SEKOLAH KEBANGSAAN MERPATI JEPANG MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1/2019
Tarikh
: 17 Januari 2019
Masa
: 1.30 pm – 3.00 pm
Hari
: Khamis
Tempat
: Pejabat Guru Besar
Kehadiran
:
1. 2. 3. 4. 5. 6.
En. Halim bin Borhan (Guru Besar) En. Swandi Anak Aton (Pengerusi) En. Ibrahim bin Tahir Pn. Nurmimi bt Uteh Pn. Naimah bt Julaihi Pn. Noorhasmahhayati bt Samat
Agenda 1:
UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Halim dan semua guru kerana hadir ke mesyuarat panitia matematik kali pertama tahun 2019. 1.2 Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli panitia dalam menjayakan program panitia pada tahun lepas. 1.3 Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan dengan lebih baik. Tindakan : Makluman
Agenda 2:
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1. En Ibrahim mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas disahkan dan disokong oleh Pn. Naimah.
1
Agenda 3:
PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada Perkara Berbangkit
Agenda 4:
Isu-Isu Panitia Matematik
4.1 Guru-guru Matematik diminta memberi kerjasama untuk merancang program dan aktiviti untuk Panatia Matematik. 4.2 Perkongsian analisis kelemahan dan kekuatan murid Tahun 6 2018 4.2.1 Murid-murid tidak memahami kehendak soalan. Sebagai contoh soalan berkaitan penggunaan peratus dalam pengiraan diskaun harga barang. 4.2.2 Murid-murid juga lemah dalam soalan berdasarkan rajah. 4.2.3 Markah kertas 1 cukup makan sahaja. 4.2.4 Murid tidak menjawab soalan kertas 2. Guru perlu perbanyakkan latihan berbentuk format baru. 4.2.5 Kehadiran ke kelas tambahan amat mendukacitakan. Tindakan yang lebih tegas perlu di ambilagar masalah yang sama tidak berulang. 4.2.6 kekurangan peruntukkan untuk memperbanyakkan latihan berformat UPSR menyebabkan latihan yang diberikan kepada pelajar terhad. Guru Besar menyatakan akan berusaha menyediakan keperluan bagi memperbanyakkan latihan berformat UPSR. 4.2.7 Sikap pelajar yang tidak serius semasa pdp juga menjadi faktor penyumbang kepada kemerosotan keputusan UPSR pada tahun 2018. Cikgu Ibrahim mencadangkan agar guru lebih tegas dalam menangani masalah sikap pelajar sedemikian serta ibubapa juga perlu dimaklumkan akan sikap anak-anak mereka di sekolah bagi membantu mengatasi masalah tersebut. 4.2.8 Cikgu Swandi memberi maklum balas agar pelbagai Modul Latihan diberikan kepada murid-murid UPSR. Modul latihan adalah penting bagi meningkatkan pengukuhan dan kualiti murid-murid UPSR tahun 2019.. 2
4.3 Cikgu Nurmimi menyatakan masalah pelajar yang sering tidak membawa buku dan tidak membuat kerja rumah. Guru diminta mengenalpasti murid yang kerap tidak menyiapkan kerja dan hantar murid tersebut berjumpa guru besar. 4.4 Cikgu Naimah menyatakan tentang masalah seorang pelajar dalam kelasnya yang mempunyai masalah pembelajaran yang sering keluar kelas dan merayau di sekeliling kawasan sekolah. Guru Besar meminta nama pelajar tersebut dan akan memaklumkan perkara tersebut dengan guard sekolah supaya berjagajaga dan akan memaklumkan perkara ini kepada pihak penjaga. 4.5. Pn Noorhasmahhayati bertanya tentang penyelarasan format menulis rpt dan rph kepada pengerusi dan pengerusi menyatakan akan diselaraskan dan beliau akan menghantar format tersebut dalam group whatsapp panatia untuk perhatian semua ahli panatia. 4.6.Pengerusi memaklumkan semua guru perlu melaksanakan program smart sifir dan 5 minit fakta asas. Smart sifir ialah program bacaan sifir setiap pagi di depan bilik guru sebelum masuk ke kelas. Guru juga kena menekankan fakta asas dalam masa 5 minit sebelum memulakan kelas. 4.7 Cikgu Ibrahim mencadangkan penggunaan JSPG di dalam kelas bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam matematik. Cadangan ini disokong oleh semua guru.
Agenda 5 :
Analisa UPSR 2018
5.1 Pengerusi memaklumkan peratus lulus matematik menurun dari 76.1 % ke 58.3%. Penurunan sebanyak 17.18%. Bilangan calon yang mendapat gred A pada tahun 2018 ialah sebanyak 5 orang berbanding 12 orang pada tahun 2017. Bilangan calon yang mendapat gred B masih sama iaitu 9 orang. Bilangan calon yang mendapat gred C seramai 9 orang berbanding pada tahun 2017 seramai 11 orang. Keseluruhannya target lulus untuk tahun 2018 tidak tercapai.
3
Agenda 6 :
Program peningkatan akademik sekolah.
6.1 Pengerusi membentangkan aktiviti panitia bagi 2019. Antara program panitia yang dijalankan adalah: 1. Congak sifir sebelum mula kelas 2. Program smart sifir 3. Minggu matematik 4. Bengkel menjawab soalan (Tahun 6) 6. Kelas Bimbingan/ Klinik Matematik 7. Sudut Keceriaan Matematik 8. Info Matematik (Papan Kenyataan) 9. Program 5 minit fakta asas Matematik 10. Bulan Matematik
tahun
Tindakan : Semua guru matematik
Agenda 7 : Hal-Hal Lain 7.1 Penetapan Headcout Guru Besar memaklumkan semua guru tahun 6 perlu membuat TOV dan ETR iaitu sasaran pencapaian akademik setiap murid berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2018 dan Ujian Diagnostik. TOV dan ETR ini pula akan dimaklumkan kepada ibubapa semasa Hari Permuafakatan ibubapa pelajarpelajar Tahun 6. 7.2 Guru besar juga memaklumkan iaitu fail panatia perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa dan setiap mesyuarat perlu di buat minit mesyuarat dan di masukkan dalam fail panatia. 7.3 Guru Besar meminta tindakan guru panatia matematik supaya mencari pakar matematik seawal mungkin dan memaklumkan kepada pihak sekolah bagi Program Klinik Matematik yang telah dirancang dan akan dilaksanakan.
4
7.4 Guru Besar juga mengingatkan kepada semua guru untuk mengambil gambar bagi setiap aktiviti atau program panatia matematik untuk tujuan dokumentasi. Guru besar juga meminta ketua panatia agar mengagihan tugas kepada ahli panatia bagi setiap program yang akan dilaksanakan.
Tindakan : Semua guru matematik
UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu untuk membantu murid-murid dalam mata pelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian mata pelajaran matematik dikalangan murid-murid pada tahun ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.
Disediakan oleh :
Diluluskan oleh :
………………………… ( Pn Nurmimi bt Uteh )
…………………………… ( En. Swandi ak Aton )
5