Cabaran Pembangunan Modal Insan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cabaran Pembangunan Modal Insan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,297
  • Pages: 5
3.5 Kelemahan Peguasaan Kemahiran 3M

Cabaran kelima yang dihadapi oleh Pendidikan Negara dan Pendidikan Islam dalam pembangunan Modal Insan adalah disebabkan kelemahan pengusaan kemahiran 3M dikalangan pelajar terutamanya menulis dan membaca tulisan jawi bagi subjek Pendidikan Islam dan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi metapelajaran lain. Secara tidak langsung, perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek secara seimbang dan menyeluruh tidak dapat dijana kerana nilai-nilai pembelajaran yang diterapkan tidak mampu diserap dan dibentuk dalam diri pelajar.

Kemahiran penguasaan 3M dikalangan pelajar merupakan satu aspek penting dalam meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dikalangan pelajar dengan pelaksanaan KBSR dan KBSM di sekolah-sekolah selaras dengan pembangunan modal insan yang diharapkan oleh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dalam Rancangan Malaysia ke-9. Ia merupakan satu fokus dan strategi yang dilakukan bagi membangunkan modal insan terhadap pengusaan 3M ini bagi memastikan pelajar mempunyai minda kelas pertama.

Selain itu juga ia merupakan satu langkah ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan ke arah meningkatkan kecemerlangan terhadap pemantapan kurikulum dengan memastikan semua murid Tahap 1 mengusai 3M. Perkara ini juga termasuk dalam fokus

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dalam Rancangan

Malaysia ke-9. Oleh itu, jika permasalahan kegagalan pelajar mengusai 3M ini masih berlarutan, maka cabaran Malaysia dalam membangunkan Modal Insan memalui sistem Pendidikan Islam dan Pendidikan negara pasti tidak tercapai dan menemui kegagalan.

Akhbar Berita Harian bertarikh 25 Mei 2006 melaporkan Kementerian Pelajaran mengesan seramai 120 000 murid sekolah rendah dan 42 000 pelajar sekolah menengah seluruh negara yang belum mengusai kemahiran 2M iaitu menulis dan mebaca pada tahun 2005. Keadaan ini membimbangkan pada tahun tersebut dan masalah ini berlarutan sehingga kini dan inilah cabaran yang perlu dihadapi dalam pembangunan modal insan

terutamanya. Keadaan ini menunjukkan ia adalah 2.2 peratus daripada 3.1 juta pelajar adalah dari sekolah rendah dan 0.8 peratus daripada 2.2 juta pelajar sekolah menengah juga tidak tahu membaca dan menulis kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar.

Disini jelas, jika keadaan ini sudah begitu ketara berlaku pada tahun 2005 dengan statistiknya dikeluarkan pada tahun 2006, apatah lagi pada tahun 2009. oleh yang demikian, adalah satu tugasan dan cabaran yang begitu kuat terpaksa dilakukan oleh guru-guru dalam menanganinya. Jika kelemahan penguasaan 2M ini adalah tertumpu kepada tulisan rumi, apatah lagi tulisan jawi. Jika tulisan rumi tidak dikuasai, tulisan jawi pasti jauh sama sekali. Jika dilihat, buku teks Pendidikan Islam adalah keseluruhanyya adalah dalam jawi, mana mungkin untuk para pelajar yang belum mengusai 2M ini untuk mengusainya apatah lagi untuk membacanya. Oleh yang demikian, usaha kerajaan dalam pembangunan modal insan yang ingin melihat pelajar mengusai kemahiran 3M mahupun 2M pasti tidak akan tercapai.

3.6 Stigma Negatif Terhadap Matapelajaran Pendidikan Islam

Penyebab terakhir yang menjadi cabaran pihak kerajaan dari segi Pendidikan Negara mahupun Pendidikan Islam adalah terdapatnya pelbagai stigma negatif diberikan oleh sesetengah pihak terhadap matapelajaran Pendidikan Islam itu sendiri. Dalam penulisan ini, penulis membahgikan kepada 4 individu yang beranggapan sedemikian termasuklah pelajar, ibu bapa, guru-guru dan pandangan masyarakat itu sendiri. Pandangan serta tanggapan negatif inilah kadang-kadang menjadi gunting dalam lipatan mahupun musuh dalam selimut terhadap penyebab kepada kegagalan dan menjadi satu cabaran kepada pihak kerajaan dalam merealisasikan pembangunan modal insan.

Dari perspektif diri pelajar itu sendiri, mereka beranggapan matapelajaran Pendidikan Islam itu adalah tidak penting dan tidak boleh di bawa ke mana-mana bagi pelajar-pelajar yang tidak sedar akan kepentingan matapelajaran ini dari perspektif sebagai seorang Muslim. Subjek ini diambil hanyalah melengkapi kuota yang ditetapkan

oleh pihak sekolah dan tidak hairanlah jika ada pelajar yang tidak mengambil berat dan memandanya satu subkjek yang mudah. Kepentingannya tidak dititikberatkan iaitu tidak menjadi subjek teras atau syarat bagi kelayakan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang tertentu selain dalam bidang Pengajian Islam. Jika dilihat dalam sayarat kemasukan ke universiti melalui borang UPU, tidak ada satu syarat yang meletakkan subjek Pendidikan Islam sebagai syarat utama mahupun lulus untuk melanjutkan pelajaran ke bidang yang di pohon oleh pelajar. Disini jelas membuktikan bahawa, stigma negatif pelajar terhadap dengan menyatakan satu matapelajaran yang tidak penting adalah begitu kuat sekali. Pelajar ini juga kekurangan motivasi untuk menguasi subjek ini dengan beranggapan pada masa kini penggunaan bahasa Inggeris adalah lebih penting jika dibandingkan dengan tulisan jawi. Mereka hanya mementingkan keduniaan semata-mata tanpa meikirkan hal akhirat. Tanpa penguasaan tulisan jawi dan bacaan jawi mustahil bagi mereka untuk membaca dan menguasai bahasa al-Quran itu sendiri.

