PELAN TINDAK IKUT BENGKEL PEMANTAPAN PROGRAM j-QAF TAJUK: KOLABORASI ENAM BULAN KEDUA DALAM PROGRAM j-QAF Dibentangkan kepada : Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral (SPPIM) Negeri Oleh: Peserta Bengkel Pemantapan j-QAF 9-11 Jun 2008
Tujuan Untuk menyediakan jadual agihan tugas semasa P&P dijalankan untuk tindakan GPI dan guru j-QAF bagi memastikan P&P berjalan dengan berkesan.
Tindakan selepas menghadiri bengkel pemantapan program j-QAF
Guru-guru j-QAF: • • •
•
•
Perlu memaklumkan pelan tindak ikut bengkel yang perlu dilakukan kepada pihak pentadbiran sekolah sebagai makluman. Berusaha menyediakan kertas projek bengkel dalaman kepada guru GPI yang lengkap di sekolah mengenai pemantapan guru-guru j-QAF. Membentangkan kertas projek bengkel dalaman guruguru j-QAF untuk GPI dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Islam untuk pengetahuan kepada semua serta mendapatkan maklum balas dari ahli Panitia. Menyerahkan kertas projek kursus dalaman GPI yang telah dibincangkan kepada pentadbir sekolah untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan di peringkat sekolah. Mengulangkaji dan memahami kandungan manual bengkel pemantapan guru-guru j-QAf sebelum mengadakan kursus dalaman kepada GPI supaya maklumat yang ingin diampaikan lebih berkesan dan difahami.
Tindakan semasa pelaksanaan kursus dalaman pemantapan guruguru j-QAF untuk guru-guru Pendidikan Islam (GPI)
•
•
Guru-guru j-QAF bertugas sebagai penceramah atau fasilitator semasa kursus dalaman kepada GPI dijalnkan. Guru-guru j-QAF menyampaikan ceramah mengikut slot, jadual dan panduan yang telah dibekalkan dan dibincangkan.
Tindakan selepas kursus dalaman Pemantapan Guru-guru j-QAF kepada GPI dan Guru-guru j-QAF
•
•
Perlu menyediakan laporan lengkap kursus dalaman pemantapan GPI yang dijalankan di sekolah masingmasing. Menghantar laporan pelaksanaan kursus dalaman tersebut melalui guru besar sekolah kepada: Penolong Pengarah j-QAF SPPIM, Jabatan Pendidikan Negeri.
Tindakan dan tugas guru j-QAF secara keseluruhan.
Guru-guru j-QAF • Hendaklah merujuk buku Panduan Pelaksanaan Modul-modul P&P dan Ko-Kurikulum j-QAF semasa menjalankan sesi P&P. Gagal mematuhinya akan menjejaskan usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam dalam Sistem Pendidikan Negara. • Hendaklah membaca buku tersebut bersama-sama dengan buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Ko-Kurikulum jQAF yang turut dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini adalah kerana kedua-duanya saling berkait rapat untuk memberi penjelasas yang sebenar tentang pelaksanaan program j-QAF kepada guru j-QAF, guru pembimbing, pihak pentadbir sekolah, pensyarah maktab, pegawai kementerian pelajaran dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan program tersebut. • Bertanggungjawab di atas perancangan, perjalanan, kemajuan dan pemantapan matapelajaran j-QAF ( bahasa Arab, Al-Quran, jawi dan Fardhu Ain). • Disarankan menggunakan ilmu-ilmu lain seperti psikologi, pedagogi dan sosiologi pendidikan yang terdapat dalam sistem pendidikan negara ini ketika membimbing murid. • Mencari dan menyelidiki pengetahuan terkini berkaitan dengan jQAF seperti Alat Bantu Mengajar , teknik P&P berkesan, pendekatan murid malas belajar dan lainnya untuk kemajuan kokurikulum j-QAF.
• • • • •
• •
Memastikan matapelajaran j-QAF menggunakan sukatan pelajaran terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( JAPIm ). Memberi kerja atau latihan yang bersesuaian kepada pelajar samada di bilik darjah mahupun sebagai kerja rumah sebagai pengukuhan P&P matapelajaran j-QAF. Menyimpan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan di dalam fail khas j-QAF panitia sebagai rujukan oleh pihak-pihak yang tertentu. Menentukan guru pembimbing kepada guru-guru pelatih j-QAF yang baru. Mengemaskankinikan dan menyemak dokumen berkaitan pelaksanaan aktiviti dan kedudukan perkembangan murid serta perkara yang berkaitan dengan j-QAF ditempat yang telah ditentukan oleh pihak pentadbir. Memastikan soalan-soalan peperiksaan dalaman dibina mengikut format yang ditentukan oleh JAPIM atau SPPIM negeri. Menetukan buku-buku kerja j-QAF yang bersesuaian untuk kegunaan murid-murid j-QAF.
• • • • • • •
Mestilah menyediakan rancangan tahunan dan harian mengikut sukatan dan huraian sukatan pelajaran j-QAF. Perlulah memeriksa buku latihan murid untuk mengetahui kebolehan dan tahap pencapaian murid. Mestilah menyelia dan memperbaiki P&P guru j-QAF yang lain. Guru j-QAF adalah ahli Panitia Pendidikan Islam. Memastikan jadual waktu kelas kepada guru pelatih jQAFyang baru supaya matapelajran j-QAf tidak terjejas. Menggunakan peruntukan kewangan PCG yang ada dengan mengikut peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa semasa. Mematuhi dan menjalankan yang diberikan oleh pihak pentadbir, Jabatan Pendidikan dan JAPIM dari masa ke semasa tanpa engkar dan dengan ikhlas.
PENUTUP • Semoga dengan usaha yang berterusan dan komitmen yang padu dari semua pihak, program ini akan dapat memberi impak yang besar dalam usaha untuk memperkasakan pendidikan Islam khususnya dan memertabatkan sistem pendidikan negara ke tahap dunia umumya.
Disediakan oleh: En. Muhammad. Faiz b. Abdullah En. CW Syuhairidwan b. Che Wan Omar Cik Norazlinatuah bt. Abdullah Pn. Rozana bt. Aziz Pn. Noraishah bt. Salim Pn. Masyita bt. Mohd. Yunus Pn. Rashidah bt. Surif Pn. Kamariah bt. Ahmad Cik Adibah bt. Amin