapi kini dan akan datang,memerlukan barisan warga insan yang hadhari dari sudut pemikiran,penguasaan ilmu,penampilan diri,komunikasi berkesan dan sebagainya.Tetapi,yang perlu diingatkan adalah setiap langkah untuk menyediakan modal insan yang hadhari mestilah bertunjangkan kepada konsep beragama.Dan agama yang diiktiraf oleh Allah SWT,adalah agama Islam. RUJUKAN Tafsir Pimpinan al-Rahman,2000, Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. ‘Abd al-Baqi,Muhammad Fuad,t.t,al-Mu’jam al-Mufahrash Li Alfadz al-Quran al-Karim,Beirut,Dar Ihya’ alTurats al-‘Arabi. Hadis Sahih Muslim,1988,Beirut,Maktabah al-Risalah. Kamus Dewan Bahasa & Pustaka,1989,Kuala Lumpur,DBP. Azman Che Omar,2001,Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam,Kuala Lumpur,DBP. Abdul Rahman Ahmad.Dr,t.t,Pengenalan Latihan Dalam Organisasi,Nota Kursus TOT,Kuala Lumpur,ILIM. JAKIM, 2004,Konsep Islam Hadhari,Kuala Lumpur,JAKIM. Ibn Khaldun,1967,al-Muqadimah,Mesir,Darul Syuruk. Al-Attas,Prof.Dr,1977,Aims And Objectives Of Islamic Education,Luala Lumpur,ISTAC. Wan M. Nor Wan Daud,Dr.,1989,Konsep Pengetahuan Dalam Islam,Indonesia,Pustaka Bandung.
Memperkasakan modal insan:Wednesday, August 31, 2005 Tulis pada: 8/31/2005 11:27:00 AM |
Negara memerlukan rakyat cemerlang berbudaya ilmu dan berakhlak mulia. Sempena Hari Kemerdekaan Ke-48. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu setiap rakyat berusaha mencapai keseimbangan pembangunan modal insan dengan kemantapan kekuatan rohani dalam menyiapkan negara menghadapi persaingan global.
Perdana Menteri menegaskan, keseimbangan itu perlu khususnya dari aspek mengamal dan mengekalkan budi bahasa yang tinggi, dalam usaha Malaysia bersaing dengan negara maju mahupun negara membangun. Bagi mencapai kejayaan itu, katanya, negara berusaha menyediakan tenaga kerja yang berwibawa dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.“Mereka juga mesti menjadi rakyat yang cintakan negara, bersemangat, sanggup bekerja kuat, rajin dan mengamalkan budi bahasa tinggi,” katanya dalam Perutusan Hari Kemerdekaan yang disiarkan menerusi televisyen dan radio malam tadi. Abdullah berkata, untuk membangunkan modal insan, kerajaan mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya bagi mendidik rakyat menjadi bangsa yang berpekerti mulia, berhemah tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mempunyai kekuatan jasmani serta rohani. Usaha membangunkan modal insan ialah harapan generasi baru yang akan menjadi tenaga penting dalam menjayakan aspirasi kerajaan mewujudkan negara dan bangsa yang maju menjelang 2020. Beliau berkata, tiada faedahnya sesebuah negara yang mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur bertaraf dunia jika rakyatnya masih berfikiran jumud dan tertutup. Perdana Menteri juga menyatakan kesalnya dengan tindakan segelintir rakyat yang menyalah guna infrastruktur teknologi seperti menyebar fitnah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menjatuhkan maruah seseorang atau parti.“Penyalahgunaan teknologi seperti internet dan cakera padat video (VCD) menyebabkan generasi muda hari ini lebih berminat untuk melayari laman web dan menonton perkara tidak bermoral.“Mereka menunjukkan minat pada VCD lucah yang begitu banyak dijual di merata tempat dan mudah diperoleh. Ini menunjukkan keinginan kita kepada barang seperti ini adalah tidak baik,” katanya. Abdullah juga kecewa dengan sikap segelintir rakyat yang suka merosakkan harta awam dan mempunyai kesedaran sivik rendah selain sikap pemandu yang cuai di jalan raya.