Malaysia Merupakan Negara Yang Menuju Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia.docx

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Malaysia Merupakan Negara Yang Menuju Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 955
  • Pages: 11
Malaysia merupakan negara yang menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia. Ia mendorong untuk membawa suatu perubahan yang kan memberi kesan kepada dunia pendidkan. Dengan itu, KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014. PAK21 dikatakan proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Seseorang guru harus bertungkus lumus untuk mencapai beberapa hasrat iaitu menguasai pelbagai bidang: -mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, -mahir dalam pedagogi, menggunakan teknologi terkini -menrapkan nilai-nilai murni. Dalam hal ini, guru harus memainkan peranan yang penting untuk mencapai matlamat PAK21. Guru menjadi fasilitator yang penting bagi menjayakan peranan PAK21. Profesor Erneritus Tun Sri Dr,Khoo Kay Kim menyatakan bahawa bagi melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu. Seiring dengan itu, guru harus berfikiran kreatif dalam melaksanakan tugasanggungjawab dengan visi dan misi sekolah serta memenuhi matlamat PAK21. Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Dalam PAK21 mempunyai lima standard asas.

komunikasi

kreativiti

Standard asas

Nilai-murni dan etika

Pemikiran kritis

kolaboratif

“……suatu program pendidikan yang termasuk merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembanagan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang dingini dan menyampaikan pengetahuan” seperti dinyatakan dalam kurikulum kebangsaan dalam akta pendidikan, Pendidikan Jasmani merupakan satu matapelajaran yang mendorong murid-murid untuk mempertingkatkan tahap kesihatan dan kemahiran asas sesuatu permainan. Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan satu program latihan perguruan perkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai bidang.Program ini bertujuan untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesioanlisme dalam bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Reka bentuk

kurikulum Pendidikan Jasmani di IPG melahirkan guru-guru yang berpotensi dari segi mental dan jasmani yang berkebolehan membentuk atlet-atlet pada masa akan datang. Tambahan pula, semua kurikulum yang dibentuk di IPG berteraskan PAK21. Guru-guru dilatih sepenuhnya untuk membentuk murid yang mempunyai semua unsur PAK21. Sebenarnya dalam reka bentuk kurikulum dikategorikan kepada tiga :

 Berpusatkan subjek  Berpusatkan murid  Berpusatkan Masalah Reka bentuk terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka Bentuk matapelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk ini tertumpu kepada proses mengingat dan memahami. Reka bentuk kurikulum matapelajaran Pendidikan Jasmani di IPG mendorong para guru untuk memikirkan pelbagai aktiviti yang yang berunsur PAK21. Pembentukkan kurikulum Pendidikan Jasmani melibatkan semua standard. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan PAK21 dalam kurikulum semasa mengajar di kelas. Hal ini bukan sahaja membentuk atlet malah membentuk disiplin diri murid.

Pembentukkan kurikulum futuristik dan inovasi yang berkonsepkan PAK21 dpat mengembangkan minda dan kesihatan murid. Reka bentuk kurikulum yang berasaskan PAK21 menghubungkaitkan semua starndard PAK21. Guru dapat mengaitkan standard komunikasi melalui matapelajaran Pendidikan Jasmani. Semasa mengajar Pendidikan Jasmani murid berkomunikasi dengan murid lain. Hal ini membantu akhlak murid dengan berkomunikasi dengan murid lain. Tambahan pula, kefasihan bahasa juga dapat ditingkatkan. Selain itu, kurikulum Pendidikan Jasmani juga mendorong murid untuk berfikiran kreatif. Di IPG, guru-guru ditekankan supaya memikirkan pelbagai aktiviti Pendidikan Jasmani yang kreatif untuk menggalakkan murid-murid bermain dengan seronok. Dengan itu, guru juga mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di IPG semasa mengajar di sekolah. Inilah keutamaan mereka bentuk kurikulum Pendidikan Jasmani. Program kurikulum futuristik yang berkonsepkn PAK21 juga mempertingkatkan nilai-nilai murni di kalangan murid. Pendidikan Jasmani merupakan suatu kurikulum yang berjaya membentuk disiplin diri murid. Kurikulum di IPG menekankan pembentukan akhlak dan nilainilai murni dalam kalangan guru. Guru membawa kurikulum ini ke sekolah membantu murid untuk menjadi insan yang mulia. Reka bentuk kurikulum Pendidikan Jasmani membantu guru dan murid untuk mengembangkan unsur PAK21.Guru-guru memahami kepentingan PAK21 dan mendorong murid untuk merealisasikan objektifnya. Pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan di sekolah ynag berunsur PAK21. Antara contoh-contoh aktivit ialah :  Gallery Walk  One stay three stray  Round Table  Same different  Spin and think

Semua aktiviti PAK21 membantu guru untuk mempelbagaikan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah mahupun di kelas atau di padang.

a. Gallery Walk

-

Guru dapat menampalkan teori permainan di atas dinding.

-

Murid-murid berjalan sambil membaca semua teori sebelum melaksanakan amalinya.

-

Dengan ini, murid dapat menerapkan teori secara efektif.

b. One stay and Three Stray

-

Guru dapat menggunkan aktivit ini untuk kemahiran membaling.

-

Murid yang stray membaling bola kepada murid yang stay.

-

Hal ini, mengasahkan kemahiran membaling dalam kalangan murid.

c. Spin and think

-

Bola yang mempunyai anak panah menunjukkan giliran murid untuk bermain.

-

Membangkitkan minat murid terhadap permainan.

-

Guru dapat membentuk kumpulan dengan cara yang baik.

d. Same different

-

Murid dapat membentuk permainan kecil.

-

Dalam permainan kecil murid dapat menyatakan persamaan dan perbezaan dalam sesuatu permainan.

-

Guru dapat menilai tahap pemikiran murid.

e. Round table

-

Murid sentiasa bermain dalam kumpulan.

-

Mereka berkolabrasi dengan murid lain untuk membentuk permainan dengan menggunakan rund table.

Secara konklusinya, PAK21 membantu guru untuk menilai murid dari segi jasmani, emosi dan fizikal. PAK21 juga menggalakkan murid untuk menceburi diri dalam permainan. Murid-murid zaman kini lebih minat untuk melibatan diri dalam aktiviti yang menyeronokkan. Guru-guru memastikan murid melibatkan diri dalam semua kemahiran asas yang diajar sepenuhnya dengan menggunakan aktivit-aktiviti PAK21 yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum yang dibentuk sentiasa memberi peluang kepada anak murid untuk meningkatkan bakat dan potensi murid dalam bidang sukan. Malaysia kian meningkat tahap cemerlang dalam bidag sukan seperti badminton , skuash dan sebagainya. Perkara ini bermula daripada guru di IPG, meberi impak yang positif kepada murid. “Badan cergas , otak cerdas” sentiasa dingatkan dalam minda murid oleh seseorang guru Penddikan Jasmani. Mematuhi kurikulum Pemdidikan Jasmani dan membentuk atlet-atlet yang berwibawa pada masa akan datang.

Rujukan

http://nurulsyamila94.weebly.com/uploads/3/9/1/1/39110635/kemahiranabadke21.pdf

http://mypdd12.blogspot.com/2012/12/pendidikan-guru-pelajar-dan-kemahiran.html

http://www.jprisma.com/v1/index.php/program/pak21/23-kemahiran-pak-21

https://www.pendidik2u.my/pembelajaran-abad-ke-21-pak21/

http://www.cikgusuhaimin.com/2017/10/47-aktiviti-pembelajaran-abad-ke-21-pak.html

Related Documents