Seterusnya stigma negatif dripada pihak ibu bapa itu sendiri dengan menyerahkan seratus peratus pendidikan berbentuk agama kepada ustaz dan ustazah mahupun guruguru yang mengajar di sekolah. Sikap lepas tangan dan hanya menuding jaring kepada pihak tertentu apabila timbulnya masalah adalah kesan daripada pandangan ini. Bagi sesetengah ibu bapa, sekolah sepatutnya mendidik anak-anak mereka ke jalan yang benar. Mereka hanya memberikan wang pakaian dan kemudahan yang lain sahaja dan bagi mereka tugas mendidik hanya terletak di bahu guru yang mengajar disekolah. Mereka tidak ada kesedaran bahawa pendidikan awal adalah bermula di rumah dan pelajar banyak menghabiskan masa adalah di rumah. Jika di lihat kepada hadis Rasulullah, yang membawa pengertian menuntut ilmu itu adalah dari buaian sehinggalah ke liang lahad. Bagi sesetengah ibu bapa pula menganggap subjek Pendidikan Islam tidak penting dan hanya memandang subjek sains, matematik dan bahasa Inggeris. Sanggup berhabisan ratusan ringgit untuk menghantar anak ke Pusat Tuition, sedangkan buku rujukan mahupun latihan berbentuk Pendidikan Islam langsung tidak dititikberatkan. Lebih menyedihkan, sukar mendapati dan mendapatkan pusat tuition yang menawarkan subjek Pendidikan Islam sebagai subjek untuk dijadikan satu matapelajaran tuition di mana-

mana tempat seklipun. Bagi mereka, matapelajaran Pendidikan Islam subjek yang mudah, belajar di sekolah pun sudah mamadai dan cukup sekadar mendapat gred B, kerana bukan menjadi syarat kelayakan untuk masuk ke mana-mana universiti tempatan seperti subjek lain. Inilah tanggapan yang perlu dikikis dan dibentuk supaya menjadi satu stigma yang positif terhadap matapelajaran Pendidikan Islam.

Guru-guru di sekolah pula menganggap matapelajaran Pendidikan Islam berada pada kelas yang terendah di sekolah-sekolah. Ada sesetengah guru diberikan waktu yang terakhir bagi mengajar subjek Pendidikan Islam di sekolah. Secara tidak langsung, penumpuan pelajar terhadap subjek tersebut tidak akan berlaku. Subjek-subjek lain diberikan penekanan dengan diajar pada awal waktu sesi persekolahan untuk menarik perhatian para pelajar seperti sains, matematik dan sebagainya. Matapelajaran Pendidikan Islam seolah-olah seperti dianak tirikan oleh pihak sekolah. bagi sekolah menengah, subjek Agama Islam langsung tidak dimasukkan ke dalam sistem peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah iaitu UPSR. Ini membuktikan, subjek Pendidikan Islam bagi sekolah menengah dan Agama Islam bagi sekolah menengah tidak di ambil berat dan dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Guru pula beranggpan, Pendidikan Islam bukan matapelajaran yang penting, cukuplah sekadar mengajar, lulus atau tidak terletak kepada pelajar. Apa yang penting dan perlu dititkberatkan oleh seseorang guru adalah penerapan nilai-nilai murni dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) yang seimbang dan harmonis bagi menyempurnakan pembangunan modal insan yang berkualiti selaras dengan penekanan yang diberikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan umumnya dan Falsafah Pendidikan Islam khususnya. Keadah pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan bagaikan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Apa yang sepatutnya diterapkan tidak dilaksanakan. Sedangkan penerapan nilai-nilai dan unsur JERI inilah penting dalam pembangunan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Stigma negatif yang terakhir pada pandangan penulis adalah datangnya daripada pihak masyarakat iaitu individu sekeliling yang terlibat. Masyarakat langsung tidak memberikan apa-apa reaksi mahupun kerjasama terhadap fenomena yang berlaku dengan beranggapan ini bukan tugas dan tanggungjawab mereka, bahkan merasakan mereka tiada hak untuk bersuara dan menyatakan sesuatu perkara. Sikap tidak ambil peduli dan hanya ikut apa sahaja yang diperkatakan adalah satu masalah yang besar biarpun nampak kecil pada pandangan mereka. Ia merangkumi pandangan sepertimana ibu bapa yang menyatakan sekolah sahaja yang terlibat dengan pendidikan, di rumah hanya menjaga kebajikan seperti memberi pakaian, wang dan sebagainya. Anak-anak tidak tahu menulis atau membaca langsung tidak diambil kisah bahkan tidak bertanyakan langsung. Inilah salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada pembangunan modal inisan apabila hanya satu pihak sahaja diberikan tugasan dan tidak pula memahami tugasan yang terletak dibahu mereka.

Related Documents