“Malaysia menjadi negara yang banyak mencatat kemalangan jalan raya. Bukan kerana kereta atau jalan yang tidak elok, tetapi lebih 80 peratus berlaku disebabkan faktor manusia,” katanya. Beliau juga menegur sikap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang setiap kali harga minyak meningkat apabila gaji pegawai kerajaan ditambah serta meminta mereka lebih beretika. Abdullah turut mengingatkan rakyat bahawa 14 tahun yang tinggal untuk menuju matlamat sebuah negara maju bukanlah satu tempoh yang lama dalam merancang serta mengatur pelbagai persiapan. “Pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh berkenaan dan dengan itu, tanggungjawab memajukan bangsa mesti dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh menerusi peningkatan serta kerjasama padu di kalangan rakyat,” katanya. Beliau berkata, dalam mengejar matlamat mencapai taraf negara maju, kerajaan juga masih dibelenggu gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan dadah di kalangan generasi muda. Fenomena itu, katanya, boleh dibendung jika semua pihak bertekad dan berazam untuk menghindari amalan tidak sihat terbabit dalam usaha membangunkan modal insan dan menjadi bangsa yang maju. - sumber Berita Harian. Lain-lain aktikal Kemerdekaan:
Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari dari sumbangan dan pengorbanan orang lain sama ada ibu bapa, ahli keluarga, kaum kerabat, rakan-rakan, guru-guru dan sebagainya. Sumbangan dan pengorbanan tersebut sudah tentu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan para guru yang membimbing kita ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu, tanggal 16 Mei setiap tahun, warga guru diraikan dalam sambutan hari guru bagi menghargai dan mengenang jasa mereka yang mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Sememangnya guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan olej Anas bin Malik r.a. :
حرِ َفِإذَا ْ َِإنّ َمَثلَ اْلعُ َلمَاءِ فِي ا َلرْ ضِ َك َمَثلِ النّجُو مِ ُي ْهتَدَي بِهَا فِي ُظ ُلمَا تِ اْلَبرّ وَاْلب . ُضلّ اْلهُدَاة ِ َاْن َط َمسَتِ النّجُومُ َأوْ َشكَ َأنْ ت Maksudnya : " Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan". Sirah Rasulullah s.a.w. juga memaparkan kepada kita bahawa disamping menjadi guru, baginda s.a.w. juga adalah merupakan pelajar yang sentiasa menerima didikan dan asuhan dari Allah s.w.t, lantaran itu guru adalah sebagai pendidik dan pada masa yang sama guru juga merupakan pelajar yang sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan semasa. Budaya menuntut ilmu sepanjang hayat seharusnya dihayati oleh setiap guru dan segenap lapisan masyarakat. SIDANG JUMAAT YANG DI HORMATI SEKELIAN, Tema Hari Guru pada tahun ini ialah : " GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG " ini menjelaskan bahawa tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat. Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya masalah gejala sosial dikalangan pelajar yang semakin parah, harapan yang mengunung daripada masyarakat kepada guru, sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru adalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah. SIDANG JUMAAT YANG DI MULIAKAN,
Aspirasi negara dalam bidang pendidikan adalah untuk membina masyarakat yang sejahtera, harmoni serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t. Maka bagi mencapai hasrat tersebut, tuntutan kepada ilmu pengetahuan yang berbentuk Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah adalah amat diperlukan. Ianya hendaklah disepadukan agar kemajuan yang hendak dicapai itu dapat memenuhi tuntutan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amalan memisahkan antara pendidikan yang bercorak Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah akan melahirkan sebuah masyarakat yang tempang sekaligus menggagalkan usaha membentuk modal Insan gemilang. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran ayat 18 yang berbunyi :
Maksdunya : " Allah menerangkan ( kepada sekelian makhluknya dengan dalil dan bukti ) bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan dia, yang sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu ( mengakui dan menegaskan juga yang demikian ) tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana ". SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH, Sebagai anggota masyarakat kita seharusnya rasa terpanggil untuk bersama dengan warga guru bagi menjayakan harapan negara ke arah melahirkan generasi modal insan kelas pertama yang berjiwa " ULUL ALBAB". Tugas mendidik dan menangani gejala sosial sewajarnya dilakukan secara bersama antara ibu bapa, masyarakat dan guru seperti kata pepatah " BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING ". Sebagimana firman Allah yang berbunyi :
