Pembestarian Sekolah Ke Arah Mecapai Matlamat Pendidikan Negara Berasaskan Konsep1malaysia

  • Uploaded by: Hashim bin Asman
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pembestarian Sekolah Ke Arah Mecapai Matlamat Pendidikan Negara Berasaskan Konsep1malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 293
  • Pages: 1
PEMBESTARIAN SEKOLAH KE ARAH MECAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA BERASASKAN KONSEP1MALAYSIA. Hashim Asman (Ucapan Perasmian Kursus Pembestarian Sekolah Kohort-3/2009 IPG Kampus Darulaman) 28 September 2009

PM Datuk Seri Najib telah menyenaraikan sasaran bagi enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) serta Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap bidang selaras dengan wawasan pentadbirannya berdasarkan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Enam bidang berkenaan adalah seperti berikut: i.

mengurangkan jenayah,

ii.

membanteras rasuah,

iii.

meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan mampu dicapai,

iv.

meningkatkan taraf hidup rakyat,

v.

meningkatkan prasarana luar bandar dan

vi.

meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.

NKRA ketiga berkaitan dengan pendidikan iaitu Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkempampuan(Mampu dicapai). Perdana Menteri juga telah mengumumkan pendidikan pra sekolah akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Langkah ini katanya bagi mencapai matlamat agar sekurang-kurangnya 80 peratus kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan pra sekolah menjelang tahun 2012 berbanding 60 peratus sahaja buat masa ini. Selain itu Perdana Menteri turut memberikan jaminan jaminan melalui NKRA pendidikan ini, bagi kanak-kanak yang normal, mereka akan boleh membaca, menulis dan mengira apabila memasuki Tahun 4 sebelum hujung 2012. Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan, Najib turut menawarkan ‘new deal’ kepada semua pengetua atau guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. Adalah menjadi harapan KPM pembestarian sekolah boleh menjadi platform bagi pencapaian NKRA pendidikan berdasarkan kepada impak dari projek ini yang telah dikenalpasti dapat membantu perkara-perkara berikut: i.

membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi.

ii.

mengimbang jurang digital antara bandar, luar bandar dan pendalaman.

iii.

membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif.

iv.

membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT.

v.

membangunkan pendidikan bertaraf dunia.

Maka Pembestarian sekolah ini perlu disokong dan dilaksanakan oleh semua untuk menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

Related Documents


More Documents from "KaromiRahman"