Maksudnya : ..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan ( kebaikan ) dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana Allah sesungguhnya Maha Berat Azab siksanya ( bagi sesiapa yang melanggar perintahnya". ( Surah al-Maidah : 2 ) Ibu bapa dan masyarakat hendaklah seiring dan bersama-sama dalam menginstitusikan keluarga, masyarakat dan persekitaran sebagai sekolah. Disamping ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana pembelajaran di rumah dan persekitaran dengan memberi perhatian yang serius terhadap kehidupan seharian anak-anak. Ibu bapa juga hendaklah peka terhadap perkara-perkara yang boleh merosakkan nilai dan jati diri anak-anak seperti gejala merokok, suka membuang masa, sukakan hiburan yang melampau, penyalahan gunaan dadah, amalan pergaulan bebas dan sebagainya. Kita semua sedia maklum bahawa akhlak mulia merupakan teras kepada pembinaan modal insan kelas pertama. Ingatlah pesan Saiyidina Ali Karramah Allahu Wajhah :
ِجمَالَ َجمَالُ اْلعِ ْلمِ وَاْ َلدَب َ إِنّ اْل
#
ٍِلَ ْيسَ اْلجَمَالُ َأنْ ُتزَّينَ ِبأَثْوَاب
ِإِنّ الْيَتِ ْيمَ يَتِ ْيمُ اْلعِ ْلمِ وَاْ َلدَب
#
ُلَ ْيسَ الْيَتِ ْيمُ من َقدْ مَاتَ وَاِلدُه
Maksudnya : Bukan kecantikan itu menghiasi diri dan pakaian = sesungguhnya kecantikan itu menghiasi diri dengan ilmu dan adab. Bukanlah yatim itu seseorang yang kematian bapanya = sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab. SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat penting agar usaha mengasuh dan mendidik anak-anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Persatuan ibu bapa dan guru-guru seharusnya memainkan peranan penting demi membina kecemerlangan anak-anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu menjalin hubungan yang erat dan berterusan dengan pihak sekolah agar setiap
permasalahan yang ditimbulkan oleh anak-anak dapat diselesaikan secara muhibah. Pandangan negatif yang tidak berasas terhadap para guru perlu dikikis dan pada masa yang sama guru juga hendaklah sama-sama menilai diri jangan jadi seperti pepatah melayu " KERANA SETITIK NILA ROSAK SUSU SEBELANGA" ibu bapa juga sepatutnya bersungguh-sungguh dan sedia berkorban harta benda dan tenaga bagi mencapai kecemerlangan anak-anak. Ini bertepatan dengan apa yang ditegaskan oleh Imam Al-Syafie bahawa ilmu pengetahuan tidak akan dapat dicapai kecuali dengan 6 perkara iaitu KECERDIKAN, KESUNGGUHAN, KEMAJUAN, PERBELANJAAN YANG CUKUP, SELALU MENDAPINGI GURU Dan MASA YANG LAMA. SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Sekiranya kita berjaya mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia yang berilmu, maka sudah tentu kita dapat melihat dan melahirkan wajah pemimpin negara dimasa akan datang. Sebagaimana seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah :
""إِّنمَا ا ُل َممُ الَخْلَقُ مَا َب ِقيَتْ َفإِنّ هُمُ َذ َهبَتْ أَخْلَ ُقهُمْ َذ َهبُوْا Maksudnya : " Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang " Maka, bertepatan dengan sambutan hari belia yang juga disambut pada bulan MEI setiap tahun. Peranan dan tanggungjawab golongan belia mampu melahirkan pembangunan modal insan kerana melalui sumbangan idea dan tenaga ke arah membina sebuah negara dan bangsa yang dihormati serta disegani di persana dunia. Ini telah dibuktikan oleh belia kita yang telah berjaya mencatat sejarah apabila muncul sebagai belia termuda dari negara Asia yang berjaya membuat penerjunan di Kutub Utara pada pertengahan April yang lalu dan ini cukup
membanggakan kita seluruh rakyat Malaysia. Kita tidak mahu belia di negara kita terlibat dengan gejala-gejala negetif yang akhirnya merugikan diri sendiri dan negara di masa akan datang. TAHNIAH DIATAS KEJAYAAN BELIA KITA. BELIA CEMERLANG !! MALAYSIA TERBILANG !!!
Pembinaan modal insan tidak berjaya kecuali dengan tarbiyah Islam YAB Dato' Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian. Dalam hubungan Kelantan yang telah dikenalpasti sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan berteraskan ilmu pula, saya bermohonlah untuk memberikan sedikit peringatan. Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan roh. Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya Neraka. Ini soal asas yang tiada khilaf. Ini konsep tarbiyyah bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihissalam serta para tabi'in dan wali-wali zaman berzaman. Jika Kelantan mahu diiktiraf sebagai pangkalan terpenting modal insan, maka kita jangan abaikan aspek pembinaan roh. Elemen rasuah, dedah, dadah, belasah dan menolak hukum Allah adalah manifestasi kekacauan fikrah. Betapa kacau bilaunya acuan dan tertib tarbiyyah kita yang telah dirangka oleh negara selama ini. PEMBINAAN MODAL INSAN PERLU SELARI FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Sumber : http://www.pmium.org
PEMBINAAN MODAL INSAN PERLU SELARI FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pembentangan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK?) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi baru–baru ini yang mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara dalam mencapai impian Wawasan 2020 adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh semua pihak. Penumpuan kepada tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu, mengukuhkan keupayaan sains; penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi; dan memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral merupakan langkah bijak yang harus didokongi bersama–sama dan mahasiswa khususnya perlu menyahut seruan ini. Ini turut bertepatan dengan kehendak Perdana Menteri sendiri yang meminta seluruh rakyat terlibat secara langsung dalam proses RMK-9 tanpa memikirkan kepentingan diri. Namun begitu dalam kita merencanakan halatuju pembentukan insan yang diimpikan, satu aspek yang tidak boleh dikesampingkan adalah asas atau dasar kepada pembentukan insan
itu sendiri dalam konteks pendidikan di Malaysia. Apa yang dimaksudkan di sini adalah perlunya modal insan yang ingin dilahirkan tersebut selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Malaysia sendiri yang merupakan batu asas kepada corak pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang merupakan asas kepada pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia menggambarkan suatu impian yang cukup besar untuk melihat lahirnya dari sistem pendidikan Malaysia ini individu–individu unggul dan seimbang serta harmonis dalam pelbagai aspek. Ini dapat dinilai daripada dua entiti penting yang terkandung di dalamnya iaitu wajah insan yang dihajati dan kaedah untuk mencapai wajah insan itu. Secara ringkas, FPN menggariskan bahawa individu yang diimpikan ialah individu yang baik, seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek iaitu meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. 'Seimbang' disini membawa pengertian bahawa individu yang ingin dilahirkan adalah individu yang tidak melampaui batas , dan tidak mengutamakan satu aspek dan mengabaikan aspek yang lain. 'Harmonis' pula mengertikan bahawa keempat–empat aspek berkenaan perlu wujud secara bersama dan saling kukuh–mengukuhkan antara satu sama lain. Namun begitu, keseimbangan dan keharmonian dalam keempat–empat aspek berkenaan tidak sempurna melainkan hanya bilamana ia didasari oleh ketaatan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di sinilah kemuncak dasar FPN yang menentukan keberkesanan sistem pendidikan negara. Jelas bahawa sistem pendidikan negara tiada kompromi dalam perkara–perkara yang bersifat ketuhanan sebagai asas pembinaan utama seseorang individu. Seterusnya FPN menggariskan bahawa jalan atau kaedah yang perlu dilalui ke arah mencapai matlamat berkenaan adalah secara berterusan, menyeluruh dan bersepadu. Ini membawa pengertian bahawa proses pembinaan individu yang dihajati ini perlu berlaku secara terus–menerus dan tanpa putus-putus. Ia turut membawa inspirasi bahawa proses ini perlu berlaku secara menyeluruh, merentasi dan berpadu tanpa pemisahan dengan subjek atau kurikulum lain. Ini bermakna ia tidak hanya berlaku dalam matapelajaran Pendidikan Islam mahupun moral semata–mata malah turut menyerap ke dalam matapelajaran sains, matematik dan lain–lain. Justeru, dalam jangka masa berbaki 15 tahun ini, semua pihak perlu bekerja keras. Proses pembinaan insan bukanlah proses yang mudah yang hanya mengambil masa dua tiga tahun. Bahkan ia menuntut kepada gabungan tenaga seluruh pihak dalam merealisasikan impian ini. Dalam kata lain, tanggungjawab berat ini bukan hanya terletak di atas bahu pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi, jabatan–jabatan pelajaran, Kementerian Pelajaran ataupun Kementerian Pengajian tinggi sahaja malah turut tergalas bebanannya di atas bahu institusi kekeluargaan, masyarakat sekitar, pihak media, institusi pentadbiran dan lain–lain. Dengan itu kita mengimpikan proses pembentukan yang berlaku ini tidak hanya berlegar di sekitar tembok pagar sekolah sahaja, akan tetapi kita turut mengimpikan satu hari nanti jaminan berani akan diberikan kepada pelajar bahawa biarpun mereka berada di luar lingkungan pagar sekolah, proses ini tetap berterusan berjalan dengan baik. Dalam kata lain setiap pihak akan menjadi pendidik. Pihak media samada media cetak mahupun elektronik mendidik melalui media, masyarakat sekitar turut mendidik melalui sumbangan membentuk persekitaran yang baik dan selamat, manakala institusi kekeluargaan pula berjalan di atas peranannya yang asas sebagai pembentuk peribadi insan yang mulia. Kesimpulannya, perletakan asas pembinaan insan ini di atas tapak yang benar-benar kukuh ditambah dengan kerjasama dan gabungan tenaga semua pihak merupakan rahsia kepada terzahirnya impian ini 15 tahun akan